Thursday, October 13, 2011

Ikan dan Inala.







Sudah dua kali dalam bulan ini suami mengajak ke Inala. (suami ajak-ajak ayam, saya angguk sungguh-sungguh!)

Masakan tidak, saya sangat teringin makan ikan dan makanan laut yang lain. Sudah sekian lama saya tidak makan ikan dan makanan laut sejak tinggal di sini. Bukannya tidak ada, ada tetapi agak jauh. Yang dekat di SUPA IGA juga ada. Cuma ikannya tidak semeriah ikan di Inala.

Inala kawasan rakyat Vietnam berkampung. Peniaga juga terdiri daripada bangsa mereka. Penghijrahan yang mereka lakukan suatu masa dahulu membuahkan hasil lumayan kepada warga keluarga mereka kerana menjadi usahawan di Australia akhirnya.

Saigon , Vietnam dan kawasan sekitarnya menjadi tanah kampung mereka. Hanya 1% sahaja warga Inggeris Australia yang pernah saya jumpa di kawasan Inala Plaza. :)

Hebat bukan? Agaknya jika Malaysia dijajah dan perang juga, tentu rakyat Malaysia menjadi pelarian dan akhirnya mendapat kewarganegaran di negara luar.

Kaya dan membangun akhirnya! :)

Apa pun, Inala memang best sebab banyak makanan ASIA yang dijual.

Paling best, saya ada ikan masin, rebung, pelam dan jambu batu dalam simpanan. !!!

Gurindam gadis manis - MASKARA 2010



salah satu puisi yang saya baca ketika MASKARA.

Terima kasih Zaleha, tuan punya puisi yang diterbitkan dalam Dewan Siswa Mei, 2010.

Terima kasih atas puisi ini!

Dimasukkan dalam blog Sindiket Sol-Jah oleh Tok Rimau. Boleh klik DI SINI

Putus Cinta? Bagaimana Terapinya?





Hari ini saya baca, dengar, lihat lagi kisah putus cinta. Ksah putus cinta ini sangat lazim berlkaku dalam masayarakat. Setelah berlaku, banyaklah nasihat-nasihat yang kita dengar.

Tidak terkecuali, saya. Saya juga pernah rasa putus cinta. Semuanya sementara. Sakit, memang sakit. Akan ada mangsa yang akan kata :


BACALAH SETERUSNYA, PANDANGAN SESEORANG YANG PERNAH SAYA KENAL.


"Kau tak tahu, kau tak rasa apa yang aku rasa."

"Kalau kau ada kat tempat aku, kau pun akan jadi amcma aku."

"Kau bolehlah cakap macam tu, sebab kau tak laluinya."


Jangan cepat melatah wahai, kawan! Saya juga pernah rasa akan sakitnya hilang kasih sayang. Saya juga pernah rasa akan hilangnya nikmat remaja. Saya rasakan dunia tidak adil. Semua saya buat, tak ada faedahnya. Saya tidak dapat ganjaran yang saya mahu daripada Allah. Pernah saya marah akan takdir. Kesakitan yang saya rasa, lebih hebat daripada rakan-rakan diluar sana. Tidak perlu saya ceritakan di sini mengapa saya putus cinta. Saya tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

Cukuplah sekadar saya maklumkan, sakitnya say, sama atau lebih sakit daripada kalian.

Cuma, satu sahaja pesan saya. Kalaulah saya bisa bangun hanya dalam masa satu minggu, takkanlah kalian tidak mampu? Bagaimana saya lakukan?

Saya bukan muslimah sejati. Saya tidak menutup aurat denga sempurna. CInta yang saya ada juga bukan cinta suci sepenuhnya.

Tetapi, apalah salahnya dengan keadaan sedih kita itu, kita belajar cuba kembali ke jalan Allah? Beribadat dengan tekun. Doa selepas solat, biarlah panjang. Bukan siap solat terus lari lintang pukang kejar televisyen.

Apa salahnya menukar cara pemakaian yang diiktiraf syarak? Bukan mahal baju longgar-longgar. Bukan mahal tudung-tudung yang cantik. Sebaliknya, jika saya lihat, baju kemeja T ketat berjenama NIKE, ADIDAS lebih mahal itu, kalian mampu beli dan pakai. Saya memang tidak mampu. Paling mahal mungkin saya pernah beli Chargers OutFitters. Murahkan? Dekat pasaraya BINTANG pun ada. Pernah dengar pasaraya BINTANG? GIANT?

Kalau dahulu semasa bercinta habis masa berbual di telefon dan berSMS, kini, apalah salahnya kalian cuba berbual dengan ALLAH? BerSMS dengan-NYA? Mungkin (memang) sangat berfaedah.

Kalau dahulu, ketika keluar pagi ke pejabat, kalian lebih suka dengar iPod yang dipenuhi dengan lagu-lagu mengusik jiwa, lagu cinta yang mengkhayalkan, apakata kali ini cuba isi iPod anda dengan kalimah-kalimah tauhid, surah-surah lazim (yang mudah kita ikut) dan asma-ul-husna?


Kalau dulu nasihat teman lelaki 100% akan kita dengar , kali ini dengar dan renung wajah ibu bapa. Mereka lebih berhak kita hormati.




Masih banyak lagi jalan untuk kita rasa nikmat dunia. Bukan semata-mata cinta. Berbakti kepada ibu bapa, salah satu nikmat. Tidak ada ibu bapa? Yatim? Carilah nenek, pak cik, mak cik yang halal bagi kita.

Menderma bantu orang susah (kalau kita kerja dan gajinya besar) saya yakin ada dalam kalangan rakan-rakan saya yang gajinya sangat besar, bukan? Apalah salahnya bersedekah di masjid?

Selalunya rakan-rakan akan ke KL , bukan? Pasar malam dan macam-macam lagi. Adakah kalian berhenti tuk solat? Jika TIDAK, kali ini betulkan niat. Bawa beg tangan, isilah telekung. Bila sampai waktu, solatlah. Hanya dengan solat akan buat hati jadi lebih tenang daripad aterkenangkan kisah-kisah lama.

_____________________________________________________________________

Masih banyaklagi jalan untukkita bagn daripda kesakitan putus cinta. Saya tidak katakan semuanya say baik, semuanya say buat.

Saya masih lagi tidak baik. Saya juga pernah rasa sakit seperti kalian. Apa uba yang saya buat? Saya telah diberi pelbagai jenis doa. Salah satunya doa melupakan cinta lama. Saya sudah hilangkan doa itu. Bagi saya doa itu salah satu cara terbaik. Kita mohon kepada Allah.

Bukan dengan cara menguar-uarkan kepada dunia bahawa kita sedang sakit putus cinta. Saya akui kehebatan rakan saya Eiyla Adila. Kuatnya dia menempuhi sakitnya putus cinta. Tabah.

Saya menangis juga tertonggeng selama sehari. CUKUP untuk sehari saya habiskan air mata saya demi cinta yan tidak berkeseudahan dan tidak halal bagi saya. Tidak guna saya kenang lagi.

Akan ada insan yang akan komen bahawa, "Engkau bolehlah, sekarang sudah hidup senang, sudah kahwin, suami bagus, duduk luar negara."

Setiap orang ada pencapaiannya sendiri. Saya juga tidak pernah terfikir unuk berkahwin awal. Setelah saya putus cinta, saya hanya berdoa kepada ALLAH, kirimkan saya cinta halal.

Selang beberapa bulan selepas itu saya dilamar oleh lelaki yang tidak saya kenali. nilah hakikat bila kita reda. Selagi kita tidak reda, selagi itulah kita dihimpit kekesalan.

Saya juga tidak tahu lelaki itu berkelulusan luar negara. Saya tidak kenal dia. Saya jumpa suami saya juga seminggu sebelum bernikah. Tidak ada dating-dating. Cukup sekadar bertanya khabar melalui Internet.

Jangan kata yang sudah kahwin itu hidupnya senang lenang. Sudah bahagia. Yangmasih belum berpunya itu hidupnya kelam tidak bermaya. Hey, sudah lupakah kalian tidak ada teman lelaki tetapi kalian ada ibu dan ayah?

Itulah yan say lakukan. Dahulu, setiap Sabtu dan Ahad, selepas sahaja kerja JUmaat, saya ak terus pulang ke kampung. Berbakti kepada bonda dan ayahanda setelah berbakti kepada negara dengan bekerja dan memandaikan bangsa dengan menyiapkan buku-buku. Kini, masa Sabtu dan Ahad saya kepunyaan bonda dan ayahanda. Saya tidak rasa sunyi langsung. Saya hiburkan diri saya dengan membaca. Saya ikuti kumpulan gerakan bebas memandaikan bangsa BACA@ lalu hati say jadi tenang. Kerana apa? Kerana saya sudah lupa dan saya sudah reda. Tidak ada apa-apa yang membahagiakan dan mengubah selain saya membahagiakan dan mengubah diri saya.

