Thursday, February 9, 2012

Resipi Kuih Cakoi

Hari ini pagi-pagi lagi saya sudah teringat kuih cakoi yang selalu emak saya beli di pasar sari, hari Khamis. Ya, hari ini hari Khamis, bukan? :)

Jadi dengan segera saya cari resipinya.

kuih cakoi:

Bahan-bahan

400gram tepun gandum
1 sudu besar butter (dicairkan)
2 sudu kecil yis kering
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
air 250ml (1 cup)
kuning telur 1 biji

cara-cara:

masukkan semua bahan kecuali tepung
gaulkan bahan-bahan itu sehingga larut dan sebati.

setelah sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit,
sampailah adunan tidak melekat.

Tingalkan setengah jam, kemudian uli lagi. tambah tepung jika masih melekat pada tangan. tapi tambah sikit-sikit, ya. Jangan terlebih keras pula.

Kemudian bolehlah bentukkan ikut bentuk yang puan-puan, adik-adik, kakak-kakak suka. Saya buat amcam-macam bentu.. :))

Tada! Siap dah!



Boleh lah makan dengan susu krim pekat, seri kaya, jem atau minum dengan kopi petang-petang.:)

No comments:

Post a Comment