Showing posts with label Syurgaku. Show all posts
Showing posts with label Syurgaku. Show all posts

Monday, November 7, 2011

Hari ini, 7 November yang pertama. :)

SELAMAT HARI LAHIR, SUAMIKU!

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Berkat doa ibu bapa dan rakan yang mengasihi kami, akhirnya pernikahan kami sudah sampai ke bulan yang ke 11. Dan hari ini, merupakan hari lahir pertama suami bersama saya.

Entah sejak minggu lepas, saya sangat-sangat berdebar menunggu hari ini. Entah apa yang bakal saya lakukan, saya belum pasti. Namun, hari ini terjawab sudah.

Suami agak penat malam sebelum hari lahirnya. Jadi, kami tidur awal dan bangun awal pagi juga kerana suami akan bekerja seperti biasa. seawal jam 2 pagi, saya sudah terjaga dan saya buatkan sekeping kad hari jadi yang kecil untuknya.

Saya lekatkan kad kecil itu pada pemegang pintu bilik air kerana saya pasti, dia akan bangun tidur lebih awal daripada saya. :)) Dengan mata yang mengantuk, akhirnya dia nampak juga kad kecil itu..:)

Dengan senyuman, dia masuk ke bilik dan mengejek saya. Sungguh tak patut! :))) Semakin lebar senyum saya pada awal pagi tadi.

Suami bekerja hampir 3 jam pagi tadi. Setelah jarum jam menunjukkan angka 830am, barulah suami pulang. Pada awalnya saya putuskan mahu buat kejutan hari lahir untuknya pada pagi tadi. Tapi saya khuatir, saya tidak dapat siapkan kek dalam masa yang singkat itu..:((

Jadi, pagi tadi saya hanya bersiap dan menanti suami pulang dengan sarapan roti yang berintikan jem strawberry yang saya buat sendiri.... :))) Heaven!!!

Suami terlena pula sebentar. Alamak, saya masih belum menajalankan projek kejutan hari lahir! Dia pula tidak mahu ke office awal. Aduh, bila saya mahu siap masak? Kata suami mahu ke office selepas makan tengah hari! Ah, saya tak setuju! Sebab saya mahu masakkan masakan yang istimewa dan kek juga. Bagaimana saya mahu masak sedangkan dia ada di rumah????

Dengan sepenuh keyakinan, saya paksa juga suami ke office dan ke universiti dengan pesanan,pulang selepas jam 3. Semuanya pasti tersedia. Tetapi sudah saya beritahu kenapa. Saya mahu buat kejutan. Lihat, sudah tidak ada kejutan, bukan>??? :(( huhhuhuh


Dengan keadaan dapur yang bagaikan tongkang pecah. Saya bertungkus lumus masak makanan tengah hari, kek, cucur bawang, pizza daging dan juga ikan masak masam manis.

Penat dan berpeluh-peluh juga saya dibuatnya!

Akhirnya, suami pulang hampir 330pm. Saya menyalakan lilin dan cepat-cepat berlari, bersembunyi di luar rumah (bahagian dapur) Kelakar sangat! Panas!!!! :(((( Lambat pula dia dapat cari saya.. Huwaaa..panasnya di luarrrr!!!!

Akhirnya dia jumpa saya bersembunyi di luar. Dengan tersengih-sengih saya masuk ke dalam dan tersipu-sipu malu kononnya. Padahalnya ada juga hal-hal yang tidak menjadi seperti yang saya inginkan..:((((

Walau bagaimanapun, suami gembira. Tidak terkata bahagianya saya..

Buatmu, abg.

Selamat hari lahir yang ke 27. Semoga abg selalu bahagia dengan saya. Maafkan andai ada kekurangan untuk hari ini, semalam dan akan datang. Aku mahu jadi bidadarimu di Syurga!!!


HAPPY BIRTHDAY, MY HUSBAND!

Inilah kek yang saya buat khas untuk hari ini. Rasanya, inilah kek paling sedap dalam dunia. Kalah Secret Recipe. Maaf, ya!

Walaupun kita semua tahu, kek di Secret Recipe lah yang paling sedap dalam setiap acara. Tapi, hasil air tangan isteri dan kepuasan bake my one and only cake, rasanya inilah kek paling sedap di DUNIA!!

Thursday, September 8, 2011

Buat Suamiku, Terima Kasih!




Suamiku,
Maafkan aku andai aku sering sahaja buat tidurmu tidak lena.
Maafkan aku andai aku sering sahaja menyentap sabarmu.

Maafkan aku.