Jangan ingat rakan yan sudah berkahwin dan beranak pinak itu bahagia dan tidak derita. Jangan lupa, semua manusia akan mati. Mati itu BENAR.

Maka, yang sudah berkahwi dan bernak juga perlu jalani kehidupan yan sunyi den derita dengan kehilangan. Lebih baik hilang teman lelaki daripada hilang suami. Parahnya ilang suami entah bila akan hilang? Kalau hilang anak, sakitna entah terus berdarah.

Itulah, jangan cepat menyangka bahawa yangsudah berteman hidup itu bahagia. Saya sering terfikir, bagaimana suatu hari nati say akan tinggal sendiri. Lebih sakit daripada ditinggal teman lelaki!


NIKAH

Simpanlah dalam hati nat bernikah kerana agama. Jangan simpan dalam hati niat berkahwin kerana nafsu semata-mata. Nafsu itu nombor yang entah ke berapa. Bila sudah bernikah, barulah fikirkan hal nafsu kerana pada msa itu, semuanya sudah HALAL. Bila kalian fikirkan nafsu dengan teman lelaki, sudah semestinya HARAM!

Bernikahlah seadanya ala kadar dengan kemampuan. Jangan sibuk mencari lelaki kaya mewah semata-mata mahu hidup senang selepas itu. Wang dan kekayaan tidak menjamin kebahagiaan langsung.

Bernikahlah dengan lelaki yang mapu imamkan solat kalian. Jika ada teman lelaki sekarang, cuba lihat pada waktu solat adakah dia mengingatkan kalian tentag solat? Adakah dia juga kaki masjid? Kalau dia sendiri lalai dalam agama, putus cinta pun tak mengapa! Saya RELA!

__________________________________________________________________________________

KAU LAIN, AKU LAIN

Kita sama , sahabat. Kita wanita, gadis yang sentias ingin dicintai dan dikasihi. Tapi jangan lupa, cinta dan kasih lelaki tidak 100% mendamaikan. Buat masa ini, selepas putus cinta, carilah kasih dan reda Allah. Carilah kasih dan sayang ibu dan ayah. Adik beradik. Berapa kai dalam sebulan kalian dan adik beradik berkumpul? DI mana kasih sayangkalian dan adik beradik?

Kalau berkumpul adik beradik, adakah kalian fikirkan batas aurat dengan ipar? Kalau tidak, bagaimana mahu rasa dikasihi ALLAH? Tutuplah aurat. Bagaimana aurat kalian dengan jiran? Tutuplah aurat. (Pesanan untuk dri saya juga!!!)

Apa lainnya kita? Kita sama manusia. Ada hati, ada perasaan. Hati sakit dilanda duka asmara cinta. Semua oran sam. Cuma cara untuk mengubati sakitnya cinta itu yang membezakan kita. Akan ada jawapan,

"Bukan aku tidak solat, bukan aku tidak doa. Tapi hati tetap tak bleh lupa!"

Hey, kata-kata seperi itu kata-kata insan yang tidak pernah yakin dengan ketentuan ALLAH! Yang mengubah cara itu KITA, yang MAHA MEMBANTU itu siapa? Bukan ALLAH? Kalian menidakkan perkara yang sepatutnya kalian lakukan.

SUSAH?

Tidak susah kalau kalian istqamah. Kenapa saya kata begitu? Saya bukan ustazah. Saya juga bukan muslimah sejati. (Tak percaya,?? Tanya suami saya, betapa banyaknya dosa saya selepas saya bernikah dengannya) KIta bukan MAKSUM dan kita bukan manusia ajaib yan idak perlukan USAHA!!!

Berusahlah tingkatkan taraf ibadat. Dekatkan diri kepada ALLAH, nescaya hati sangat-sangat tenang. (Tidak percaya? kenapa tidak percaya?)

Saya tidak tahu kenapa ada yang tidak percaya dan masih katakan, :

"Aku solat, aku beribadat, tapi aku tetap tak boleh lupa!"

