Saturday, December 17, 2011

FB : Bukan ganjaran terbaik kalau digunakan sebagai tempat saling membenci.

Sudah terlalu panjang tajuk entri kali ini. Rasanya, berbaloikah, dengan watak dan umur kita menggunakan FB sebagai jalan menunjukkan kebencian?

Alhamdulillah, saya tenang sekarang...

Sering melihat rakan-rakan FB yang lain menyaring FB mereka. Saya teringin untuk lakukan begitu, tapi masih belum. Kali ini, saya tidak perlu menyaring, sudah ramai yang menyaring saya. Saya gembira!

Saya kesal menjadi rakan bagi insan yang tidak memberi apa-apa impak selain impak negatif.

Benarlah kata Puan Ainon, jika kita berkawan dengan tukang jual minyak wangi, kita akn wangi, sebaliknya, begitulah...


Pelik, kan? Hanya mereka yang menyaring.. :) Sesungguhnya, saya memang tidak boleh masyuk dengan orang-orang dari sana.. He he he... Sejak dulu, sampailah sekarang... Aiyoooo..... Minta jauhlah dari mereka.


Ikutlah resmi padi, semakin berat semakin merunduk...

Thursday, December 15, 2011

Sambutlah kepulangan suami dengan senyuman

Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan pahala. Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami.

Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami.

Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman. Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan 'peluru berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw:
"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami.

Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang Barat hari ini.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua. Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami. Tentunya tidak terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja; lazimkan perbuatan
ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah atau pun setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar; supaya sentiasa mendapat keampunan Allah. Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih. Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami.

Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti 'kenapa tidak beli barang yang dipesan?' dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan kemarahannya.

Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu.

Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan."

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi:
"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami.


sumber daripada : http://halaqah.net/v10/index.php?PHPSESSID=pnkenp0drvb9cde5h9ehtel4r6&topic=396.0

Facebook Notes by Siti Sakinah : Cintailah dia kerana DIA




by Siti Nur Sakinah Ahmad on Tuesday, 6 December 2011 at 17:24

Cinta dunia dan cinta akhirat.


Suatu petang yang damai.. Di sebuah Taman Tasik yang dipenuhi orang awam yang datang beriadah.. Kelihatan sepasang kekasih sedang ber'dating'..

Seth : Hai awak.. maaf sebab lambat..

Nora Elena : Janji pukul berapa? Sekarang pukul berapa?

Seth : Alaaa.. Relaks la.. Lambat sikit je pun..

Nora Elena : Sikit apa? 30 minit saya tunggu awak tau..

Seth : Awak... Kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia.. kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita…

Nora Elena : Hhhmm.. Nak jadi ustaz la pulak..

Seth : Awak.. Kenapa pakai baju macam ni?

Nora Elena : Khas untuk awak tengok la.. Baru beli kelmarin..

Seth : Eh.. Kalau saya yang pakai baju fit, mungkin la ada rasionalnya sebab badan saya tough.. Hehe.. Tapi saya tak nak la pakai ketat-ketat.. Sesak nafas..

Nora Elena : Saya pakai macam ni pun untuk awak ja.. Saya masih pakai tudung tau..

Seth : Awak.. Tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuk badan. Stokin kena pakai. Aurat tu mahkota wanita, khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat saya. Sebab saya belum sah jadi suami awak.

Nora Elena : Hmmm.. Yelaa...

Seth : Saya ingat nak bawa adik saya tadi.. Dapat dia teman kita sambil jumpa bakal kak ipar dia ni..

Nora Elena : Alaaa.. Nak dating pun awak masih nak bawa orang lain join kita? Kacau daun la nanti..

Seth : Awak.. Tak manis kita berdua je.. Sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap. Apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita.. Awak tak segan ke?

Nora Elena : Ermmm....

Seth : Family awak tak marah ke keluar jumpa saya ni?

Nora Elena : Diorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot..

Seth : Takkan tegur sikit pun tak? Yela.. Kita asyik dating je.

Nora Elena : Kalau awak dah bosan dengan saya, cakap je! Tak perlu guna alasan family saya ok!

Seth : Saya bukannya bagi alasan. Kita dah lama couple tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa saya dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala.. Agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berduaan kat taman ni diberi apa ye?

Nora Elena : Err.. Cukup! Awak ni kenapa? Dah banyak berubah saya tengok. Dah tak sayang saya ke? Ke dah ada perempuan lain? Jawablah!

Seth : Memang saya dah banyak berubah… Saya sering lalai ingat pada Allah.. Allah beri macam-macam nikmat pada saya tapi saya buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau awak tak balas mesej saya sebab merajuk dengan saya, saya dah gelabah.. Tapi bila saya dapat rasa yang saya jauh dari Allah, saya buat biasa je… Allah masih lagi sayangkan saya… Allah beri nikmat kasih & sayang dari awak. Saya bersyukur dapat kenal awak tapi malangnya awak tak menjaga saya sebaiknya. Awak tak sepatutnya mulakan semua ni dulu.. Saya nak kembali kepada fitrah sebab ingin berubah.

Saya memang ada perempuan lain. Dah lama saya ada perempuan lain tapi saya baru perasan kehadiran perempuan yang amat saya sayangi tu. Saya amat sayangkan mereka.

Nora Elena : Mereka? Sampai hati awak! Dasar playboy!

Seth : Saya memang ada perempuan lain. Ibu saya yang lahirkan saya. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada saya. Dia jaga saya dengan sebaiknya. Tapi bila saya dah besar, saya tak jaga dia pun. Saya sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan & nak jumpa awak. Ibu selalu pesan macam-macam tapi saya tak dengar pun. Saya dengar cakap awak je. Bila awak merajuk dengan saya, saya pujuk beriya-iya. Tapi bila ibu terasa hati dengan saya, saya cakap “entah pape la ibu ni”. Kalau dengan adik & kakak, lagi teruk saya layan.. Kejamnya saya..

Saya sayangkan awak, tapi..

Nora Elena : Tak payah nak tipu! (Nora terus memotong apa yang ingin dikatakan oleh Seth pada dirinya…)

Seth : Saya sayang awak… Disebabkan saya sayang awak, saya nak lepaskan awak. Saya tak nak awak terus hanyut dengan saya. Kita buatlah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. Saya nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus biar kita hanyut dengan duniawi…

Nora Elena : Awak!! Kenapa sekarang??? (Air mata Nora mula menitis di pipinya..)

Seth : Kerana Hidayah dari Allah tak datang selalu. Hanya datang pada orang yang dipilihNya. Saya taknak nanti Allah tarik balik hidayahNya ini.

Nora Elena : Saya sayang sangat kat awak.. (Nora mula mengesat air matanya…)

Seth : Allah lebih sayangkan awak dan amat sayang pada kita…

Nora Elena : Awak... Tak kesian kat saya ke?

Seth : Saya lebih kesian pada awak jika awak diseksa di akhirat nanti kerana saya. Saya tak mampu nak tolong awak lagi pada waktu itu.. Saya minta maaf teramat sangat.. Saya terpaksa lepaskan awak kerana Allah… Biarpun sekarang awak tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, awak akan faham juga nanti. Terima kasih untuk segalanya.. Jaga diri awak sebaiknya untuk Allah.. Assalamualaikmum...

(Seth melangkah pergi dengan sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat Nora yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata jantan Seth akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT)

Berapa ramai yang sanggup lepaskan couple masing-masing macam cerita kat atas? Kalau tak sanggup nak lepaskan, kahwin la cepat-cepat.. Nikah dulu, baru couple.. Lagi syok.. =))


Cerita ini menarik perhatian saya. Pernah suatu ketika, saya juga terjumpa seorang gadis yang telah melepaskan sesuatu yang dia pasti, ada hikmahnya.

Pada pandangan mata saya, dia mungkin tidak sedih kerana tangisannya cuma sehari. Cuma setelah saya fikirkan, tangisan sehari itu bukan tangisan kehilangan cinta dunia, sebaliknya tangisan syahdu, betapa diri dikotori dosa dan noda cinta dunia yang entah tidak berpenghujung.

**Buat tatapan adik-adik dan kakak-kakak yang masih belum bernikah. Dan sekarang sudah ada teman istimewa (bercinta) jagalah peribadi kalian. Kerana, remaja itu datang hanya sekali. Setelah dia pergi, pergi dengan dosa dan pahala, yang tidak dapat kita baiki dan baiki.

Salam sayang buat semua pembaca.

Wednesday, December 14, 2011

Strong Braxton Hicks contractions

Rib and chest wall pains
In late pregnancy the baby can push up under the woman's ribs causing rib pain and 'flaring' (or pushing the ribs slightly outwards). This can strain the muscles between the ribs (or 'intercostal muscles') and cause pain and discomfort.

Sitting more upright and giving the baby a gentle 'push down' with your hand may take the pressure off. If you have constant severe pain in the chest, ribs, or upper back, especially when you breathe in and out, you should contact your caregiver to rule out any heart or lung complications. Breathlessnesscan be a normal complaint during pregnancy.


Strong Braxton Hicks contractions
Braxton Hicks contractions are the 'practise' contractions of the uterus or 'tightenings' felt, usually after about 20 weeks of the pregnancy. For many women they are painless, but for some they can be quite strong and even painful or 'labour-like', especially the last few weeks of the pregnancy. This is especially so if it is your second or subsequent baby.

