Wednesday, October 26, 2011

MIMIJUMI Bottle

Comel sangat botol yan saya jumpa hari ini. Rasanya dah ramai yang tahu pasal botol susu yan cute ni. Tapi saya, baru sahaja tahu sebab baru nak explore hal-hal berkaitan susu bayi, susu badan dan botol susu serta segala gadget yang ada.

Memang teruja sangat-sangat kalau tenok bentuknya. Sama bentuk macam breasts, kan? Yang menariknya, bentuk dialah. Tak sam macam botol lain. So tak risau kalau baby nanti tolak breasts kita kalau dia dah belajar guna puting botol. Macam sesetangah orang yang baby terus refuse breasts sebab terpedaya dengan puting botol. So, kalau pakai MIMIJUMI, insya-Allah, tak kot...:)

Teruja lagi kalau tengok banyak kali botol ni. Saya dah pun beritahu suami. CUma saya tak berharap sangat untuk dapatkan botol ni. Cuma kalau ada jual di Australia ni, rasa macam nak juga. :))

Tapi malangnya setelah saya lihat retailers yang ada dalam website MIMIJUMI tu, cuma ada dekat Malaysia and Singapore je negara ASIA. Australia tak ada dalam senarai pengedar...Sedihkan?

Kalau nak beli dekat Malaysia, alamat, bertambah mahal lah harga yang sepatutnya. Harga botol pun dah dekat RM90, tambah lagi dengan postage, lagilah mahal.. So, saya bawa bersabar sahajalah. Doa-doa ada lagi bot yang kiut miut macam MIMIJUMI ni.. :)

Botol yang macam mana?

Macam ni...

Friday, October 21, 2011

Hidup Mati : Untuk Allah.

Saya baru sahaja membaca status-status di Facebbok, tentang seorang sahabat sewaktu belajar dahulu sudah kembali kepada Yang Maha Pencipta kerana penyakit yang dihidapinya selama beberapa tahun.

Terdetik dalam hati saya, alangkah mudanya dia menyambut panggilan Ilahi. Allah lebih sayangkan dia kerana sudah lama deritanya menahan kesakitan. Emak juga pernah beritahu saya, untunglah pergi muda. Jika sampai tua, tentu banyak dosa daripada pahala. Kita manusia biasa. Pasti digoda syaitan.

Kita bukan taraf alim ulamak. Yang alim juga kadang-kadang terhentak dahi ke dinding. Inikan kita. Sangat tipis iman saya.

Sahabat yang sudah tiada, saya kirimkan Al-Fatihah untukmu. Sampaikah? Semoga kamu tenang di sana. Kamu baik. Kamu tidak rapat dengan saya. Tapi tiada apa dosa kamu dengan saya. Saya doakan kamu bahagia.

HIDUP
Hidup ini sukar. Bukan mudah menjalani kehidupan sebagai manusia. Rasulullah juga digoda dan diganggu tanpa jemu si penjahat. Tanpa jemu si syaitan. Tetapi itulah Rasul Allah. Telah dijanjikan Syurga dan telah di tetapkan hatinya kuat dan bersih. Tapi kita?

Apakah kebaikan yang pernah kita buat? Berapa kali? apakah jasa kita kepada ibu bapa?

Bila difikir-fikir, kehidupan ini menakutkan. Terlalu banyak dugaan yang harus kita tempuh. Kecil, tak semestinya bahagia.
Perempuan, tak semstinya terjaga. Lelaki tak semestinya berjaga.
Kahwin tak semestinya bahagia.
Tidak berkahwin, tentu sunyi dan rasa bosan.
Beranak, tak semestinya hak kita. Tidak ada anak, tentu pasrah tak bertepi.

Macam-macam. Tidak ada orang yang kehidupannya lancar tanpa apa-apa dugaan yang Allah beri.

Cuma perlu dibisikkan selalu dalam hati, dugaan itu tanda Allah kasih dan sayang serta ingat kepada kita.

Apa-apa pun, BERSYUKUR.


