Sunday, January 8, 2012

Colic, kembung perut.

Barulah saya tahu apa itu colic. Selama ini saya baca majalah pregnancy, saya asyik baca sahaja. Saya tak ambil kisah pun cerita pasal colic. Rupa-rupanya, colic itu ialah kembung perut.

Fakta mengatakan bahawa, bayi berusia 3 bulan hingga 3 tahun lebih cenderung mengalami kembung perut.

Tanda bayi kembung perut :

Menangis tanpa sebab
Tidak selesa
tidak lena tidur
Tidak mahu tidur


Kalau di malaysia, popular minyak apa yang selalu digunakan untuk kembung perut bayi? saya dengar minyak Yu-Yi Cap Limau. Oh, malangnya! saya tidak ada minyak itu. Ada sesiapa mahu bantu hantarkan minyak itu kepada saya?

Tapi, saya juga pernah baca, minyak Yu Yi Cap Limau dan minyak TELON tidak halal? benarkah? kalau benar, di mana faktanya? Saya dengar daripada orang sahaja. Saya tidak ada pengalaman menggunakan minyak itu, apatah lagi memeriksa isi kandungannya...

No comments:

Post a Comment