Sometimes it can be difficult to tell if they actually ARE labour pains and some women are concerned about premature labour. Braxton Hicks are usually more infrequent or less regular than labour pains and either are quite short, (20-30 seconds) or overly long (90seconds to 2 minutes). Sometimes though, they can be similar to prelabour and be felt for a couple of hours, usually in the evenings, 5 minutes apart, or so and then settle. This is not a concern if you are more than 37 weeks pregnant, but if it is before this time you should contact your caregiver.

Closer to the due date, women will often complain of strong Braxton Hicks. When discussing these pains with women they usually will tell you that being in labour had crossed their minds, but it felt a little 'different'. Women normally have an intuitive feeling that lets her know whether it is 'time' or not, but if you are concerned contact your caregiver or the hospital. Unfortunately Braxton Hicks can be a source of an uncomfortable pregnancy and often broken sleep.

Using stress and relaxation techniques or strategies for insomnia may help. Some women use acupuncture and homoeopathics such as Belladonna, Calcarea carbonica or Chamomilla to relieve them. (Consult with your homoeopath.) Herbalists may suggest using Crampbark or Skullcap or perhaps raspberry leaf tea or tablets (although this can increase painful Braxton Hicks for some women), see your practitioner. You may also experience strong 'afterpains' after the birth.



http://www.birth.com.au/Aches-and-pains/Braxton-hicks-dragging-pains

Tuesday, December 13, 2011

Berpantang di luar negara part 2.





Rasa-rasanya ramai yang pernah berpantang sendiri di Malaysia. Tapi kawan-kawan, berpantang sendiri di negara sendiri dan di negara orang banyak beza dan banyak rintangannya.

Di luar negara, kekurangan segala jenis herba, kekurangan kaki tangan untuk membantu kita. Apatah lagi nak bersedap-sedap diurut oleh mak bidan selepas bersalin. Ada juga khidmat urut, tapi lain bangsa, lain kaum, lain caranya.

Bagi saya, ini adalah permulaan. Sebelum berpantang, kita bermengandung dahulu ya!

Semasa mengandung :

Banyakkan amalan,
buat benda baik sahaja,
berbaik-baik dengan suami, supaya baby kat dalam perut dengar mak ayah dia mesra sahaja.
Teruskan hubungan seks jika tidak menyakitkan badan isteri.
Makan kena jaga.. Orang kata pantangmasa mengandung makan nenas dan yang tajam-tajam.. Cubalah cari apa yang tajam, bagi yang tinggal di luar negara, call la kampung, tanya mak, kakak, dan makcik-makcik.
masa mengandung, pakailah pakaian sopan-sopan, kalau kita nak anak kita nanti jadi bohsia, kita pun jangan jadi bohsia okay!
Banyakkan berdoa dan banyakkan minta ampun kepada suami.

Keperluan baby dan ibu :

Ayah-ayah jangan kecil hati ya, waktu macam ini, memang ibu dan baby akan dapat perhatian yang cukup best. Semua tip top!

IBU :
perlukan baju yang longgar dan selesa.
Pastikan seluar dan kain tidak menekan perut
Biasanya orang mengandung akan rasa panas, maka, pastikan baju nipis, tapi jangan sampai terbuka aurat.
Makan vitamin untuk ibu, baby dan susu badan.
(Saya makan Blackmores Pregnancy and Breastfeeding GOLD)
Selalu-selalulah bersenam, berjalan banyak dan rajin-rajinlah kangkang supaya memudahkan kawasan laluan baby terbuka. Bukan sengaja nak syok kangkang-kangkang tau!
Pump susu badan. Saya guna jenama Pureen.


BABY :
Keperluan baby pun kita dah mula fikir sikit-sikit.
Bagi saya yang jauh ni, saya banyak beli barang terpakai, (maksud saya yang masih elok ya!) kalau terpakai dah buruk, saya pun tak nak. Alhamdulillah kat sini, garage sale, semua barang baby comel-comel dan bersih lagi. Pandai orang Inggeris jaga barang anak diorang. Kalau kedai barang second hand dekat Malaysia, tambah-tambah kedai baju bundle, eee..bau busuk, lalu depan pintu pun dah menangkap!

Okay, barang baby,
start dari baju, rompers, semuanya saya beli 2nd daripada kawan. Saya banyykan baju tebal sebab baby akan lahir by Autumn, then Winter, so, kesian baby. Nak beli baju winter yang baru, rasanya tak berbaloi, sebab nanti, bakal adik baby, dah tentu akan lahir kat Malaysia, (kalau daddy and mummy tak sambung study lagi kat oversea lah!)
So, kami beli blanket juga banyak, sudah ada 13 blanket. Kalau dekat Msia, tak payah berangan la nak pakai blanket, sebab lampin putih tu pun baby dah berpeluh-peluh, kalau pakai blanket, alamatnya demam panas la baby... So, untuk blanket ni, kawan-kawan oversea je boleh follow okay!
sarung tangan dan sarung kaki baby, wajib juga ada, nanti dia garu muka dia, habis bercalar.
kalau BF pun kena ada botol, tapi tak perlu banyak kalau tak kerja. Beli juga sterilizer botol susu.
Puting??? OPsss.... BIG NO NO for me. Saya tak suka tengok baby dengan puting. Ada banyak solutions lain untuk kasi baby jangan melalak.. Nanti kita fikirkan.
Tub mandi baby, yes, of kos, dah ada.
Floor Gym baby, dah ada juga, sebab nak baringkan baby suapaya dia cepat dapat bergerak dan meniarap.
Pram, yup wajib ada, jenama Mother's Choice
Baby swing : baby swing ni tak sama dengan buai ye. Saya juga tidak mahu manjakan baby dengan buai. BIG NONO. Masih ada cara lain untuk bagi baby senyap. Hope kalau dengan swing ni baby senyap, Alhamdulillah. Baby swing ni boleh assemble. So, kecik dan mudah nak bawa ke mana-mana dan tak perlu kain n paku-paku, tali-tali.. Tak risau jatuh buai.. Sebab just nice je ketinggian swing ni... macam atas riba mummy je..
baby cot : yes.. sangat perlu. Baby memang kena tidur dengan mummy and daddy dulu, bila dah besar dah boleh tidur sendiri, barulah boleh beli katil dia... So, baby cot ni, ada dua jenis.
1) Baby cot travel : untuk di bawa ke rumah saudara mara. Supaya orang tak terpijak anak kita...
2) Baby cot dekat rumah, attached kan dengan katil mummy and daddy. So, surrounding baby ada cot, duk dalam kandang tau baby, so, xde lah kes baby nak jatuh dari katil gedebuk! Pelik juga anak orang yang selalu jatuh katil tu, takkan tidur dengan anak atas katil bertiga kot???
Baby cot tak mahal pun... Beli la satu attached pada katil you all..
UV protection untuk pram : kalau panas, gunalah...
Kelambu. Kelambu ni tak tahulah dekat sini guna atau tidak. Tapi suami beli juga jenis macam UV protection pada cermin kereta tu. Boleh dilipat-lipat. 4AUD je kat rumah orang buat garage sale.
Sleeping bag : baby pun kena ada, nanti winter sejuk. Tapi kalau dah balik Msia, sleeping bag ni, boleh la mummy jadikan cadar kalau baby sejuk nanti.. Malaysia pun kadang-kadang sejuk bila hujan sepanjang hari..
Car seat : Kalau dekat Msia, ngerinya tengok orang pegang baby tanpa letak baby dekat car seat. Dah duduk sini barulah tahu betapa pentingnya car seat. Ada pula orang main baringkan je baby kat kerusi belakang bahagian kereta. Eeee....bahayanya! Car seat, yes, kami dah ada, beli dari kawan yang nak balik Msia. Bolehlah baby guna sampai berat dia 15kg.. Nanti balik kampung kita beli untuk toddler pula ya!




**Sambung nanti. Mummy nak solat Maghrib.

Friday, December 9, 2011

Buku

BUKU INI DIPERKENALKAN OLEH KAK NIA, ISTERI TUAN ZAIDI kepada saya.


Suami dah belikan buku ini.

Dalam buku ini tercatat 1001 hal tentang kehamilan.

Terima kasih, suami!

Berpantang di luar negara!

SENDIRI TIDAK BERMAKNA TIADA!!



Wah, mencabar sungguh rasanya bila bercerita pasal berpantan di luar negara. SUdahlah tak ada tukang urut, tak ada rempah herba bagai. Tapi tak apa..

Semua itu bukan alasan untuk tidak berpantang... Bukannya susah pun berpantang. Jaga makan, rajin bertungku dan rajin tangas. Pakai bengkung.. :)

So, jadual berpantang, adalah sikit-sikit I dah create...

Bertungku, pagi dan malam
Bertangas, kalau boleh seminggu 2-3 kali
mandi sekali sehari.
pakai bengkung 24 jam buka kecuali mandi
makan : ikan siakap dan sayur sawi (menu apa? kena tanya chef tersayang)
Makan nasi panas, lauk panas, lada hitam dan ikan bilis wajib...
Banyakkan makan bawang putih..
Bila dah kuat berjalan, bolehlah bersenam (Maklumlah, kat sini tak ada urut2)
bila perut dah rasa padat, bolehlah start sit-up sehari berdikit-dikit
Senaman dalam buku hospital boleh dilakukan bila dah boleh berjalan, dan luka dah baik.