Wednesday, September 7, 2011

Pengakuan Catriona Ross Insaf : Saya Rasa Sebak. :)



Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Allah Ya Tuhanku,
Tuhan Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih,
Aku Memohon Ampun DariMu Ya Allah,
Aku Memohon Untuk Bertaubat DariMu Ya Allah,
Aku Mohon Kau Ampunkan Segala Dosa-Dosa Ku Ya Allah,
Matikanlah Aku Dalam Iman,
Matikanlah Aku Dalalm Islam,
Amin Ya Rabbalalamin

(Doa Cat ketika selepas solat)



Harapan saya semoga lebih ramai artis yang berhijrah ke jalan Allah. Janganlah asyik ke Mekah, tapi masih buat dosa.

Saya berdoa agar saya juga kuat menghadapi ujian hidup. Gangguan syaitan dan semoga saya hidup dalam agama Allah dan mati juga dalam agama Allah SWT. AMIN!

Friday, September 2, 2011

Raya Abah : Tanpa ADIK.

Kelmarin, saya mendail nombor telefon saya yang saya beri emak dan abah pakai. Sejak pagi, amat sukar untuk menembusi talian. Saya fikir, talian di Malaysia pada musim perayaan memang begitu. Jika malam raya, mesej yang kita hantar, sudah tentu akan diterima oleh penerima keesokan harinya!

Setelah berganjak petang, saya dail semula nombor itu. Ada bunyi, saya tunggu dengan sabar. Padahalnya, saya sudah tidak sabar. Sebab saya masih belum beraya dengan abah. Dengan emak, sudah, pada pagi raya di Malaysia yang lalu. Pada masa itu, abah sudah ke masjid. Jadi saya nanti kan hari ini.

Sebaik-baik telefon dijawab, kakak saya menanti ditalian. Sibuk, dia berseloroh dengan saya. Biasalah, dia memang begitu. Ada sahaja benda nak dilawakkan. RIndu pula dengannya.


Saya pinta dia segera panggilkan abah. Sebaik-baik saya bercakap dengan abah, sebak rasa hati, setelah mendengar suara abah yang agak perlahan di hujung talian. ENtah kenapa, pelik, sebab selalunya, suara abah, emang kuat dan selalunya sangat kuat!!

Setelah beraya dan mengucap ampun maaf, abah suarakan rasa hatinya. Raya tahun ini tidak meriah kerana tiada saya.

Sedih dan pilu hati saya terkenangkan hari raya abah yang sunyi. Abah juga cakap, raya tahun ini tiada laksa. Sebab saya tak ada. Banyak yang berbeza raya bagi abah tahun ini daripada tahun -tahun lalu.

Abah, kuatkanlah semangat. Tanpa kekuatan abah, adik lagilah tidak mampu kuat di sini. Apatah lagi, adik yang beraya sendiri di sini... Pilunya hati, tiada siapa yang tahu...


Mujurlah saat saya membuat panggilan itu, saya tidak menitiskan air mata. Tidak seperti kakak dan abang-abang saya yang lain, mereka selalu sahaja menangis jika menelefon emak dan abah pada hari raya jika tidak dapat pulang beraya bersama.. Hehehe....kiranya, saya sangat kuat!!!


Abah. Tunggu dan bersabarlah. Kita akan beraya semula bersama pada tahun 2013 nanti...

Ya Allah, sampaikan masa itu untuk kami sekeluarga beraya bersama-sama. AMIN!

Hari Raya : PERTAMA., buat PERTAMA kalinya

1 Syawal. Pagi, saya dan suami bangun agak lewat untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. Walau bagaimanapun, kami berusaha agar kami cepat sampai ke Masjid. Dalam perjalanan menuju ke masjid, saya berfikir, jauh dan dalam. Batapa saya rindukan suasana raya dengan keluarga.


Bagaimana agaknya emak tanpa saya? Walaupun saya agak jarang membantu masak (kerana kami adik beradik suka akan masakan emak. Kami hanya bantu memotong. Bukan menambah perisa).


Bagaimana abah? Siapa yang gosokkan jubah abah pada Subuh 1 Syawal? Saya kembali sedih. Bergenang air mata yang masih belum menitis. Dalam kereta, saya masih belum teringat yang saya masih belum bersalam dengan suami tanda mengucap raya dan memohon ampun... :)

Maafkan saya, abg.. :)


Sebaik-baik sahaja sampai di masjid, jemaah lain sudah bersiap sedia untuk solat sunat aidilfitri. Solat dan ada sedikit jamuan di masjid. Kami berbual-bual dengan rakan-rakan Malaysia. Kemudian selepas selesai hal di masjid, kami bergerak ke rumah Kak Ramiza untuk acara open house raya Malaysian Toowoomba. Saya hanya masak kuah kacang sebagai menambah juadah... Itu sahaja yang saya mampu masak. Maklumlah, saya masih mabuk-mabuk walaupun sudah hilang 80%.


