Nur Aina,
masa Aina di hospital, mommy tak dapat rasa macam mana sukarnya berjaga malam bila Aina meragam. Barulah mommy dapat rasa bila balik, Aina tak mahu tidur. Aina nak main, 2jam selepas menyusu.
Alamak, mommy jarang-jarang tak tidur malam. Sejak kita tinggal di sini teman daddy sambung study, mommy kerjanya asyik tidur sahaja. Patutlah mommy rasa tension.. Heee..
Apa pun, kehadiran Aina tidak pernah mommy bayangkan betapa bahagianya. Malam tak tidur, memang mommy tension, tapi bila pagi, mommy tengok Aina, kasih dan sayang semakin bertambah.
Aina, bukti cinta dan kasih sayang daddy dan mommy.. Aina buah hati kami. Aina, mommy selalu biarkan Aina kalau Aina tak menangis, sebab nak jadikan Aina kuat. Tak nak biasakan Aina berpegang. Tapi mommy selalu cium Aina kalau Aina tidur.. Geram..
Aina dah semakin berisi. Berkat susu mommy, doa daddy, doa opah, atuk dan nenek. Doa makcik dan pakcik, semuanya Allah makbulkan untuk kita.
Mommy dan daddy sayang Aina. Mommy daddy nak Aina jadi anak yang kuat. Jangan kuat menangis. Aina jadi anak yang tabah, berdikari.
18 hari berlalu, Aina sentiasa jadi kesayangan mommy dan daddy.
**Ya Allah, berikan kesejahteraan buat kami bertiga di sini.. Jadikan Nur Aina anak yang solehah dan berjaya. Amin...
No comments:
Post a Comment