Masih ada lagi, nanti update sikit-sikit okey..:)

Friday, November 25, 2011

Apa gunanya blog?


Apa kegunaan kewujudan blog?

Kalau dulu, saya rasakan blog ini seperti diari. Tapi bila difikir-fikir semula, tak elok pula saya ceritakan semuanya dalam ruang terbuka begini tentang peribadi diri. Tambahan saya gadis yang comel...:P

Keduanya saya mahu catatkan perjalanan, macam diari juga, tapi tentang perjalanan sesebuah trip yang saya ikut.. Tapi tak jadi juga.. Sebab nanti orang tahu sahaja ke mana saya pergi.

Selepas itu saya mahu jadikan blog ini kawasan umum, bercerita perihal umum, tapi malangnya saya tak suka baca berita. Tak tahu kenapa. Saya macam tak minat nak ambil tahu hal dunia. Pelik, kan? Kalau perang pun, sure saya yang paling last tahu bila rumah dah kena bommmm... :)

nak cerita pasal artis? Lagilah saya tak tahu.. Paling menyampah ambil tahu pasal artis. Saya pun tak tahu siapa kawin siapa, siapa cerai siapa sekarang... Siapa yang pakai tudung, siapa buka tudung, siapa khalwat siapa... Artis... biasalah.. Ceritanya banyak sangat...:((

Kekadang saya nak gunakan blog untuk cerita sakitna hati dengan sikap sesetengah orang. Tapimacam tak sesuai pula. Walaupun saya tak tulis namanya secara terang-terang, tapi rasa cam tak best.. Tapi hati sakit gilerrr....

Paling simple, saya akan cerita perihal diri sikit je, tak delah nak cerita sampai bab mandi junub ke ape ke.. Itu rahsialah! Mana boleh cerita kat orang! Siapa yang cerita meang xde akal laaaaa...

Dan yang paling mudah, saya akan bercerita pasal apa yang saya masak.. Kan senang.. Walaupun resipi itu ada dalam link website lain, apa salahnya saya panjangkan... Xde niat dah cetak rompak.. saya akan tulis saya ambil resipi dari mana... Tapi kalau lupa letak link tu, sila taip dan kopi pes sendiri la ye...

Lepas tu, saya tak akan letak gambar saya yang asli. Bila dah jelas orang zaman sekarang ni suka ciplak gambar orang dan paste kat iklan yang bukan-bukan. Macam yang kawan saya dah kena, gambar passport pulak tuuuu....Kena letak dekat iklan panjangkan zakar!!

Ambikkk... kelakar gila, tapi ada masa, menakutkan...Mujurlah dia lelaki..Kalau perempuan, masalah juga...:)

So, gunakanlah blog dengan cermat. Jangan sampai aibkan diri sendiri... :)

Thursday, November 24, 2011

Ante Natal Class

Ante natal class sudah berkahir untuk kali yang kedua. Kali yang ketiga mungkin saya tidak hadir sebab suami akan ke luar kawasan.

Kelas semalam berkisar tentang stage of labour.

Bersedia untuk mengesan setiap stage yang kita rasa. Suami pula perlu mencatat setiap kali contraction berlaku. Jika sudah sampai active labour, barulah ibu dibenarkan datang ke hospital.

Ketika mengalami contraction, jangan duduk, sebaliknya berjalan ataupun menari. :)

Mandi juga salah satu solution yang menarik. Minta suami picitkan bahagian pinggang dengan kadar yang anda selesa.

Suami juga berikan kata-kata peransang kepada isteri yang sedang menahan sakit.

Makan! Ingat, makan walaupun anda rasa sakit. Masih lama lagi masa untuk anda bersalin, maka stamina anda semakin lama semakin kurang jika anda mengalami contraction yang lama! Ada yang hampir 24jam!

Pilih cara bersalin yang anda mahukan. Sama ada duduk mencangkung, berbaring separa, berbaring penuh ataupun berdiri.

Bediri paling digalakkan kerana bayi akan keluar ikut graviti..:)

Hikmah Putus Cinta

TANGANI MASALAH SELEPAS PUTUS CINTA.


HAi para remaja!

Anda pernah rasa bagaimana putus cinta? jangan bersedih kalau anda putus cinta dengan lelaki yang pernah menyentuh tangan anda, pipi anda, pinggang anda dan pernah mencium anda!

Bersyukurlah, putusnya kisah cinta noda itu adalah saat yang sangat berharga untuk anda kerana Allah menyayangi anda. Ingatlah dengan meneruskan cinta begitu, akan buat anda berdosa sepanjang masa dan membuat maksiat sepanjang zaman! Sehinggalah anda bernikah dengan lelaki itu.

Cara-cara tangani stress setelah putus cinta.

1- Menangis.
Menangislah selagi anda mampu, tetapi jangan sampai menangis macam orang kurang siuman ya! Jangan sampai anda rosakkan keadaan sekeliling. Menangis itu anya untuk meredakan rasa sedih dalam hati.

2- Buang segala memori.
Buang semua gambar dan hadiah yang pernah dia berikan. Kalau gambar, buang sahaja dan bakarlah. Kalau barang berharga, berikanlah kepada orang lain. Contoh : Kalau dia pernah berikan teddy bear, teddy bear itu berikanlah kepada anak-anak jiran atau kanak-kanak yanga anda jumpa. Biar kanak-kanak itu main teddy bear itu sampai lunyai..:)

3- Banyakkan berdoa.
Bacalah doa putus cinta. Saya sudah hilangkan doa putus cinta itu. Google lah, mungkin anda akan jumpa semula.

4- SOlat
Pertingkatkan gaya solat anda. Ketahuilah sekian lama anda bercinta dan mengumpul peratus dosa yang banyak, anda sudah lalai dalam menjalankan kewajipan sebagai umat Islam dan janji anda kepada Pencipta. SOlatlah dengan hati yang tenang. Hanya dengan solat dapat mengembalikan ketengan diri.

5- Puasa
Tambah ibadah anda dengan puasa sunat. Sepanjang waktu berpuasa, perbanyakkanlah membaca al-Quran dan berzikir. Ingatlah, Allah sentiasa bersama insan-insan yan sabar dan tabah

6- Luangkanmasa dengan keluarga.
Kalau dulu sewaktu bercinta, telefon bimbit tidak lekang dari dalam tangan, bukan? kali ini, simpanlah masa anda untuk ibu dan ayah. Bantulah ibu di dapur, bantulah adik-adik dalam siapkan kerja sekolah. Bantu ayah basuhkan keretanya. Dengan kerja-kerja itu, masa anda akan terluang. Tidak terbuamng begitu sahaja.

7- Isi masa
Isi masa dengan perkara berfaedah., Carilah hobi baru yang bermanfaat. Pupukkan minat suka membaca dan cintakan buku dan ilmu. Luaskan pergaulan dengan orang-orang berilmu, bukan sahaj ilmu agama, malah ilmu dunia. Berkawan dengan orang baik-baik.

8- Lakukan solat sunat taubat
Kalau dahulu, jiwa dipenuhi noda dan dosa maksiat, kini, sembahlah Tuhan yang Satu, harapkan permohonan daripada-Nya. Minta ampun atas segala dosa. Jika dosa terampun, hati pun tenang!:)

Sekian daripada saya, kaunselor tidak bertauliah.

**Sekadar berkongsi apa yang telah saya lakukan..:)

Pisau menarik Scanpan Spectrum knife set



Menariknya pisau ni... Kali pertama lihat pisau ini dalam rancangan Junior Masterchef.. Cantik! Kalau ad rumah sendiri dan dapur sendiri, sudah tentu pisau ini menjadi milikku!!! :))

Wednesday, November 23, 2011

Camping

Teruja kali pertama ber-camping dengan rakan-rakan berkeluarga Kami bercamping 2 hari 1 malam di kawasan camping yang sangat sesuai.

Seronok tak terhingga, mandi laut sampai puas sebab sudah lama tidak jumpa laut yang tidak bergelora. Kalau sebelum ini kami selalu berkelah di tepi laut sambil merenung ombak kuat kali ini kami ambil masa hampir 5-6 jam di kawasan muara laut yang tidak ada ombak sedikit pun. Dapatlah saya berenang dengan tenang. Rakan serumah juga nampak seronok. Rakan-rakan lain dan teman-teman mereka juga seronok. Kanak-kanak apatah lagi.. Kami sama-sama membina istana pasir di situ sambil menanti rkan lain mandi-manda di air laut yang tenang.

Benarlah kaka Encik Sepolizah (bukan nama sebenar) berjalan dengan kawn-kawan yang satu kepala dan boleh masyuk ni memang seronok. Kita pun tak tergesa-gesa hendak pulang. Kalau berjalan dengan orang yang asyik hendak cepat dan tidak ada mood nak bersantai, memang tak seronok. Mungkin pelbagai faktr boleh kita bincangkan. Tapi malaslah...

Rasanya walaupun anggota camping kami kecil, ditambah dengan anak-anak yang masih kecil, memang merumitkan. Saya berbangga dengan kakak-kakak yang sangat kuat semangat dan saya juga semakin bersemangat dengan mereka. Kalau diikutkan pinggang dan kaki, mahu saja awal-awal lagi sudah patah. Tapi syukur, saya bertenaga sehingga hari kedua kami bercamping.

