Tuesday, June 5, 2012

PETUA ANAK MUDAH TIDUR SIANG DAN MALAM

1) Ajar anak anda untuk settle down sendiri.

Contoh : jika anak menangis, jangan angkat. kenal pasti cara-cara anak anda menangis. Menangis mahu diangkat atau menangis kotor dan lapar. Jika menangis kotor dan lapar, anda perlu bertindak segera. Jika hanya mahukan dipegang. Biarkan. Tunggu sehingga 10 minit. Cara begini digelar settle down by themselves.

2) Pastikan rutin anda tepat.

Contoh : Masa mandi yang sama setiap hari


3) Menyusu selepas mandi, bukan sebelum mandi. Susukan anak anda selepas dia bersih (mandi) dan pastikan pada setiap sesi feeding, rutin ini anda amalkan. NAPPY CHANGE --> SUSU --> TIDUR


4) Bagaimana mahu tidurkan anak?

Cara tidur yang sihat dan selamat : Tanpa bantal kepala, dan tidurkan anak pada bahagian tulang belakang. Dijamin kalau susu badan sepenuhnya, bayi tidak akan tercekik susu. Takdir Allah mengatasi segala-galanya.


5) Jangan ajar anak anda tidur berdodoi.

Letak --> bedung --> biarkan dia main sampai dia tertidur. Kalau dia menangis kuat, barulah diangkat.


6) Tidur malam : pastikan tidur dalam cahaya suram

(cukup sekadar lampu tidur. Jangan pasang lampu bilik) Ajar anak anda bergelap, GELAP ITU TANDANYA MALAM dan PERLU REHAT DAN TIDUR. Waktu tidur malam bukan social time.


7) Jangan berbual dengan anak anda ketika dia terjaga pada waktu malam untuk menyusu.

Diam, salin nappy dan terus berikan susu. Usap kepala anak sampai dia tertidur.

Letak --> bedung semula dan tidur. JANGAN SEKALI-KALI BERBUAL. Ajar anak anda waktu malam BUKAN SOCIAL TIME.

8) Berbual dengan anak anda pada HANYA waktu siang.


Toowoomba Base Hospital Book Care.

No comments:

Post a Comment