Monday, March 19, 2012

Perjalanan Jauh Pertama Nur Aina, Mommy dan Daddy



Perjalanan jauh pertama Nur Aina


Sabtu, 17 Mac, kami sekeluarga berkesempatan menyeberang sempadan Queensland dan New South Wales (NSW) semata-mata nak berurut dengan Kak Siti.

Kak Siti, seorang calon Ph.D yang juga boleh mengurut wanita2 dan gadis2 yang mengalami sakit-sakit badan ataupun urutan lepas bersalin di luar negara.

Selain mengeratkan silaturrahim antara Melayu Islam Malaysia, serta sekadar mencari sedikit wang poket, mungkin.

Seronok dan teruja, Nur Aina tidur di dalam baby capsule, dari mula perjalanan, sampailah ke destinasi. Penat agaknya. Inilah perjalanan jauh Aina yang pertama. Selalunya Aina hanya ke klinik sahaja. Walaupun masih dalam pantang, kami gagahkan juga untuk menikmati perjalanan ke Tweed Heads yang mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Toowoomba.

Mengenali Kak Siti, Abg Ujang , Amar dan Shafiq sangat mengujakan. Keluarga yang harmoni, ramah serta baik hati. Kak Siti juga wataknya sangat peramah dan lembut.

Amar, anak kak Siti (ejaan nama tak tahu macam mana) sangat mesra dan petah berkata-kata, umurnya 3 1/2 tahun kalau tak salah.

Mengurut dengan kak siti selepas bersalin, banyak petua yang sudah kak siti kongsikan dengan saya. Akan saya catatkan dalam entri yang berbeza. (ENtri ini untuk menceritakan silaturrahim Melayu Islam, Malaysia, Singapore, Indonesia di Gold Coasts, Tweed Heads.)

Setelah bermalam di rumah Kak Siti, rupa-rupanya kak Siti kenal dengan Kak Ros yang suatu ketika dulu, kami (Saya dan suami serta baby masih dalam perut, Kak Isma sekeluarga dan Kak SHira sekeluarga) pernah bermalam selepas mandi laut.

Kak Ros menyampaikan invitation seorang rakan Malaysia yang sudah menjadi PR Australia, untuk ke rumahnya, untuk menghadiri majlis kenduri aqiqah anak lelakinya yang baru berumur 60 hari (hari ini). Tak sempat bertanya nama baby boy tu. Tetapi nama ibu dan ayahnya ialah Liz dan Dr. Rahim (kalau tak salah, saya dengar nama tuan rumah yang disebut)

Kami ke rumah Liz dan Dr Rahim pada hari Ahad, 18 Mac, memenuhi jemputan mereka dan sekaligus bersedia untuk pulang semula ke Toowoomba.

Sebaik-baik sahaja sampai di Varsity Lakes, (kawasan rumah mereka yang kelihatan sangat mewah! Mungkin kawasan orang-orang berada) kami di sambut oleh Dr Rahim (kalau tak salah nama tuan rumahnya, ya!) di depan pintu pula Liz, dengan baby boy.

Kami dijemput masuk dengan ramah. Habt, pertalian saudara Islam, Malaysia, awalaupun jauh di rantau, masih erat, walaupun tidak saling mengenali pada awalnya.

Di rumah Liz dan Dr Rahim, antara tetamu yang sudah saya kenali ialah Kak Ita, Kak wati, dan seorang lagi yang sedang mengandung saya lupa namanya, tapi mungkin Zeti.

Seorang wanita Arab, seorang wanita kacukan India or Pakistan, dan ramai anak kecil yang sangat comel, gebu dan montel (anak Kak Ita, Alisya, sangat comel!)

Saya tidak sempat mengambil alamat, no telefon atau alamat laman ruang kenalan Internet dengan mereka. Tetapi apa yang pasti, kenangan bersama mereka semalam, walaupun singkat, memberikan satu kesan dalam diri saya.

Walaupun hidup berjauhan dengan saudara darah daging, masih ada saudara se-islam, se-negara, se-budaya yang masih sudi mengeratkan silaturrahim dengan kami tiga beranak yang baru menapak dalam kehidupan bermasyarakat.

Pada mulanya, malu dan segan, tak kenal dan macam-macam lagi. (MAsih mood remaja, malu nak kenal orang) ha ha..

**Rupa2nya bila saya ke sana , dengan suami dan anak, saya sudah dapat rasakan, saya seorang wanita. Bukan lagi budak perempuan!

No comments:

Post a Comment