anak sampai umur 2 tahun perlu diletakkan dalam kerusi kanak-kanak secara menghadap belakang. Bukan hadapan. Berubahlah demi keselamatan anak kita.
Kes bayi, kanak-kanak terpelanting semasa kemalangan adalah salah satu sebab : tidak menggunakan kerusi khas untuk mereka.
Capsule, child seat, baby booster. Untuk penjimatan, belilah yang boleh digunakan sejak newborn until 4-5yeras old. Untuk anak yang sudah berumur 5-6-7 tahun, just guna booster seat.
Masih ada kesilapan kepada ibu bapa yang sudah ada capsule. Tidak meletakkan anak secara rear facing. Masih lagi letak forward facing.
GRACO salah satu nama besar dalam kumpulan travel set stroller. Educate diri (ibu bapa) sebelum educate anak tentang keselamatan. Harganya memang mahal, rasanya kalau ibu, mummy, emak, mama, mampu beli tudung mahal 3-4helai, belanjakan sedikit wang untuk kepentingan anak-anak (KESELAMATAN) . Kalau tak mampu beli yang baru, belilah yang tangan kedua (secondhand).
Selain itu, jika anak sudah besar dan tidak ada booster seat, pastikan pakai seat belt.
Yang susahnya bila ada orang akan jawab SEMUA ITU REMEH. Kalau ada anak newborn, masih raai yang suka pegang anak. DI HADAPAN! Bahayanya.. JAwapan dia, susah nanti anak menangis, nak susu.
Memang malang itu tidak berbau. Tapi kitalah yang perlu belajar MENGHIDU. Kalau kita as a parents boleh beli barang kita, mahal-mahal, kenapa tak beli booster untuk anak, demi keselamatan dia?
Di Malaysia masih belum diwajibkan. Sebabnya? Pasti ramai orang akan jawab, kalau ada 5 anak, masih pakai kereta 5 seater, tak mampu... Susah juga, kan? Kereta di Malaysia sangat mahal. Hmmm... Jadi, fikirkanlah cara paling selamat untuk berkelana dengan kenderaan.
Ikat 2 anak dalam 1 seat belt?
Huhuhu....
Di sini, kami diwajibkan pakai car seat. Memang 100% TAK REMEH langsung. Kami pun bukan berharta. Bukan berduit. KAMI PUN BELI YANG SECOND HAND! Polis akan saman kalau nampak baby tak duduk dalam car sat. Even kamera polis pun boleh detect kalau baby tak duduk dalam seat.
Sebab diwajibkan, sebab BAHAYA. Siapa kata orang putih anak sikit? Rasanya orang putih yang anak ramai pun dah ramai sekarang. Semalam dalam berita, ibu baru lahirkan quintuplets (Kembar 4) yang sekarang dia sudah ada 8 orang anak. 8+4= ???? Ramaikan anak dia?
Dan confirm semua anak dia dipakaikan car seat. Ya, mungkin dia da kereta besar. 8 seater maybe? Ada 2 pula tu.
MASALAH kenapa kita tak pakai car seat,
1) Anak kita ramai. kita p[akai kereta 5 seater je. Kalau 3 seat dah letak car seat. Anaka kita yang lagi 2, nak campak mana?
2) Betul juga. Tak semua orang Malaysia banyak duit nak beli kereta 7-8 seater. Mahal sangat harga kereta di Malaysia. So, masalah ni perlu orang-orang tertentu yang selesaikan. MURAHKAN HARGA KERETA!!! Kereta buatan Malaysia pun mahal! PROTON pun mahal. Patutnya harga PROTON sangat murah dan dia perlu pentingkan rakyat MALASYIA sendiri. Fokus pembeli, rakyat Malaysia. Dan PROTON perlu build 7-8 seater car!!!
3) Family planning tu penting juga. Tapi orang kata, ramai anak ni MURAH REZEKI. Kita kira camni lah, kalau ramai anak tapi semua terjaga dengan baik, BAGUS! Tapi ramai anak, anak terbiar, selekeh, sekolah ntah ke mana, ngarut je .... Banyak dosa dari rezeki.. SORRY, KASAR SIKIT.
4) Sikap acuh tak acuh. Kita sangka, kita pegang anak tu selamat. Kalau kemalangan kita dapat peluk anak secepat mungkin. Its BIG NO NO! Kalau accident, Kita takkan sempat pegang baby. Tambahan bila baby duduk depan dengan mak. Silap2 baby boleh terhentak pada dashboard kereta! Pecah kepala.
Berita kemalangan di sini BRUCE HIGHWAY bulan lepas. sekeluarga maut selepas kemalangan dan mangsa yang hidup hanyalah bayi berusia 18 bulan yang masih melekat duduk elok je kat car seat dia! Alhamdulillah!!!
Jadi, fikirkanlah.
Family planning, kumpul harta dan wajibkan peka atas keselamatan anak. Kalau POLIS MALAYSIA tak wajibkan ber car seat, kita wajibkanlah sendiri.
KALAU SUDAH ADA CAR SEAT, pasanglah REAR FACINg, bukan FORWARD FACING, Sampai bila rear facing?? Sampai anak 2 tahun!!!!
Please , please... Spread the words!
No comments:
Post a Comment