Cuaca yang baik tetapi agak panas terik menyebabkan kami hanya masuk ke khemah pada waktu malam. Selesai khemah dipacak, panas berbahang tidak membenarkan kami berehat di dalam khemah. Kami makan dan berbual di luar kemudian bersiap-siap menuju ke laut sehingga hampir maghrib..

Malam, kami ada acara BBQ dan makan malam. Makanan kami simple, apa yang masih berbaki yang kami bawa dari rumah, itulah yang kami makan... Bila sudah lapar, semuanya jadi sedap.

Anak-anak pula tidak banyak kerenah. Seronok sangat. Bangun pagi pun semuanya senang. Tidak ada yang merengek.. Alhamdulillah, pandai didikan ibu dan ayah.

Bagi saya dan rakan sekhemah, kami selesa dan saya kemaskan khemah seringkas mungkin agar selesa untuk kami berehat. Khemah agak tidak sesuai kerana tingkapnya boleh dibuka dari luar. Tidak ada klip atau ikatan dari dalam. Wah, bahaya! :)

Tidur malam, suhu agak suam. Kami juga gunakan sleeping bag yang mampu menahan suhu sehingga -12ve darjah. Jadi memamng seronok.

Walapun aktiviti malam tidak begitu lama keraa sudah ada yang tertidur, tapi hal itu tidak merosakkan acara. Masing-masing faham. Tidak banyak humor berunsur tabo dan semuanya masing-masing selesa.

Beginilah hikmah jika kita berjalan dengan ras aikhlas dan bersatu. Janganlah pentingkan diri sendiri. Kalau kita ingin timba pengalaman dan seperti Encik Sepolizah katakan, inilah masanya untuk menyelesaikan masalah keluarga. Berbual dan berkumpul diluar bersama ahli keluarga.

Bukan semua masalah keluarga boleh dibincang di dalam rumah. Dan bukan semua anak-anak boleh diajar dengan kemudahan yang lengkap dirumah.

Ajar dengan cara kehidupan yang susah dan tidak selesa. Supaya besar nanti tidak lupa diri.

Ha ha ha..Menagrut! :)

Jumpa lagi!

Tuesday, November 22, 2011

Mutiara kata 2

Malunya kalau orang tua tidak tahu mengalah walaupun sebenarnya salah. Wahai golonan tua, kami sanjung pekertimu tetapi jangan sampai terjilat ludah sendiri.

Humaira

Mutiara kata 1

Kalau kita miskin, buat cara miskin. Kalau kita sederhana, buat cara sederhana. Janganlah berbangga dengan cara menyakitkan poket sendiri dan sehingga termalu sendiri dengan orang sekeliling.

Humaira

Friday, November 11, 2011

Resipi Char Kew Tiaw Penang

CHAR KEW TIAW PENANG, RESIPI SAYA



Sedapnya dapat makan makanan yang bes ni. Tapi apakan daya, dekat sini tak pernah jumpa kerang. Maka tak cukup bahan. Ada udang besar, jadilah!

Resipi :

20 ekor udang galah
(pisahkan kepala)
20 kepala udang dikisar
segenggam cili kering dikisar
sebiji bawang merah dikisar
4 biji bawang putih dikisar
3 sudu kicap pekat
3 sudu kicap manis
250ml air
3 biji telur
atau setiap satu mangkuk pecahkan 1 biji telur


3 mangkuk kew tiaw
segenggam taugeh
segenggam daun bawang siap potong
segenggam kucai siap potong

Cara-cara:

Tumis cili kisar, bawang kisar, kepala udang kisar sampai naik bau
masukkan kicap pekat dan kicap manis
masukkan air
masukkan kew tiaw
kalau kew tiaw kering, tunggu lama sikit bagi nampak kew tiaw tu lembut
masukkan daun bawang, kucai dan taugeh

kacau rata

pasang api kuat, kalau periuk elektrik, guna api 10,
kalau dapur gas, guna api besar,
sampai mendidih,
masukkan telur dan kemudian tutup api
gaul telur sampai pecah dalam kew tiaw dan nampak putihputih, masak.

Cepat-cepat masukkan dalam pinggan,

Hidang panas...

Wahhh... meletop!

Sedanynaaa....

Wednesday, November 9, 2011

resipi cendol perantau

CENDOL TOOWOOMBA


Wah, teruja sangat-sangat hari ini dapat buat cendol sendiri. Dulu masa dekat kampung, dapat tolong emak buat cendol. Tapi tak 100% membantu.. Setakat tolong kacau je tak bagi hangit. Tapi kali ni, dapat buat sendiri. Almaklumlah, nama pun perantau. Bahan tak cukup, tapi bedal saja sampai jadi. (resipi mak + bedal sendiri sebab tak cukup bahan)

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
(pandan blender dengan 3 cawan air)
pewarna hijau beberapa titik kalau warna hijau tak berapa menarik
garam secukup rasa

cara-cara:

masukkan air pandan yang sudah ditapis semual ke dalam blender
kemudian, masukkan tepung beras dan sedikit garam.

blender sampai tepung hancur dan tidak berketul. Setelah dapat hasil adunan yang smooth, masukkan adunan ke dalam periuk. Masak dengan api yang kecil. Kalau pakai periuk elektrik tu, guna nombor 1-2 sahaja. Sebab saya pakai periuk elektrik.

Masak dan kacau jangan sampai berkerak. Kalau nampak warna hijau pandan tu tak berapa menarik, tambahlah beberapa titis pewarna hijau.

bila sudah likat dan berkilat, jangan tutup api. Cari acu, atau buat acu sendiri dengan tebuk loyang lama dengan paku.

Saya di Australia, tak ada acu. Saya pakai kertas baking (baking paper) buat macam piping cake tu. So, tekan la sikit-sikit. 1 cawan tepung beras tak banyak sangat, pakai baking paper tu, tak penat pun. Kalau banyak, kena minta tolong ahli keluarga lain lah!

Buat 2-3 lapis baking paper tu sebab kalau selapis sahaja, koyak! Saya pun tadi 2-3 kali terkoyak. Terpaksa buat banyak kali corong tu..

Selamat mencuba!!!

Monday, November 7, 2011

Resipi kek hari jadi suamiku


resipi ini saya ambil dari dalam buku resipi yang entah tahun bila. Saya beli dari garagesale di Toowoomba.

Zaman lama! :)) !!

self raising flour 1 3/4 cup
caster sugar 1 cup
eggs 3 (room temperature)
fresh milk 1 cup
butter 125gram
Vanilla essence 1tspn

mix all the ingredients in a bowl mixer then beat it until fluffy and the lumps disappear)

Then, pour it into a baking bowl and bake for one hour, 170C.

icing :
Butter in about 300g
icing sugar 2 cups
(mix then pour some food coloring)

Sambut kepulangan suami di muka pintu (pintu Syurga juga nanti!)

SAAT PERTAMA MENYENTUH KULITMU, WAHAI SUAMI


Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan pahala. Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami.

Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami.

Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman. Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan 'peluru berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw:
"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami.

Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang Barat hari ini.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua. Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami. Tentunya tidak terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja; lazimkan perbuatan
ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah atau pun setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar; supaya sentiasa mendapat keampunan Allah. Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih. Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami.

Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti 'kenapa tidak beli barang yang dipesan?' dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan kemarahannya.

Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu.

Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan."

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi:
"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami.


sumber daripada : http://halaqah.net/v10/index.php?PHPSESSID=pnkenp0drvb9cde5h9ehtel4r6&topic=396.0

Hari ini, 7 November yang pertama. :)

SELAMAT HARI LAHIR, SUAMIKU!

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Berkat doa ibu bapa dan rakan yang mengasihi kami, akhirnya pernikahan kami sudah sampai ke bulan yang ke 11. Dan hari ini, merupakan hari lahir pertama suami bersama saya.

Entah sejak minggu lepas, saya sangat-sangat berdebar menunggu hari ini. Entah apa yang bakal saya lakukan, saya belum pasti. Namun, hari ini terjawab sudah.

Suami agak penat malam sebelum hari lahirnya. Jadi, kami tidur awal dan bangun awal pagi juga kerana suami akan bekerja seperti biasa. seawal jam 2 pagi, saya sudah terjaga dan saya buatkan sekeping kad hari jadi yang kecil untuknya.

Saya lekatkan kad kecil itu pada pemegang pintu bilik air kerana saya pasti, dia akan bangun tidur lebih awal daripada saya. :)) Dengan mata yang mengantuk, akhirnya dia nampak juga kad kecil itu..:)

Dengan senyuman, dia masuk ke bilik dan mengejek saya. Sungguh tak patut! :))) Semakin lebar senyum saya pada awal pagi tadi.

Suami bekerja hampir 3 jam pagi tadi. Setelah jarum jam menunjukkan angka 830am, barulah suami pulang. Pada awalnya saya putuskan mahu buat kejutan hari lahir untuknya pada pagi tadi. Tapi saya khuatir, saya tidak dapat siapkan kek dalam masa yang singkat itu..:((

Jadi, pagi tadi saya hanya bersiap dan menanti suami pulang dengan sarapan roti yang berintikan jem strawberry yang saya buat sendiri.... :))) Heaven!!!