MATI

Mati itu bukan mudah. Rasul yang maksum juga matinya dalam keadaan sakit yang amat sangat. Inikan kita?
Dosa penuh dalam buku.
entah silap-silap, sampai tidak cukup muka surat dosa yang kita buat. Perlu extra pages.
Susah, kan?

Sudah dalam nazak itu sakit, dalam alam kubur itu sakit, di padang mahsyar juga sakit.

Kita manusia biasa. sedikit sebanyak, terdetik juga perkara jahat dalam hati.

Ya Allah, ampunilah aku.
Takut dan terus takut kerana amalanku masih belum cukup. :(

Thursday, October 20, 2011

Doa Mudah Bersalin

DOA MUDAH BERSALIN DAN KESEJAHTERAAN ANAK DALAM KANDUNGAN

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ
لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا.
اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ.
اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا.
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً.
اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خَلْقَهُ وَأفْصِحْ لِسَانَهُ وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ .
وَالْحَمْدُلِهِرَ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ.

Ya Allah ,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah ,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Ya Allah ,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .

kongsi daripada laman KLIK DI SINI

Janin sujud di dalam rahim ibu ketika diperdengarkan ayat al-Quran

Saya ambil video ini :



daripada lama blog seseorang KLIK DI SINI
Terima kasih kerana berkongsi!

Terima kasih tuan blog tersebut.

Saya terasa baby saya bergerak-gerak sekarang! :))

Wednesday, October 19, 2011

Kisah kanak-kanak dilanggar di China tanpa bantuan.

Saya terbaca kisah ini dalam ruangan FB dan blogger. Di sini saya sertakan tidak tahu siapa penulisnya, tetapi saya baca dari lama blog WANITA SEKECIL AKU. Terima kasih WANITA SEKECIL AKU. Mohon Share ya!

Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat dek jek... Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia. Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni...

Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung, sila jangan tolong.. Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh... Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya... Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu.. Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati.. Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni... JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri... Kalau ofismate aku tu tipu maka tipulah aku... Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini..

Monday, October 17, 2011

PAHALA dengan masakan.





Saya suka masak. Biarpun saya tahu , saya tidak mahir memasak.

Suami pula sangat suka makan, biarpun saya tahu, dia akan rasa yang saya masak itu tidak sedap. Cuma, suami tidak pernah kata tidak sedap. Dia cuma selalu komen untuk tambah dari sudut menyedapkan lagi masakan..:)

Betapa untungnya wanita sebagai isteri. Masakannnya dapat pahala.
Suami suka, dapat pahala.

Mengapa masih ada yang sangat berkira untuk masakkan untuk suami?
Dan lebih suka beli di kedai?
Saya tidak pasti adakah jika saya kembali bekerja nanti say akan jadi begitu juga? Entahlah. Allah lebih tahu masa hadapan saya. Cuma, buat masa ini, saya menanam niat dan azam, biar sesibuk mana pun saya, saya akan cuba masakkan walaupun sedikit buat juadah. Kalau bukan makanan tengah hari, saya akan cuba masak untuk sarapan sebelum ke pejabat.

Kalau bukan sarapan, saya akan pastikan lewat malam suami ada sedikit santapan. Janji perutnya tidak kosong dan berbunyi....:(

SAYA MOHON DOA KALIAN PEMBACA BLOG SAYA.

Alasan sibuk dan tidak cukup masa, sangat sinonim pada telinga saya. Tapi, kalaulah dalam hati, niat demi pahala Allah, hilang semua penat.

Sempat semua masa.

Janji PAHALA!

Zikir Al-Ma'thurat



Sepanjang kehamilan mencecah lima bulan, saya baca Al-Ma'thurat.

Beramal ibadah sesuai dengan anjuran Islam seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Mukmin sejati akan mengisi ruang masanya dengan pelbagai amalan yang dapat mendekatkan dirinya dengan Maha Pencipta, Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir.

Membesar dan mengagungkan ALLAH SWT , yang sememangnya layak diagungkan!