Jika begitu, selidik dahulu bagamana solatmu, ibadatmu? Tentu ada salah silap di mana-mana. Sama-sama kita betulkan. (Peringatan buat diri saya jga)

Yang mampu mengubah hanya diri kalian wahai sahabat, para gadis. Tidak ada insan lain. Pernah seseorang bertanya kepada saya, bagaimana saya menjadi kuat. Saya tidak kuat sebenarnya. Saya mencuba menjadi kuat. Apa yang saya khabarkan kepada adik tersebut, (rakan seuniversiti tetapi lebih muda daripada saya) , cuma, BERUBAH.

Perubahan yang bagaimana?

1- Buang semua gambar yang tidak menutup aurat dan gambar menggoda di FB.
2- Tuliskan status yang positif dalam FB
3- Tutuplah aurat (sedikit demi sedikit, bukanlah suruh berpurdah terus)
4- Minta doa ibu bapa
5- Solatlah.
6- Baca Quran
7- Zikirkan nama ALLAH selalu.

dan banyak Lagi. Tidak susah. Tidak susah. Yang susahkan itu, siapa? Kita dan Syaitan. Kenapa salahkan Syaitan? Bukankah kerja Syaitan sememangnya menyesatkan manusia? :)

Saya juga seperti anda. Saya juga rasa sakitnya cinta. Saya juga pernah jatuh tersungkur. Tetapi, bagaimana saya mendapat kekuatan dan rezeki?

SEMUA ATAS USAHA DAN DOA YANG BERTERUSAN KEPADA ALLAH SWT.
ARTIKEL BERKAITAN boleh BACA DI SINI

p/s: jangan kata TIDAK selagi belum sempurna perubahanmu.

Tuesday, October 11, 2011

SCRAPBOOKING project



Hari ini saya menghabiskan masa membaca dan menelaah bagaimana membuat buku skrap yang sangat cantik. Buku skrap itu dapat dijadikan hadiah dan juga kenangan untuk diri atau teman.

Saya berimpian mahu menyediakan buku skrap untuk anak yang bakal saya lahirkan. Sejak dia dari dalam rahim hingga dia keluar nanti.. :)

Hm.pada pendapat saya, agak sukar juga untuk menyiapkan satu buku skrap. Apatah lagi jika kita kekurangan bahan-bahan. Bukan apa, setelah saya baca buku ini, terdapat pelbagai cara untuk membuat buku skrap. Ada material, teknik dan sebagainya. Kalau tak ada semua itu, mungkin jadi juga buku skrap yang kita inginkan cuma hasilnya tidak secantik yang kita lihat dalam gambar-gambar yang disediakan dalam buku ini. :)



Mohon dia sahabat..

SERIGALA BUKU




Seronoknya lihat kawan-kawan buku bergegas ke BBW di MAEPS, SERDANG. Jualan buku yang sangat murah. Sedih dan sangat cemburu dengan mereka!

Saya mahu juga.... :(

Macam biasa, rakan-rakan buku BACA@ akan menggganas di sana pada 16 oktober ini... Dan saya yakin hanya dapat turut serta dalam doa.. :)

Semoga niat memandaikan bangsa terus dibantu Allah! Amin..

sihat VS sakit

SELALUNYA KALAU KITA SIHAT, KITA JARANG INGAT ALLAH.

BILA KITA SAKIT, MULALAH MENCARI UBAT DAN PENAWAR SERTA DOA MOHON SEGERA SEMBUH.

BILA KITA SIHAT, KITA LUPA ORANG YANG BERJASA DI SEKELILING KITA.

BILA KITA SUSAH, KITA MULA CARI MEREKA.

HAKIKAT MANUSIA.

CUMA BERDOA, AGAR KITA BUKAN SEBAHAGIAN DARIPADA ITU!

Friday, September 30, 2011

Ya Allah, Diakah Jodohku?





Tip daripada Rasulullah SAW dalam memilih calon belahan jiwa, carilah yang cantik parasnya, baik keturunannya, banyak hartanya dan yang paling baik agamanya. Namun, pilihlah calon yang beragama kerana ia lebih baik daripada seluruh isi dunia. Mohonlah petunjuk-Nya lewat Istikharah. Jika belum bertemu, bersabarlah dan yakinlah bahawa jodoh kita sudah ditentukan sejak azali.

Teruslah mencari, berjalanlah tanpa henti. Semoga bertemu permata yang terbaik untuk dirimu, keturunanmu dan agamamu.

