Tuesday, February 22, 2011

Tempat untuk Dia dalam Hatiku-SUAMIKU

bercerita tentang cinta, saya bukan mahu bercerita tentang cinta yang tidak berkesudahan. Sebaliknya, bercerita tentang betapa saya mencintai suami saya.

Indahnya tatapan mata saat terjaga daripada lena malam yang panjang, suami ada di sisi. Saat mata mahu terpejam, suami juga masih ada di sisi.

Betapa takutnya rasa hati, andai hari esok, suami sudah tiada. Dunia kelam dan tidak berwajah. Betapa agungnya cinta buat suami tersayang.

Bukan mudah melaksanakan tanggungjawab sebagai isterinya tetapi itulah yang membahagiakan. Terima kasih Allah, kerana Kau telah kirimkam manusia ini sebagai suamiku.

Sedaya upaya, saat demi saat saya membaiki diri agar menjadi isteri yang terbaik buatnya. Ketaatan kepadanya saya mohon ganti dengan syurga buat keempat-empat orang ibu dan ayah saya. Bahagianya saya mohon sebagai galang ganti, syurga buat saya dan buat suami saya kerana membahagiakan saya.

Indahnya hidup bersyariat dan indahnya hidup bersuami. Jodoh itu rahsia Allah, BENAR. Saya tidak menafikan kebenaran itu lagi kerana saya sendiri sudah dapat rasakan akan keindahan jodoh yang Allah berikan.

Katika angin bertiup lembut, teralun doa khas buat suami tercinta, agar setiap saat kehidupannya diberi perlindungan daripada Allah SWT dan juga diberi Hidayah agar hatinya sentiasa tenang dan menerima kebenaran Allah sebagai pembaris dalam membentuk garisan lurus semasa memimpin saya sebagai isterinya.

Bercerita tentang jodoh, jodoh yang tidak disangka-sangka hadir saat diri ini tidak lagi berfikir tentang jodoh.

Terima kasih Allah!
Memang besar pemberianMu, hanya dapat saya ganti dengan ucapan syukur, saya ada suami yang baik!

No comments:

Post a Comment