Thursday, June 24, 2010
LUPA PADA YANG HAQ
Aku terjaga ketika malam sunyi
Aku mendengar suara katak
Memanggil aku untuk menjenguk ke luar kawasan bilikku
Kuselak langsir tingkap
Terbau langsir itu masam..
Kulihat malam kelam
Aku mendongak
melihatkan
Bintang-bintang
Bintang itu kelam...
Aku kembali ke katil
Aku mahu lenakan mataku
Tetapi agak sukar...
Aku tidak tahu mengapa...
Kurasakan muka, tangana dan kakiku
Kekeringan,
Aku menggaru ketiak..
Barulah aku sedar, aku belum solat Isyak!
Dan kekeringan kulitku...
Kerana aku belum berwuduk
kerana aku lupa pada yang Haq!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment