Friday, September 30, 2011

Ya Allah, Diakah Jodohku?





Tip daripada Rasulullah SAW dalam memilih calon belahan jiwa, carilah yang cantik parasnya, baik keturunannya, banyak hartanya dan yang paling baik agamanya. Namun, pilihlah calon yang beragama kerana ia lebih baik daripada seluruh isi dunia. Mohonlah petunjuk-Nya lewat Istikharah. Jika belum bertemu, bersabarlah dan yakinlah bahawa jodoh kita sudah ditentukan sejak azali.

Teruslah mencari, berjalanlah tanpa henti. Semoga bertemu permata yang terbaik untuk dirimu, keturunanmu dan agamamu.

Dapatkan buku yang bermakna ini daripada PUSTAKA IMAN

Thursday, September 29, 2011

QURBAN PALESTIN -2




Daripada Tuan Budi Yanto : Ayuh kita berikan daging korban kepada rakyat Palestin yang SEMEMANGNYA memerlukannya. Hanya RM350 Sadaqah Qurban anda akan membolehkan Aman Palestin menyalurkannya kepada mereka.


Anda boleh jengah ke SINI UNTUK MEMBANTU

Tuan Budi Yanto : Rakyat Palestin telah berkorban segala-galanya demi mempertahankan Tanah Suci umat Islam. Apa pula pengorbanan kita?

Pada Ramadhan yang lepas, Amam Palestin berjaya menghantar wang sejumlah RM511,000. Bagi projek Sadaqah Qurban sempena Aidul Adha yan bakal menjelang, Amam Palestin mensasarkan penghantaran sejumlah RM1juta bagi membeli hawan korban. Adakah anda boleh membantu kami merealisasikan hasrat besar ini?

Mohon teman-teman sebarkan pautan ini demi membantu perjuangan rakyat Palestin. Semoga Allah ganjari kita dengan amal jihad, insya Allah.

Seminar- Meningkatkan jati diri. -TENGKU ASMADI- MAP




Jika anda berminat menghadiri seminar untuk meningkatkan jati diri anda, serta ahli keluarga anda, mahupun adik-adik anda, anak-anak, cucu dan sebagainya, daftarlah di sini!!

Klik pada laluan yang saya beri INI

Qurban Palestin.

Saya dapatkan maklumat tentang ini, dari lama Facebook Tuan Budi Yanto. Klik di sini untuk FB beliau.

Ayuh kita berikan daging korban kepada rakyat Palestin yang SEMEMANGNYA memerlukannya. Hanya RM350 Sadaqah Qurban anda akan membolehkan Aman Palestin menyalurkannya kepada mereka. Jom sertai di SINI ataupun di SINI

Sekian.

Semoga sedekah kita akan membantu kita di Akhirat, kelak. AMIN

Kerinduan Ilmiah




Sudah hampir sepuluh bulan saya berada di negara Kanggaroo ini. Penyakit rindukan kumpulan gerakan membaca sangat mendalam.

Bagaimana pun, saya jalankan kegiatan membaca saya di sini, sendiri tanpa teman-teman di Malaysia.

Memilih buku-buku terpakai sebagai teman setia saya, amat berharga rasanya. Menemani suami tanpa pendapatn tetap untuk saya membuatkan saya bersyukur dengan kehadiran buku-buku terpakai di sini.

Tidak sama seperti sewaktu bujang dahulu, dengan gaji yang ada, saya menghabiskan masa berjam-jam dikedai buku, terutamanya kedai buku BookXcess dengan rakan-rakan.

Indahnya kehidupan diselimuti dengan bahan ilmiah. Semoga anak yang bakal saya lahirkan juga, akan jatuh cinta dengan buku.

Maafkan saya, saya tidak berminat untuk mengajar anak saya bermain game komputer dan gadget yang lain, yang pada saya, saya lebih banyak nampak keburukan daripada kebaikan.

Sudah banyak contoh saya dapat daripada rakan-rakan. Saya berdoa agar tidak ada kegiatan tidak sihat untuk anak-anak saya melalui game. Kalau ada, dan kalau perlu, game akan ditapis. Waktu bermain juga akan saya tapis.

Insya-Allah, semoga Allah beri kemudahan untuk saya mendidik anak-anak Adam yang bakal saya lahirkan.

AMIN

Buku Cecelia Ahern





Buku ini saya abca sehingga tamat.

Jalan cerita menarik, dan sesuai dengan gambaran kehidupan, (kecuali plot di kelab malam dan minumam keras)

Mengisahkan jalan kehidupan seorang isteri yang telah kematian suaminya.
Walau bagaimanapun, suaminya menitipkan beberapa keping surat pesanan yang perlu isterinya baca untuk kenangan mereka bersama, selepas kematian suami.

Cerita yang agak menyayat hati, tetapi menghiburkan dalam aspek memberi kekuatan kepada wanita agar tabah setelah kehilangan suami tercinta.

Hujan Musim Bunga

Buat tatapan Humaira.

Apa khabar? didoakan agar selalu sihat dan ceria.

Hari ini sudah hari ke 29 dalam bulan September. Sejak semalam, cuaca mendung bertali arus sehingga ke hari ini lalu hujan dimuntahkan, tanpa henti sejak Subuh tadi. Mata ini masih belum mengantuk walaupun waktu Subuh masuk sangat awal, kira-kira jam 420am. Di Malaysia, sudah tentu enak diselimuti selimut tebal jam 2pagi. :)

Humaira,

Terbaca kisah seorang rakan penulis yang kini berhijrah ke Kota Madinah. Masih ingat kota haram yang kita pergi dahulu? Indah dan sangat tenang. Nyaaman, bukan? Teringat akan cerita abah, bahawa, penduduk Madinah, sikapnya lebih lembut daripada penduduk Makkah. Benar, setelah saya sendiri yang mengalami perkara itu, penduduk di Madinah jauh lebih lembut daripada penduduk Makkah.

Kata abah, penduduk Madinah terikut dengan sikap Rasulullah SAW yang sangat lembut dan penyayang. Lihatlah penduduk Makkah, bagaimana layanan mereka terhadapa Rasulullah SAW ketika zaman mereka?

Entah kenapa, terusik hati ini untuk mengenang kisah kehidupan selama 2 minggu di Madinah dan Makkah. Indah tidak ada ungkapan lain selain indah.

Jiwa yang tenteram walaupun begitu berat dosa yang ditanggung untuk diampunkan oleh ALlah SWT. Entah agaknya kini sudah diampunkan atau belum?

Humaira, jiwa rasa tenang selepas bernikah dengan abg. Jiwa semakin tenteram. Inilah hikmahnya perhubungan yang halal. Benar kata para penceramah. Hubungan yang halal itu lebih baik daripada haram. Lebih tenang.

Cuaca makin mendung dan hari ini ALlah menguji kami lagi. Brek kereta pula mengalami kerosakan. Semoga ada hikmah disebalik setiap kejadian ini.

Friday, September 23, 2011

Menggamit kenangan- PENANG

Sudah hampir 2 tahun saya meninggalkan negeri Pulau Mutiara itu. Hari ini setelah kakak saya bertanya, bangunan apakah yang banyak tangga dan ada statue Buddha sebagai tanda kenindahan bangunan kuil itu.

Saya jawab dengan pantas, Kek Lok Si Temple.

Penang, Pulau Pinang, Pulau Mutiara.

Pulau yang sangat banyak meninggalkan kenangan waktu remaja saya. Saya menuntut ilmu di menara gading yang terhebat di dunia, Universiti Sains Malaysia, USM. Universiti yang bertaraf antarabangsa itu melahirkan insan seperti saya. Pada saya, insan yang sangat maju dan memandang ke hadapan.

Selain belajar, saya juga ada perasaan ini berjalan-jalan dengan rakan-rakan, menelusuri jalan-jalan kecil sempit yang menjual pelbagai jenis kraf dan jualan barang-barang rumah yang diperlukan, memang sangat menyeronokkan.

Sesak, sempit, bingit dan riuh, memang sangat sinonim dengan Penang. tambahan pula saya sangat rindukan Bazaar Chowrasta, salah satu dunia jualan yang sangat best! Tambahan bila tiba musim perayaan, memang heaven!



Saya pernah membeli sepasang telekung yang sangat cantik di jualan murah di situ. Telekung itu saya pakai sehingga hari ini!

Bazaar Chowrasta juga sangat terkenal dengan jualan jeruk asam yang sangat sedap! Penjual terdiri daripada warga bangsa Cina yang sangat mesra pengunjung. Hampir setiap kali teringin makan asam, saya dan kawan-kawan akan ke sana untuk memborong beberapa kilo asam jeruk yang dijual pada harga yang sangat murah!

Ada juga tiba amsanya untuk bercuti semester di kampung, kami juga akan berbelanja di Chowrasta dan membeli berkilo-kilo jeruk asam yang sangat sedap! Sehingga pada saat ini, saya terliur mengenangkan jeruk asam di Chowrasta. :)


Sambil belajar dan menuntut ilmu, sambil melancong. Salah juga kerana saya gunakan sebahagian duit pinjaman untuk itu. :)

Jemputlah datang ke Penang bagi sesiap yang belum pernah ke sana. Hebat dan sangat hebat. Saya masih rindukan Penang!

Wednesday, September 21, 2011

Ke Klinik





Hari ini ke klinik lagi. Maha Besar Allah yang menciptakan setiap makhluk di atas muka bumi ini.

Saya dengar lagi degupan jantung anak yang ada dalam rahim.

Sungguh, saya sedih dan pilu..:(

Tuesday, September 20, 2011

Bingka Tepung Beras.

RAsa macam dah lama sangat tepung beras ada dalam kabinet. Tak tahu nak buat apa sebenarnya dengan tepung beras dua bungkus tu. Jadi saya cek internet, terjumpalah resipi ini..

Bahan-bahan:-

1) 2 cawan tepung beras
2) 1 cawan gula pasir
3) 1 sudu teh garam
4) 6 cawan santan
5) 1 helai daun pandan


Cara-cara :

1) Kisar semua bahan kecuali daun pandan sehingga halus.
2) Masukkan daun pandan dan masak sambil dikacau atas api perlahan hingga naik
wap. Tutup api dan kacau sehingga kental.
3) Sementara itu sapu rata loyang dengan minyak.
4) Angkat daun pandan dan tuang adunan ke dalam loyang.
5) Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar atas bawah pada suhu 180' C selama 1 ½
jam /masak.
6) Sejukkan dan potong.


Terima kasih ye kepada orang yang telah menyebarkan resipi ini.. Terima kasih kepada tuan blog ini http://1resepikuih.blogspot.com/2009/08/bingka-tepung-beras.html


Minta halal, ya!

Monday, September 19, 2011

Menguli Tepung, DONUT

Kelmarin kami (saya dan suami) ke Pesta Bunga (parade Show) musim Spring ini. Lokasinya di tengah-tengah bandar. Cuaca yang terik dan panas membuatkan saya sedikit pusing dan berasa penat.

Sebelum ke sana, kami melalui jalan dalam Grand Central, Hypermarket yang agak terkenal di sini. Kami mengambil jalan dalam perniagaan MYER.

Mata saya tertancap pada iklan harga paling murah bagi barang-barang dalam MYER. Saya menarik tangan suami ke sana.

Barang itu, pancake maker, yang kecil-kecil, sama macam kaya ball di Malaysia. Suami tanpa meminta pandangan saya, terus sahaja berkata mahukan barang itu. Saya terkejut, lalu saya jawab, ikut suka sahaja. Saya hanya tukang masak. :))

Maka, hari ni, saya sudah ada gadget dapur yang baru!

Wednesday, September 14, 2011

Rindu Bertandang Lagi.

Hari ini saya buka e-mel yang dikirim kakak saya. E-mel itu penuh dengan gambar terbaru ahli keluarga.

Betapa rindu, hati saya mula mengalunkan lagu sayu...

Saya rindukan kampung halaman....

Gambar ini gambar abang ipar saya dengan anak buah saya. Anak buah saya ini, belum pernah saya temui kerana kami masih berjauhan...

Kisah Cinta Rahsia

Pada mulanya, hati tertanya-tanya.
Benarkah ada sayang?

Akhirnya, saya tahu saya salah. Suami bukanlah lelaki yang mudah mempamerkan rasa sayangnya melalui perkataan mahupun tulisan. Jarang benar saya dapat e-mel atau mesej FB yang panjang-panjang daripada suami. Pernah dulu sewaktu mula-mula berkenalan. Itupun untuk saling berkenalan sebab tak tahu siapa. :)

Hari ini, saya pergi membeli belah dengan suami. Jualan murah yang saya sangkakan sangat murah, adalah salah. Bukan semua barang dijual dengan harga murah. Hanya barang-barang terpilih sahaja. Kami bergerak menuju ke Pasaraya K-Mart hanya 1 kilometer dari rumah. Untung rumah di kawasan pekan.

Selepas makan tengah hari, memang sesuai sangat dibawa badan berjalan. Sebab adakalanya suami mengantuk dan tidak fokus study kalau mengantuk.

Kisah bermulanya kehamilan saya, pagi Subuh yang sangat sejuk, pada musim WINTER, saya sudah lewat haid selama seminggu. Dengan naluri yang masih was-was, saya cuba buat UPT sendiri di rumah setelah saya paksa suami belikan UPT kit itu. Tentulah saya guna yang terbaru, Clear Blue Digital Pregnancy Test. Tak perlu lagi lihat tanda garisan. Yang tertera hanya perkataan Pregnant atau Not Pregnant! :)

Mudah, kan!

Selepas beberapa minit saya uji, kit kehamilan itu menunjukkan perkataan Pregnant 3+ weeks.

Dengan segera saya tunjukkan kepada suami. Excited terlebih. Suami yang masih mamun bangun tidur, macam tak beri reaksi apa-apa. :P
Pada mulanya saya sedih. Seolah-olah bukan berita gembira. Tetapi saya maklum, suami sejak itu, asyik menjaga saya dengan lagak seorang doktor peribadi.

Itu tanda sayang yang hanya saya sahaja yang nampak! :) Untung, saya tidak perlu sebarkan kisah romantik itu sedalam-dalamnya kepada khalayak.

Setelah saya hamil beberapa bulan, suami masih juga belum tunjuk apa-apa reaksi, maksud saya, tidak seperti suami rakan-rakan yang lain. Hebahan kepada umum, rakan-rakan, ucapan Alhamdulillah lah kononnya nak bagi tahu orang.... Suami juga jarang sentuh perut saya kalau bukan saya yang tarik tangannya. :)) Mungkin juga dia masih takut, ragu-ragu dengan kehadiran bayi ini. Saya tahu, saya juga takut untuk sentuh perut saya sendiri. :P

Ketika saya mabuk, saya sudah nampak akan kasih dan sayang suami kepada saya, walaupun tanpa kata-kata ataupun bentuk tulisan.. :))

Apa sahaja yang saya mahu, akan diturutkan. Apa sahaja yang saya tidak boleh, dia akan lakukan tanpa sebarang alasan. Saya tahu, Inilah tand akasih sayang. Tidak perlu dengan kata-kata. Tindakannya sahaja sudah buat saya faham, SUAMI SAYA SAYANG AKAN SAYA.

