malam ini secara sukarela, Mummy dan Aina buat play-doh. Aina dah tak ada mainan nak main. Semua dah masuk ke dalam kotak.
Jadi, Mummy pun bancuhlah doh sendiri.
Bahan-bahannya :
** tepung gandum
** garam
** cuka
** pewarna yang selamat
bancuh semua sampailah tak melekit. Perhatikan, main bersama-sama anak anda. Jangan biarkan mereka makan doh itu walaupun anda rasa selamat.
Letak garam banyak-banyak, kalau anak letak dalam mulut pun, dia akan rasa tak sedap, dan dia akan buang semula.
Doh ini murah, selamat. Daripada beli doh mahal-mahal, kan.. :)
Sekian. Kami sudah mencuba homemade play-doh. Semoga dengan perkongsian ini, akan buat anak-anak anda gembira dan bermain dengan selamat.
oh ya, untuk tahan lama, boleh simpan dalam beg plastik dan letak dalam peti ais. Atau simpan ikut warna dalam tupperware dan letak dalam peti juga.
ReplyDeleteMenarik, bukan?