Ada yang bertanya mengapa saya tidak memakai baju yang sedondon dengan suami? Maaflah, saya tidak pathetic about dress up. Apa yang ada, saya akan pakai. Lagipun saya bukan peminat warna hijau. Hanya suami sahaja yang suka warna hijau. Saya rasa jika saya pakai warna hijau, saya akan nampak sangat hodoh, walaupun saya tahu, saya memang hodoh.:)


Suasana raya dengan rakan Malaysian Toowoomba sangat meriah. Semasa makan, saya termanung sambil melihat gerak langkah suami yang sangat gembira. Sejenak saya terfikir, adakah suami gembira dengan kehadiran saya di sisinya pada hari raya tahun ini?

Tahun ini merupakan hari raya yang PERTAMA kami sebagai suami isteri.
hari raya PERTAMA saya di luar negara.
Hari raya PERTAMA saya sebagai isteri.
Hari Raya PERTAMA saya buat biskut raya sendiri tanpa bantuan siapa-siapa.
Hari raya PERTAMA saya dengan janin yang hidup dalam rahim.
Hari raya PERTAMA saya ke solat sunat hari raya, sebab tahun-tahun yang lalu, saya perlu tinggal di rumah untuk mengemas rumah di kampung.
Hari raya PERTAMA saya tanpa mengucup tangan emak dan abah.



Hari Raya PERTAMA saya sebagai isteri sangat mengujakan. Tetapi saya masih tidak dapat rasa bagaimana rasanya beraya dengan keluarga mentua. Bagi saya, beraya di mana-mana pun tidak apa. Kerana rumah mentua dan rumah emak dan abah saya tidak jauh. Kami boleh balik dan ulang alik bila-bila sahaja.

Tahun ini sudah dapat saya rasakan betapa indahnya aidilfitri. Dengan adanya suami di sisi, amat bahagia!

Terima kasih, abang.

Tuesday, August 30, 2011

Lebaran 2011

Masih dalam tanda tanya.

Mengapa Malaysia raya dulu? Masih ada banyak negara yang belum raya. Huhuh...RIndnya nak beraya di kampung..:(( Tentu makanan sangat banyak.. Kalau tak banyak pun, makanan yang mak masak pada pagi hari raya, semuanya enak...

Thursday, August 4, 2011

Indahnya Cinta Selepas Pernikahan

Setelah sekian lama hidup dibelenggu rasa cinta nafsu, hidup sebagai remaja yang tidak ada hala tuju matlamat kehidupan. Saya disedarkan oleh Allah S.W.T dengan hidayah dan limpahan kasih-Nya.

Syukur kehadrat Allah Taala yang selalu mencintai kita dan mengasihi kita. Indahnya juga hidup yang penuh dengan syariat dan landasan hukum dan garisan keimanan. Entah bagaimana lagaknya hidup ini jika terus dilimpahi nafsu yang tidak berkesudahan.

Lumrah kehidupan ingin berkasih sayang. Lumrah sebagai remaja ingin ada pendamping. Tanyalah kepada siapapun, remaja utamanya, apa erti cinta?

Bagi mereka, cinta itu indah. Cinta itu lazat. Pelbagai tafsiran tentang cinta jika ditanya kepada para remaja di luar sana. Begitu da'if pendapat mereka tentang cinta. Saya, salah seorang daripada pencinta yang suatu ketika dahulu hanya memikirkan tentang keseronokan, kesunyian, hiburan dan teman-teman. Tidak ada cinta bersandarkan agama dalam jiwa. Jauh sekali mengingati dengan Dia yang memberikan rasa cinta itu.

Bukan mudah menerima tamparan dalam hidup bagi remaja yang putus cinta. Rasa mahu bunuh diri, menjauhkan diri dari kelompok manusia lain, sehingga terfikir mahu membunuh seseorang!

Inilah penyakit nafsu dan derita hati. Hati dan nafsu tidak bersandarkan akal. Allah S.W.T telah memberikan kita akal, iaitu salah satu kelebihan yang tidak ada pada hidupan lain. Sebagai manusia, kita sepatutnya menggunakan akal 100% dalam kehidupan. Allah S.W.T berfirman :

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan (pada) pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal." [Surah Ali 'Imran 3 : 190]

Saya sudah bernikah dengan seorang lelaki yang tidak saya kenali. Setelah putus cinta dengan lelaki yang dahulunya amat saya cintai (cinta yang tidak berlandaskan agama Allah). Saya membuat keputusan untuk bernikah kerana akal. Setelah berfikir dan menganalisis segala dosa dan kesalahan yang pernah saya lakukan, saya menunaikan umrah pada usia yang muda (25 tahun) dan pada waktu itu, tidak ada lain melainkan saya mencari reda Allah S.W.T dalam cinta yang terlalu saya inginkan. Setelah menunaikan solat hajat beberapa malam berturut-turut dan saya membaca Surah Yaasin beberapa malam berturut-turut (atas nasihat seorang ustaz di kampung halaman, imam masjid yang juga sahabat baik ayahanda tercinta).

Hakikatnya, segala yang kita inginkan dalam dunia ciptaan-Nya ini perlu kita mohon daripada-Nya. Tidak ada kuasa lain yang Maha Memberi kecuali Dia. Saya berdoa bersungguh-sungguh, memohon sebuah cinta yang suci dan tidak berlandaskan nafsu. Kuasa Allah Taala tidak siapa yang tahu.

Saya berkenalan dengan seorang lelaki yang sedang menyambung pelajaran di Australia. Setelah tiga hari berbalas mesej, mesej yang hanya bertanya khabar dan bertanya tentang kerja-kerja dan pelajaran, timbul persoalan tentang perkahwinan. Jawab saya, hanya bonda dan ayahanda bisa menjawab tentang pernikahan. Lalu, dihantar kedua ibu dan bapanya merisik pada Jun 2010. Maka termetrailah ikatan janji pernikahan Disember 2010.

Sekelip mata, zat Yang Esa sangat saya kagumi. Tidak pernah terlintas dalam hati ingin bernikah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Dalam hati berniat, biarlah jalinan cinta terukir setelah ijab dan qabul diucap dan dibalas.

Tidak terkata betapa cerianya saya ketika hari berlangsungnya pernikahan. Tidak sedikitpun hati berdetak ragu dengan cinta dan kasih pemberian Allah Taala ini. Hakikatnya, cinta suci dan halal ini lebih indah untuk kita kecapi.

Saya sebagai insan yang lemah, pernah melakukan dosa dan diri masih dihinggapi noda silam. Saya ingin menyeru kepada semua remaja yang masih belum ada pasangan halal, ketahuilah, cinta sebelum bernikah, yang melanggar prinsip Allah S.W.T, merupakan jalan hidup yang sia-sia.

Tidak ada konsep cinta kekasih dalam Islam. Jika sahabat-sahabat sekalian seorang yang sangat beriman, dan dapat menjaga batas dalam pergaulan cinta lelaki dan perempuan, tahniah saya ucapkan! Jangan sekali-kali mendekati zina! Biarpun zina hati!

Jika tidak mampu mengikut sunnah dan ajaran Islam dalam memupuk cinta, berhentilah daripada menjalin cinta yang membawa dosa dan noda. Katahuilah, jodoh itu ada dalam tangan Allah S.W.T. Berdoalah, kerana doa itu senjata terakhir untuk mengubah takdir dan haluan hidup kecuali satu, iaitu mati.

Percayalah, cinta suci yang sepatutnya kita agungkan selain cinta Allah dan Rasul adalah cinta suami. Ia merupakan cinta agung buat semua wanita dan gadis. Tidak ada dosa, tidak ada haram dalam cinta itu selagi menjadi isteri yang solehah.

Sentuhlah tangannya, Pahala. Ciumlah pipinya, Pahala. Layani kehendaknya, Pahala. Ucapkan kata rindu dan kasih diiringi senyuman mesra, Pahala. Berlembut suara bermanja, Pahala! Apa lagi yang ingin kita cari dalam dunia yang semakin uzur ini, wahai sahabatku, para solehah di luar sana? Bukankah pahala yang kita kejar? Bukankah Syurga matlamat kita?

Tidak ada lain melainkan menjadi isteri yang sangat bahagia, itu idaman setiap insan. Bagi teruna soleh, gadis impian yang bakal menjadi suri hidup mereka, menjadi bidadari dalam setiap hembusan nafas zikrullah, subhanallah!

Carilah cinta suci dan cinta agung. Jauhilah cinta nafsu, sesungguhnya cinta nafsu itu melahirkan penzina. Ketahuilah, balasan Allah sangat dahsyat bagi dosa penzina.

"Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman. Dan orang-orang yang apabila membelanjakan(harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah(pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan(alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni)akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina." (Surah al-Furqaan : 66-69).

Dan kini, saya bahagia bercinta kali pertama setelah menjadi isteri kepada suami yang sangat memahami. Cinta suci yang kami bina bermatlamatkan Syurga. Indahnya bercinta selepas pernikahan. Segala yang dilakukan menjadi halal bagi kami dan pahala buat bekalan di 'sana' nanti. Syukur, sujud dan doa telah Allah kabulkan. Kuasa Allah S.W.T tidak dapat dilawan. Bercintalah, bercintalah, bercintalah! Bercintalah kerana Allah!

Monday, June 6, 2011

Dialah Syurgaku, Kamu. Suamiku!



Bulan April 2010.

Hati asyik merenung jauh. Entah bagaimana kehidupan ini akan berlalu. Rasa bagaikan sayu, sunyi, jiwa kelam. Syukur, masih ada keluarga yang faham akan kesempitan jiwa. April sudah bermula. Bulan ini juga, umur akan bertambah lagi. Entah mengapa, rezeki menunaikan umrah, diterima dengan rasa yang sangat bertuah. Jiwa tidak tenteram menanti saat kaki melangkah pergi.

Pertengahan April sampai. telefon bimbit asyik diam tidak bernyanyi. Entah mengapa, 16 April, mesej yang pelik diterima. Oh, insan ini. Pernah aku kenali suatu masa dahulu. Mungkin sekadar bertanya khabar.

Alangkah indah dan mekar bunga mulai tumbuh dalam jiwa. Betapa insan itu sangat kuat semangatnya. Berkali-kali berlari, mencuba menjauh tetapi dia masih tidak jemu mendekati. Mungkin intulah berkat doa yang pernah diungkap suatu ketika dahulu.

"Ya Allah, Kau berikanlah aku peneman hidup, biar sejauh manapun dia berada. Walau siapa pun dia. Biarlah insan itu jauh. Berikanlah aku cinta suci yang akan aku baja setelah bernikah. Janganlah Kau berikan aku cnta palsu yang tidak sedikit pun membahagiakan. Hadirkanlah dia walau di mana pun dia berada. " AMIN.

Bacaan Yaasin yang dibaca selama dua bulan berturut-turut akhirnya dimakbulkan juga ALLAH SWT. Doa yang tidak putus-putus, akhirnya menjadi kenyataan.

Ya, memang benar, dia insan jauh. Terlalu jauh duduknya. Hanya perbualan melalui dalam talian sahaja yang dapat menghubungkan. ENtah kenapa, setelah berfikir berkali-kali, keputusan telah dibuat. Malam itu, dengan anggukan setuju, walau pun dia tidak dapat melihat anggukan itu, permulaan kisah cinta akan bermula. Biarkan perkenalan itu sementara. Sambung kisah cinta selepas ijab dan Qabul diterima. Itu janjinya!

Mei 2010.

Penerbangan yang panjang selama 8 jam diharungi membawa 1001 harapan dan rintangan. Jiwa rasa sedih dan pasrah menjadi tetamu ALLAH SWT dengan bekalan dosa yang selama ini tidak pernah ingin padam. Mengelilingi Baitullah dengan air mata dan doa untuk dia yang berada jauh. Agar hatinya sedikit pun tidak berbalik. Semoga berkat jodoh yang dipohon ini terus kekal sehingga tarikh yang dietapkan, pernikahan.

Jun 2010

Rombongan keluarga, biarpun kecil, agak meriah. Tanda dihantar sebagai ingatan diri telah disunting, bakal menjadi milik seseorang. Pesan Bonda, "Jaga diri dan ingat, jodoh kurniaan ALLAH SWT ini jangan dipersiakan. Jalankan tanggungjawab sehingga tibanya waktu disatukan sebagai suami dan isteri!"

Julai-Oktober 2010

Bekerja seperti biasa. Berhubung dengan dia seperti biasa. Adakalanya sepi. Biarkanlah. Sibuk agaknya di kejauhan sana. Harapan yang ada cuma biarlah cinta tidak berubah.

Oktober 2010

Berhenti kerja. Langit seakan-akan turut rasa akan kebahagiaan yang bakal tiba. Hari cerah. Melangkah perlahan-lahan meninggalkan bumi kota yang penuh dengan cabaran. Meninggalakn sisa hidup sibuk dan memulakan hidup di kampung yang aman dna tenang, menjelang hari berlangsungnya pernikahan.