Dan hari ini, menjelang perut yang semakin membesar, saya perlukan baju-baju yang baru juga kelengkapan seorang ibu. Maklumlah, baju sewaktu anak dara, semuanya ramping, pinggang semakin membesar, semua sudah hampir sendat. Tidak mampu untuk saya pakai.

Keluar shopping hari ini, saya masih nampak akan kasih sayang suami. Tidak perlu dengan kata-kata, suami yang bijak memilih setiap helai baju dan seluar serta maternity underwear yang saya perlukan. Biarpun barang yang dibelikan bukan barang-barang mahal (harga biasa) tetapi saya masih bersyukur, saya masih punya pakaian untuk menutup aurat.

Banyak yang suami lakukan yang ada kalanya para isteri tidak nampak. Jangan mengharapkan suami kita menjadi sama seperti suami orang lain, ungkapan I LOVE YOU dikhalayak, ciuman dan pelukan dikahlayak. Tidak semestinya itu tanda sayang. Kalau betul, tahniah.

Sebaliknya saya mula rasa selesa dengan cara suami, cinta dan kasih sayangnya adalah rahsia. Hanya saya sahaja yang tahu. :))

Terima kasih, abang...

Dalam hati saya, tidak perlu suami ungkapkan dengan kata-kata, kini saya amat mengerti, kasih sayang itu lahir daripada hati dan terungkap dengan tindakan.

dan lagu ini, untuk abang.. :)

Tuesday, September 13, 2011

Kelahiran suatu yang ajaib!

Sepanjang pagi ini, saya menghabiskan masa dengan menonton video warga Inggeris bersalin. Hanya video warga Ineggeris sahaja yang ada. Bukan niat ingin lihat badan dan aurat mereka, tetapi dengan niat, melihat bagaimana kelahiran bayi dilakukan tanpa sebarang bantuan doktor atau bidan. Yang ada cuma saudara, suami dan anak-anak yang lain (jika ada).



ini salah satu video yang menarik perhatian saya. Suami beliau sangat tekun membantu. Teringat suatu hari saya berbual dengan suami. Saya meminta dia masuk sama ketika saya melahirkan anak nanti.

Jawab suami dia takut.

Hati saya sedih.

Adakah saya akan sendiri menyambut anak kami? Saya perlukan sokongan. Lihat, bagaimana suami dalam klip video ini membantu isterinya. Saya sangat terharu.

Bagaimana saya mampu menghadapi saat getir seorang diri?

SEDIH :(

Friday, September 9, 2011

Permintaan Mayat : Lagu Far East

Menakutkan dengan tajuk entri kali ni kan? Bukan apa, saya sangat suka lagu ni. Dulu-dulu, masa hidup tengah stress, dengar ikim.fm, selalu je dengar lagu ni. Tiba-tiba meremang bulu roma. Betapa perjalanan hidup ni perlu kita hargai.. :)

Ni klip video yang dimaksudkan.



best, kan? kalau tak best, tak tahulah. I rasa, dah ramai yang dengar lagu ni. Because lagu ni dah lama pun. Kalau tak dengar lagi, maybe you all jenis yang tak suka lagu nasyid kot! :P Sorry...


KAdang-kadang, dengar lagu nasyid ni, boleh juga buat kita insaf. Kalau tak insaf juga, maksudnya tak menghayati kot. So, try lah hayati lagu-lagu yang memberi keinsafan. Lagu yang head banging, bukan tak boleh dengar. Sekali sekali, jangan ansyik angguk kepala sahaja, cuba geleng-gelengkan (macam orang tengah ratib tu...)


Bila saya dengar lagu ni, saya teringat anak dalam kandungan saya. Begitulah jalan cerita dia. Anak saya yang sedang singgah dalam rahim saya, semata-mata nak menjenguk dunai sebentar. Nanti, akan sampai masa, kita semua akan kembali ke alam kubur dan alam akhirat.

Jangan ditanya pasal amalan. Sudah tentulah tak cukup.. (-____-). Takut, kan? kalau kita tak cukup amalan, rasa-rasanya, sewaktu malaikat Izrail mencabut nyawa, sakit ke tak? Sedangkan Rasulullah SAW yang bersih daripada dosa pun, sakit dicabut nyawanya..Inikan pula, kita.... Rasulullah SAW sehari beratus-ratus kali bertaubat kepada Allah, kita? Asyik buat dosa, beratus-ratus kali...Entahlah..:)


So, dengar-dengarkan lagu ini. Resapkan dalam jiwa. Insya-Allah, sama-samalah kita berubah jadi yang lebih baik dariada hari ni...

Top-up naik harga, 6% daripada harga sebenar!



We can top-up anywhere, and any price!




Bangun sahaja pagi ini, saya membaca berita yang snagat memilukan. Bagi orang miskin, yang mungkin tidak pernah pakai telefon bimbit, mungkin tidak begitu terasa bagi mereka. Tetapi, bagi golongan sederhana, seperti mak dan ayah saya , tentunya mereka akan terkjut, jika ke kedai, biasanya akan bayar RM30 untuk topup sebulan, tetapi kali ini, up 6% of the price?

Apalah yang nak dinaikkan lagi? tak cukupkah dengan tol, dan segala jenis kenaikan harga dalam Malaysia?

Entah kenapa, hati saya pilu mengenangkan penduduk Malaysia yang akan terasa ditindas dalam hal ini. Orang kaya, tak apalah. Duit mereka banyak. Top-up mereka juga, lebih daripada RM100 sebulan. Tambahan pula mereka sudah pandai, gunakan bil.

Kalau pakcik, makcik di ceruk kampung, yang anaknya tak mampu nak bagi duit banyak-banyak? atau yang anaknya sekadar kerja biasa-biasa? Tak mampu si anak nak bagi mak ayah pakai bil, sedangkan anak juga pakai topup?

Kasihan, bukan?
Harga baru selepas 6%

Nilai Prabayar Harga Baru (selepas 6% cukai)
RM 5 RM 5.30
RM 10 RM 10.60
RM 20 RM 21.20
RM 30 RM 31.80
RM 50 RM 53.00
RM 100 RM 106.00
RM 200 RM 212.00



Semuanya akan berlaku secara automatis bermula 15 September ini. Tidak lama. Hanya beberapa hari sahaja lagi!

Saya sedih! sangat sedih. Niat di hati nak jadi PR Oz, tapi apakan daya, bukan duit sahaja tidak mampu. Saya juga masih ada keluarga yang perlu saya jaga secara dekat.

Orang kafir, Allah berikan akal dan kemudahan hidup di dunia. Akal mereka diguna 100%. Tidak menindas rakyat, (kalau ada, tidak seteruk kita)



Apakan daya, kita rakyat biasa. Tak mampu bersuara. Pilihan raya, tidak menjanjikan apa-apa. Sebaliknya, kita terus ditindas. Allah Maha Tahu. Berdoalah agar kita semua keluar dari kekejaman manusia yang sangat kejam.

Thursday, September 8, 2011

Cara-cara menyediakan air dan minyak selusuh : oleh Blog CERITA ABI

Hai,

Rasa sangat berterima kasih kepada rakan FB Kak Afrohah kerana bercerita tentang pembuatan air dan minyak selusuh dalam laman blog beliau. Maka, dapatlah saya pengalaman dan pelajaran baru, bagaimana untuk menyediakan air dan minyak selusuh, sendiri!


Nasib saya jauh daripada keluarga. Ketika pulang ke kampung, terlupa pula hendak minta semua kelengkapan bersalin dari bidan di kampung. Maka, semuanya saya dan suami perlu selesaikan sendiri. Apatah lagi, kami masih mencari-cari punca kewangan tambahan untuk menyediakan tiket kepada mana-mana ahli keluarga yang mahu hadir saat saya bersalin dan ketika saya dalam tempoh berpantang nanti.

Terima kasih juag kepada penulis blog, CERITA ABI yang telah menulis berkaitan pembuatan air dan minyak selusuh. Agak rumit, tidak saya nafikan, tetapi, Insya-Allah, saya akan mencuba mengajak suami untuk perlahan-lahan menyediakan persiapan menjelang bulan Mac, 2012 akan datang.

Ini cara-cara pembuatan dan penyediaannya. : Air Selusuh
Berikut adalah cara-cara untuk membuat air selusuh yang diambil daripada seorang kawan (ust Zamri Rejab)


Bismillahirrahmanirrahim..

Selusuh ialah nama bagi bahan khusus yang disediakan untuk memudahkan kelahiran bayi juga meringankan penderitaan ibu. Selusuh terdiri daripada air dan minyak yang disebut sebagai air selusuh dan juga minyak selusuh. Adakalanya kedua bahan ini digunakan secara bersama dengan ditambah dengan buah kurma (seelok-eloknya kurma Nabi iaitu ajwah)


Air selusuh dibuat (jika dapat) menggunakan air zam-zam. Minyak selusuh pula dibuat sendiri menggunakan kelapa tua yang belum kering kulitnya (kelapa hijau). Kelapa diparut dan diperah santannya tanpa ditambah air. Toskan santan tersebut didalam bekas selama lebih kurang 3 hingga 4 jam. Kemudian saring kepala (bahagian atas) santan menggunakan sudu bagi mengasingkan pati-patinya yang telah terkumpul di dasar bekas tadi.

