Sunday, December 26, 2010

kehidupan.

Melayari kehidupan penuh dengan pelbagai ragam. Hanya doa dan kekuatan yang pasti dapat mengawal keadaan kehidupan. Terima kasih Allah kerana Kau hadirkan aku suami yang sangat penyayang dan baik hati. Jangan pisahkan kami dan jadikan kami suami isteri di dunia dan juga di akhirat kelak.

Buat suami di luar sana,
hargailah isteri anda. Terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan buat mendirikan sebuah masjid dengan kamu, wahai suami...

Buat isteri,
lakukan yang terbaik, luahkan segala rasa hati.
Jadikan rumah tangga syurga dunia yang membahagiakan...

Thursday, December 16, 2010

120 jam bergelar ISTERI kepada En.Suami

sudah 120 jam dia bergelar isteri kepada lelaki tersebut. kehidupan yang dahulu sunyi, kini
ceria dengan gelak tawa dan manis manja suami dan isteri.
Tidak ada sakit hati, tidak ada jelak benci.

Yang ada cuma rasa tanggungjawab,
kasihan,
rindu dan cinta yang semakin menggunung dalam jiwa.
Selama ini entah apa tu tanggungjawab.
Kadang-kala, tanggungjawab untuk diri sendiri juga belum tertunai...


Kini,
tanggungjawab beralih kepada masing-masing bahagian.
Dengan tidurnya,
dapat dia melihat wajah suami yang tenang dan bahagia.
Dalam tawanya,
dapat dia melihat ceria suami dengan penman setia.
Dalam diamnya,
dapat dia melihat betapa suami kerap berfikir demi kebaikan.
Dalam bicaranya
dapat dia melihat betapa suaminya bertutur lembut dan mudah difahami.
Dalam lenggok langkahnya
dapat dia melihat betapa suaminya mengejar masa agar perkahwinan ini tidak disia-siakan masanya.


Untukmu suami,
isteri selalu mendoakan agar Allah melindungimu dan isterimu.
Semoga setiap labgkah kakimu dirahmati Allah.
Semoga tiap senyummu membawa kebaikan.
Semoga tiap tawanya membawa bahagia untuk kebaikan bersama.
Semoga tutur lembutmu sellau menyejukkan telinga..
Semoga tidurmu, jadi panduan bahawa, jika gelap duniamu, isteri masih ada, setia di sisi menemani...



**Untuk abg,
Hey, sayang awak, tahu! :))

Tuesday, December 7, 2010

Tahun Baru, Dunia Baru?


Salam Maal Hijrah.



Tahun baru Islam kembali lagi. Tapi senyap sunyi macam tiada apa-apa yang berlaku.
Berbeza dengan tahun baru omputih!

Kalau new year,
abis meletop sana-sini,
menjerit melaung macam orang gila.
Bakar mercun sana-sini,
Buat jamuan macam sampai membazir nampaknya.
Ada yang pergi buat maksiat dan macam-macam lagi.

Tapi tahun Baru Islam,
tak ada pula yang nak melaung Takbir berkali-kali,
Tak ad ayang nak berkumpul di suatu tempat buat bacaan Yaasin.
Tak ada yang menjerit-jerit syukur!

Aishhh....
Nilah perbezaan yang sangat ketara.
islam semakin dilupakan bagi mereka yang lupa.

Bagi saya,
saya dan keluarga berkumpul membaca Yaasin dan doa akhir dan awal tahun..
Mengingatkan umur bertambah dan kehidupan di dunia semakin akan berakhir..


ALhamdulillah, DUNIA BARU saya akan bermula,
tidak lama lagi..



**Mengira detik, bagaimana rasanya dunia baru yang perlu dimasuki. Tentu indah dengan restu dan redha Ilahi serta ibu dan ayah

Sunday, December 5, 2010

Goodies bag

ngeee...malam ni...
sehingga jam 1.36minit apgi,
saya menyiapkan goodies bag.
Biarpun tak sehebat mana,
yang penting,
ikhlas dan mengharapkan ganjaran besar daripada Allah.
Bukan pujian melambung daripada manusia...

