Thursday, September 8, 2011

Cara-cara menyediakan air dan minyak selusuh : oleh Blog CERITA ABI

Hai,

Rasa sangat berterima kasih kepada rakan FB Kak Afrohah kerana bercerita tentang pembuatan air dan minyak selusuh dalam laman blog beliau. Maka, dapatlah saya pengalaman dan pelajaran baru, bagaimana untuk menyediakan air dan minyak selusuh, sendiri!


Nasib saya jauh daripada keluarga. Ketika pulang ke kampung, terlupa pula hendak minta semua kelengkapan bersalin dari bidan di kampung. Maka, semuanya saya dan suami perlu selesaikan sendiri. Apatah lagi, kami masih mencari-cari punca kewangan tambahan untuk menyediakan tiket kepada mana-mana ahli keluarga yang mahu hadir saat saya bersalin dan ketika saya dalam tempoh berpantang nanti.

Terima kasih juag kepada penulis blog, CERITA ABI yang telah menulis berkaitan pembuatan air dan minyak selusuh. Agak rumit, tidak saya nafikan, tetapi, Insya-Allah, saya akan mencuba mengajak suami untuk perlahan-lahan menyediakan persiapan menjelang bulan Mac, 2012 akan datang.

Ini cara-cara pembuatan dan penyediaannya. : Air Selusuh
Berikut adalah cara-cara untuk membuat air selusuh yang diambil daripada seorang kawan (ust Zamri Rejab)


Bismillahirrahmanirrahim..

Selusuh ialah nama bagi bahan khusus yang disediakan untuk memudahkan kelahiran bayi juga meringankan penderitaan ibu. Selusuh terdiri daripada air dan minyak yang disebut sebagai air selusuh dan juga minyak selusuh. Adakalanya kedua bahan ini digunakan secara bersama dengan ditambah dengan buah kurma (seelok-eloknya kurma Nabi iaitu ajwah)


Air selusuh dibuat (jika dapat) menggunakan air zam-zam. Minyak selusuh pula dibuat sendiri menggunakan kelapa tua yang belum kering kulitnya (kelapa hijau). Kelapa diparut dan diperah santannya tanpa ditambah air. Toskan santan tersebut didalam bekas selama lebih kurang 3 hingga 4 jam. Kemudian saring kepala (bahagian atas) santan menggunakan sudu bagi mengasingkan pati-patinya yang telah terkumpul di dasar bekas tadi.

Masak santan berkenaan menggunakan kuali dengan api perlahan. Sentiasa kacau santan bagi mengelakkannya menjadi berketul. Masak sehingga pecah minyak dan kacau hingga bentuk tahi minyak bertukar menjadi kuning keemasan (lebih kepada kehitaman sebenarnya tapi bukan hangus). Setelah itu sejukkan minyak dan asingkan daripada tahinya. Tuang minyak ke dalam gelas kaca (kalau dapat gelas tidak berwarna dan putih jernih). Simpan minyak dalam suhu bilik selama lebih kurang seminggu atau lebih agar pati-pati tahi minyak akan mendap ke bawah gelas. Setelah itu anda akan dapati minyak yang warnanya keemas-emasan dan jernih. Pindahkan minyak (saringkan) yang jernih bersih itu ke dalam bekas kaca yang lain dan kini mulakan dengan amalan-amalan di bawah:

1. Minyak dan air zam-zam di bawa bersama ketika solat hajat. (letak di hadapan sebelah kanan);
2. Setelah selesai solat hajat, bacakan doa-doa ini (mengikut kadar dan bilangan yang digemari) ke atas air dan minyak tadi:
- Surah Al-fatihah
- Surah al-Hasyr ayat 21-24
- Selawat Syifa
- Doa 1






- Doa 2




3. Simpan (air dan minyak) di tempat yang selamat
4. Sementara menunggu saat sakit nak bersalin, suami dan isteri hendaklah sentiasa solat hajat mohon dipermudahkan proses kelahiran anak yang ditunggu-tunggu. Banyakkan membaca al-Quran terutama surah Maryam, Yusuf dan Luqman. Setelah masuk minggu yang terakhir (sebelum due), berikan isteri minum air selusuh (sahaja, tidak termasuk minyak) sekali sehari selepas solat fardhu subuh.
5. Apabila isteri merasakan sakit nak bersalin, minum air selusuh, makan 1-3 biji buah kurma dan telan sesudu minyak selusuh. Sabarlah menunggu saat kelahiran dengan perasaan yakin dan tawakkal kepada Allah..

Sekian, selamat mencuba! Wallahu aklam..



**Terima kasih, kepada CERITA ABI dan Kak Afrohah

No comments:

Post a Comment