Dapatkan buku yang bermakna ini daripada PUSTAKA IMAN

Thursday, September 29, 2011

QURBAN PALESTIN -2




Daripada Tuan Budi Yanto : Ayuh kita berikan daging korban kepada rakyat Palestin yang SEMEMANGNYA memerlukannya. Hanya RM350 Sadaqah Qurban anda akan membolehkan Aman Palestin menyalurkannya kepada mereka.


Anda boleh jengah ke SINI UNTUK MEMBANTU

Tuan Budi Yanto : Rakyat Palestin telah berkorban segala-galanya demi mempertahankan Tanah Suci umat Islam. Apa pula pengorbanan kita?

Pada Ramadhan yang lepas, Amam Palestin berjaya menghantar wang sejumlah RM511,000. Bagi projek Sadaqah Qurban sempena Aidul Adha yan bakal menjelang, Amam Palestin mensasarkan penghantaran sejumlah RM1juta bagi membeli hawan korban. Adakah anda boleh membantu kami merealisasikan hasrat besar ini?

Mohon teman-teman sebarkan pautan ini demi membantu perjuangan rakyat Palestin. Semoga Allah ganjari kita dengan amal jihad, insya Allah.

Seminar- Meningkatkan jati diri. -TENGKU ASMADI- MAP




Jika anda berminat menghadiri seminar untuk meningkatkan jati diri anda, serta ahli keluarga anda, mahupun adik-adik anda, anak-anak, cucu dan sebagainya, daftarlah di sini!!

Klik pada laluan yang saya beri INI

Qurban Palestin.

Saya dapatkan maklumat tentang ini, dari lama Facebook Tuan Budi Yanto. Klik di sini untuk FB beliau.

Ayuh kita berikan daging korban kepada rakyat Palestin yang SEMEMANGNYA memerlukannya. Hanya RM350 Sadaqah Qurban anda akan membolehkan Aman Palestin menyalurkannya kepada mereka. Jom sertai di SINI ataupun di SINI

Sekian.

Semoga sedekah kita akan membantu kita di Akhirat, kelak. AMIN

Kerinduan Ilmiah




Sudah hampir sepuluh bulan saya berada di negara Kanggaroo ini. Penyakit rindukan kumpulan gerakan membaca sangat mendalam.

Bagaimana pun, saya jalankan kegiatan membaca saya di sini, sendiri tanpa teman-teman di Malaysia.

Memilih buku-buku terpakai sebagai teman setia saya, amat berharga rasanya. Menemani suami tanpa pendapatn tetap untuk saya membuatkan saya bersyukur dengan kehadiran buku-buku terpakai di sini.

Tidak sama seperti sewaktu bujang dahulu, dengan gaji yang ada, saya menghabiskan masa berjam-jam dikedai buku, terutamanya kedai buku BookXcess dengan rakan-rakan.

Indahnya kehidupan diselimuti dengan bahan ilmiah. Semoga anak yang bakal saya lahirkan juga, akan jatuh cinta dengan buku.

Maafkan saya, saya tidak berminat untuk mengajar anak saya bermain game komputer dan gadget yang lain, yang pada saya, saya lebih banyak nampak keburukan daripada kebaikan.

Sudah banyak contoh saya dapat daripada rakan-rakan. Saya berdoa agar tidak ada kegiatan tidak sihat untuk anak-anak saya melalui game. Kalau ada, dan kalau perlu, game akan ditapis. Waktu bermain juga akan saya tapis.

Insya-Allah, semoga Allah beri kemudahan untuk saya mendidik anak-anak Adam yang bakal saya lahirkan.

AMIN

Buku Cecelia Ahern





Buku ini saya abca sehingga tamat.

Jalan cerita menarik, dan sesuai dengan gambaran kehidupan, (kecuali plot di kelab malam dan minumam keras)

Mengisahkan jalan kehidupan seorang isteri yang telah kematian suaminya.
Walau bagaimanapun, suaminya menitipkan beberapa keping surat pesanan yang perlu isterinya baca untuk kenangan mereka bersama, selepas kematian suami.

Cerita yang agak menyayat hati, tetapi menghiburkan dalam aspek memberi kekuatan kepada wanita agar tabah setelah kehilangan suami tercinta.

Hujan Musim Bunga

Buat tatapan Humaira.

Apa khabar? didoakan agar selalu sihat dan ceria.