November 2010

Persiapan demi persiapan berlangsung. Khemah dan baju sudah sedia. Dia juga sudah selamat sampai di tanah air. Alhamdulillah, semoga jodoh terus bertahan sehingga harinya. Hati mulai berdebar. Bagaimanakah mampu aku jalinkan hubungan tanpa mengenali dia sepenuhnya? Benarkah aku yang pinta jodoh tanpa perkenalan ini? Mampukah kami berkomunikasi?
Urusan nikah kahwin kami jalankan bersama. Segala borang dan tanda tangan, kami lakukan pada saat-saat akhir kerana dia jauh. Alhamdulillah, berkat doa keluarga, semuanya selesai dalam masa seminggu sebelum pernikahan.

11 Disember 2010

Setelah siap berinai malam, tidur dengan semua saudara perempuan. Inilah kali terakhir kamia kan tidur bersama. Saat itu hanya air mata yang dapat kami keluarkan. Betapa sedih dan pilu, nanti kami akan terpisah tempat tidur yang sama. Inilah saudara, kasih sampai ke syurga. Kami berbincang tentang bagaimana menjadi isteri solehah. Pelbagai nasihat yang diterima, semua disimpan erat dalam dakapan jiwa nurani. Akhirnya mata terlelap juga jam 3 pagi. Itupun setelah terdengar Bonda di luar pintu bilik menegur, "Pengantin jangan dibiar tidur lewat!"

Terdengar ayam berkokok. Inai dijari memerah, seri. Bangun bersujud kehadrat Ilahi, "Betapa besar Agungnya Kau Ya Allah! Segala doa aku panjatkan telah Engaku makbulkan. Aku pinta insan jauh, Kau berikan. AKu pinta cinta tulus yang halal, Kau kurniakan. Betapa besar pemberian-Mu, Tuhan!"

Matahri di ufuk Timur menguning terbit. Bersedia dengan baju kurung ungu, menanti jurumekap yang bakal mendandan. Biarlah wanita, kerana perlu ditahan wudukku, untuk suamiku membatalkan wuduk nanti. Mulai berdiam di dalam bilik yang dihias cantik oleh saudaraku, gembira, sedih dan ragu-ragu. Benarkah ini keputusan aku?

Kata Bonda, "Jangan difikir lagi! Inilah jodoh adik!" Kata-kata itu diterima ditelan, manis. Mungkin benar! Jam 10 pagi, sampainya rombongan lelaki yang dinanti. Dengan kurung putih, suci, berdiam di bilik dengan handai taulan. Menanti saat ijab dan qabul disahkan.

Dengan lafaz bersendikan nama-Mu, Tuhan, akhirnya, kini aku sudah menjadi suri. Suri hati seorang lelaki yang jauh entah di mana aku kenali. "Berkatilah permulaan cinta kami." Itulah doaku setelah aku dipeluk rakan-rakan yang gembira dengan perkataan yang satu itu, "SAH!"

Aku disuruh keluar, kini, di hadapanku, seorang jejaka yang sangat ingin aku dekati.

"Kini, wahai lelaki, aku surimu. Bimbinglah aku agar tidak jauh aku pergi dalam kegelapan. Cerhahan hati aku dengan suluhan kasih sayang darimu. Binalah istana Syurga dalam taman kosong ini."

Tangan dikucup satu persatu memohon restu. Wahai Bonda, terimakasih kerana menjaga aku selama ini. Terima kasih atas jeritan melahirkan aku yang hina ini. Terima kasih atas segala suapan yang masuk ke dalam darahku!

Wahai Ayahanda, tangan kasarmu aku cium. Bukan kali terakhir. Percayalah, aku tetap puteri bongsumu. Walau jauh aku dibawa, ke sisimu jua akan aku pulang!

11 Mei 2011

Angin sejuk bertiup. Kota ini memberikan aku sejuta kurnia dengan sebuah kisah cinta yang sedang mekar. Kisah cinta ini tidak akan padam sampai akhir nanti. Pipi sejuk ditiup angin lagi. Terdengar ketukan pada daun pintu. Aku berlari-lari anak membukanya.

Dia. Lelaki. Dialah Syurgaku!

Wednesday, April 27, 2011

Tanda kasih dan sayang.

Mencari detik dan saat yang dia pamerkan kasih dan sayangnya.
Tidak terhitung banyaknya.
Rasa syukur yang teramat.
Mendalam rasa sayang dalam jiwa.
Mengamuk rindu,
Membunuh sepi,
Ketawa cinta,
Tersenyum kasih,

Tiada yang aku syukuri selain kehidupan yang dipenuhi dengan kasih dan sayang.
Buatmu, suami.
Terima kasih!

Buat bonda dan ayahanda,
terima kasih!

Buat kakak dan abang,
Aku sayang kalian!

