Monday, June 18, 2012

Mengajarkan Al-Quran kepada anak sejak awal kelahiran, bukan mustahil.

Nur Aina berusia 4 bulan sejak 11 Jun yang lalu.

Teringinnya mummy ajar Aina Al-Quran macam mana yang mummy baca, Darwisy dan Darwisya yang cerdik dan celik Al-Quran sejak kecil.

Mummy tengah cari idea, macam mana nak buat flash card untuk mulakan iqra' Aina.

Mummy start from here, read all about excellent kids with Al-Quran : dalam blog ini http://darwishndarwisya.blogspot.com.au/


Sementara mummy masih di rumah 24jam dengan Aina, mummy nak sangat ajar Aina, bermula dari yang kecil-kecil.

Mummy takut, kalau dah balik Malaysia one day, mummy tak banyak peluang nak ajar Aina Al-Quran.

Benarlah kata penulis blog ibu Darwisy dan Darwisya, hal duniawi, hal ilmu sekolah, biarkan lambat. Sebab semua itu mudah untuk catch-up.

Hal berkenaan Al-Quran perlu pendedahan awal. Sebabnya, bila kita celik Al-Quran, hati pun bersih dan mudah terima pelbagai ilmu.

Doa mummy untuk Aina, jadilah anak yang cemerlang agama dan berjaya hal dunia. Janganlah sampai pentingkan duniawi, hal akhirat dan buku utama umat Islam dibiarkan berhabuk di atas rak buku perpustakaan mini kita!

Hope that mummy and daddy can learn from it! Go with it, baby!!!!
Hasrat hati mummy tengok Bella anak Dr Harlina dan Syed Muszaphar berenang kalah dengan hasrat mummy mahu ajar Aina Al-Quran macam Darwisy dan Darwisya!



**Al-Quran hantaran untuk daddy!

Wednesday, June 6, 2012

PETUA MENCANTIKKAN WAJAH ISTERI

Petua Untuk IsteriSentiasa Cantik danBahagia


1. Selepas solat Isyak,... ambil air segelas,
bacaAl-Fatihah 1 kali,
AyatulQursi 1 kali,
dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38sebanyak 7 kali.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(Al-Waaqi'ah 56:35)

Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh),

(Al-Waaqi'ah56:36)

Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

(Al-Waaqi'ah 56:37)

(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untukmenjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya.

Tuesday, June 5, 2012

PETUA ANAK MUDAH TIDUR SIANG DAN MALAM

1) Ajar anak anda untuk settle down sendiri.

Contoh : jika anak menangis, jangan angkat. kenal pasti cara-cara anak anda menangis. Menangis mahu diangkat atau menangis kotor dan lapar. Jika menangis kotor dan lapar, anda perlu bertindak segera. Jika hanya mahukan dipegang. Biarkan. Tunggu sehingga 10 minit. Cara begini digelar settle down by themselves.

2) Pastikan rutin anda tepat.

Contoh : Masa mandi yang sama setiap hari


3) Menyusu selepas mandi, bukan sebelum mandi. Susukan anak anda selepas dia bersih (mandi) dan pastikan pada setiap sesi feeding, rutin ini anda amalkan. NAPPY CHANGE --> SUSU --> TIDUR


4) Bagaimana mahu tidurkan anak?

Cara tidur yang sihat dan selamat : Tanpa bantal kepala, dan tidurkan anak pada bahagian tulang belakang. Dijamin kalau susu badan sepenuhnya, bayi tidak akan tercekik susu. Takdir Allah mengatasi segala-galanya.


5) Jangan ajar anak anda tidur berdodoi.

Letak --> bedung --> biarkan dia main sampai dia tertidur. Kalau dia menangis kuat, barulah diangkat.


6) Tidur malam : pastikan tidur dalam cahaya suram

(cukup sekadar lampu tidur. Jangan pasang lampu bilik) Ajar anak anda bergelap, GELAP ITU TANDANYA MALAM dan PERLU REHAT DAN TIDUR. Waktu tidur malam bukan social time.