Bukan kekasih hati yang belum sah sebagai suami dan isterimu! Jangan sala sangka wahai remaja. Cinta yang bersandarkan nafsu tidak akan memberi kelebihan apa-apa selain dosa maksiat jasad dan hati.

Insan beriman pada waktu pagi dia akan bertasbih dan berdoa. Pada waktu petang tetap dengan kerendahan hatinya dan jiwanya dengan berzikir dan banyak mengingati Allah.

Sesungguhnya jiwa dan hati yang banyak mengingati Allah adalah jiwa dan hati yang tenang.

Jadikanlah Al-Ma'thurat sebagai amalan. Selain itu, zikirkanlah nama Allah 99 Asmaul Husna itu sebanyak-banyaknya supaya kita rasa lebih dekat dengan Allah.

Jangan dilupa buku yang wajib kita baca, Al-Quran. Bacalah dan jadikan amalan. Tidak banyak walaupun sedikit, pasti akan mencerahkan rumah kecil kita di alam kubur nant.

AMIN..

Wassalam.

Doa daripada sahabat SITI KHADIJAH





Daripada Siti Khadijah
Istimewa untuk rakan-rakan FB yang sedang hamil| Saya kongsikan beberapa potongan wirid dan doa untuk kalian yang diambil daripada buku Mengatasi Masalah Hamil dan Kelahiran yang sempat dibaca sebelum keguguran tidak lama dahulu. Semoga bermanfaat. (^______^)

Doa Nabi Zakaria as untuk dikurniakan zuriat:
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Maksudnya: "Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, Engkaulah Tuhan yang paling baik dalam memberikan waris."


Wirid bagi mengelakkan keguguran:
المحي
Maksudnya: "Yang memulakan kejadian".

*Banyakkan membaca zikir ini baik suami atau isteri yang sedang hamil. Sekiranya suami yang membaca, hembus atau sapukanlah kepada isteri yang hamil bagi mengelakkan keguguran.


Doa agar kandungan tidak cacat sepanjang tempoh kehamilan:
رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa hamba-Mu".


Doa agar zuriat yang bakal lahir menjadi anak soleh/ solehah:
اللهم احفظ ولدي ماداما في بطني واشفه أنت شاف لا شفاء إلا شفاؤك لا يغادر سقما.اللهم صوره في بطني صورة حسنة وثبت قلبه إيمانا بك وبرسولك. اللهم اجعله صحيحا كاملا وعاقلا حاملا عاملا. اللهم طول عمره وصحح جسده وحسن خلقه وافصح لسانه وأحسن صوته لقرائة القرأن والحديث ببركة محمد صلى الله عليه وسلم والحمد لله رب العالمين

Maksudnya: "Ya Allah, peliharalah anakku semasa dia di dalam kandunganku ini, dan sembuh serta sihatkanlah dia, sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan dengan penawar-Mu, kesembuhan yang tiada meninggalkan kesan buruk."

"Ya Allah, jadikanlah dia sihat sempurna daripada dalam kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera, tetapkan hatinya beriman dengan-Mu dan rasul-Mu."

"Ya Allah, jadikanlah dia sihat sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh."

"Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkan tubuh badannya, dan elokkanlah akhlak serta perangainya, fasihkanlah lidahnya dan elokkanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad saw."

*Digalakkan membaca doa ini setiap kali selesai solat lima waktu.

Doa sewaktu bersalin:
حسبنا الله ونعم الوكيل ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
Maksudnya: "Cukuplah Allah bagiku dan tiada daya upaya dan tiada kekuatan hanya karena pertolongan Allah yang maha agung."

Raikanlah zuriat dengan kalimah ALLAH!

terima kasih sahabat. Sungguh pun kita tidak pernah bersua, kalimah ALAH menyatukan kita. Saya doakan kamu juga beroleh zuriat yang terdidik sepertimu suatu masa nanti, dalam masa terdekat.