Suami terlena pula sebentar. Alamak, saya masih belum menajalankan projek kejutan hari lahir! Dia pula tidak mahu ke office awal. Aduh, bila saya mahu siap masak? Kata suami mahu ke office selepas makan tengah hari! Ah, saya tak setuju! Sebab saya mahu masakkan masakan yang istimewa dan kek juga. Bagaimana saya mahu masak sedangkan dia ada di rumah????

Dengan sepenuh keyakinan, saya paksa juga suami ke office dan ke universiti dengan pesanan,pulang selepas jam 3. Semuanya pasti tersedia. Tetapi sudah saya beritahu kenapa. Saya mahu buat kejutan. Lihat, sudah tidak ada kejutan, bukan>??? :(( huhhuhuh


Dengan keadaan dapur yang bagaikan tongkang pecah. Saya bertungkus lumus masak makanan tengah hari, kek, cucur bawang, pizza daging dan juga ikan masak masam manis.

Penat dan berpeluh-peluh juga saya dibuatnya!

Akhirnya, suami pulang hampir 330pm. Saya menyalakan lilin dan cepat-cepat berlari, bersembunyi di luar rumah (bahagian dapur) Kelakar sangat! Panas!!!! :(((( Lambat pula dia dapat cari saya.. Huwaaa..panasnya di luarrrr!!!!

Akhirnya dia jumpa saya bersembunyi di luar. Dengan tersengih-sengih saya masuk ke dalam dan tersipu-sipu malu kononnya. Padahalnya ada juga hal-hal yang tidak menjadi seperti yang saya inginkan..:((((

Walau bagaimanapun, suami gembira. Tidak terkata bahagianya saya..

Buatmu, abg.

Selamat hari lahir yang ke 27. Semoga abg selalu bahagia dengan saya. Maafkan andai ada kekurangan untuk hari ini, semalam dan akan datang. Aku mahu jadi bidadarimu di Syurga!!!


HAPPY BIRTHDAY, MY HUSBAND!

Inilah kek yang saya buat khas untuk hari ini. Rasanya, inilah kek paling sedap dalam dunia. Kalah Secret Recipe. Maaf, ya!

Walaupun kita semua tahu, kek di Secret Recipe lah yang paling sedap dalam setiap acara. Tapi, hasil air tangan isteri dan kepuasan bake my one and only cake, rasanya inilah kek paling sedap di DUNIA!!

Friday, November 4, 2011

Puasa Sunat Hari Arafah

Puasa Sunat Hari Arafah Leave a comment »
Bilakah hari ‘Arafah?

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim). Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji pula digalakkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga digalakkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini.

Apa dalil bagi kelebihan puasa hari ‘Arafah?

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

Dipetik dari lama http://surau-alizzah.com/v1/?p=713
Terima kasih Surau Al 'Izzah atas info yang baik ini.

Marilah sama-sama kita menunaikan puasa sunat esok, Sabtu, bersamaan 5 November 2011 , 9 Zulhijjah.

Selamat beramal!!!

Thursday, November 3, 2011

Ganti Puasa Hari Pertama

Ramadhan sudah lama berlalu. Akan tiba Raya Haji, Hari Ray Krban, pengorbanan apa yang bakal kita lakukan?

Saya berpuasa hari ini. Menggantikan puasa Ramadhan yang lalu yang saya tinggalkan kerana saya tidak mampu berpuasa akibat kandungan yang baru sahaja bermula. Sedih, saya kasihankan suami yang sangat risaukan saya pada waktu itu.

Teringat, suami juga menitiskan air mata melihat saya lembik dan tidak bermaya kerana mabuk-mabuk mengandung 3 bulan pertama. Alhamdulillah, kini kandungan semakin sihat dan aktif. Dia tahu bila saya berpuasa. Dia juga dapat temankan saya. DIa tidak meminta makanan.

Baby,
Baby tolng mummy sama-sama puasa ya! Pagi tadi mummy dah sahur makanan berkhasiat. Baby makan yang tu dulu, ya? Nanti malam, ayah belikan burger dekat kedai HALAL tu. Alhamdullah, ada juga burger HALAL di Toowoomba. Kalau tak, mummy sedih tak dapt makan burger.

Dan semalam, mummy and baby dah readykan barang-barang untuk sambut birthday ayah! Yeay!!!

P/s: Mummy and baby love daddy so much!!!

Mimpikan TOT

Malam tadi, saya mmpikan kucing say yan hilang. Entah ke mana perginya.

Mimpi saya itu,berkisar tentang kucing saya yang sebenanya hilang itu rupa-rupanya dalam perjalanan menuju ke Australia semata-mata hendak bertem saya. Saya terkejut kucing datang dan masuk ke dalam rumah dengan bulunya tercalit warna hitam setelah menyorok di dalam kapal laut. Selama berberapa bulan dia menyorok di dalam kapal laut itu dengan barang-barang yang hendak di pos ke Australia.

Saya ceritakan kisah ini kepada suami. Suami ketawa. Punyalah saya rindukan TOT sampai termpi-mimpi.. :((

Kalau TOT mati, semoga dia menjadi penyelamat kami sekeluarga daripada api neraka. AMIN.

Wednesday, October 26, 2011

MIMIJUMI Bottle

Comel sangat botol yan saya jumpa hari ini. Rasanya dah ramai yang tahu pasal botol susu yan cute ni. Tapi saya, baru sahaja tahu sebab baru nak explore hal-hal berkaitan susu bayi, susu badan dan botol susu serta segala gadget yang ada.

Memang teruja sangat-sangat kalau tenok bentuknya. Sama bentuk macam breasts, kan? Yang menariknya, bentuk dialah. Tak sam macam botol lain. So tak risau kalau baby nanti tolak breasts kita kalau dia dah belajar guna puting botol. Macam sesetangah orang yang baby terus refuse breasts sebab terpedaya dengan puting botol. So, kalau pakai MIMIJUMI, insya-Allah, tak kot...:)

Teruja lagi kalau tengok banyak kali botol ni. Saya dah pun beritahu suami. CUma saya tak berharap sangat untuk dapatkan botol ni. Cuma kalau ada jual di Australia ni, rasa macam nak juga. :))

Tapi malangnya setelah saya lihat retailers yang ada dalam website MIMIJUMI tu, cuma ada dekat Malaysia and Singapore je negara ASIA. Australia tak ada dalam senarai pengedar...Sedihkan?

Kalau nak beli dekat Malaysia, alamat, bertambah mahal lah harga yang sepatutnya. Harga botol pun dah dekat RM90, tambah lagi dengan postage, lagilah mahal.. So, saya bawa bersabar sahajalah. Doa-doa ada lagi bot yang kiut miut macam MIMIJUMI ni.. :)

Botol yang macam mana?

Macam ni...

Friday, October 21, 2011

Hidup Mati : Untuk Allah.

Saya baru sahaja membaca status-status di Facebbok, tentang seorang sahabat sewaktu belajar dahulu sudah kembali kepada Yang Maha Pencipta kerana penyakit yang dihidapinya selama beberapa tahun.

Terdetik dalam hati saya, alangkah mudanya dia menyambut panggilan Ilahi. Allah lebih sayangkan dia kerana sudah lama deritanya menahan kesakitan. Emak juga pernah beritahu saya, untunglah pergi muda. Jika sampai tua, tentu banyak dosa daripada pahala. Kita manusia biasa. Pasti digoda syaitan.

Kita bukan taraf alim ulamak. Yang alim juga kadang-kadang terhentak dahi ke dinding. Inikan kita. Sangat tipis iman saya.

Sahabat yang sudah tiada, saya kirimkan Al-Fatihah untukmu. Sampaikah? Semoga kamu tenang di sana. Kamu baik. Kamu tidak rapat dengan saya. Tapi tiada apa dosa kamu dengan saya. Saya doakan kamu bahagia.

HIDUP
Hidup ini sukar. Bukan mudah menjalani kehidupan sebagai manusia. Rasulullah juga digoda dan diganggu tanpa jemu si penjahat. Tanpa jemu si syaitan. Tetapi itulah Rasul Allah. Telah dijanjikan Syurga dan telah di tetapkan hatinya kuat dan bersih. Tapi kita?

Apakah kebaikan yang pernah kita buat? Berapa kali? apakah jasa kita kepada ibu bapa?

Bila difikir-fikir, kehidupan ini menakutkan. Terlalu banyak dugaan yang harus kita tempuh. Kecil, tak semestinya bahagia.
Perempuan, tak semstinya terjaga. Lelaki tak semestinya berjaga.
Kahwin tak semestinya bahagia.
Tidak berkahwin, tentu sunyi dan rasa bosan.
Beranak, tak semestinya hak kita. Tidak ada anak, tentu pasrah tak bertepi.

Macam-macam. Tidak ada orang yang kehidupannya lancar tanpa apa-apa dugaan yang Allah beri.

Cuma perlu dibisikkan selalu dalam hati, dugaan itu tanda Allah kasih dan sayang serta ingat kepada kita.

Apa-apa pun, BERSYUKUR.


MATI

Mati itu bukan mudah. Rasul yang maksum juga matinya dalam keadaan sakit yang amat sangat. Inikan kita?
Dosa penuh dalam buku.
entah silap-silap, sampai tidak cukup muka surat dosa yang kita buat. Perlu extra pages.
Susah, kan?

