Thursday, April 28, 2011

Anjing dan Babi, kasihan mereka!

Malam ini seronok pula membaca komen lama tentang siswi vet yang memegang khinzir sewaktu kerja lapangan UPM. Lawak, sedih, terharu, bangga. Macam-macam perasaan dah. Yang lawak, saya dan suami ketawa mengekek setelah membaca komen-komen dalam laman blog itu.


Ringkasnya, jauhi. Itu sahaja. Jika perlu didekati, gunalah lapik untuk mengelakkan was-was. Benar, manusia mengeluarkan peluh. Itu yang kita takutkan. Tapak tangan kita yang basah, saiz peluh sangat kecil sehingga kita tidak tahu liang roma kita sedang mengeluarkan perpeluhan. Bukan susah untuk elak. Bukan susah untuk pakai glove. Tak susah. Jadi, jika mahu pegang, sah tidak haram, maka peganglah. Tapi awas, kita tidak tahu sama ada benar-benar kering atau tidak? Yakin? kalau yakin, terpulanglah. Sesiapa yang tidak yakin, jauhilah. Kalau boleh, nampak anjing dan babi, larilah pecut 100m. Asalkan tidak mendatangkan kerugan dalam beribadah. Itu sahaja. Kan senang. Tak perlulah bergaduh dan anti mana-mana agama dan fahaman..:))

Chillllll....!!!!!!!!!!!!!

Senang sahaja, tidak ada keperluan, tidak perlu pegang... Kalau kerja sebagai vet, kalau perlu dilapik anggota tubuh, lapiklah. Itu sahaja. Hai....benda itu kita semua boleh fikir. Elakkan, itu lebih mudah. Itu sahaja. Jangan salahkan babi dan anjing. Mereka tidak diminta dilahirkan sebagai babi dan anjing..heheh..lawak..lawak....best baca komen-komen kawan-kawan di sana! http://www.eddyra.net/sketsa/isu-bakal-doctor-pegang-babi/


SEKADAR GAMBAR HIASAN :)) COMEL, KAN? gagagagga...:PP

komen pertama :
Walau pun Dr.Rasede seorang yang cerdik dalam ilmu veterinar tapi dr lupa akan setiap ilmu yang ada.
Setiap bulu roma dan tapak tangan kita sentiasa mengeluarkan air (peluh). Jadi disini apabila tangan manusia bertemu dengan najis berat ini, ia akan bertembung dengan hukum Allah.
Jadi kenapa diambil mudah perkara yang diberatkan oleh syarak? Jangan kita sangka ilmu yang ada pada diri kita itu sempurna. Sesungguhnya Allah Taala maha sempurna dan mengetahui setiap kejadianNya.
Cuma kita sebagai orang yang beriman, dimanakah hendak meletakkan sesuatu itu atas jalan kebenaran atau kebatilan seperti menegakkan benang basah.
Dosa pahaala tidak mengenal sesiapa samada orang kampung yang bodoh atau manusia cendikiawan seperti Dr.
Dr merasa kesal kerana pelajar itu adalah anak didik Dr.
Tapi apa salahnya jika kajian itu diadakan diladang lembu atau biri-biri. Biarkan anjing dan babi itu dilakukan oleh anak-anak didik yang bukan Islam sahaja.
Jangan menyangka buat kajian keatas anjing dan babi itu fardhu kifayah. Fardhu kifayah pun ada ketentuannya yang telah ditetapkan oleh syarak. Bukan semua kerja atas dunia fardhu kifayah seperti membuat arak dsbnya.
Fikirlah dalam-dalam, serta carilah ilmu dari Guru Yang Murshid bukan guru yang cari kebendean dunia.