Sahabat,
mungkin juga Allah mahu kamu berkasih sayang degan suamimu setelah lama kalian berjauhan. Inilah masanya, gunakan sebaiknya.
Aku juga lewat dikurniakan zuriat. Hampir setengah tahunkami berdua memadu kasih, tambahan pula kisah kita sama BERCINTA SELEPAS IJAB DAN QABUL yang SAH! :)

Maka kisah cinta kta baru sahaja bermula. Kita jalinkan cinta itu buat masa ini, Allah izinkan kita berdua.

Insya-Allah, tidak lama lagi, kalian berdua akan bertiga.. Mana tahu, mungkin empat dan lima? Tentu aku juga akan turut bahagia di sini jika kamu bahagia!

Semoga ada rezekinya kita berjumpa setelah aku pulang ke Malaysia suatu masa nanti. Pasti!

SITI KHADIJAH, kamu sahabat istimewa!

HIJAB itu WAJIB




Menutup aura itu wajib.
Menutup aurat itu menarik.
Menutup aurat itu melindungi keburukan.

Jika tidak menutup aurat,
bayangkan kita seperti ayam yang tidak berbulu itu.
Nampak segala lekuk tubuh. Cantikkah?
Ayam itu kurus, tidak cantik.
Kalau ayam itu gemuk? Bagaimana? Gebu badannya sana-sini?
Tentu masih ada yang jawab ayam togel yang gebu itu menarik.

Bukan mahu menghina rakan-rakan yang tidak menutup aurat.
Tetapi inilah kenyataan.
Saya bukan muslimah sempurna.
Saya juga masih belajar.
Saya juga sedang perbaiki diri.

Sama-samalah kita beringat dan memperingat.

Toowoomba Hospital




Hari ini ke hospital ula. Seperti biasa ada rutin yang perlu saya ikuti, persediaan diri dalam proses kehamilan. Saya masuk dahulu ke klinik Ante Natal Clinic Toowoomba Hospital sementara suami pula sibuk mencari parkir kereta.

Ya, amat payah untuk mencari kawasan parkir. Parkir percuma cuma ada sedikit. Parking berbayar, mahal, memang ada banyak. Masih kurang prsarana untuk kenderaan.

Selama hampir sejam menunggu barulah saya dipanggil. Suami sudah kelihatan mengantuk. Saya juga. Penat menunggu, penat sudah membaca lama dan duduk lama. Janjinya pukul 1pm adalah waktu untuk saya. Mungkin Toowoomba Hospital masih belum peka dalam ketepatan waktu.

Mujurlah selepas menungu lama, kami dilayan denganbaik oleh Doktor yang bertugas. Doktor Kate. Comel orannya dan sangat aktif. :)

Esok, kami aka ke hospital sekali lagi untuk ultrasund kali kedua. Kali pertama entah apa masalahnya, baby tidak dapat dilihat dengan jelas. Saya juga kuran minum air pada waktu itu... :) Salah saya. KAsihan suami perlu ke sana 2-3 kali. Masa menunggu juga lama! Sabarrrr..

Rabu pula akan ada temu janji dengan GP saya, Dr. Chapman. Harapan minggu ini agar anak dan saya sihat sejahtera. Suami juga tidak terbeban dengan kami..:(

Kasihan suami...

Thursday, October 13, 2011

Ikan dan Inala.







Sudah dua kali dalam bulan ini suami mengajak ke Inala. (suami ajak-ajak ayam, saya angguk sungguh-sungguh!)

Masakan tidak, saya sangat teringin makan ikan dan makanan laut yang lain. Sudah sekian lama saya tidak makan ikan dan makanan laut sejak tinggal di sini. Bukannya tidak ada, ada tetapi agak jauh. Yang dekat di SUPA IGA juga ada. Cuma ikannya tidak semeriah ikan di Inala.

Inala kawasan rakyat Vietnam berkampung. Peniaga juga terdiri daripada bangsa mereka. Penghijrahan yang mereka lakukan suatu masa dahulu membuahkan hasil lumayan kepada warga keluarga mereka kerana menjadi usahawan di Australia akhirnya.