Masak santan berkenaan menggunakan kuali dengan api perlahan. Sentiasa kacau santan bagi mengelakkannya menjadi berketul. Masak sehingga pecah minyak dan kacau hingga bentuk tahi minyak bertukar menjadi kuning keemasan (lebih kepada kehitaman sebenarnya tapi bukan hangus). Setelah itu sejukkan minyak dan asingkan daripada tahinya. Tuang minyak ke dalam gelas kaca (kalau dapat gelas tidak berwarna dan putih jernih). Simpan minyak dalam suhu bilik selama lebih kurang seminggu atau lebih agar pati-pati tahi minyak akan mendap ke bawah gelas. Setelah itu anda akan dapati minyak yang warnanya keemas-emasan dan jernih. Pindahkan minyak (saringkan) yang jernih bersih itu ke dalam bekas kaca yang lain dan kini mulakan dengan amalan-amalan di bawah:

1. Minyak dan air zam-zam di bawa bersama ketika solat hajat. (letak di hadapan sebelah kanan);
2. Setelah selesai solat hajat, bacakan doa-doa ini (mengikut kadar dan bilangan yang digemari) ke atas air dan minyak tadi:
- Surah Al-fatihah
- Surah al-Hasyr ayat 21-24
- Selawat Syifa
- Doa 1






- Doa 2




3. Simpan (air dan minyak) di tempat yang selamat
4. Sementara menunggu saat sakit nak bersalin, suami dan isteri hendaklah sentiasa solat hajat mohon dipermudahkan proses kelahiran anak yang ditunggu-tunggu. Banyakkan membaca al-Quran terutama surah Maryam, Yusuf dan Luqman. Setelah masuk minggu yang terakhir (sebelum due), berikan isteri minum air selusuh (sahaja, tidak termasuk minyak) sekali sehari selepas solat fardhu subuh.
5. Apabila isteri merasakan sakit nak bersalin, minum air selusuh, makan 1-3 biji buah kurma dan telan sesudu minyak selusuh. Sabarlah menunggu saat kelahiran dengan perasaan yakin dan tawakkal kepada Allah..

Sekian, selamat mencuba! Wallahu aklam..



**Terima kasih, kepada CERITA ABI dan Kak Afrohah

Perkenalan Dengan Rakan Di Brisbane


Sejak saya mula-mula joint group yang ada dalam FB, saya sangat teruja dengan cerita tentang kelahiran seorang bayi, anak kepada kak Afrohah. Kakak ini tinggal di Brisbane, jarak perjalanan sejam lebih dari Toowoomba.

Nampaknya, saya baru sahaj tahu berita bahawa Kak Afrohah akan pulang ke Malaysia setelah tamat pengajiannya di UQ, BNE.

Walaupun saya tidak pernah bertemu 4 mata dengan Kak Afrohah ini, tetapi saya dapat rasakan betapa akrabnya beliau dengan saya, setelah saya mengajukan beberapa soalan tentang kelahiran bayinya, Aleesya Nour di Women Royal Hospital, BNE.

Agak terkilan, andainya saya dan suami tidak dapat ke acara majlis Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di rumah Kak Afrohah dan suami, maka, saya tidak akan berkesempatan untuk bertemu dengan beliau lagi di Australia, kerana khabarnya lagi 3 bulan, mereka sekeluarga akan pulang ke Malaysia.

Saya tidak memaksa suami untuk ke acara rumah terbuka itu, tetapi dengan harapan yang tinggi, saya berdoa supaya ada rezeki saya untuk bertemu dengan Kak Afrohah di BNE. Jika tidak, saya sangat berharap agar dapat bertemu di Malaysia, setelah kami pula pulang ke Malaysia, awal tahun 2013 nanti.

Banyak yang ingin saya tanyakan, dan banyak yang ingin saya kongsikan dengan Kak Afrohah, betapa saya takut untuk melahirkan bayi tanpa bantuan orang yang lebih berpengalaman di Australia ini.

Rasa takut, melebihi rasa bahagia dan teruja. Demi bayi dan suami, saya gagahkan diri, buat tak tahu sahaja dengan rasa hati ini.

Bukan saya tidak reda dengan keadaan saya berada jauh daripada orang tua, sebaliknya saya yang tdak punya 100% kekuatan untuk menghadapi saat dalam pantang seorang diri di sini.

Sesungguhnya, saya memerlukan doa dan kata-kata semngat daripada rakan-rakan yang pernah berasa bagaimana kelahiran di Oz membuatkan kelahiran lebih mudah berbanding di Malaysia!

Buat Suamiku, Terima Kasih!




Suamiku,
Maafkan aku andai aku sering sahaja buat tidurmu tidak lena.
Maafkan aku andai aku sering sahaja menyentap sabarmu.

Maafkan aku.

Wednesday, September 7, 2011

Degupan Jantung Mummy, Degupan Jantungmu, Sayang!


Hari ini genap hampir 14 minggu kamu tinggal dalam mummy's tummy. Apa khabar, sayang? Mummy doakan agar sayang selalu sihat. Jangan tak makan. Walaupun mummy makan sikit, baby kena makan banyak-banyak, okay? Tak apa, kalau mummy rasa lapar, mummy makan nasi. Mummy dah sihat sekarang. Mummy dah boleh makan nasi. :)

Baby,
Hari ini mummy ke Klinik tempat daddy study. USQ health student service. Mummy jumpa doktor kita. Dr. Shirley Chapman. Baik sangat Dr. Chapman tu kan? Baby dengar tak suara doktor tu? Kalau dengar, jangan nakal-nakal tau. Baik-baik je dalam mummy's tummy. Okay, dear?

