Tip daripada Rasulullah SAW dalam memilih calon belahan jiwa, carilah yang cantik parasnya, baik keturunannya, banyak hartanya dan yang paling baik agamanya. Namun, pilihlah calon yang beragama kerana ia lebih baik daripada seluruh isi dunia. Mohonlah petunjuk-Nya lewat Istikharah. Jika belum bertemu, bersabarlah dan yakinlah bahawa jodoh kita sudah ditentukan sejak azali.
Teruslah mencari, berjalanlah tanpa henti. Semoga bertemu permata yang terbaik untuk dirimu, keturunanmu dan agamamu.
Dapatkan buku yang bermakna ini daripada PUSTAKA IMAN
Daripada Tuan Budi Yanto : Ayuh kita berikan daging korban kepada rakyat Palestin yang SEMEMANGNYA memerlukannya. Hanya RM350 Sadaqah Qurban anda akan membolehkan Aman Palestin menyalurkannya kepada mereka.
Tuan Budi Yanto : Rakyat Palestin telah berkorban segala-galanya demi mempertahankan Tanah Suci umat Islam. Apa pula pengorbanan kita?
Pada Ramadhan yang lepas, Amam Palestin berjaya menghantar wang sejumlah RM511,000. Bagi projek Sadaqah Qurban sempena Aidul Adha yan bakal menjelang, Amam Palestin mensasarkan penghantaran sejumlah RM1juta bagi membeli hawan korban. Adakah anda boleh membantu kami merealisasikan hasrat besar ini?
Mohon teman-teman sebarkan pautan ini demi membantu perjuangan rakyat Palestin. Semoga Allah ganjari kita dengan amal jihad, insya Allah.
Jika anda berminat menghadiri seminar untuk meningkatkan jati diri anda, serta ahli keluarga anda, mahupun adik-adik anda, anak-anak, cucu dan sebagainya, daftarlah di sini!!
Ayuh kita berikan daging korban kepada rakyat Palestin yang SEMEMANGNYA memerlukannya. Hanya RM350 Sadaqah Qurban anda akan membolehkan Aman Palestin menyalurkannya kepada mereka. Jom sertai di SINI ataupun di SINI
Sekian.
Semoga sedekah kita akan membantu kita di Akhirat, kelak. AMIN
Sudah hampir sepuluh bulan saya berada di negara Kanggaroo ini. Penyakit rindukan kumpulan gerakan membaca sangat mendalam.
Bagaimana pun, saya jalankan kegiatan membaca saya di sini, sendiri tanpa teman-teman di Malaysia.
Memilih buku-buku terpakai sebagai teman setia saya, amat berharga rasanya. Menemani suami tanpa pendapatn tetap untuk saya membuatkan saya bersyukur dengan kehadiran buku-buku terpakai di sini.
Tidak sama seperti sewaktu bujang dahulu, dengan gaji yang ada, saya menghabiskan masa berjam-jam dikedai buku, terutamanya kedai buku BookXcess dengan rakan-rakan.
Indahnya kehidupan diselimuti dengan bahan ilmiah. Semoga anak yang bakal saya lahirkan juga, akan jatuh cinta dengan buku.
Maafkan saya, saya tidak berminat untuk mengajar anak saya bermain game komputer dan gadget yang lain, yang pada saya, saya lebih banyak nampak keburukan daripada kebaikan.
Sudah banyak contoh saya dapat daripada rakan-rakan. Saya berdoa agar tidak ada kegiatan tidak sihat untuk anak-anak saya melalui game. Kalau ada, dan kalau perlu, game akan ditapis. Waktu bermain juga akan saya tapis.
Insya-Allah, semoga Allah beri kemudahan untuk saya mendidik anak-anak Adam yang bakal saya lahirkan.
Jalan cerita menarik, dan sesuai dengan gambaran kehidupan, (kecuali plot di kelab malam dan minumam keras)
Mengisahkan jalan kehidupan seorang isteri yang telah kematian suaminya. Walau bagaimanapun, suaminya menitipkan beberapa keping surat pesanan yang perlu isterinya baca untuk kenangan mereka bersama, selepas kematian suami.
Cerita yang agak menyayat hati, tetapi menghiburkan dalam aspek memberi kekuatan kepada wanita agar tabah setelah kehilangan suami tercinta.