Saigon , Vietnam dan kawasan sekitarnya menjadi tanah kampung mereka. Hanya 1% sahaja warga Inggeris Australia yang pernah saya jumpa di kawasan Inala Plaza. :)

Hebat bukan? Agaknya jika Malaysia dijajah dan perang juga, tentu rakyat Malaysia menjadi pelarian dan akhirnya mendapat kewarganegaran di negara luar.

Kaya dan membangun akhirnya! :)

Apa pun, Inala memang best sebab banyak makanan ASIA yang dijual.

Paling best, saya ada ikan masin, rebung, pelam dan jambu batu dalam simpanan. !!!

Gurindam gadis manis - MASKARA 2010



salah satu puisi yang saya baca ketika MASKARA.

Terima kasih Zaleha, tuan punya puisi yang diterbitkan dalam Dewan Siswa Mei, 2010.

Terima kasih atas puisi ini!

Dimasukkan dalam blog Sindiket Sol-Jah oleh Tok Rimau. Boleh klik DI SINI

Putus Cinta? Bagaimana Terapinya?





Hari ini saya baca, dengar, lihat lagi kisah putus cinta. Ksah putus cinta ini sangat lazim berlkaku dalam masayarakat. Setelah berlaku, banyaklah nasihat-nasihat yang kita dengar.

Tidak terkecuali, saya. Saya juga pernah rasa putus cinta. Semuanya sementara. Sakit, memang sakit. Akan ada mangsa yang akan kata :


BACALAH SETERUSNYA, PANDANGAN SESEORANG YANG PERNAH SAYA KENAL.


"Kau tak tahu, kau tak rasa apa yang aku rasa."

"Kalau kau ada kat tempat aku, kau pun akan jadi amcma aku."

"Kau bolehlah cakap macam tu, sebab kau tak laluinya."


Jangan cepat melatah wahai, kawan! Saya juga pernah rasa akan sakitnya hilang kasih sayang. Saya juga pernah rasa akan hilangnya nikmat remaja. Saya rasakan dunia tidak adil. Semua saya buat, tak ada faedahnya. Saya tidak dapat ganjaran yang saya mahu daripada Allah. Pernah saya marah akan takdir. Kesakitan yang saya rasa, lebih hebat daripada rakan-rakan diluar sana. Tidak perlu saya ceritakan di sini mengapa saya putus cinta. Saya tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

Cukuplah sekadar saya maklumkan, sakitnya say, sama atau lebih sakit daripada kalian.

Cuma, satu sahaja pesan saya. Kalaulah saya bisa bangun hanya dalam masa satu minggu, takkanlah kalian tidak mampu? Bagaimana saya lakukan?

Saya bukan muslimah sejati. Saya tidak menutup aurat denga sempurna. CInta yang saya ada juga bukan cinta suci sepenuhnya.

Tetapi, apalah salahnya dengan keadaan sedih kita itu, kita belajar cuba kembali ke jalan Allah? Beribadat dengan tekun. Doa selepas solat, biarlah panjang. Bukan siap solat terus lari lintang pukang kejar televisyen.

Apa salahnya menukar cara pemakaian yang diiktiraf syarak? Bukan mahal baju longgar-longgar. Bukan mahal tudung-tudung yang cantik. Sebaliknya, jika saya lihat, baju kemeja T ketat berjenama NIKE, ADIDAS lebih mahal itu, kalian mampu beli dan pakai. Saya memang tidak mampu. Paling mahal mungkin saya pernah beli Chargers OutFitters. Murahkan? Dekat pasaraya BINTANG pun ada. Pernah dengar pasaraya BINTANG? GIANT?

Kalau dahulu semasa bercinta habis masa berbual di telefon dan berSMS, kini, apalah salahnya kalian cuba berbual dengan ALLAH? BerSMS dengan-NYA? Mungkin (memang) sangat berfaedah.