Wednesday, April 13, 2011

syahdu : SUAMIKU

saat aku mahu terpejam
dalam kesamaran malam,
hati terusik terdengar alunan suaramu
mengalunkan lagu Al-Quran.

Tenang dan nyaman
hati berkata,
andai setiap malam aku dialunkan dengan lagu itu,
nescaya keluarga kita behagia selama-lamanya!

Terima kasih wahai suami,
dirimu bak cahaya
menerangi gelapnya suasana
yang selama ini
aku lupa untuk terus bernyala


Kau suami sejati
jiwamu suci
dan sentiasa sabar dengan kerenah aku seorang isteri


Maafkan aku wahai suami,
andai aku masih belum jadi isteri
sama seperti yang kau mimpi....

Aku bukan wali.

Tuesday, April 5, 2011

Untuk Suamiku.

Suamiku,
dirimu bagaikan cahaya yang selalu menerangi gelap malamku.
Senadainya kau tiada,
tentu aku terus meraba dalam kehampaan.

Terima kasih kerana terima nikahku,
hadir dirimu kini,
buat aku selalu tersenyum.
Dirimu insan sejati,
Suami yang berbudi.
Entah apa lagi yang perlu aku lakukan
untuk membalas segala kebaikan yang kau lakukan.
Biarpun aku kini tanggunganmu,
Aku sedar aku tanggungjawabmu,
tetapi aku juga mahu membalas semua jasamu
agar aku mampu sama berdiri megah sebagai isterimu
LELAKI YANG SEJATI DAN BERILMU!

Friday, April 1, 2011

UNTUK ISTERI

Berikut adalah tips yang telah disarankan oleh pakar motivasi kita yang terkemuka iaitu Datuk Dr Fadilah Kamsah, yang dipetik dari majalah jelita. InsyaALLAH tips-tips yang disarankan ini dapat memulihkan hubungan suami isteri. Tips ini khas buat si isteri . . .
#####
1. Apabila berbual becakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.

2. Cuba nasak yang paling sedap unutk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.

3. Temankan pasangan apabila melakukakn kerje bersendirian pada waktu malam.

4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.

5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.

6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.

7. Megemas tempat tidur umpama baru kahwin.

8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.

9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin .

10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerje yang dibuat dan orang yang ditemui.

11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.

12. Beri tindak balas positif apabila mendegar pasangan bercerita.

13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.

14. Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.

15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.

17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

18. Berkelah bersama pasangan.

19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pegetahuannya).

20. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.

21. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati.

22. Nyatakan yang ada merinduinya bila berjauhan.

23. Sesekali buat kuih kegemaran suami.

24. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.

25. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.

26. Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.

27. Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya.

28. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggang membantu.

29. Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.

30. Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.

31. Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.

32. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak mengemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.

33. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.

34. Jangan mengesa suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukan kerana ini boleh menyebabkan suami tawar hati.

35. Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar. Suami sering melenting apabila isteri “bersyarah” panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak percaya pada suami.

36. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak dan tidak berkebolehan.

37. Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.

38. Jangan cabar pasangan

39. Apabila berselisih faham atau bertengkar, fokus pasa masalah yang sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.

40. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.

41. Jangan ingkar mengenai perkara yang telahpun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui bersama.

42. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru, jadilah si Kembang Cina. Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran memahami isteri.

43. Ramai suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri. Justeri isteri perlu membaca perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya. Usah paksa suami meluahkan perasaan. Sesungguhnya, “action speaks louder than words”.

44. Cemburu tanda sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan anda menjadi rimas dan serba salah.

45. Untuk merangsangkan suami pamerkan kasih sayang dan puji selalu.

46. Elak menasihat suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat unutk bermanja tetapi bagi suami itu satu kelemahan.

47. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.

48. Selepas berusah bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT semogo hidup kita bahagia di dunia dah akhirat, amin . . .

UNTUK SUAMI

Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu.

1.Selalulah menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.


2.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil Itu otak suami perlulah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.


3.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.


4.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.


6.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.


7.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge.


8.Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)


9.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.


10.Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?


11.Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.


12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.


13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.


14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?


15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.


16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.


17.Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?


18.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.


19.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.


20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.


21.Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

Tuesday, February 22, 2011

Tempat untuk Dia dalam Hatiku-SUAMIKU

bercerita tentang cinta, saya bukan mahu bercerita tentang cinta yang tidak berkesudahan. Sebaliknya, bercerita tentang betapa saya mencintai suami saya.

Indahnya tatapan mata saat terjaga daripada lena malam yang panjang, suami ada di sisi. Saat mata mahu terpejam, suami juga masih ada di sisi.