Membaca itu 'cool' !! BACA@



Erggg!
Esok akan berlaku suatu fenomena membaca di tempat awam!
Rasa gundah hati tak dapat pergi.
Atas banyak faktor :


Hantaran tak siap
nak kenduri minggu depan
Baju kahwin belum ambil.
tudung kahwin belum beli.
pelamin nikah belum arrange
goodies bag belum settle.
huhu~


membaca itu 'cool'.
Saya sudah kehabisan bahan bacaan.
Semua buku habis dibaca dan di kawasan tempat tinggal,
kurang kedai yang menjual bahan bacaan. Yang ada,
bahan bacaan untuk pelajar sekolah.
Wah! Takkan lah saya nak beli buku SPM? STPM?
errrr....
tak mahu baca buku sekolah dah!

Klu buku universiti, okay!





Dikesempatan ini, saya memaklumkan kepada semua blogger,
Membaca itu cool, dan
selusuri perjalanan penerbit di Malaysia dan
ikuti perkembangan BACA@LRT yang diasaskan oleh rakan-rakan saya.
Sokong mereka!

Selepas saya pulang bersama suami nanti,
saya akan turut serta BACA@ lagi!
Doakan saya!!!

Google Encik Hantaran :))





Malam ini sambil-sambil menulis, saya menyelak helaian majalah Pengantin.
Tak ada apa-apa yang menarik. Lalu saya Google hantaran.
Ada yang menarik, tapi serabut mak aihhhh!
For me, biar benda simple,
but still looking good and luxury!

Encik Hantaran,
saya hantar warna merah tau..merah putih...
Encik Hantaran buat warna apa?
Surprise eh?
Senyap je!

Macam tak ada preparation awal pula berkenaan dengan hantaran ni.
Memang la,
dah plan kahwin pun mengejut.
Tak ada prepare apa-apa pun!
Duit pun sempat kumpul cukup-cukup je.
Lepas kenduri, harap maklumlah ya!
Kena struggle cari solutions to keep saving.
My PTPTPU tu sapa nak bayar?
Haaa.....
Net income tak ada ni!

So, start from today,
dah boleh la nak menghitung hari.
Sebab dah jumpa. :))
But, for me, the days is still on and on.
No need to count actually!

Just had a fever makes me felt bad.
Nothing much I can do, just lying on my bed and read all my books.
I can't bring all this books together with my husband.
And maybe,
after I change my status to PUAN,
I just can read my husband books, in his course!
Erggg....
I left my engineering course in 9 years ago!
And my course in Civil Eng. actually
mana sama dengan my husband!
Takkan nak baca buku dia? Pening sudahhh....

So..sesiapa yang nak attend my wedding,
faham2 la bawa hadiah buku, ya!
Pinggan mangkuk no need kot.
Because I don't have any house yet!

Errr....
Demam...demam...
Demammmmmmmmmmm...

Helpppp!

Friday, December 3, 2010

https://www.mohe.gov.my/MyBrain15/index.php

http://www.facebook.com/notes/odi-yusoff/program-pembiayaan-myphd-dan-my-master/10150324785900005?ref=notif¬if_t=note_tag

Salam Semua,



Program Pembiayaan MyMaster dan MyPhD kini telah dibuka untuk permohonan secara online sepanjang tahun mulai 1 Disember 2010.



Warganegara Malaysia dari kalangan graduan, orang awam dan sektor swasta yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana atau PhD di bidang sains dan teknologi,sains sosial/sastera ikhtisas di Universiti Sains Malaysia kini boleh memohon pembiayaan melalui Program Pembiayaan Ijazah Lanjutan di bawah RMke-10 Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Program Pembiayaan MyMaster dan MyPhD.



Syarat-syarat permohonan dan penawaran boleh didapati melalui laman web Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.





Program pembiayaan MyPhD merupakan pembiayaan pengajian peringkat ijazah kedoktoran di bawah program MyBrain15 untuk mencapai sasaran 60000 pemegang ijazah Kedoktoran di kalangan rakyat Malaysia selaras dengan agenda "Malaysia sebagai Pusat kepada Perkembangan Pengetahuan dan Inovasi".



Untuk sebarang pertanyaan,layari https://www.mohe.gov.my/MyBrain15/index.php



Sekian,



--

Melanie Inbaraj | Information Officer |

Marketing, Information and Communication

| Institute of Postgraduate Studies |

Universiti Sains Malaysia l 11800 USM, Penang, Malaysia



|

Tel + 60 (4) 653 2360 | Fax + 60 (4) 653 2940 | www.ips.usm.my

Opt. email: melaarti@notes.usm.my

Thursday, December 2, 2010

For the 1st Time, I'm In Love!