komen kedua
alien petronas
October 22, 2008 at 12:57
lawak la kakak berdua tu.. yang paling best, posing dengan babi dalam picture no 2 terakhir.. muka pun dah lebih kurang dengan member yang kat tengah tu.. sorry yer kakak yer.. gurau jer..
Tapi, kat sini aku nak buat kesimpulan:-
1) Pegang babi memang x salah, x pernah salah, dan tak akan salah untuk tujuan pembelajaran & pengajaran.. Tetapi berlebih2an dalam tujuan yang tersebut dari apa yang sepatutnya boleh jadik salah dan confirm salah bila mampu menimbulkan fitnah manusiawi.. dengan sebab gambar tu la kakak berdua tu kena ngumpat oleh seluruh warga malaysia walaupun untuk tujuan ilmiah.. kalau diikutkan etika doctor, nak pegang pesakit, pakai la glove yang sesuai.. Tak salah pegang babi tapi lagi baik pakai glove.. Memang ada klinik kat selangor/KL ni yang doctor tu pakai glove sepanjang masa bagi mengurangkan sentuhan lelaki vs perempuan. Sebab nakjaga privasi pesakit dia.. sebab tu klinik tu ramai orang datang..
2) makan babi pun tak salah kalau dalam keadaan darurat (contohnya bila kena kurung dengan babi dalam kandangnya oleh musuh2 islam seperti yang berlaku zaman komunis. Makan pun bukan untuk KENYANG, cuma sekadar melapis perut jer.. Kalau makan sampai kenyang, jatuh jugak hukum haram..
3) Pegang tangan awek (tak kira la awek sendiri atau awek orang lain) tanpa ikatan pernikahan/muhrim confirm salah dan haram.. bukan nak kata pegang babi tu lagi baik, tapi atleast pegang babi tak haram.. Si awek ni plak, merelakan tangannya dipegang.. tak cukup tangan kanan, tangan kiri pun bagi.. pas tangan kiri, lu pikir la sendiri.. nak buktikan cinta sejati konon.. pigidah.. dah tergadai body, menangis seperigi pun tak guna.. aku rasa la babi tu pun sebenarnya taknak dia dipegang oleh bukan muhrimnya.. kena tanya babi tu sendiri la..
4) Rasullullah s.a.w ada bersabda, “percanggahan pendapat dari umatku adalah rahmat”.. ni Rahmat la ni.. kita semakin mesra dalam forum en eddyra ni.. banyak pahala ko eddyra.. pass la sket kat aku..
5) Islam tu mudah, tapi jangan sesekali memudahkan islam.. Islam untuk diamalkan, bukan untuk dijadikan perbahasan.. kawan tengok, makin ramai nak jadik ustaz/ustazah dalam topic ni..
6) Yang paling penting, lepas kita menghukum kawan sendiri dalam forum ni, tak kira la hukum bodoh membodohkan, kafir mengkafirkan, tengking2 secara sengaja atau tak, kita bermaafan sesama kita.. end of day, kita memang bersaudara.. buang yang keroh, amik yang jernih.. so, ustaz2 dan ustazah2 sekelian, bermaafan la kita yer.. kalau taknak bermaafan, malu la kita dengan babi tersebut..
sekian

komen ketiga:
bahrin
November 27, 2008 at 02:00
ok..ni pndgn aku la….ok..psl isu babi ni..klu tujuan 2 untuk pembelajaran 2 xper la,dn umat islam wajid menpelajarinya pasal itu untuk keselamatan umat islam jugak kn..klu boleh elokkan dripada meyentuhnya krana byk keburukan dripada kebaikannya yg kita dpt..nk sentuh gak boleh,tpi seelok2nya pakai la glove 2,skrg nikn zaman moden,pakai la ppe skit,xyah la tunjuk slama sgt kita ni..takut terlupa nk samak jer,kn huru hara 2 dik…babi binatang yg sgt hina…nabi menyuruh kita membunuh babi,dia sgt hina dari anjing..anjingpemburuan,anjing polis,anjing kesan dadah haram kita bunuh dan yg sunat bunuh adalah yg gila yg mendatangkn keburukan pada manusia..tpi klu babi,semua jenis babi sunat kita bunuh.tpi knapa allah jdikan 2 ekor makhluk ni?ini kerana allah nak uji manusia sejauh mana manusia ni taat kpada perintahnya,yg 2 kita kena faham..allah nk bg kita pahala klu kita buat 2..mcm gak nyamuk..klu kita hapuskan benda 2,kita dpt pahala….klu bakal2 vet kenalah sensitif dgn isu2 mcm ni..x salah unutk tujuan pembelajaran,tpi x la sampai posing2 ambil pic 2..mmg tujuan untuk suka2,tpi tolong la faham dgn sensitif umat islam ni..wasalam..

