Thursday, March 8, 2012

Nur Aina : Ya Allah, bantu aku mendidik Nur Aina.



Berkali-kali saya diajukan soalan, mana gambar Aina? Mana gambar baby? Mana gambar anak? Bila nak upload?


Maaf, maaf, maaf, hanya ungkapan maaf dan tunggu sahaja yang dapat saya jawab. Saya tidak berniat hendak sorokkan anak saya. Anak saya sihat, baik dan Alhamdulillah, sempurna.

Cuma , saya tidak rasa menunjukkan gambar anak saya di ruang maya itu satu jalan terbaik. Saya perlu tapis mana-mana yang perlu berkaitan diri, anak, suami dan keluarga daripada dipaparkan sewenang-wenangnya ke dalam alam maya.

Saya mahu ajar anak saya supaya "Jangan ghairah upload gambar dalam Internet, love"

Anak saya perempuan. Saya perlu didik dia dari awal.
Saya tak mahu anak saya jadi macam saya.
Saya mahu anak perempuan saya jadi gadis yang terhalang sesuatu (agama), bukan bebas.

Saya tahu saya belum tentu berjaya. Tapi apa salahnya saya mencuba mendidik anak saya, sejak dalam kandungan, hingga dia membesar, jadi anak dara.

Dunia semakin maju, moden. Saya sangat risaukan kehidupan anak saya... Saya takut. Saya mahukan yang terbaik demi anak saya. Tentu juga suami.

Ya Allah bantulah aku mendidik Nur Aina. Aku mahu yang terbaik. Jadilah muslimah yang ditutupi. Aurat dan keseluruhannya dijaga dengan baik. Amin..Amin...

Bukan saya mahu bangga dengan menyorokkan anak yang baru lahir.. Ucapan tahniah boleh anda ucapkan tanpa ucap pada gambar Nur Aina. Doakan Nur Aina jadi muslimah solehah, tahu batas-batas pergaulan, alam maya dan dunia luar...


**Gambar saya juga sudah lama saya tidak paparkan di Internet. Saya mahu simpan semuanya untuk suami. Semua untuk insan bernama SUAMI.


No comments:

Post a Comment