Tadi, doktor suruh mummy baring kat katil. Nak dengar and nak look into your heart beat. Mummy rasa teruja sangat-sangat. Daddy tak dengar. Tak perasan sebab bunyinya ada dengan bunyi perut mummy sekali.

Dr. Chapman cakap, if we are lucky, we can hear the baby's heart beat! But it's maybe too early. We just try to hear it now.

Mummy doa dalam hati, mummy nak sangat-sangat dengar heart beat baby. Mummy nak yakinkan diri mummy bahawa there's someone lives in me.:)

Mummy sebelum ni, just looking to your scan US picture. Mummy tak nampak baby, apatah lagi nak dengar heart beat. Masa tu baby kecil lagi..:) So, now, today, Allah dah bagi mummy satu perasaan yang sangat bahagia. Mummy dah yakin, there are living thing in me.

Lajunya heart beat baby. Memang macam tu ya, sayang? Dr. Chapman cakap, there are the good sound of baby's heart beat. Too fast, but it's common.

Bila Dr. Chapman letakkan mic tu dekat perut mummy sebelah kanan, your heart beat are too loud! And that makes me know, oh, you live in right bottom. No wonder mummy ada baca artikel, pregnant women should lay on left. Supaya mummy tak himpit baby kot. Mummy and daddy pun dah changed our sleep location. :P

Mummy tidur tempat daddy, daddy tidur tempat mummy. So, mummy can lay on left facing daddy.:) Sweet, kan?

Mummy kadang-kadang lupa, on 13 weeks ni, yang mummy pregnant. Kalau mummy tengah masak kat dapur, mummy terhimpit baby dengan kitchen table, mummy minta maaf, okay. Keep remind me with your contraction and gestures to make sure I keep you safe in me.

Dear my lovely baby,
Take care and give me the oppurtunity to be a good mom. I really thanks to Allah SWT to gave me this feeling and makes me fell much better now from nausea and pain at the bottom part of mummy's tummy.

We'll see you soon, sayang.
On 3rd of October, mummy and daddy will go to Toowoomba Base Hospital , X-Ray and Ultrasound Department to see you again.

Be a good baby in mummy's tummy, okay.

With lotsa LOVE,

MUMMY & DADDY

Pengakuan Catriona Ross Insaf : Saya Rasa Sebak. :)



Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Allah Ya Tuhanku,
Tuhan Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih,
Aku Memohon Ampun DariMu Ya Allah,
Aku Memohon Untuk Bertaubat DariMu Ya Allah,
Aku Mohon Kau Ampunkan Segala Dosa-Dosa Ku Ya Allah,
Matikanlah Aku Dalam Iman,
Matikanlah Aku Dalalm Islam,
Amin Ya Rabbalalamin

(Doa Cat ketika selepas solat)



Harapan saya semoga lebih ramai artis yang berhijrah ke jalan Allah. Janganlah asyik ke Mekah, tapi masih buat dosa.

Saya berdoa agar saya juga kuat menghadapi ujian hidup. Gangguan syaitan dan semoga saya hidup dalam agama Allah dan mati juga dalam agama Allah SWT. AMIN!

Tuesday, September 6, 2011

Nama anak.

Sejak beberapa mnggu yang lalu, saya aktif mencari laman sesawang yang ada memaparkan nama anak dan maknanya. Entah kenapa, rasa excited pula nak namakan anak.

Saya tidak berniat menamakan anak saya yang bakal lahir dengan nama-nama yang panjang dan susah. Saya juga takut untuk menggabungkan nama, satu perkataan dengan satu perkataan lain.

Bukan apa, risau-risau kalau dalam bahasa Arab, lain pula maknanya. Saya rasa , saya hanya mahu menamakan anak saya dengan sepatah nama.

Tidak perlu panjang-panjang, sampai 3 patah perkataan dan suku kata yang sangat banyak! Sukar untuk disebut, entah ada makna atau tidak dan ruang menulis yang agak padat kalau hendak ditulis di mana-mana nanti.


Entah nama apa, saya masih belum pilih. Masih dalam proses menilai..

Biarlah nama itu ringkas dan tidak boleh dipendekkan.

Anak saya akan dipanggil dengan nama penuhnya sampai bila-bila!

Saya sering masuk ke sini http://nama.crazyartzone.com/index.asp?cat=Perempuan&ch=J

Friday, September 2, 2011

Raya Abah : Tanpa ADIK.

Kelmarin, saya mendail nombor telefon saya yang saya beri emak dan abah pakai. Sejak pagi, amat sukar untuk menembusi talian. Saya fikir, talian di Malaysia pada musim perayaan memang begitu. Jika malam raya, mesej yang kita hantar, sudah tentu akan diterima oleh penerima keesokan harinya!

Setelah berganjak petang, saya dail semula nombor itu. Ada bunyi, saya tunggu dengan sabar. Padahalnya, saya sudah tidak sabar. Sebab saya masih belum beraya dengan abah. Dengan emak, sudah, pada pagi raya di Malaysia yang lalu. Pada masa itu, abah sudah ke masjid. Jadi saya nanti kan hari ini.

