
Petua 1
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.
diambil dari laman https://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/doc/202322376461831/
Petua 2
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.
Petua 3
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air tersebut 2 hingga 3 kali sehari. Anda perlu minum air secukupnya kerana jika air kurang maka kuranglah susu anda.
*boleh dipraktikkan oleh semua mommies....tp jangan lupa yer concept utama dlm bf..always empty your breast....!*
~sharing is caring~
No comments:
Post a Comment