Sudah lama kami tidak keluar ambil angin sekeluarga. Daddy sibuk. Ya, selalu saya ungkapkan kepada Aina ayat tersebut.
Tahun ini tahun terakhir. Sepatutnya, tanat December, maka tanatlah perjuangan suami. Masih berbaki beberapa minggu untuk terus berjuang.
Maka, kami hanya hibernate di rumah. Aina hanya dapat pkay time sekitar Toowoomba. Atau pun hanya di rumah dengan mummy. Membaca buku walaupun sudah diulang buku. Tak mengapa. Kita tunggu jualan buku akan datang. Miga ada rezeki untuk Aina dapat buku baru.
Perkara yang paling penting bagi kami ialah kejayaan daddy. Aina tentu faham. Kadang kadang Aina tantrum. Menangis dan mahu dipegang sepanjang hari. Kalau ditinggalkan, mesti menjerit. Geram. Tapi itulah hiburan untuk mummy di rumah. Mummy boleh ketawa kalau tengok Aina menangis berguling guling. Ada masa mummy pun tantrum sekali.. huhu
Alhamdulillah, kehidupan di sini semakin berpenghujung. Semangat mahu balik ke Malaysia. (Tapi seronok juga tinggal di sini!).
Doa kami supaya daddy berjaya harungi semua halangan dan kesusahan . Dan kami tunggu masa lapang daddy untuk ....yeahhhh!!! Beach!!!!
We love you, daddy!!!!
No comments:
Post a Comment