Sudah dalam nazak itu sakit, dalam alam kubur itu sakit, di padang mahsyar juga sakit.

Kita manusia biasa. sedikit sebanyak, terdetik juga perkara jahat dalam hati.

Ya Allah, ampunilah aku.
Takut dan terus takut kerana amalanku masih belum cukup. :(

Thursday, October 20, 2011

Doa Mudah Bersalin

DOA MUDAH BERSALIN DAN KESEJAHTERAAN ANAK DALAM KANDUNGAN

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ
لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا.
اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ.
اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا.
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً.
اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خَلْقَهُ وَأفْصِحْ لِسَانَهُ وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ .
وَالْحَمْدُلِهِرَ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ.

Ya Allah ,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah ,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Ya Allah ,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .

kongsi daripada laman KLIK DI SINI

Janin sujud di dalam rahim ibu ketika diperdengarkan ayat al-Quran

Saya ambil video ini :



daripada lama blog seseorang KLIK DI SINI
Terima kasih kerana berkongsi!

Terima kasih tuan blog tersebut.

Saya terasa baby saya bergerak-gerak sekarang! :))

Wednesday, October 19, 2011

Kisah kanak-kanak dilanggar di China tanpa bantuan.

Saya terbaca kisah ini dalam ruangan FB dan blogger. Di sini saya sertakan tidak tahu siapa penulisnya, tetapi saya baca dari lama blog WANITA SEKECIL AKU. Terima kasih WANITA SEKECIL AKU. Mohon Share ya!

Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat dek jek... Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia. Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni...

Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung, sila jangan tolong.. Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh... Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya... Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu.. Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati.. Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni... JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri... Kalau ofismate aku tu tipu maka tipulah aku... Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini..

Monday, October 17, 2011

PAHALA dengan masakan.





Saya suka masak. Biarpun saya tahu , saya tidak mahir memasak.

Suami pula sangat suka makan, biarpun saya tahu, dia akan rasa yang saya masak itu tidak sedap. Cuma, suami tidak pernah kata tidak sedap. Dia cuma selalu komen untuk tambah dari sudut menyedapkan lagi masakan..:)

Betapa untungnya wanita sebagai isteri. Masakannnya dapat pahala.
Suami suka, dapat pahala.

Mengapa masih ada yang sangat berkira untuk masakkan untuk suami?
Dan lebih suka beli di kedai?
Saya tidak pasti adakah jika saya kembali bekerja nanti say akan jadi begitu juga? Entahlah. Allah lebih tahu masa hadapan saya. Cuma, buat masa ini, saya menanam niat dan azam, biar sesibuk mana pun saya, saya akan cuba masakkan walaupun sedikit buat juadah. Kalau bukan makanan tengah hari, saya akan cuba masak untuk sarapan sebelum ke pejabat.

Kalau bukan sarapan, saya akan pastikan lewat malam suami ada sedikit santapan. Janji perutnya tidak kosong dan berbunyi....:(

SAYA MOHON DOA KALIAN PEMBACA BLOG SAYA.

Alasan sibuk dan tidak cukup masa, sangat sinonim pada telinga saya. Tapi, kalaulah dalam hati, niat demi pahala Allah, hilang semua penat.

Sempat semua masa.

Janji PAHALA!

Zikir Al-Ma'thurat



Sepanjang kehamilan mencecah lima bulan, saya baca Al-Ma'thurat.

Beramal ibadah sesuai dengan anjuran Islam seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Mukmin sejati akan mengisi ruang masanya dengan pelbagai amalan yang dapat mendekatkan dirinya dengan Maha Pencipta, Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir.

Membesar dan mengagungkan ALLAH SWT , yang sememangnya layak diagungkan!

Bukan kekasih hati yang belum sah sebagai suami dan isterimu! Jangan sala sangka wahai remaja. Cinta yang bersandarkan nafsu tidak akan memberi kelebihan apa-apa selain dosa maksiat jasad dan hati.

Insan beriman pada waktu pagi dia akan bertasbih dan berdoa. Pada waktu petang tetap dengan kerendahan hatinya dan jiwanya dengan berzikir dan banyak mengingati Allah.

Sesungguhnya jiwa dan hati yang banyak mengingati Allah adalah jiwa dan hati yang tenang.

Jadikanlah Al-Ma'thurat sebagai amalan. Selain itu, zikirkanlah nama Allah 99 Asmaul Husna itu sebanyak-banyaknya supaya kita rasa lebih dekat dengan Allah.

Jangan dilupa buku yang wajib kita baca, Al-Quran. Bacalah dan jadikan amalan. Tidak banyak walaupun sedikit, pasti akan mencerahkan rumah kecil kita di alam kubur nant.

AMIN..

Wassalam.

Doa daripada sahabat SITI KHADIJAH





Daripada Siti Khadijah
Istimewa untuk rakan-rakan FB yang sedang hamil| Saya kongsikan beberapa potongan wirid dan doa untuk kalian yang diambil daripada buku Mengatasi Masalah Hamil dan Kelahiran yang sempat dibaca sebelum keguguran tidak lama dahulu. Semoga bermanfaat. (^______^)

Doa Nabi Zakaria as untuk dikurniakan zuriat:
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Maksudnya: "Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, Engkaulah Tuhan yang paling baik dalam memberikan waris."


Wirid bagi mengelakkan keguguran:
المحي
Maksudnya: "Yang memulakan kejadian".

*Banyakkan membaca zikir ini baik suami atau isteri yang sedang hamil. Sekiranya suami yang membaca, hembus atau sapukanlah kepada isteri yang hamil bagi mengelakkan keguguran.


Doa agar kandungan tidak cacat sepanjang tempoh kehamilan:
رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa hamba-Mu".


Doa agar zuriat yang bakal lahir menjadi anak soleh/ solehah:
اللهم احفظ ولدي ماداما في بطني واشفه أنت شاف لا شفاء إلا شفاؤك لا يغادر سقما.اللهم صوره في بطني صورة حسنة وثبت قلبه إيمانا بك وبرسولك. اللهم اجعله صحيحا كاملا وعاقلا حاملا عاملا. اللهم طول عمره وصحح جسده وحسن خلقه وافصح لسانه وأحسن صوته لقرائة القرأن والحديث ببركة محمد صلى الله عليه وسلم والحمد لله رب العالمين

Maksudnya: "Ya Allah, peliharalah anakku semasa dia di dalam kandunganku ini, dan sembuh serta sihatkanlah dia, sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan dengan penawar-Mu, kesembuhan yang tiada meninggalkan kesan buruk."

"Ya Allah, jadikanlah dia sihat sempurna daripada dalam kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera, tetapkan hatinya beriman dengan-Mu dan rasul-Mu."

"Ya Allah, jadikanlah dia sihat sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh."

"Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkan tubuh badannya, dan elokkanlah akhlak serta perangainya, fasihkanlah lidahnya dan elokkanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad saw."

*Digalakkan membaca doa ini setiap kali selesai solat lima waktu.

Doa sewaktu bersalin:
حسبنا الله ونعم الوكيل ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
Maksudnya: "Cukuplah Allah bagiku dan tiada daya upaya dan tiada kekuatan hanya karena pertolongan Allah yang maha agung."

Raikanlah zuriat dengan kalimah ALLAH!

terima kasih sahabat. Sungguh pun kita tidak pernah bersua, kalimah ALAH menyatukan kita. Saya doakan kamu juga beroleh zuriat yang terdidik sepertimu suatu masa nanti, dalam masa terdekat.

Sahabat,
mungkin juga Allah mahu kamu berkasih sayang degan suamimu setelah lama kalian berjauhan. Inilah masanya, gunakan sebaiknya.
Aku juga lewat dikurniakan zuriat. Hampir setengah tahunkami berdua memadu kasih, tambahan pula kisah kita sama BERCINTA SELEPAS IJAB DAN QABUL yang SAH! :)

Maka kisah cinta kta baru sahaja bermula. Kita jalinkan cinta itu buat masa ini, Allah izinkan kita berdua.

Insya-Allah, tidak lama lagi, kalian berdua akan bertiga.. Mana tahu, mungkin empat dan lima? Tentu aku juga akan turut bahagia di sini jika kamu bahagia!

Semoga ada rezekinya kita berjumpa setelah aku pulang ke Malaysia suatu masa nanti. Pasti!

SITI KHADIJAH, kamu sahabat istimewa!

HIJAB itu WAJIB




Menutup aura itu wajib.
Menutup aurat itu menarik.
Menutup aurat itu melindungi keburukan.

Jika tidak menutup aurat,
bayangkan kita seperti ayam yang tidak berbulu itu.
Nampak segala lekuk tubuh. Cantikkah?
Ayam itu kurus, tidak cantik.
Kalau ayam itu gemuk? Bagaimana? Gebu badannya sana-sini?
Tentu masih ada yang jawab ayam togel yang gebu itu menarik.

Bukan mahu menghina rakan-rakan yang tidak menutup aurat.
Tetapi inilah kenyataan.
Saya bukan muslimah sempurna.
Saya juga masih belajar.
Saya juga sedang perbaiki diri.

Sama-samalah kita beringat dan memperingat.

Toowoomba Hospital




Hari ini ke hospital ula. Seperti biasa ada rutin yang perlu saya ikuti, persediaan diri dalam proses kehamilan. Saya masuk dahulu ke klinik Ante Natal Clinic Toowoomba Hospital sementara suami pula sibuk mencari parkir kereta.