Betapa takutnya rasa hati, andai hari esok, suami sudah tiada. Dunia kelam dan tidak berwajah. Betapa agungnya cinta buat suami tersayang.

Bukan mudah melaksanakan tanggungjawab sebagai isterinya tetapi itulah yang membahagiakan. Terima kasih Allah, kerana Kau telah kirimkam manusia ini sebagai suamiku.

Sedaya upaya, saat demi saat saya membaiki diri agar menjadi isteri yang terbaik buatnya. Ketaatan kepadanya saya mohon ganti dengan syurga buat keempat-empat orang ibu dan ayah saya. Bahagianya saya mohon sebagai galang ganti, syurga buat saya dan buat suami saya kerana membahagiakan saya.

Indahnya hidup bersyariat dan indahnya hidup bersuami. Jodoh itu rahsia Allah, BENAR. Saya tidak menafikan kebenaran itu lagi kerana saya sendiri sudah dapat rasakan akan keindahan jodoh yang Allah berikan.

Katika angin bertiup lembut, teralun doa khas buat suami tercinta, agar setiap saat kehidupannya diberi perlindungan daripada Allah SWT dan juga diberi Hidayah agar hatinya sentiasa tenang dan menerima kebenaran Allah sebagai pembaris dalam membentuk garisan lurus semasa memimpin saya sebagai isterinya.

Bercerita tentang jodoh, jodoh yang tidak disangka-sangka hadir saat diri ini tidak lagi berfikir tentang jodoh.

Terima kasih Allah!
Memang besar pemberianMu, hanya dapat saya ganti dengan ucapan syukur, saya ada suami yang baik!

Wednesday, February 9, 2011

CINTA HALAL

Setelah sekian lama hidup dibelenggu rasa cinta nafsu, hidup sebagai remaja yang tidak ada hala tuju matlamat kehidupan. Saya disedarkan oleh Allah SWT dengan hidayah dan limpahan kasih-Nya. Syukur kehadrat Allah Taala yang selalu mencintai kita dan mengasihi kita. Indahnya juga hidup yang penuh dengan syariat dan landasan hukum dan garisan keimanan. Entah bagaimana lagaknya hidup ini jika terus dilimpahi nafsu yang tidak berkesudahan. Lumrah kehidupan ingin berkasih sayang. Lumrah sebagai remaja ingin ada pendamping. Tanyalah kepada siapapun, remaja utamanya, apa erti cinta? Bagi mereka, cinta itu indah. Cinta itu lazat. Pelbagai tafsiran tentang cinta jika ditanya kepada para remaja di luar sana. Begitu da’if pendapat mereka tentang cinta. Saya, salah seorang daripada pencinta yang suatu ketika dahulu hanya memikirkan tentang keseronokan, kesunyian, hiburan dan teman-teman. Tidak ada cinta bersandarkan agama dalam jiwa. Jauh sekali mengingati dengan DIA yang memberikan rasa cinta itu. Bukan mudah menerima tamparan dalam hidup bagi remaja yang putus cinta. Rasa mahu bunuh diri, menjauhkan diri dari kelompok manusia lain, sehingga terfikir mahu membunuh seseorang! Inilah penyakit nafsu dan derita hati. Hati dan nafsu tidak bersandarkan akal. Allah SWT telah memberikan kita akal, iaitu salah satu kelebihan yang tidak ada pada hidupan lain. Sebagai manusia, kita sepatutnya menggunakan akal 100% dalam kehidupan. Allah SWT berfirman dan Terjemahan : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan (pada) pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal. (Surah ali ‘Imran 3 : 190) Saya sudah bernikah dengan seorang lelaki yang tidak saya kenali. Setelah putus cinta dengan lelaki yang dahulunya amat saya cintai (cinta yang tidak berlandaskan agama Allah). Saya membuat keputusan untuk bernikah kerana akal. Setelah berfikir dan menganalisis segala dosa dan kesalahan yang pernah saya lakukan, saya menunaikan umrah pada usia yang muda (25tahun) dan pada waktu itu, tidak ada lain melainkan saya mencari reda Allah SWT dalam cinta yang terlalu saya inginkan.

Monday, January 24, 2011

last weekend!


nampaknya weekend tetap isterinya juga yang menjadi
tukang masak di dapur.
Bukan suaminya.
Berkat saling memahami,
isteri tidak pernah rasa terkilan atau apa-apa.
Sememangnya,
kewajipan isteri menyiapkan segala keperluan
untuk suami,
demikian pula sebaliknya...
Shopping?
Macam biasa....
Itu pula kewajipan suami!

So, give and take!
What you give, you get back!

:))

Anda buat, anda dapat!
Renung-renungkan!