Kalau dahulu, ketika keluar pagi ke pejabat, kalian lebih suka dengar iPod yang dipenuhi dengan lagu-lagu mengusik jiwa, lagu cinta yang mengkhayalkan, apakata kali ini cuba isi iPod anda dengan kalimah-kalimah tauhid, surah-surah lazim (yang mudah kita ikut) dan asma-ul-husna?


Kalau dulu nasihat teman lelaki 100% akan kita dengar , kali ini dengar dan renung wajah ibu bapa. Mereka lebih berhak kita hormati.




Masih banyak lagi jalan untuk kita rasa nikmat dunia. Bukan semata-mata cinta. Berbakti kepada ibu bapa, salah satu nikmat. Tidak ada ibu bapa? Yatim? Carilah nenek, pak cik, mak cik yang halal bagi kita.

Menderma bantu orang susah (kalau kita kerja dan gajinya besar) saya yakin ada dalam kalangan rakan-rakan saya yang gajinya sangat besar, bukan? Apalah salahnya bersedekah di masjid?

Selalunya rakan-rakan akan ke KL , bukan? Pasar malam dan macam-macam lagi. Adakah kalian berhenti tuk solat? Jika TIDAK, kali ini betulkan niat. Bawa beg tangan, isilah telekung. Bila sampai waktu, solatlah. Hanya dengan solat akan buat hati jadi lebih tenang daripad aterkenangkan kisah-kisah lama.

_____________________________________________________________________

Masih banyaklagi jalan untukkita bagn daripda kesakitan putus cinta. Saya tidak katakan semuanya say baik, semuanya say buat.

Saya masih lagi tidak baik. Saya juga pernah rasa sakit seperti kalian. Apa uba yang saya buat? Saya telah diberi pelbagai jenis doa. Salah satunya doa melupakan cinta lama. Saya sudah hilangkan doa itu. Bagi saya doa itu salah satu cara terbaik. Kita mohon kepada Allah.

Bukan dengan cara menguar-uarkan kepada dunia bahawa kita sedang sakit putus cinta. Saya akui kehebatan rakan saya Eiyla Adila. Kuatnya dia menempuhi sakitnya putus cinta. Tabah.

Saya menangis juga tertonggeng selama sehari. CUKUP untuk sehari saya habiskan air mata saya demi cinta yan tidak berkeseudahan dan tidak halal bagi saya. Tidak guna saya kenang lagi.

Akan ada insan yang akan komen bahawa, "Engkau bolehlah, sekarang sudah hidup senang, sudah kahwin, suami bagus, duduk luar negara."

Setiap orang ada pencapaiannya sendiri. Saya juga tidak pernah terfikir unuk berkahwin awal. Setelah saya putus cinta, saya hanya berdoa kepada ALLAH, kirimkan saya cinta halal.

Selang beberapa bulan selepas itu saya dilamar oleh lelaki yang tidak saya kenali. nilah hakikat bila kita reda. Selagi kita tidak reda, selagi itulah kita dihimpit kekesalan.

Saya juga tidak tahu lelaki itu berkelulusan luar negara. Saya tidak kenal dia. Saya jumpa suami saya juga seminggu sebelum bernikah. Tidak ada dating-dating. Cukup sekadar bertanya khabar melalui Internet.

Jangan kata yang sudah kahwin itu hidupnya senang lenang. Sudah bahagia. Yangmasih belum berpunya itu hidupnya kelam tidak bermaya. Hey, sudah lupakah kalian tidak ada teman lelaki tetapi kalian ada ibu dan ayah?

Itulah yan say lakukan. Dahulu, setiap Sabtu dan Ahad, selepas sahaja kerja JUmaat, saya ak terus pulang ke kampung. Berbakti kepada bonda dan ayahanda setelah berbakti kepada negara dengan bekerja dan memandaikan bangsa dengan menyiapkan buku-buku. Kini, masa Sabtu dan Ahad saya kepunyaan bonda dan ayahanda. Saya tidak rasa sunyi langsung. Saya hiburkan diri saya dengan membaca. Saya ikuti kumpulan gerakan bebas memandaikan bangsa BACA@ lalu hati say jadi tenang. Kerana apa? Kerana saya sudah lupa dan saya sudah reda. Tidak ada apa-apa yang membahagiakan dan mengubah selain saya membahagiakan dan mengubah diri saya.