7) Jangan berbual dengan anak anda ketika dia terjaga pada waktu malam untuk menyusu.

Diam, salin nappy dan terus berikan susu. Usap kepala anak sampai dia tertidur.

Letak --> bedung semula dan tidur. JANGAN SEKALI-KALI BERBUAL. Ajar anak anda waktu malam BUKAN SOCIAL TIME.

8) Berbual dengan anak anda pada HANYA waktu siang.


Toowoomba Base Hospital Book Care.

Hukum Main Game Aplikasi Ramalan di Facebook

Hukum Main Game Aplikasi Ramalan di Facebook


SILA AMBIL PERHATIAN..

Kepada teman-teman Facebook, janganlah melibatkan diri dengan sebarang game aplikasi ramalan tentang nasib dan seumpamanya.

"Tahun yang sesuai untuk anda berkahwin".

"Rumah yang sesuai untuk anda".

"Pasangan yang sesuai untuk anda".

"Peratus cinta anda pada si dia".

Ia perbuatan haram serta jalan kepada syirik dan kekufuran. Sekalipun untuk suka-suka. Ini adalah konsep mendatangi rumah tukang tilik cara moden.

Sekadar suka-suka menekan, sama seperti anda mendatangi peramal nasib, dan jika anda mempercayainya sama seperti anda mempercayai peramal nasib.


Nabi dah pesan tentang hal ini.

من أتى عرافاً فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين يوماً
"Siapa yang mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, tidak akan diterima solatnya 40 hari". [H.R. Muslim]

Analoginya ialah sama dengan menekan butang game aplikasi ramalan dalam Facebook.

من أتى كاهناً فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد
"Siapa yang mendatangi tukang ramal dan membenarkan apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang dibawa oleh Muhammad s.a.w". [H.R. Abu Daud]

Analoginya ialah sama dengan mempercayai dengan jawapan game aplikasi ramalan tersebut.

sumber : fb syahirul.com dan http://muntahpelangi.blogspot.com.au/2012/06/hukum-main-game-aplikasi-ramalan-di.html

Monday, June 4, 2012

Petua Diet Sihat

Diet sihat :

6am- 9am

1) sarapan oat / cornflackes/susu segar
2) habiskan air 1 liter,
3) buah pisang





10am-12noon

1) dahulukan buah epal
2) makan nasi dengan sayur dan ikan (nasi ambil 4suap sahaja, banyakkan lauk dan sayur)
3) habiskan air 1 liter (air yg kedua)





1pm-3pm

1) makan buah, prune
2) minum air 1 liter yang ketiga
3) makan kuih karipap kentang





4pm-7pm

1) makan mihun goreng
2) minum air 1 liter yang keempat kali
3) makan prune lagi




malam:

minum susu segelas,
makan coco crunch/ weet bix/ apa2 bijirin dengan susu dan makan prune lagi sebelum tidur.





*SELAMAT BERAMAL!

PETUA AMBIL HATI SUAMI

1) Masak masakan yang dia gemari


2) Masak dan belajar masak daripada ibu mertua


3) Ikut dan taat cakap suami


4) Berwangi-wangian dan cantikkan diri di hadapan suami


5) Taat dan patuh kepada Allah SWT (menutup aurat dan jaga solat, puasa)


6) didik anak dengan baik


7) Pastikan tempat tidur kemas dan bersih


8) tidur bersama (Seolah-olah suami pakaian isteri, isteri pakaian bagi suami)


9) Salam , peluk, dan cium suami sebelum ke tempat kerja (AWAS!! PELUK DAN CIUM DI KAWASAN TERTUTUP. KEINTIMAN SUAMI DAN ISTERI TIDAK PERLU DITUNJUK PADA KHALAYAK RAMAI)


10) masak makanan yang suami gemari dan bertanya menu apa yang dia suka pada hari tersebut. Menangkan dia. Jangan asyik masak ikut tekak kita (isteri)


**Peringatan buat diri sendiri. Selamat beramal!