Wednesday, May 5, 2010

JANGAN MARAH & MALAYSIA, SALAM SAYANG UNTUK ANDA SEMUA

mahu bertolak ke tanah suci membuatkan mata juga sukar untuk dilelapkan. memikirkan kerja-kerja di malaysia yang masih berbaki, sukar juga, ya. tapi bak kata orang...tinggal kan dulu yang ada di sini...mulakan langkah menuju ke sana dengan niat nak beramal ibadat...

semoga sentiasa dipermudahkan...

rakan-rakan, mohon doa kalian agar saya sentiasa sihat dan kuat untuk mengerjakan ibadat di sana...semoga suatu masa nanti, kalian juga dapat menjejakkan kaki ke tanah suci....

sahabat,
bagi yang bergelar penulis,
hasilkan karya yang dapat memandaikan bangsa, berilmu dan berguna,
jadikan kebolehhan anda sebagai satu jambatan menuju ke gerbang ilmu yang takkan pernah padam apinya...

bagi yang bergelar Blogger
hasilkan blog yang bermanfaat, gambar2 yang baik,
kupasan isu yang berfaedah...semoga hasilnya menjadikan pembaca lebih bijak dan berilmu..

buat guru2..
ajarkan anak bangsamu ABC
123
yang mampu mengira dan menghitung dosa..
agar setiap dosa ditaubat secepat mungkin...
jangan anggap diri Sama maksum dengan nabi..
kita tidak sempurna...
selalulah membina taubat dalam diri...

bagi insan yang tersayang..
sahabat dan teman2...
doa kalian saya harapkan..
ingatan sepanjang zaman saya mohon agar berkekalan...
jangan lupa..
sentiasalah tersenyum..
kerana marah dan bengis itu tidak disukai nabi ...
pada suatu hari..
Abu Bakar duduk di dalam mesy..
ada orang yang memarahu Abu Bakar yang sedang duduk di sisi baginda Rasul..
ketika ABu BAkar membalas cacian dan makian lelaki itu,
Rasul terus bangun.
lalu Abu Bakar bertanya,
wahai Rasul,
mengapa engkau Bangun dari tempatmu?
jawab Rasul
aku tidak suka duduk bersama syaitan
sesungguhnya
orang yang marah adalah sahabat dan sedang duduk bersama Syaitan..

maka..
jangan marah!
jika anda marah, syaitan sedang bersama-sama anda..

kuliah agama di IKIM.fm..
bercerita tentang marah,
jangan sekali-kali kamu marah kepada orang yang mengata kamu,
jangan sekali kali kamu marah orang mebgumpat kau...
jangan marah orang mencuri harta kamu...

sebaliknya marahlah kerana seseorang itu tidak menyembah Allah
marahlah ketika sahabat mu tidak bersolat
marahlah ktika seseorang itu mensyirikkan Allah..
marahlah ketika sahabatmu tidak percaya akan Allah...

jadi, marah itu sebenanya bukan milik kita
jangan marah kerana diri kita..
tetapi marahlah kerana Allah...
kerana rakan-rakan tidak menyembah Allah yang Maha Besar..

untuk diri sendiri, bukan marah
sebaliknya ketika sednag berduka
ucapkan Alhamdulillah..
dan teruskan tersenyum..
anda nak tahu?
ketika itu yang anda lakukan,.
Allah beri ganjaran sangat besar..
pahala yang melimpah ruah...
anda tidak mahu pahala>>>
marilah kawan2...
jangan marah
jangan marah
jangan marah!

saya berpesan kepada diri saya sendri juga...
supaya sentiasa bersabar
dan jangan jadi sahabat syaitan!

wallahu'Alam