Hari ini sudah hari ke 29 dalam bulan September. Sejak semalam, cuaca mendung bertali arus sehingga ke hari ini lalu hujan dimuntahkan, tanpa henti sejak Subuh tadi. Mata ini masih belum mengantuk walaupun waktu Subuh masuk sangat awal, kira-kira jam 420am. Di Malaysia, sudah tentu enak diselimuti selimut tebal jam 2pagi. :)
Humaira,
Terbaca kisah seorang rakan penulis yang kini berhijrah ke Kota Madinah. Masih ingat kota haram yang kita pergi dahulu? Indah dan sangat tenang. Nyaaman, bukan? Teringat akan cerita abah, bahawa, penduduk Madinah, sikapnya lebih lembut daripada penduduk Makkah. Benar, setelah saya sendiri yang mengalami perkara itu, penduduk di Madinah jauh lebih lembut daripada penduduk Makkah.
Kata abah, penduduk Madinah terikut dengan sikap Rasulullah SAW yang sangat lembut dan penyayang. Lihatlah penduduk Makkah, bagaimana layanan mereka terhadapa Rasulullah SAW ketika zaman mereka?
Entah kenapa, terusik hati ini untuk mengenang kisah kehidupan selama 2 minggu di Madinah dan Makkah. Indah tidak ada ungkapan lain selain indah.
Jiwa yang tenteram walaupun begitu berat dosa yang ditanggung untuk diampunkan oleh ALlah SWT. Entah agaknya kini sudah diampunkan atau belum?
Humaira, jiwa rasa tenang selepas bernikah dengan abg. Jiwa semakin tenteram. Inilah hikmahnya perhubungan yang halal. Benar kata para penceramah. Hubungan yang halal itu lebih baik daripada haram. Lebih tenang.
Cuaca makin mendung dan hari ini ALlah menguji kami lagi. Brek kereta pula mengalami kerosakan. Semoga ada hikmah disebalik setiap kejadian ini.
Sudah hampir 2 tahun saya meninggalkan negeri Pulau Mutiara itu. Hari ini setelah kakak saya bertanya, bangunan apakah yang banyak tangga dan ada statue Buddha sebagai tanda kenindahan bangunan kuil itu.
Saya jawab dengan pantas, Kek Lok Si Temple.
Penang, Pulau Pinang, Pulau Mutiara.
Pulau yang sangat banyak meninggalkan kenangan waktu remaja saya. Saya menuntut ilmu di menara gading yang terhebat di dunia, Universiti Sains Malaysia, USM. Universiti yang bertaraf antarabangsa itu melahirkan insan seperti saya. Pada saya, insan yang sangat maju dan memandang ke hadapan.
Selain belajar, saya juga ada perasaan ini berjalan-jalan dengan rakan-rakan, menelusuri jalan-jalan kecil sempit yang menjual pelbagai jenis kraf dan jualan barang-barang rumah yang diperlukan, memang sangat menyeronokkan.
Sesak, sempit, bingit dan riuh, memang sangat sinonim dengan Penang. tambahan pula saya sangat rindukan Bazaar Chowrasta, salah satu dunia jualan yang sangat best! Tambahan bila tiba musim perayaan, memang heaven!
Saya pernah membeli sepasang telekung yang sangat cantik di jualan murah di situ. Telekung itu saya pakai sehingga hari ini!
Bazaar Chowrasta juga sangat terkenal dengan jualan jeruk asam yang sangat sedap! Penjual terdiri daripada warga bangsa Cina yang sangat mesra pengunjung. Hampir setiap kali teringin makan asam, saya dan kawan-kawan akan ke sana untuk memborong beberapa kilo asam jeruk yang dijual pada harga yang sangat murah!
Ada juga tiba amsanya untuk bercuti semester di kampung, kami juga akan berbelanja di Chowrasta dan membeli berkilo-kilo jeruk asam yang sangat sedap! Sehingga pada saat ini, saya terliur mengenangkan jeruk asam di Chowrasta. :)
Sambil belajar dan menuntut ilmu, sambil melancong. Salah juga kerana saya gunakan sebahagian duit pinjaman untuk itu. :)
Jemputlah datang ke Penang bagi sesiap yang belum pernah ke sana. Hebat dan sangat hebat. Saya masih rindukan Penang!
RAsa macam dah lama sangat tepung beras ada dalam kabinet. Tak tahu nak buat apa sebenarnya dengan tepung beras dua bungkus tu. Jadi saya cek internet, terjumpalah resipi ini..