First time I saw You!
Lagaknya seperti aku bukan dalam dunia aku,
Rasa dunia ini sepi. Hanya kami berdua sahaja yang berjalan sambil tersenyum,
melalui celah pepohonan...

Dunia pada saat itu,
memancarkan sinarnya yang sangat terang,
Kuketuk cermin tingkap keretanya.
Dia memandang,
saat itu mata bertaut,
getar dalam hati..hanya Tuhan yang Tahu!

Saat beriringan,
jiwa terbang, tidak mencecah Bumi.
Ini bukan fantasi, Lyn!
Ini dunia kamu!

Kali kedua,
Aku terkesima.
Bukan luka yang aku mahukan,
tetapi inilah sinar bahagia daripada luka yang selama ini aku pendam,
Nanah yang selama ini tidak kusapu,
kubiar mengalir, busuk!

Dia hadir, bagaikan pewangi,
Memenuhkan harumannya pada setiap inci
ruang dunia yang baru aku cipta.


Tiada lagi luka,
yang ada hanya CINTA
dan kini, aku akui,
AKU JATUH CINTA LAGI.

walaupun dulu, pernah aku berjanji,
dunia cinta begini, tidak akan aku masuki!

Allah, Kurnia-Mu sangat besar,
Kau hadirkan dia sebagai pewarna
Mewarnai dunia yang aku hinggapi
kosong sepi ini.

Semoga,
Dia kekal menjadi suami,
dari hari ini,
hingga syurga Firdausi


:))

** Nothing gonna change! Deeply, Yes, I'm In LOve!!!!!!!!!!

Hadiah Kahwin.

Rasanya hari ini hari yang paling indah dalam hidup. Biarpun sebenarnya banyak lagi pengalaman indah yang sudah atau bakal ditempuh.

Mak siap memasak. Hari ini mak masak awal. Semata-mata mahu ke hospital menjenguk kakak.

saya? Sedang menyapu anjung luar agar tidak ada kotoran yang akan dilihat tetamu atau sesiapa sahaja yang bakal hadir, pada hari ini.

"Dik, ada duit tak?"Tanya mak.

Aku terdiam. Terkedu. Duit? Rasanya tidak banyak yang tinggal semata-mata untuk melepaskan batuk, demam dan kecemasan apa-apa sahaja.

"Ada mak. tapi sikitlah. cukup-cukup lepas kawin. kenapa mak tanya pasal duit?"Tanyaku. Soalan aku dijawab dengan senyuman.

"Nak beli rantai!"

Erkkkk......
Rasa nak tercekik! AKu tidak pernah impikan memiliki utas-utas emas pada badan. Biarpun satu atau dua. Cincin risik ini Aku pakai jika ingin keluar rumah, bertemu saudara, bertemu Si Dia tercinta. Kalau di rumah, bebas rasanya tanpa utas-utas emas itu!

"Tak payah bazir la mak... Adik bukan suka pakai emas-emas ni pun...Yang ada pun, pakai bila teringat je,"Aku menjawab sambil meneruskan sapuanku. Bersih sudah halaman rumah. Jika ada tetamu yang berkunjung tanpa temu janji, tidaklah malu sangat rumah bersepah padahal ada anak dara.

Mak bersiap-siap nak keluar ke Slim, Hospital SLim River. Aku masih menonton TV buat masa senggang yang ada.

****************************************************************************


Sejam, dua jam berlalu, aku masih di dalam bilik menulis novel yang perlu disiapkan.
Terdengar laungan mak menyuruh aku membuka pintu utama rumah usang ini.

"Buat apa?"tanya mak.
Tak ada buat apa-apa,"Jawabku, perlahan sambil menuju masuk semula ke dalam bilik.

beberapa minit di dalma bilik, aku dipanggil semula.

Ada apa, mak?" tanya aku.
"Nah, ni hadiah kahwin daripada mak!"Aku terkesima. Seutas gelang emas dipakaikan pada pergelangan tangan kiriku.

Terharu.
Pilu.

Kukucup tangan bonda yang berurat setia.
Kucium pipi bonda yang kendur cinta.

Kulafaz tanda syukur pada Yang Esa, SUka!

P/S: **Awak, ini hadiah kahwin kita, tapi saya seorang sahaja yang boleh pakai, tau!

Ngeeee...:)))