komen kelima:
lelaki
January 15, 2009 at 00:05
ya ya fardu kifayah.. jg haiwan..
kenapa x jg..
lembu..?
kambing..?
biri-biri..?
unta..?
keldai..?
ayam..?
munyit..?
aku ternanti2 student kite yg educated posin ng ayam smbil snyum2.. =)

komen keenam:
lelaki
January 15, 2009 at 00:09
ya ya bela anjing ngn bertujuan..
ntuk keselamatan kah..? upah je pak guard..
de x ulama2 belai2 anjing.. senyum2 cmtu.. nk wat pahala..?? banyakkkkkkkk lagi bnd yg kite leh wat ntuk tmbah pahala..
fardu kifayah..?
banyakkkkk lg fardu kifayah yg kite leh wat..

komen ketujuh :
lelaki
January 15, 2009 at 00:39
merujuk kepada gambar-gambar di atas, sy dapati beliau memakai sekurang2 nya tiga (3) jenis tudung ketika bersama babi n anjing..
itu tidak termasuk baju doktor n bju merah n bju len beliau..
soalan sy,adakah bju2 n tudung2 terbabit memang diasingkan khas untuk bersama babi n anjing.?
ini kerana ada komen yg menyatakan mereka memang mengasingkan pakaian itu..

komen kelapan :
Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis mughollazaoh tidak haram.

Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis mughollazoh kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan air mustamal (air yang bersih dan suci) sebanyak 6x. Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya bukan menyentuhnya.

Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan geli atau jijik terhadap anjing dan babi. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah.

Saya sendiri, walaupun telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan babi, merasa kekok dan sedikit geli apabila kali pertama memegang jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini.

Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburuberniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?

Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia.

Justeru saya melihat apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya.

Vet dan pelajar doktor perubatan veterinar perlulah berhati-hati dan tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaian kerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya.

Bagi orang awam pula tidak perlu risau kerana najis ini tidak berjangkit maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih belum menyamak tangannya, ia tidak berjangkit jika anda bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa) pada tangan vet tersebut.

Tetapi vet tersebut perlu menyucikan tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara anjing di rumahnya. Begitu juga dengan tapak kasut anda yang memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi. Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis.

Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada sesetengah ustaz untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika terdapat najis mughollazoh pada badan yang tidak diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka yang was-was praktikkan.

sambungan **Legging, aurat lelaki da perempuan**

Oh ya! Jangan anda katakan wanita sahaja yang selalu mendedahkan aurat. Saya tidak mahu diklasifikasikan sebagai diskriminasi jantina. Bagi saya, lelaki juga tidak kurang salah dan dosanya. Lelaki juga ada yang mendedahkan aurat!





Kawan-kawan, ini contoh sahaja, ya. Model ini saya yakin bukan beragama Islam. Jadi tak salah baginya, mungkin!.

Bagi yang Islam MUSLIM, saya ada contoh gambarnya. Dari laman sosial FACEBOOK. Tapi, risau disaman pula! :))

Lelaki. Aurat kalian, perlu wajib ditutup dari paras pusat sehingga lutut. Seluar itu juga perlulah menutup lutut sehingga tidak boleh diselak. Contohnya, kalau ketika berdiri, tak nampak lutut, setelah naik motor, eh, ternampak pula lututnya. Macam mana tu?