1) Kisar semua bahan kecuali daun pandan sehingga halus. 2) Masukkan daun pandan dan masak sambil dikacau atas api perlahan hingga naik wap. Tutup api dan kacau sehingga kental. 3) Sementara itu sapu rata loyang dengan minyak. 4) Angkat daun pandan dan tuang adunan ke dalam loyang. 5) Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar atas bawah pada suhu 180' C selama 1 ½ jam /masak. 6) Sejukkan dan potong.
Kelmarin kami (saya dan suami) ke Pesta Bunga (parade Show) musim Spring ini. Lokasinya di tengah-tengah bandar. Cuaca yang terik dan panas membuatkan saya sedikit pusing dan berasa penat.
Sebelum ke sana, kami melalui jalan dalam Grand Central, Hypermarket yang agak terkenal di sini. Kami mengambil jalan dalam perniagaan MYER.
Mata saya tertancap pada iklan harga paling murah bagi barang-barang dalam MYER. Saya menarik tangan suami ke sana.
Barang itu, pancake maker, yang kecil-kecil, sama macam kaya ball di Malaysia. Suami tanpa meminta pandangan saya, terus sahaja berkata mahukan barang itu. Saya terkejut, lalu saya jawab, ikut suka sahaja. Saya hanya tukang masak. :))
Maka, hari ni, saya sudah ada gadget dapur yang baru!
Pada mulanya, hati tertanya-tanya. Benarkah ada sayang?
Akhirnya, saya tahu saya salah. Suami bukanlah lelaki yang mudah mempamerkan rasa sayangnya melalui perkataan mahupun tulisan. Jarang benar saya dapat e-mel atau mesej FB yang panjang-panjang daripada suami. Pernah dulu sewaktu mula-mula berkenalan. Itupun untuk saling berkenalan sebab tak tahu siapa. :)
Hari ini, saya pergi membeli belah dengan suami. Jualan murah yang saya sangkakan sangat murah, adalah salah. Bukan semua barang dijual dengan harga murah. Hanya barang-barang terpilih sahaja. Kami bergerak menuju ke Pasaraya K-Mart hanya 1 kilometer dari rumah. Untung rumah di kawasan pekan.
Selepas makan tengah hari, memang sesuai sangat dibawa badan berjalan. Sebab adakalanya suami mengantuk dan tidak fokus study kalau mengantuk.
Kisah bermulanya kehamilan saya, pagi Subuh yang sangat sejuk, pada musim WINTER, saya sudah lewat haid selama seminggu. Dengan naluri yang masih was-was, saya cuba buat UPT sendiri di rumah setelah saya paksa suami belikan UPT kit itu. Tentulah saya guna yang terbaru, Clear Blue Digital Pregnancy Test. Tak perlu lagi lihat tanda garisan. Yang tertera hanya perkataan Pregnant atau Not Pregnant! :)
Mudah, kan!
Selepas beberapa minit saya uji, kit kehamilan itu menunjukkan perkataan Pregnant 3+ weeks.
Dengan segera saya tunjukkan kepada suami. Excited terlebih. Suami yang masih mamun bangun tidur, macam tak beri reaksi apa-apa. :P Pada mulanya saya sedih. Seolah-olah bukan berita gembira. Tetapi saya maklum, suami sejak itu, asyik menjaga saya dengan lagak seorang doktor peribadi.
Itu tanda sayang yang hanya saya sahaja yang nampak! :) Untung, saya tidak perlu sebarkan kisah romantik itu sedalam-dalamnya kepada khalayak.
Setelah saya hamil beberapa bulan, suami masih juga belum tunjuk apa-apa reaksi, maksud saya, tidak seperti suami rakan-rakan yang lain. Hebahan kepada umum, rakan-rakan, ucapan Alhamdulillah lah kononnya nak bagi tahu orang.... Suami juga jarang sentuh perut saya kalau bukan saya yang tarik tangannya. :)) Mungkin juga dia masih takut, ragu-ragu dengan kehadiran bayi ini. Saya tahu, saya juga takut untuk sentuh perut saya sendiri. :P
Ketika saya mabuk, saya sudah nampak akan kasih dan sayang suami kepada saya, walaupun tanpa kata-kata ataupun bentuk tulisan.. :))
Apa sahaja yang saya mahu, akan diturutkan. Apa sahaja yang saya tidak boleh, dia akan lakukan tanpa sebarang alasan. Saya tahu, Inilah tand akasih sayang. Tidak perlu dengan kata-kata. Tindakannya sahaja sudah buat saya faham, SUAMI SAYA SAYANG AKAN SAYA.