Sebaik-baik telefon dijawab, kakak saya menanti ditalian. Sibuk, dia berseloroh dengan saya. Biasalah, dia memang begitu. Ada sahaja benda nak dilawakkan. RIndu pula dengannya.


Saya pinta dia segera panggilkan abah. Sebaik-baik saya bercakap dengan abah, sebak rasa hati, setelah mendengar suara abah yang agak perlahan di hujung talian. ENtah kenapa, pelik, sebab selalunya, suara abah, emang kuat dan selalunya sangat kuat!!

Setelah beraya dan mengucap ampun maaf, abah suarakan rasa hatinya. Raya tahun ini tidak meriah kerana tiada saya.

Sedih dan pilu hati saya terkenangkan hari raya abah yang sunyi. Abah juga cakap, raya tahun ini tiada laksa. Sebab saya tak ada. Banyak yang berbeza raya bagi abah tahun ini daripada tahun -tahun lalu.

Abah, kuatkanlah semangat. Tanpa kekuatan abah, adik lagilah tidak mampu kuat di sini. Apatah lagi, adik yang beraya sendiri di sini... Pilunya hati, tiada siapa yang tahu...


Mujurlah saat saya membuat panggilan itu, saya tidak menitiskan air mata. Tidak seperti kakak dan abang-abang saya yang lain, mereka selalu sahaja menangis jika menelefon emak dan abah pada hari raya jika tidak dapat pulang beraya bersama.. Hehehe....kiranya, saya sangat kuat!!!


Abah. Tunggu dan bersabarlah. Kita akan beraya semula bersama pada tahun 2013 nanti...

Ya Allah, sampaikan masa itu untuk kami sekeluarga beraya bersama-sama. AMIN!

Hari Raya : PERTAMA., buat PERTAMA kalinya

1 Syawal. Pagi, saya dan suami bangun agak lewat untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. Walau bagaimanapun, kami berusaha agar kami cepat sampai ke Masjid. Dalam perjalanan menuju ke masjid, saya berfikir, jauh dan dalam. Batapa saya rindukan suasana raya dengan keluarga.


Bagaimana agaknya emak tanpa saya? Walaupun saya agak jarang membantu masak (kerana kami adik beradik suka akan masakan emak. Kami hanya bantu memotong. Bukan menambah perisa).


Bagaimana abah? Siapa yang gosokkan jubah abah pada Subuh 1 Syawal? Saya kembali sedih. Bergenang air mata yang masih belum menitis. Dalam kereta, saya masih belum teringat yang saya masih belum bersalam dengan suami tanda mengucap raya dan memohon ampun... :)

Maafkan saya, abg.. :)


Sebaik-baik sahaja sampai di masjid, jemaah lain sudah bersiap sedia untuk solat sunat aidilfitri. Solat dan ada sedikit jamuan di masjid. Kami berbual-bual dengan rakan-rakan Malaysia. Kemudian selepas selesai hal di masjid, kami bergerak ke rumah Kak Ramiza untuk acara open house raya Malaysian Toowoomba. Saya hanya masak kuah kacang sebagai menambah juadah... Itu sahaja yang saya mampu masak. Maklumlah, saya masih mabuk-mabuk walaupun sudah hilang 80%.


Ada yang bertanya mengapa saya tidak memakai baju yang sedondon dengan suami? Maaflah, saya tidak pathetic about dress up. Apa yang ada, saya akan pakai. Lagipun saya bukan peminat warna hijau. Hanya suami sahaja yang suka warna hijau. Saya rasa jika saya pakai warna hijau, saya akan nampak sangat hodoh, walaupun saya tahu, saya memang hodoh.:)


Suasana raya dengan rakan Malaysian Toowoomba sangat meriah. Semasa makan, saya termanung sambil melihat gerak langkah suami yang sangat gembira. Sejenak saya terfikir, adakah suami gembira dengan kehadiran saya di sisinya pada hari raya tahun ini?

Tahun ini merupakan hari raya yang PERTAMA kami sebagai suami isteri.
hari raya PERTAMA saya di luar negara.
Hari raya PERTAMA saya sebagai isteri.
Hari Raya PERTAMA saya buat biskut raya sendiri tanpa bantuan siapa-siapa.
Hari raya PERTAMA saya dengan janin yang hidup dalam rahim.
Hari raya PERTAMA saya ke solat sunat hari raya, sebab tahun-tahun yang lalu, saya perlu tinggal di rumah untuk mengemas rumah di kampung.
Hari raya PERTAMA saya tanpa mengucup tangan emak dan abah.



Hari Raya PERTAMA saya sebagai isteri sangat mengujakan. Tetapi saya masih tidak dapat rasa bagaimana rasanya beraya dengan keluarga mentua. Bagi saya, beraya di mana-mana pun tidak apa. Kerana rumah mentua dan rumah emak dan abah saya tidak jauh. Kami boleh balik dan ulang alik bila-bila sahaja.

Tahun ini sudah dapat saya rasakan betapa indahnya aidilfitri. Dengan adanya suami di sisi, amat bahagia!

Terima kasih, abang.