Ya Allah, sedih dan sayu bile saya sendiri lihat klip video yang memaparkan bagaimana anak-anak kecil diikat dan mulut ditampal supaya tidur dan diam.
Apalah yang anak kecil itu tahu akan hakikat diam dan jangan bising? Tidur juga sesuatu yang alami selagi mereka tidak mengantuk...
Ya Allah, bersyukurnya saya selagi saya masih belum bekerja, saya dapat menjaga Nur Aina sendiri, di rumah.
Terfikir juga, entah bila akan balik ke Malaysia, berapakah umur Nur Aina pada masa kami pulang dengan kejayaan suami? Mampukah saya meninggalkan Aina di rumah asuhan dan TASKA? Adakah nasib kami juga akan begitu?
Ya Allah, terdetik dalam jiwa dan hati ini, saya tidak mahu bekerja, atau mahu mencari peluang bekerja dari rumah sahaja. Saya tidak mahu Aina disakiti begitu.
Ya Allah, permudahkanlah urusanku sebagai seorang ibu. Permudahkan urusan suamiku sebagai seorang ayah. Murah dan mudahkan rezeki kami.
Semoga kami dijauhkan daripada kejadian ngeri seperti itu. Ya Allah, lindungilah semua anak-anak di dalam dunia ini. Sayu rasa hati seorang ibu melihat keadaan yang sadis begitu. Kepada ibu anak-anak kecil itu, tabahlah, berdoalah semoga anak-anak kalian terus selamat.
**Manusia bertopengkan syaitan, ada di mana-mana.
Anak kecil anugerah Allah bukan sahaja kepada ibu dan ayah, tetapi kepada pengusaha dan pengasuh TASKA!
Amanah Allah itu jagalah sebaik-baiknya...
No comments:
Post a Comment