Tuesday, February 7, 2012

Appointment minggu ke 36



Wah! Sangat tragis kejadian semalam. Sepatutnya ada appointment dengan Ante Natal Clinic pukul 1pm. Dengan bersemangat, drive sendiri ke hospital. Dah nak dekat sampai, dapat pulak call dari pihak Ante Natal, appointment cancel due to emergency kat hospital. Tapi nak cek juga sebab ada bleeding!

So, Ante Natal minta call Birthing Suite, supaya boleh masuk dan cek kat sana sahaja. Sudah la tengah sibuk call, sibuk drive, sampai salah masuk lane, so, tak boleh nak keep left masuk main road to the hospital! Kena terus, sampai Clifford Garden! Tensionnya!

Keluar dari Clifford Garden, drive cepat-cepat sebab dah lambat. Sampai depan hospital, parking 4 jam dah tak ada. Orang pun ramai depan hospital. Lepak-lepak depan tasik.

Peliknya. Kenapa ada ramai orang depan hospital ni? Kenapa semua orang tak boleh masuk? Sebaik-baik sahaja sampai depan gate, minta dekat pegawai polis tu untuk masuk, kecemasan untuk Birthing Suite. Haishhhh....dia tak bagi masuk! Dia suruh tunggu. Alamak, parking dah la 2 jam je!

Minta belas ihsan daripada pegawai polis lagi seorang. Dia cakap minta dekat pegawai yang 1st tadi! Aihhh...hangin satu badan! Call Birthing Suite sekali lagi, Midwife kata just ask their permission to allow me to come in. Tapi yang pegawai ni tak faham-faham! Saya bleeding la! I need to go to the Birthing Suite, NOW!!!

Barulah dia faham! Aiyooo..lambatnya faham! Ke saya yang tak cakap tadi?

Masa tengah jalan masuk ke dalam sambil di- escort oleh pegawai polis, BOMMMM!!!! dengar bunyi Bom meletup!

What is that?
There is a bom in the hospital. That is because we can;t allowed you just now.
Oooo...ada bom!
Siapalah yang nak BOM hospitaln? Nak curi ubat ke? Apa punya kerja! Menyusahkan saya! Hangin juga dekat pengebom tu!

Jauhnya berjalan sampai ke Emma Building. Ikut jalan belakang. Tengok ada kereta masuk, la, ikut sini boleh masuk kereta rupanya! Baik masuk ikut sini tadi. Hu hu, menyesal sudah!

Sebaik-baik sahaja sampai depan lif, saya pun terus masuk naik ke tingkat 3. Tunggu sampai dekat 45 minit, kereta boleh parking sampai pukul 3 pm je. Sekarang dah 230pm. Macam mana? Kena saman? Aduh...

Minta permission nurse nak movekan kereta sekejap, dia pulak tak kasi sebab risaukan dengan keadaan ibu mengandung ni.

Suami pun cakap tak apa. So, 245pm, nurse panggil masuk wad. Baring punya baring, macam-macam soalan ditanya. Kena bagi urine 2-3 kali.

Pasang CTG macam dah nak bersalin. Tapi seronok, dapat dengar bunyi baby...lama! Rasa macam nak pinjam CTG tu bawa balik rumah! :)

Datang doktor lelaki, dia say Hi, alamak, doktor ni ke nak cek? Takutnya. Lepas tu dia pergi. Datang seorang doktor perempuan. Doktor muda lagi. Dia tanya macam-macam. Sampailah dia cakap, we need to see your **** to check.

Err....dalam hati tak enti-henti doa, harap-harap bukan doktor lelaki tu bos dia sebab dia cakap dia kena tungu Senior Doctor untuk buat check-up tu.

Dia datang balik, dia bagi selimut, suruh ready dalam masa 5 minit. 5 minit kemudian, datang la seorang doktor india, perempuan, pregnant juga. Dialah doktor senior tu. Fuhhh....Allah makbulkan doaku! Alhamdulillah! Dia pun pregnant. So, tak lah malu sangat.

Semua peralatan dah ready. Dengan kerelaan hati, mereka cek, darah tu maybe infection dan mereka bagi preskripsi ubat, Keflex, antibiotik berharga AUD 19.90.

**Pergi ke farmasi, beli sendiri. Budak farmasi tu pula tanya soalan pelik, nak antibiotik yang murah ke? Suami terpinga-pinga. Apa punya soalan la, tak nampak ke surat doktor tu tulis Keflex? Lagi nak tanya ubat lain! Ingat kami tak ada duit ke ape????

Cis!

No comments:

Post a Comment