Hari ini sudah hari ke 29 dalam bulan September. Sejak semalam, cuaca mendung bertali arus sehingga ke hari ini lalu hujan dimuntahkan, tanpa henti sejak Subuh tadi. Mata ini masih belum mengantuk walaupun waktu Subuh masuk sangat awal, kira-kira jam 420am. Di Malaysia, sudah tentu enak diselimuti selimut tebal jam 2pagi. :)

Humaira,

Terbaca kisah seorang rakan penulis yang kini berhijrah ke Kota Madinah. Masih ingat kota haram yang kita pergi dahulu? Indah dan sangat tenang. Nyaaman, bukan? Teringat akan cerita abah, bahawa, penduduk Madinah, sikapnya lebih lembut daripada penduduk Makkah. Benar, setelah saya sendiri yang mengalami perkara itu, penduduk di Madinah jauh lebih lembut daripada penduduk Makkah.

Kata abah, penduduk Madinah terikut dengan sikap Rasulullah SAW yang sangat lembut dan penyayang. Lihatlah penduduk Makkah, bagaimana layanan mereka terhadapa Rasulullah SAW ketika zaman mereka?

Entah kenapa, terusik hati ini untuk mengenang kisah kehidupan selama 2 minggu di Madinah dan Makkah. Indah tidak ada ungkapan lain selain indah.

Jiwa yang tenteram walaupun begitu berat dosa yang ditanggung untuk diampunkan oleh ALlah SWT. Entah agaknya kini sudah diampunkan atau belum?

Humaira, jiwa rasa tenang selepas bernikah dengan abg. Jiwa semakin tenteram. Inilah hikmahnya perhubungan yang halal. Benar kata para penceramah. Hubungan yang halal itu lebih baik daripada haram. Lebih tenang.

Cuaca makin mendung dan hari ini ALlah menguji kami lagi. Brek kereta pula mengalami kerosakan. Semoga ada hikmah disebalik setiap kejadian ini.

Friday, September 23, 2011

Menggamit kenangan- PENANG

Sudah hampir 2 tahun saya meninggalkan negeri Pulau Mutiara itu. Hari ini setelah kakak saya bertanya, bangunan apakah yang banyak tangga dan ada statue Buddha sebagai tanda kenindahan bangunan kuil itu.

Saya jawab dengan pantas, Kek Lok Si Temple.

Penang, Pulau Pinang, Pulau Mutiara.

Pulau yang sangat banyak meninggalkan kenangan waktu remaja saya. Saya menuntut ilmu di menara gading yang terhebat di dunia, Universiti Sains Malaysia, USM. Universiti yang bertaraf antarabangsa itu melahirkan insan seperti saya. Pada saya, insan yang sangat maju dan memandang ke hadapan.

Selain belajar, saya juga ada perasaan ini berjalan-jalan dengan rakan-rakan, menelusuri jalan-jalan kecil sempit yang menjual pelbagai jenis kraf dan jualan barang-barang rumah yang diperlukan, memang sangat menyeronokkan.

Sesak, sempit, bingit dan riuh, memang sangat sinonim dengan Penang. tambahan pula saya sangat rindukan Bazaar Chowrasta, salah satu dunia jualan yang sangat best! Tambahan bila tiba musim perayaan, memang heaven!



Saya pernah membeli sepasang telekung yang sangat cantik di jualan murah di situ. Telekung itu saya pakai sehingga hari ini!

Bazaar Chowrasta juga sangat terkenal dengan jualan jeruk asam yang sangat sedap! Penjual terdiri daripada warga bangsa Cina yang sangat mesra pengunjung. Hampir setiap kali teringin makan asam, saya dan kawan-kawan akan ke sana untuk memborong beberapa kilo asam jeruk yang dijual pada harga yang sangat murah!

Ada juga tiba amsanya untuk bercuti semester di kampung, kami juga akan berbelanja di Chowrasta dan membeli berkilo-kilo jeruk asam yang sangat sedap! Sehingga pada saat ini, saya terliur mengenangkan jeruk asam di Chowrasta. :)


Sambil belajar dan menuntut ilmu, sambil melancong. Salah juga kerana saya gunakan sebahagian duit pinjaman untuk itu. :)

Jemputlah datang ke Penang bagi sesiap yang belum pernah ke sana. Hebat dan sangat hebat. Saya masih rindukan Penang!

Wednesday, September 21, 2011

Ke Klinik





Hari ini ke klinik lagi. Maha Besar Allah yang menciptakan setiap makhluk di atas muka bumi ini.

Saya dengar lagi degupan jantung anak yang ada dalam rahim.

Sungguh, saya sedih dan pilu..:(