Wednesday, December 19, 2012

berat badan, MLM? UBAT KURUS? MAKANAN SIHAT?

Kawan lama. Sudah lama tak berbual. Tiba-tiba tanpa bertanya khabar, tanpa beri salam, mengedarkan risalah jualan ubat kurus dan makanan tambahan untuk kekal sihat kepada saya.

Hei, sebelum nikah, saya pakai baju nikah. 2tahun selepas nikah, saya jadikan baju nikah saya sebagai baju raya, cuma tudung yang berbeza.

Ya, saya kurus, dan syukur, suami jaga pemakanan saya dan syukur lagi, masih sihat. Saya hanya makan makanan tambahan untuk ibu menyusukan anak.

Jadi, hentikanlah hasrat nak jual ubat kurus dengan saya. Buang masa saya. Dan, merugikan tenaga anda. Copy paste lah iklan anda kepada orang yang tepat.

Saya marah, bukan kerana rasa diejek GEMUK. Tapi, kesal dengan sikap rakan lama yang berniaga tanpa bertanya khabar terlebih dahulu.




Ini gambar saya. Gambar nikah (atas)

Gambar raya 2012, bawa dengan suami juga berbaju melayu putih nikah.

50kg, 71kg semasa melahirkan, kini 50kg semula.






**saya kuros, okeh!! Dilarang jual ubat kuros dengan saya. Kenyataan, saya takut ubat kurus, wakaupun halal dan disahkan KKM. Saya rela joging..hukhukhuk.

No comments:

Post a Comment