Sunday, December 23, 2012

BENARKAH PENGGUNAAN LAMPIN KAIN, MENJIMATKAN?

Habuan minda saya pada pagi ini ialah seperti tajuk di atas. Benarkah dengan penggunaan lampin kain, kita boleh berjimat?

1. Ya, jimat dengan satu saiz untuk semua. Jadi tak perlu beli saiz berbeza untuk bayi baru lahir hingga potty training. Sudah ada design berbutang yang khas untuk kne size fit most.

2. Ya, dengan penggunaan detergent yang sesuai dan murah. Melalui pembacaan saya pagi ini, penggunaan lampin kain boleh dijimatkan lagi dengan detergent buatan sendiri : cuka dan soda bikarbonat. Tak perlu beli sabun mahal sama organic atau tidak. Hanya dengan cuka dan soda bicarb, sudah memadai memuptihkan, mensucikan lampin anak.

3. Ya, tanpa mengira jenama kain lampin. Kain lampin yang murah juga memberikan kesan hebat dalam kehidupan berlampin kain. Sama advance seperti lampin jenama mahal. Tak cuba, tak tahu.

4. Ya, liners. Ada yang suka pakai liners untuk selamatkan lampin dari kotor najis bayi. Untuk penjimatan, tidak perlu digunakan kerana jika penjagaan lampin sangat dititik beratkan, tanpa liners, lampin tetap bersih dan putih semula. Cubalah.

5. Ya, dengan tidak menggunakan wipes, kita teruskan penjimatan. Bawalah botol spray air dan juga kain tuala kecil untuk lap bahagian sulit anak. Lebih selamat daripda penggunaan wipes yang banyak bahan kimia.

Kita boleh terus berjimat dan selamatkan kulit anak, s3lamatkan bumi dengan cara cara ini.

Penjimatan setelah 10bulan.

Mengikut kadar kiraan peribadi, saya sudah pun jimat Aud500 selama 10bulan. Aud500 ini untuk penjimatan dalam penggunaan lampin pakai buang (diapers).

Susu pula, saya tak pasti harga susu, jasi anggaran untuk susu tin, saya ambil dari dalam katalog. Susu S 26 GOLD dalam katalog terbaru Aud22.95. Kiraan saya, saya dapat jimat Aud495 selama 10bulan jika penggunaan susu, 2 tin sebulan.

Hampir Aud1000 dapat dijimatkan.

Tepuk dada, tanya poket. Hihihi...



Setakat ini, saya sudah ada hampir 100pc lampin kain termasuk cover yang saya gunakan dengan kain lampin putih ANAKKU. Kos untuk hampir 100pcs ini ialah Aud134dollars.

No comments:

Post a Comment