Jangan ingat rakan yan sudah berkahwin dan beranak pinak itu bahagia dan tidak derita. Jangan lupa, semua manusia akan mati. Mati itu BENAR.

Maka, yang sudah berkahwi dan bernak juga perlu jalani kehidupan yan sunyi den derita dengan kehilangan. Lebih baik hilang teman lelaki daripada hilang suami. Parahnya ilang suami entah bila akan hilang? Kalau hilang anak, sakitna entah terus berdarah.

Itulah, jangan cepat menyangka bahawa yangsudah berteman hidup itu bahagia. Saya sering terfikir, bagaimana suatu hari nati say akan tinggal sendiri. Lebih sakit daripada ditinggal teman lelaki!


NIKAH

Simpanlah dalam hati nat bernikah kerana agama. Jangan simpan dalam hati niat berkahwin kerana nafsu semata-mata. Nafsu itu nombor yang entah ke berapa. Bila sudah bernikah, barulah fikirkan hal nafsu kerana pada msa itu, semuanya sudah HALAL. Bila kalian fikirkan nafsu dengan teman lelaki, sudah semestinya HARAM!

Bernikahlah seadanya ala kadar dengan kemampuan. Jangan sibuk mencari lelaki kaya mewah semata-mata mahu hidup senang selepas itu. Wang dan kekayaan tidak menjamin kebahagiaan langsung.

Bernikahlah dengan lelaki yang mapu imamkan solat kalian. Jika ada teman lelaki sekarang, cuba lihat pada waktu solat adakah dia mengingatkan kalian tentag solat? Adakah dia juga kaki masjid? Kalau dia sendiri lalai dalam agama, putus cinta pun tak mengapa! Saya RELA!

__________________________________________________________________________________

KAU LAIN, AKU LAIN

Kita sama , sahabat. Kita wanita, gadis yang sentias ingin dicintai dan dikasihi. Tapi jangan lupa, cinta dan kasih lelaki tidak 100% mendamaikan. Buat masa ini, selepas putus cinta, carilah kasih dan reda Allah. Carilah kasih dan sayang ibu dan ayah. Adik beradik. Berapa kai dalam sebulan kalian dan adik beradik berkumpul? DI mana kasih sayangkalian dan adik beradik?

Kalau berkumpul adik beradik, adakah kalian fikirkan batas aurat dengan ipar? Kalau tidak, bagaimana mahu rasa dikasihi ALLAH? Tutuplah aurat. Bagaimana aurat kalian dengan jiran? Tutuplah aurat. (Pesanan untuk dri saya juga!!!)

Apa lainnya kita? Kita sama manusia. Ada hati, ada perasaan. Hati sakit dilanda duka asmara cinta. Semua oran sam. Cuma cara untuk mengubati sakitnya cinta itu yang membezakan kita. Akan ada jawapan,

"Bukan aku tidak solat, bukan aku tidak doa. Tapi hati tetap tak bleh lupa!"

Hey, kata-kata seperi itu kata-kata insan yang tidak pernah yakin dengan ketentuan ALLAH! Yang mengubah cara itu KITA, yang MAHA MEMBANTU itu siapa? Bukan ALLAH? Kalian menidakkan perkara yang sepatutnya kalian lakukan.

SUSAH?

Tidak susah kalau kalian istqamah. Kenapa saya kata begitu? Saya bukan ustazah. Saya juga bukan muslimah sejati. (Tak percaya,?? Tanya suami saya, betapa banyaknya dosa saya selepas saya bernikah dengannya) KIta bukan MAKSUM dan kita bukan manusia ajaib yan idak perlukan USAHA!!!

Berusahlah tingkatkan taraf ibadat. Dekatkan diri kepada ALLAH, nescaya hati sangat-sangat tenang. (Tidak percaya? kenapa tidak percaya?)

