Friday, October 21, 2011

Hidup Mati : Untuk Allah.

Saya baru sahaja membaca status-status di Facebbok, tentang seorang sahabat sewaktu belajar dahulu sudah kembali kepada Yang Maha Pencipta kerana penyakit yang dihidapinya selama beberapa tahun.

Terdetik dalam hati saya, alangkah mudanya dia menyambut panggilan Ilahi. Allah lebih sayangkan dia kerana sudah lama deritanya menahan kesakitan. Emak juga pernah beritahu saya, untunglah pergi muda. Jika sampai tua, tentu banyak dosa daripada pahala. Kita manusia biasa. Pasti digoda syaitan.

Kita bukan taraf alim ulamak. Yang alim juga kadang-kadang terhentak dahi ke dinding. Inikan kita. Sangat tipis iman saya.

Sahabat yang sudah tiada, saya kirimkan Al-Fatihah untukmu. Sampaikah? Semoga kamu tenang di sana. Kamu baik. Kamu tidak rapat dengan saya. Tapi tiada apa dosa kamu dengan saya. Saya doakan kamu bahagia.

HIDUP
Hidup ini sukar. Bukan mudah menjalani kehidupan sebagai manusia. Rasulullah juga digoda dan diganggu tanpa jemu si penjahat. Tanpa jemu si syaitan. Tetapi itulah Rasul Allah. Telah dijanjikan Syurga dan telah di tetapkan hatinya kuat dan bersih. Tapi kita?

Apakah kebaikan yang pernah kita buat? Berapa kali? apakah jasa kita kepada ibu bapa?

Bila difikir-fikir, kehidupan ini menakutkan. Terlalu banyak dugaan yang harus kita tempuh. Kecil, tak semestinya bahagia.
Perempuan, tak semstinya terjaga. Lelaki tak semestinya berjaga.
Kahwin tak semestinya bahagia.
Tidak berkahwin, tentu sunyi dan rasa bosan.
Beranak, tak semestinya hak kita. Tidak ada anak, tentu pasrah tak bertepi.

Macam-macam. Tidak ada orang yang kehidupannya lancar tanpa apa-apa dugaan yang Allah beri.

Cuma perlu dibisikkan selalu dalam hati, dugaan itu tanda Allah kasih dan sayang serta ingat kepada kita.

Apa-apa pun, BERSYUKUR.


MATI

Mati itu bukan mudah. Rasul yang maksum juga matinya dalam keadaan sakit yang amat sangat. Inikan kita?
Dosa penuh dalam buku.
entah silap-silap, sampai tidak cukup muka surat dosa yang kita buat. Perlu extra pages.
Susah, kan?

Sudah dalam nazak itu sakit, dalam alam kubur itu sakit, di padang mahsyar juga sakit.

Kita manusia biasa. sedikit sebanyak, terdetik juga perkara jahat dalam hati.

Ya Allah, ampunilah aku.
Takut dan terus takut kerana amalanku masih belum cukup. :(

No comments:

Post a Comment