Orang lelaki selalu mengkritik dan menghina wanita yang tidak menutup aurat. Jarang kita jumpa nota dan laman sosial blog yang menghina lelaki yang membuka aurat. Lelaki bertukar jadi permepuan dan lain-lain lagi.



Entri yang saya baca dalam blog seorang penulis lagi, tentang ahli kumpulan nasyid yang jadi pondan. Haih, sudah tidak laku jadi lelaki? Artis kumpulan nasyid? Mana pengetahuan agamanya?


Pendek kata, lelaki dan perempuan sama. Tidak perlu menghina cuma mahu berpesan. Tutuplah aurat dan jagalah iman. Itu sahaja. Bukan niat mahu mendiskriminasi :))



Cukuplah berpakaian sebagai lelaki Islam sejati. :) Mandi laut jangan pakai seluar pendek nampak lutut dan pusat, ya! :))


Pesanan untuk semua yang saya sayang! :)

Sedikit ulasan **Legging**




Kepada rakan blogger yang sudah menceritakan tentang Lennging yang dipakai oleh golongan gadis dan wanita pada masa sekaranga ini, yang sahnya HARAM oleh Islam.
Sedikit ulasan yang ingin saya berikan. Saya bukanlah gadis yang penuh dengan ilmu agama, sebaliknya sekadar ingin berkongsi sesuatu.

Kalau dahulu, saya juga seorang yang tidak arif tentang agama. Sehingga kini, masih samar-samar. Tetapi sejak mendirikan Baiti Jannati dengan suami tercinta (sudah mulai cinta sedikit demi sedikit setelah bernikah) saya mulai terfikir, sanggupkah saya bawa suami saya sama-sama ke neraka?

Sedangkan setelah bernikah, banyak pahala yang saya boleh dapatkan. Memasak, mencuci, mengemas..., boleh dikatakan setiap gerak langkah kaki saya di dalam baiti jannati itu, adalah pahala. Saya bersolek dihadapan suami dan berpakaian yang menyedapkan mata suami, semuanya pahala.

Tentang legging yang dipakai oleh gadis dan wanita di luar sana. Untuk siapakah kecantikan yang anda ada dipamerkan? Untuk lelaki yang entah siapa-siapa? Bukan? Lelaki itu memandang susuk tubuh anda. Rugi. Percayalah akan kata-kata saya. Sangat rugi anda mempamerkan tubuh anda bukan untuk yang berhak!

Tambahan pula, dosa yang kita dapat, bukan sahaja dosa kita mempamerkan tubuh badan sebaliknya, dosa orang lain juga kita bersangkut paut kerana kita penyebabnya. Kalau dahulu, saya juga pernah melakukan dosa. Saya juga pernah berpakaian tidak senonoh.

Allah itu Maha Pemberi hidayah. Alhamdulillah, saya mendapat hidayah itu setelah sekian lama bergelumang dengan dosa dan noda. Saya juga sangat musykil dengan gadis-gadis yang begitu.



kita sambung entri lain kerana saya mahu memberi ulusan tentang lelaki pula! Jangan ingat gadis dan wanita sahaja yang berdosa mendedahkan aurat! Lelaki, anda juga!

wet & wild world, gold coast, australia.


EXIT TO WET & WILD WORLD!!!! let's go!!!

Terima kasih daun keladi kepada suami yang begitu teruja mengajak saya ke sini...
Tempat yang menarik dan permainan yang sangat ekstrem!
Menakutkan!
Itulah kata-kata yang dapat saya gambarkan keadaan permainan di sana!