Saya tidak tahu kenapa ada yang tidak percaya dan masih katakan, :

"Aku solat, aku beribadat, tapi aku tetap tak boleh lupa!"

Jika begitu, selidik dahulu bagamana solatmu, ibadatmu? Tentu ada salah silap di mana-mana. Sama-sama kita betulkan. (Peringatan buat diri saya jga)

Yang mampu mengubah hanya diri kalian wahai sahabat, para gadis. Tidak ada insan lain. Pernah seseorang bertanya kepada saya, bagaimana saya menjadi kuat. Saya tidak kuat sebenarnya. Saya mencuba menjadi kuat. Apa yang saya khabarkan kepada adik tersebut, (rakan seuniversiti tetapi lebih muda daripada saya) , cuma, BERUBAH.

Perubahan yang bagaimana?

1- Buang semua gambar yang tidak menutup aurat dan gambar menggoda di FB.
2- Tuliskan status yang positif dalam FB
3- Tutuplah aurat (sedikit demi sedikit, bukanlah suruh berpurdah terus)
4- Minta doa ibu bapa
5- Solatlah.
6- Baca Quran
7- Zikirkan nama ALLAH selalu.

dan banyak Lagi. Tidak susah. Tidak susah. Yang susahkan itu, siapa? Kita dan Syaitan. Kenapa salahkan Syaitan? Bukankah kerja Syaitan sememangnya menyesatkan manusia? :)

Saya juga seperti anda. Saya juga rasa sakitnya cinta. Saya juga pernah jatuh tersungkur. Tetapi, bagaimana saya mendapat kekuatan dan rezeki?

SEMUA ATAS USAHA DAN DOA YANG BERTERUSAN KEPADA ALLAH SWT.
ARTIKEL BERKAITAN boleh BACA DI SINI

p/s: jangan kata TIDAK selagi belum sempurna perubahanmu.

Tuesday, October 11, 2011

SCRAPBOOKING project



Hari ini saya menghabiskan masa membaca dan menelaah bagaimana membuat buku skrap yang sangat cantik. Buku skrap itu dapat dijadikan hadiah dan juga kenangan untuk diri atau teman.

Saya berimpian mahu menyediakan buku skrap untuk anak yang bakal saya lahirkan. Sejak dia dari dalam rahim hingga dia keluar nanti.. :)

Hm.pada pendapat saya, agak sukar juga untuk menyiapkan satu buku skrap. Apatah lagi jika kita kekurangan bahan-bahan. Bukan apa, setelah saya baca buku ini, terdapat pelbagai cara untuk membuat buku skrap. Ada material, teknik dan sebagainya. Kalau tak ada semua itu, mungkin jadi juga buku skrap yang kita inginkan cuma hasilnya tidak secantik yang kita lihat dalam gambar-gambar yang disediakan dalam buku ini. :)



Mohon dia sahabat..

SERIGALA BUKU




Seronoknya lihat kawan-kawan buku bergegas ke BBW di MAEPS, SERDANG. Jualan buku yang sangat murah. Sedih dan sangat cemburu dengan mereka!

Saya mahu juga.... :(

Macam biasa, rakan-rakan buku BACA@ akan menggganas di sana pada 16 oktober ini... Dan saya yakin hanya dapat turut serta dalam doa.. :)

Semoga niat memandaikan bangsa terus dibantu Allah! Amin..

sihat VS sakit

SELALUNYA KALAU KITA SIHAT, KITA JARANG INGAT ALLAH.

BILA KITA SAKIT, MULALAH MENCARI UBAT DAN PENAWAR SERTA DOA MOHON SEGERA SEMBUH.

BILA KITA SIHAT, KITA LUPA ORANG YANG BERJASA DI SEKELILING KITA.

BILA KITA SUSAH, KITA MULA CARI MEREKA.

HAKIKAT MANUSIA.

CUMA BERDOA, AGAR KITA BUKAN SEBAHAGIAN DARIPADA ITU!