Monday, January 30, 2012

Sate Minang / Satay Minang



Kredit gambar kepada tuan punya blog Kuah Sate Minang http://arinakiswantoh.blogspot.com/2011/09/kuah-sate-minang.html
(Boleh klik blog ini ya) saya pinjam resipi ini daripada tuan blog ini... Gambar ini juga! Minta halal ya, Arina !


Hari ini,
pagi-pagi lagi saya sudah mengidamkan sate minang,
sate yang suami ajar saya makan, sejak mula-mula kahwin dulu. Kami keluar ke Kuala Lumpur dan singgah di Restoran Rose,
makan malam, sate minang.

Sate ini sangat berbeza dengan sate yang biasa kita jumpa pada hari raya, rumah terbuka,
kenduri atau rumah orang melayu, amnya.

Sate ini mungkin....berasal dari bahagian minang sana. :) saya pun belum tahu sejarahnya. Cuma terdetik dalam hat, teringin makan sate minang. Baby pun nak kan? :)

Hari ini saya google sate minang dan jumpa satu lama blog yang saya faham cara-caranya, (Berbanding blog lain, susah nak ikut cara resipinya) Terima kasih penulis blog dan juga rakan satu universiti dengan saya, (saya lihat profilenya)

blog http://arinakiswantoh.blogspot.com/2011/09/kuah-sate-minang.html

So, setelah selesai urusan saya di klinik dan sebagainya, saya ambil masa singkat untuk perap daging. Mujur ada pressure cooker TEFAL yang sangat membantu. Biarpun perap sekejap, tapi dengan pressure cooker TEFAL ini, makanan lebih mudah meresap rempah. MAklumlah, masak dengan tekanan.

So, saya baru sahaja perap daging. Sekarang pukul 458pm. Suami minta sate minang ini sebagai makan malam. Masih berbaki 3 jam lagi (biasanya kami makan malam jam 7pm)

Jadi, kuahnya saya fikir tidak ambil masa yang lama, saya mahu perap daging selama sejam sambil-sambil saya melayari Internet. :)

Resipinya saya copy dan paste dari laman blog tadi ya!

Ini resipinya. :


Kuah Sate Minang

BAHAN-BAHAN (a)
1.CILI API
2.CILI MASAK
3.KUNYIT
4.BAWANGPUTIH+MERAH
5.LENGKUAS
6.KETUMBAR
7.JINTAN MANIS+JINTAN PUTIH
(KISAR BAHAN A DAN TUMIS)

BAHAN-BAHAN (b)
1.SERAI
2.DAUN LIMAU
3.DAUN SALAM
4.DAUN KUNYIT
5.HALIA KETUK
(MASUKKAN BAHAN NI DALAM TUMISAN BAHAN (a) TADI)

BAHAN-BAHAN (c)

1.KIUB PATI AYAM MAGGI
2.TEPUNG BERAS(PEMEKAT)
3.AYAM
(REBUS AYAM YG DAH DIPOTONG SEHINGGA MASAK,TOSKAN DAN LERAIKAN DAGING DARI TULANGNYA,AIR REBUSAN AYAM TADI DICAMPURKAN KE DALAM TUMISAN BAHAN-BAHAN (a) DAN (b) TADI,MASUKKAN 3 KIUB PATI AYAM,KACAU SEBATI,BANCUH TEPUNG BERAS DENGAN AIR,MASUKKAN KE DALAM BAHAN-BAHAN YG DAH DICAMPUR TADI.KACAU HINGGA MENGELEGAK DAN KEPEKATAN SESUAI DGN CITARASA ANDA,MASUKKAN AYAM YG DAH DILERAIKAN TADI DAN MASUKKAN GARAM SECUKUP RASA.SIAP,HEHEHE.

No comments:

Post a Comment