Jom, ramai-ramai bercuti di Gold Coast, Australia!!!!!!!!

resipi kek coklat moist dan cheese

resipi ini saya ambil dari my resipi dan satu blog lagi..lupa blog apa..by the way, tak ada niat mahu mencuri resipi orang lain..

saya kombinasikan dua resipi menjadi satu...

bahan-bahan A;
3 cawan tepung gandum,
2 cawan air masak
2/3 cawan minyak masak (kalau nk sihat pakailah vege oil)
2 cawan gula

mix semua bahan ini dengan mixer dalam kelajuan tinggi.

bahan B ;
cheese block, 250gram
gula 2 sudu besar kalau nk manis, tambah la lagi....


mix bahan B...

kemudian sudah siap,
masukkan mix coklat dan cheese berselang seli dalam bekas pembakar.
then bakar lah...
saya buat kukus dahulu, then saya baru bakar....
so, depends la..
ini resipi orang yang suka mencuba, jadi atau tidak,
alhamadulillah, suami saya makana apa sahaja..hehehhe

Wednesday, April 27, 2011

Tanda kasih dan sayang.

Mencari detik dan saat yang dia pamerkan kasih dan sayangnya.
Tidak terhitung banyaknya.
Rasa syukur yang teramat.
Mendalam rasa sayang dalam jiwa.
Mengamuk rindu,
Membunuh sepi,
Ketawa cinta,
Tersenyum kasih,

Tiada yang aku syukuri selain kehidupan yang dipenuhi dengan kasih dan sayang.
Buatmu, suami.
Terima kasih!

Buat bonda dan ayahanda,
terima kasih!

Buat kakak dan abang,
Aku sayang kalian!

rindu orang tua.

“Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu” pesanan daripada Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.
Berdasarkan Hadith Nabi:
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari.

Huraian hadith:
Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada).
Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah).
Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.
Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh, tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita.
Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.
Kesimpulannya:
Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari. Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya).
Source: PerMaTaHaTiku::QaSyaEriL::

Tuesday, April 26, 2011

MISS MIRROR: DOA MENAMBAT HATI SUAMI/DOA PENGASIH.

MISS MIRROR: DOA MENAMBAT HATI SUAMI/DOA PENGASIH.: "'bacakan ayat kat bawah ni tiup di ubun-ubun suamimu ketika dia tidur...
aku sudah terlalu letih mendengar cerita-cerita kecurangan suamim..."

Tuesday, April 19, 2011

JAKMI- Halal dan Haram JAKIM

JAKIM :-1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM

1)McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal:

1) Victoria Station

2)Kam Lun Tai

3)Lotus

Family Restoran

Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2)Chicken Rice shop

3)Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.

KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat

ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

3. Assalamualaikum Terima Kasih Pada yang bertanya,

Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagikepada :

1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hannya harus bagi yang berpenyakit sahaja.

2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.

3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.

4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.

5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENTDYE.

Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja .

Wassalam

4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha , kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalahkerana itu adalah produk import, maka pengedar dan

pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), Chinoz On the Park, Dome Caf , Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme

tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

King’s Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernahmendapat pengesahan halal JAKIM.

9. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut

Wednesday, April 13, 2011

syahdu : SUAMIKU

saat aku mahu terpejam
dalam kesamaran malam,
hati terusik terdengar alunan suaramu
mengalunkan lagu Al-Quran.

Tenang dan nyaman
hati berkata,
andai setiap malam aku dialunkan dengan lagu itu,
nescaya keluarga kita behagia selama-lamanya!

Terima kasih wahai suami,
dirimu bak cahaya
menerangi gelapnya suasana
yang selama ini
aku lupa untuk terus bernyala


Kau suami sejati
jiwamu suci
dan sentiasa sabar dengan kerenah aku seorang isteri


Maafkan aku wahai suami,
andai aku masih belum jadi isteri
sama seperti yang kau mimpi....

Aku bukan wali.

Friday, April 8, 2011

ASID FOLIK

Mengapa asid folik diperlukan


Apakah asid folik?
Kenapakah saya perlukan asid folik?
Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?
Apakah sumber makanan yang terbaik?

Apakah asid folik?
Asid folk adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.