Ya, amat payah untuk mencari kawasan parkir. Parkir percuma cuma ada sedikit. Parking berbayar, mahal, memang ada banyak. Masih kurang prsarana untuk kenderaan.

Selama hampir sejam menunggu barulah saya dipanggil. Suami sudah kelihatan mengantuk. Saya juga. Penat menunggu, penat sudah membaca lama dan duduk lama. Janjinya pukul 1pm adalah waktu untuk saya. Mungkin Toowoomba Hospital masih belum peka dalam ketepatan waktu.

Mujurlah selepas menungu lama, kami dilayan denganbaik oleh Doktor yang bertugas. Doktor Kate. Comel orannya dan sangat aktif. :)

Esok, kami aka ke hospital sekali lagi untuk ultrasund kali kedua. Kali pertama entah apa masalahnya, baby tidak dapat dilihat dengan jelas. Saya juga kuran minum air pada waktu itu... :) Salah saya. KAsihan suami perlu ke sana 2-3 kali. Masa menunggu juga lama! Sabarrrr..

Rabu pula akan ada temu janji dengan GP saya, Dr. Chapman. Harapan minggu ini agar anak dan saya sihat sejahtera. Suami juga tidak terbeban dengan kami..:(

Kasihan suami...

Thursday, October 13, 2011

Ikan dan Inala.







Sudah dua kali dalam bulan ini suami mengajak ke Inala. (suami ajak-ajak ayam, saya angguk sungguh-sungguh!)

Masakan tidak, saya sangat teringin makan ikan dan makanan laut yang lain. Sudah sekian lama saya tidak makan ikan dan makanan laut sejak tinggal di sini. Bukannya tidak ada, ada tetapi agak jauh. Yang dekat di SUPA IGA juga ada. Cuma ikannya tidak semeriah ikan di Inala.

Inala kawasan rakyat Vietnam berkampung. Peniaga juga terdiri daripada bangsa mereka. Penghijrahan yang mereka lakukan suatu masa dahulu membuahkan hasil lumayan kepada warga keluarga mereka kerana menjadi usahawan di Australia akhirnya.

Saigon , Vietnam dan kawasan sekitarnya menjadi tanah kampung mereka. Hanya 1% sahaja warga Inggeris Australia yang pernah saya jumpa di kawasan Inala Plaza. :)

Hebat bukan? Agaknya jika Malaysia dijajah dan perang juga, tentu rakyat Malaysia menjadi pelarian dan akhirnya mendapat kewarganegaran di negara luar.

Kaya dan membangun akhirnya! :)

Apa pun, Inala memang best sebab banyak makanan ASIA yang dijual.

Paling best, saya ada ikan masin, rebung, pelam dan jambu batu dalam simpanan. !!!

Gurindam gadis manis - MASKARA 2010



salah satu puisi yang saya baca ketika MASKARA.

Terima kasih Zaleha, tuan punya puisi yang diterbitkan dalam Dewan Siswa Mei, 2010.

Terima kasih atas puisi ini!

Dimasukkan dalam blog Sindiket Sol-Jah oleh Tok Rimau. Boleh klik DI SINI

Putus Cinta? Bagaimana Terapinya?





Hari ini saya baca, dengar, lihat lagi kisah putus cinta. Ksah putus cinta ini sangat lazim berlkaku dalam masayarakat. Setelah berlaku, banyaklah nasihat-nasihat yang kita dengar.

Tidak terkecuali, saya. Saya juga pernah rasa putus cinta. Semuanya sementara. Sakit, memang sakit. Akan ada mangsa yang akan kata :


BACALAH SETERUSNYA, PANDANGAN SESEORANG YANG PERNAH SAYA KENAL.


"Kau tak tahu, kau tak rasa apa yang aku rasa."

"Kalau kau ada kat tempat aku, kau pun akan jadi amcma aku."

"Kau bolehlah cakap macam tu, sebab kau tak laluinya."


Jangan cepat melatah wahai, kawan! Saya juga pernah rasa akan sakitnya hilang kasih sayang. Saya juga pernah rasa akan hilangnya nikmat remaja. Saya rasakan dunia tidak adil. Semua saya buat, tak ada faedahnya. Saya tidak dapat ganjaran yang saya mahu daripada Allah. Pernah saya marah akan takdir. Kesakitan yang saya rasa, lebih hebat daripada rakan-rakan diluar sana. Tidak perlu saya ceritakan di sini mengapa saya putus cinta. Saya tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

Cukuplah sekadar saya maklumkan, sakitnya say, sama atau lebih sakit daripada kalian.

Cuma, satu sahaja pesan saya. Kalaulah saya bisa bangun hanya dalam masa satu minggu, takkanlah kalian tidak mampu? Bagaimana saya lakukan?

Saya bukan muslimah sejati. Saya tidak menutup aurat denga sempurna. CInta yang saya ada juga bukan cinta suci sepenuhnya.

Tetapi, apalah salahnya dengan keadaan sedih kita itu, kita belajar cuba kembali ke jalan Allah? Beribadat dengan tekun. Doa selepas solat, biarlah panjang. Bukan siap solat terus lari lintang pukang kejar televisyen.

Apa salahnya menukar cara pemakaian yang diiktiraf syarak? Bukan mahal baju longgar-longgar. Bukan mahal tudung-tudung yang cantik. Sebaliknya, jika saya lihat, baju kemeja T ketat berjenama NIKE, ADIDAS lebih mahal itu, kalian mampu beli dan pakai. Saya memang tidak mampu. Paling mahal mungkin saya pernah beli Chargers OutFitters. Murahkan? Dekat pasaraya BINTANG pun ada. Pernah dengar pasaraya BINTANG? GIANT?

Kalau dahulu semasa bercinta habis masa berbual di telefon dan berSMS, kini, apalah salahnya kalian cuba berbual dengan ALLAH? BerSMS dengan-NYA? Mungkin (memang) sangat berfaedah.

Kalau dahulu, ketika keluar pagi ke pejabat, kalian lebih suka dengar iPod yang dipenuhi dengan lagu-lagu mengusik jiwa, lagu cinta yang mengkhayalkan, apakata kali ini cuba isi iPod anda dengan kalimah-kalimah tauhid, surah-surah lazim (yang mudah kita ikut) dan asma-ul-husna?


Kalau dulu nasihat teman lelaki 100% akan kita dengar , kali ini dengar dan renung wajah ibu bapa. Mereka lebih berhak kita hormati.




Masih banyak lagi jalan untuk kita rasa nikmat dunia. Bukan semata-mata cinta. Berbakti kepada ibu bapa, salah satu nikmat. Tidak ada ibu bapa? Yatim? Carilah nenek, pak cik, mak cik yang halal bagi kita.

Menderma bantu orang susah (kalau kita kerja dan gajinya besar) saya yakin ada dalam kalangan rakan-rakan saya yang gajinya sangat besar, bukan? Apalah salahnya bersedekah di masjid?

Selalunya rakan-rakan akan ke KL , bukan? Pasar malam dan macam-macam lagi. Adakah kalian berhenti tuk solat? Jika TIDAK, kali ini betulkan niat. Bawa beg tangan, isilah telekung. Bila sampai waktu, solatlah. Hanya dengan solat akan buat hati jadi lebih tenang daripad aterkenangkan kisah-kisah lama.

_____________________________________________________________________

Masih banyaklagi jalan untukkita bagn daripda kesakitan putus cinta. Saya tidak katakan semuanya say baik, semuanya say buat.

Saya masih lagi tidak baik. Saya juga pernah rasa sakit seperti kalian. Apa uba yang saya buat? Saya telah diberi pelbagai jenis doa. Salah satunya doa melupakan cinta lama. Saya sudah hilangkan doa itu. Bagi saya doa itu salah satu cara terbaik. Kita mohon kepada Allah.

Bukan dengan cara menguar-uarkan kepada dunia bahawa kita sedang sakit putus cinta. Saya akui kehebatan rakan saya Eiyla Adila. Kuatnya dia menempuhi sakitnya putus cinta. Tabah.

Saya menangis juga tertonggeng selama sehari. CUKUP untuk sehari saya habiskan air mata saya demi cinta yan tidak berkeseudahan dan tidak halal bagi saya. Tidak guna saya kenang lagi.

Akan ada insan yang akan komen bahawa, "Engkau bolehlah, sekarang sudah hidup senang, sudah kahwin, suami bagus, duduk luar negara."

Setiap orang ada pencapaiannya sendiri. Saya juga tidak pernah terfikir unuk berkahwin awal. Setelah saya putus cinta, saya hanya berdoa kepada ALLAH, kirimkan saya cinta halal.

Selang beberapa bulan selepas itu saya dilamar oleh lelaki yang tidak saya kenali. nilah hakikat bila kita reda. Selagi kita tidak reda, selagi itulah kita dihimpit kekesalan.

Saya juga tidak tahu lelaki itu berkelulusan luar negara. Saya tidak kenal dia. Saya jumpa suami saya juga seminggu sebelum bernikah. Tidak ada dating-dating. Cukup sekadar bertanya khabar melalui Internet.