Dan hari ini, menjelang perut yang semakin membesar, saya perlukan baju-baju yang baru juga kelengkapan seorang ibu. Maklumlah, baju sewaktu anak dara, semuanya ramping, pinggang semakin membesar, semua sudah hampir sendat. Tidak mampu untuk saya pakai.
Keluar shopping hari ini, saya masih nampak akan kasih sayang suami. Tidak perlu dengan kata-kata, suami yang bijak memilih setiap helai baju dan seluar serta maternity underwear yang saya perlukan. Biarpun barang yang dibelikan bukan barang-barang mahal (harga biasa) tetapi saya masih bersyukur, saya masih punya pakaian untuk menutup aurat.
Banyak yang suami lakukan yang ada kalanya para isteri tidak nampak. Jangan mengharapkan suami kita menjadi sama seperti suami orang lain, ungkapan I LOVE YOU dikhalayak, ciuman dan pelukan dikahlayak. Tidak semestinya itu tanda sayang. Kalau betul, tahniah.
Sebaliknya saya mula rasa selesa dengan cara suami, cinta dan kasih sayangnya adalah rahsia. Hanya saya sahaja yang tahu. :))
Terima kasih, abang...
Dalam hati saya, tidak perlu suami ungkapkan dengan kata-kata, kini saya amat mengerti, kasih sayang itu lahir daripada hati dan terungkap dengan tindakan.
Sepanjang pagi ini, saya menghabiskan masa dengan menonton video warga Inggeris bersalin. Hanya video warga Ineggeris sahaja yang ada. Bukan niat ingin lihat badan dan aurat mereka, tetapi dengan niat, melihat bagaimana kelahiran bayi dilakukan tanpa sebarang bantuan doktor atau bidan. Yang ada cuma saudara, suami dan anak-anak yang lain (jika ada).
ini salah satu video yang menarik perhatian saya. Suami beliau sangat tekun membantu. Teringat suatu hari saya berbual dengan suami. Saya meminta dia masuk sama ketika saya melahirkan anak nanti.
Jawab suami dia takut.
Hati saya sedih.
Adakah saya akan sendiri menyambut anak kami? Saya perlukan sokongan. Lihat, bagaimana suami dalam klip video ini membantu isterinya. Saya sangat terharu.
Bagaimana saya mampu menghadapi saat getir seorang diri?
Menakutkan dengan tajuk entri kali ni kan? Bukan apa, saya sangat suka lagu ni. Dulu-dulu, masa hidup tengah stress, dengar ikim.fm, selalu je dengar lagu ni. Tiba-tiba meremang bulu roma. Betapa perjalanan hidup ni perlu kita hargai.. :)
Ni klip video yang dimaksudkan.
best, kan? kalau tak best, tak tahulah. I rasa, dah ramai yang dengar lagu ni. Because lagu ni dah lama pun. Kalau tak dengar lagi, maybe you all jenis yang tak suka lagu nasyid kot! :P Sorry...
KAdang-kadang, dengar lagu nasyid ni, boleh juga buat kita insaf. Kalau tak insaf juga, maksudnya tak menghayati kot. So, try lah hayati lagu-lagu yang memberi keinsafan. Lagu yang head banging, bukan tak boleh dengar. Sekali sekali, jangan ansyik angguk kepala sahaja, cuba geleng-gelengkan (macam orang tengah ratib tu...)
Bila saya dengar lagu ni, saya teringat anak dalam kandungan saya. Begitulah jalan cerita dia. Anak saya yang sedang singgah dalam rahim saya, semata-mata nak menjenguk dunai sebentar. Nanti, akan sampai masa, kita semua akan kembali ke alam kubur dan alam akhirat.
Jangan ditanya pasal amalan. Sudah tentulah tak cukup.. (-____-). Takut, kan? kalau kita tak cukup amalan, rasa-rasanya, sewaktu malaikat Izrail mencabut nyawa, sakit ke tak? Sedangkan Rasulullah SAW yang bersih daripada dosa pun, sakit dicabut nyawanya..Inikan pula, kita.... Rasulullah SAW sehari beratus-ratus kali bertaubat kepada Allah, kita? Asyik buat dosa, beratus-ratus kali...Entahlah..:)
So, dengar-dengarkan lagu ini. Resapkan dalam jiwa. Insya-Allah, sama-samalah kita berubah jadi yang lebih baik dariada hari ni...