Kenapakah saya perlukan asid folik?
Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?
Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?
Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
bayam, 1 cawan;
kacang bendi, setengah cawan;
asparagus, setengah cawan;
lentil, setengah cawan;
hati, 1 keping;
11 kubis brussels;
kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
emping bran, 7 sudu makan;
germa gandum, 25g / 1 aun;
betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
brokoli kukus, 2 pucuk;
buah oren saiz besar;
nasi putih, setengah cawan;
oat, setengah cawan;
kacang merah, setengah cawan;
jagung saiz besar, 1;
biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.

Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.

Tuesday, April 5, 2011

Untuk Suamiku.

Suamiku,
dirimu bagaikan cahaya yang selalu menerangi gelap malamku.
Senadainya kau tiada,
tentu aku terus meraba dalam kehampaan.

Terima kasih kerana terima nikahku,
hadir dirimu kini,
buat aku selalu tersenyum.
Dirimu insan sejati,
Suami yang berbudi.
Entah apa lagi yang perlu aku lakukan
untuk membalas segala kebaikan yang kau lakukan.
Biarpun aku kini tanggunganmu,
Aku sedar aku tanggungjawabmu,
tetapi aku juga mahu membalas semua jasamu
agar aku mampu sama berdiri megah sebagai isterimu
LELAKI YANG SEJATI DAN BERILMU!

Friday, April 1, 2011

UNTUK ISTERI

Berikut adalah tips yang telah disarankan oleh pakar motivasi kita yang terkemuka iaitu Datuk Dr Fadilah Kamsah, yang dipetik dari majalah jelita. InsyaALLAH tips-tips yang disarankan ini dapat memulihkan hubungan suami isteri. Tips ini khas buat si isteri . . .
#####
1. Apabila berbual becakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.

2. Cuba nasak yang paling sedap unutk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.

3. Temankan pasangan apabila melakukakn kerje bersendirian pada waktu malam.

4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.

5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.

6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.

7. Megemas tempat tidur umpama baru kahwin.

8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.

9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin .

10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerje yang dibuat dan orang yang ditemui.

11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.

12. Beri tindak balas positif apabila mendegar pasangan bercerita.

13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.

14. Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.

15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.

17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

18. Berkelah bersama pasangan.

19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pegetahuannya).

20. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.

21. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati.

22. Nyatakan yang ada merinduinya bila berjauhan.

23. Sesekali buat kuih kegemaran suami.

24. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.

25. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.

26. Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.

27. Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya.

28. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggang membantu.

29. Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.

30. Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.

31. Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.

32. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak mengemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.

33. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.

34. Jangan mengesa suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukan kerana ini boleh menyebabkan suami tawar hati.

35. Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar. Suami sering melenting apabila isteri “bersyarah” panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak percaya pada suami.

36. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak dan tidak berkebolehan.

37. Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.

38. Jangan cabar pasangan

39. Apabila berselisih faham atau bertengkar, fokus pasa masalah yang sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.

40. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.

41. Jangan ingkar mengenai perkara yang telahpun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui bersama.

42. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru, jadilah si Kembang Cina. Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran memahami isteri.

43. Ramai suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri. Justeri isteri perlu membaca perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya. Usah paksa suami meluahkan perasaan. Sesungguhnya, “action speaks louder than words”.

44. Cemburu tanda sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan anda menjadi rimas dan serba salah.

45. Untuk merangsangkan suami pamerkan kasih sayang dan puji selalu.

46. Elak menasihat suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat unutk bermanja tetapi bagi suami itu satu kelemahan.

47. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.

48. Selepas berusah bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT semogo hidup kita bahagia di dunia dah akhirat, amin . . .

UNTUK SUAMI

Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu.

1.Selalulah menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.


2.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil Itu otak suami perlulah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.


3.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.


4.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.


6.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.


7.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge.


8.Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)


9.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.


10.Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?


11.Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.


12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.


13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.


14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?


15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.


16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.


17.Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?


18.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.


19.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.


20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.


21.Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!