Jangan kata yang sudah kahwin itu hidupnya senang lenang. Sudah bahagia. Yangmasih belum berpunya itu hidupnya kelam tidak bermaya. Hey, sudah lupakah kalian tidak ada teman lelaki tetapi kalian ada ibu dan ayah?

Itulah yan say lakukan. Dahulu, setiap Sabtu dan Ahad, selepas sahaja kerja JUmaat, saya ak terus pulang ke kampung. Berbakti kepada bonda dan ayahanda setelah berbakti kepada negara dengan bekerja dan memandaikan bangsa dengan menyiapkan buku-buku. Kini, masa Sabtu dan Ahad saya kepunyaan bonda dan ayahanda. Saya tidak rasa sunyi langsung. Saya hiburkan diri saya dengan membaca. Saya ikuti kumpulan gerakan bebas memandaikan bangsa BACA@ lalu hati say jadi tenang. Kerana apa? Kerana saya sudah lupa dan saya sudah reda. Tidak ada apa-apa yang membahagiakan dan mengubah selain saya membahagiakan dan mengubah diri saya.

Jangan ingat rakan yan sudah berkahwin dan beranak pinak itu bahagia dan tidak derita. Jangan lupa, semua manusia akan mati. Mati itu BENAR.

Maka, yang sudah berkahwi dan bernak juga perlu jalani kehidupan yan sunyi den derita dengan kehilangan. Lebih baik hilang teman lelaki daripada hilang suami. Parahnya ilang suami entah bila akan hilang? Kalau hilang anak, sakitna entah terus berdarah.

Itulah, jangan cepat menyangka bahawa yangsudah berteman hidup itu bahagia. Saya sering terfikir, bagaimana suatu hari nati say akan tinggal sendiri. Lebih sakit daripada ditinggal teman lelaki!


NIKAH

Simpanlah dalam hati nat bernikah kerana agama. Jangan simpan dalam hati niat berkahwin kerana nafsu semata-mata. Nafsu itu nombor yang entah ke berapa. Bila sudah bernikah, barulah fikirkan hal nafsu kerana pada msa itu, semuanya sudah HALAL. Bila kalian fikirkan nafsu dengan teman lelaki, sudah semestinya HARAM!

Bernikahlah seadanya ala kadar dengan kemampuan. Jangan sibuk mencari lelaki kaya mewah semata-mata mahu hidup senang selepas itu. Wang dan kekayaan tidak menjamin kebahagiaan langsung.

Bernikahlah dengan lelaki yang mapu imamkan solat kalian. Jika ada teman lelaki sekarang, cuba lihat pada waktu solat adakah dia mengingatkan kalian tentag solat? Adakah dia juga kaki masjid? Kalau dia sendiri lalai dalam agama, putus cinta pun tak mengapa! Saya RELA!

__________________________________________________________________________________

KAU LAIN, AKU LAIN

Kita sama , sahabat. Kita wanita, gadis yang sentias ingin dicintai dan dikasihi. Tapi jangan lupa, cinta dan kasih lelaki tidak 100% mendamaikan. Buat masa ini, selepas putus cinta, carilah kasih dan reda Allah. Carilah kasih dan sayang ibu dan ayah. Adik beradik. Berapa kai dalam sebulan kalian dan adik beradik berkumpul? DI mana kasih sayangkalian dan adik beradik?

Kalau berkumpul adik beradik, adakah kalian fikirkan batas aurat dengan ipar? Kalau tidak, bagaimana mahu rasa dikasihi ALLAH? Tutuplah aurat. Bagaimana aurat kalian dengan jiran? Tutuplah aurat. (Pesanan untuk dri saya juga!!!)

Apa lainnya kita? Kita sama manusia. Ada hati, ada perasaan. Hati sakit dilanda duka asmara cinta. Semua oran sam. Cuma cara untuk mengubati sakitnya cinta itu yang membezakan kita. Akan ada jawapan,

"Bukan aku tidak solat, bukan aku tidak doa. Tapi hati tetap tak bleh lupa!"

Hey, kata-kata seperi itu kata-kata insan yang tidak pernah yakin dengan ketentuan ALLAH! Yang mengubah cara itu KITA, yang MAHA MEMBANTU itu siapa? Bukan ALLAH? Kalian menidakkan perkara yang sepatutnya kalian lakukan.

SUSAH?

Tidak susah kalau kalian istqamah. Kenapa saya kata begitu? Saya bukan ustazah. Saya juga bukan muslimah sejati. (Tak percaya,?? Tanya suami saya, betapa banyaknya dosa saya selepas saya bernikah dengannya) KIta bukan MAKSUM dan kita bukan manusia ajaib yan idak perlukan USAHA!!!

Berusahlah tingkatkan taraf ibadat. Dekatkan diri kepada ALLAH, nescaya hati sangat-sangat tenang. (Tidak percaya? kenapa tidak percaya?)

Saya tidak tahu kenapa ada yang tidak percaya dan masih katakan, :

"Aku solat, aku beribadat, tapi aku tetap tak boleh lupa!"

Jika begitu, selidik dahulu bagamana solatmu, ibadatmu? Tentu ada salah silap di mana-mana. Sama-sama kita betulkan. (Peringatan buat diri saya jga)

Yang mampu mengubah hanya diri kalian wahai sahabat, para gadis. Tidak ada insan lain. Pernah seseorang bertanya kepada saya, bagaimana saya menjadi kuat. Saya tidak kuat sebenarnya. Saya mencuba menjadi kuat. Apa yang saya khabarkan kepada adik tersebut, (rakan seuniversiti tetapi lebih muda daripada saya) , cuma, BERUBAH.

Perubahan yang bagaimana?

1- Buang semua gambar yang tidak menutup aurat dan gambar menggoda di FB.
2- Tuliskan status yang positif dalam FB
3- Tutuplah aurat (sedikit demi sedikit, bukanlah suruh berpurdah terus)
4- Minta doa ibu bapa
5- Solatlah.
6- Baca Quran
7- Zikirkan nama ALLAH selalu.

dan banyak Lagi. Tidak susah. Tidak susah. Yang susahkan itu, siapa? Kita dan Syaitan. Kenapa salahkan Syaitan? Bukankah kerja Syaitan sememangnya menyesatkan manusia? :)

Saya juga seperti anda. Saya juga rasa sakitnya cinta. Saya juga pernah jatuh tersungkur. Tetapi, bagaimana saya mendapat kekuatan dan rezeki?

SEMUA ATAS USAHA DAN DOA YANG BERTERUSAN KEPADA ALLAH SWT.
ARTIKEL BERKAITAN boleh BACA DI SINI

p/s: jangan kata TIDAK selagi belum sempurna perubahanmu.

Tuesday, October 11, 2011

SCRAPBOOKING project



Hari ini saya menghabiskan masa membaca dan menelaah bagaimana membuat buku skrap yang sangat cantik. Buku skrap itu dapat dijadikan hadiah dan juga kenangan untuk diri atau teman.

Saya berimpian mahu menyediakan buku skrap untuk anak yang bakal saya lahirkan. Sejak dia dari dalam rahim hingga dia keluar nanti.. :)

Hm.pada pendapat saya, agak sukar juga untuk menyiapkan satu buku skrap. Apatah lagi jika kita kekurangan bahan-bahan. Bukan apa, setelah saya baca buku ini, terdapat pelbagai cara untuk membuat buku skrap. Ada material, teknik dan sebagainya. Kalau tak ada semua itu, mungkin jadi juga buku skrap yang kita inginkan cuma hasilnya tidak secantik yang kita lihat dalam gambar-gambar yang disediakan dalam buku ini. :)



Mohon dia sahabat..

SERIGALA BUKU




Seronoknya lihat kawan-kawan buku bergegas ke BBW di MAEPS, SERDANG. Jualan buku yang sangat murah. Sedih dan sangat cemburu dengan mereka!

Saya mahu juga.... :(

Macam biasa, rakan-rakan buku BACA@ akan menggganas di sana pada 16 oktober ini... Dan saya yakin hanya dapat turut serta dalam doa.. :)

Semoga niat memandaikan bangsa terus dibantu Allah! Amin..

sihat VS sakit

SELALUNYA KALAU KITA SIHAT, KITA JARANG INGAT ALLAH.

BILA KITA SAKIT, MULALAH MENCARI UBAT DAN PENAWAR SERTA DOA MOHON SEGERA SEMBUH.

BILA KITA SIHAT, KITA LUPA ORANG YANG BERJASA DI SEKELILING KITA.

BILA KITA SUSAH, KITA MULA CARI MEREKA.

HAKIKAT MANUSIA.

CUMA BERDOA, AGAR KITA BUKAN SEBAHAGIAN DARIPADA ITU!

Friday, September 30, 2011

Ya Allah, Diakah Jodohku?





Tip daripada Rasulullah SAW dalam memilih calon belahan jiwa, carilah yang cantik parasnya, baik keturunannya, banyak hartanya dan yang paling baik agamanya. Namun, pilihlah calon yang beragama kerana ia lebih baik daripada seluruh isi dunia. Mohonlah petunjuk-Nya lewat Istikharah. Jika belum bertemu, bersabarlah dan yakinlah bahawa jodoh kita sudah ditentukan sejak azali.

Teruslah mencari, berjalanlah tanpa henti. Semoga bertemu permata yang terbaik untuk dirimu, keturunanmu dan agamamu.

Dapatkan buku yang bermakna ini daripada PUSTAKA IMAN