Saturday, September 8, 2012

Baby Food Processor : Soup Maker Morphy Richards (Oz)

Syukur! Allah tetapkan rezeki kami guna yang ini. Alhamdulillah!

Akhirnya hajat untuk guna baby food processor sudah dimakbulkan. Baby food processor 1 switch, ready all the things.

Sejak beberapa bulan yang lalu, idea mahu guna baby food processor mencurah-curah. Setelah buat review dalam Google, macam-macam jenis baby food processor yang kami jumpa. Malangnya semua tak capai tahap piawaian kami sendiri.

Sebelum ini kami hanya guna hand mixer, murah je pun 10AUD. Steam bahan just guna periuk yang ada. Pernah 2-3 kali hangit tak ingat. Mujur tak berasap rumah! Sejak daripada kes macam tu, seriously nak sangat guna supaya tak rugi masa nak tenyeh periuk hitam, tak rugi makanan hangit terbuang macam tu saja.

Akhirnya, kami consider untuk beli yang ini! :


Sebelum buat keputusan beli Morphy Richards Soup Maker ni, kami ada berfikir nak beli Baby Brezza, Made from USA :

Tapi malangnya, peralatan elektrik daripada USA perlu guna adapter plug untuk digunakan terus di AUS ataupun Malaysia. Sebab kadar voltan charge tak sama. 120 VS 240. Suami pun fikir sekali. Sama-sama fikir. Selain daripada masalah itu, thru eBay, banyak pula company yang tak boleh post that item ke AUS. Bosan betul! Review Baby Brezza sama macam Soup Maker Morphy Richards. One touch Auto switch. Picit je suis, mummy dah boleh jalan-jalan tempat lain 15-25 minutes. Even mummy boleh take a nap! Tak payah nak ulang ke dapur lagi dah. Tahu-tahu dah siap sahaja!

Selepas Baby Brezza, kononnya nak cuba Mebby Baby Food Processor. Tapi mahal la pula! Aduh... susah sangat bila masuk bab gadget ni. Bukan nak yang canggih sangat pun cuma nak yang betul-betul kena dengan taste. TAK MAHU ULANG KE DAPUR 2-3-4-5 kali semata-mata nak tengok benda dah siap steam? dah siap blend? Nak kena terbalikkan bekas steamer blender?? ERghh Remehnya bagi kami!

Bila tanya orang minta reviews, memang orang akan try bagi review yang mereka dah pernah pakai.

1) Beaba Babycook (UK) Saya macam minat tapi lastly bila cek, bekas steaamernya ada basket lain dan perlu datang semula ke dapur untuk keluarkan bahan steam dari basket dan kemudian blender pula. Dua switch. Steam dan blend.

*Bagi saya yang sangat malas nak berulang ke dapur ni, kena letak bahan dalam bekas lain dan 2 suis ni... Alahai... Saya memang pemalas. :P

2) Lupa nama pulak! Erm....Yang tu ada steamer sekali kata kawan saya Ada nama Trio-Tri camtu.. Maksudnya Tri tu mungkin 3 aspek speam, blend, steam semual (panaskan makanan botol or something) . Macam best juga saya rasa!

*Tapi saya memang tak mahu cari mesin yang banyak suis. Tapi bab steamkan makanan semula tu macam best. CUma masalah saya, saya tak jumpa reviews dalam YouTube dan juga tak jumpa langsung gadget tu dalam mana-mana online delaer! Haihhh!!!

3) Philips AVENT steamer blender. Memang sangat-sangat well known. Saya rasa mostly mummy Malaysia ramai yang pakai ni. Tapi saya taka minat juga even gadget ni well known and from Philips! Syarikat besar barang elektrik.

*Kenapa saya tak suka? Sebab kena berulang ke dapur juga. Dia bukan satu suis. Letak bahan, pusing suis ke suis steam. Kemudian dah siap steam, terbalikkan bekas, suis blender pula. Alahai, suami pun cakap, remehnya! Kena terbalik-terbalik pula! Maaflah ye, bagi sesiap yang pakai Philips AVENT tu. Cuma tak sampai tahap taste kami. BUkan kami kata gadget tu tak bagus. Kita ada citarasa masing-masing. Mungkin bagi anda yang guna, anda rasa best sangat. Anda juga tak kisah untuk ikut step dia, kan. Tapi memang well known gadget tu.. Bila ke baby warehouse pun, dia akan try bagi reviews pasal Philips AVENT walaupun kita tanya pasal yang lain.. Cuma saya rasa, sangat banyak kerja. (Tak nak pahala betul budak ni kan! huhuh... Banyak jalan, banyak pahala. Err... ) Tak apa, saya tetap nak cari gadget yang 1 suis sahaja.


So, selepas ketiga-tiga reviews ni, sampailah saya reviews Waring, VitaMix. Semua tu rasa macam remeh pula sebab blender tu boleh masak di dalamnya! Menakutkan! Takut salah guna dan rosak. Aiyoooo...

So, saya tak puas hati. Saya (sorang-sorang buat reviews tanpa suami) check semual website ozcheaperdeals tu kemudian terus click Morphy Richards Soup Maker. Baca semula reviews dan tengok YouTube cara-cara penggunaan. Yes, akhirnya, jumpa juga food processor yang berkenan pada hati.

1) 1 switch on SIAP!!
2) 3 jenis switch kehendak jenis masakan
3) Senang nak basuh
4) Tak ada stand lain selain badannya (So, tak perlu nak readykan tempat untuk badan n jug)

5) Stanless steel blade sangat tajam! (Bila dah beli, review 2 jenis blade hand mixer dan soup maker, memamng jauh beza. Hand mixer masih tak smooth habis. )

6) Bunyi blade tak bising. Tak sedar pun bila dia blend


______________________________________________________________________

Saya tak mahu reviews banyak-banyak sangat. Cukuplah sekadar part-part yang itu sebab memang part yang macam itulah yang saya cari selama ni untuk food processor baby. Sebelum ni, saya terkejar-kejar masa even full time housewife. Bila nak buat makan baby tu la, macam-macam benda nak jadi. Baby nangis la, Itulah, inilah. Dan rasanya, jug yang besar saiz 1 litre ni, saya boleh rehat dalam 2-33 hari sebelum buat makanan baby yang lain. So, complete 4 days rules.

This is just reviews. Bukan nak kondem mana-mana gadget. Sebab kita semua ada taste and nak yang perfect ikut time kitas as a wife, mum and SUPERMAK.

Jadi, mana-mana rakan yang still cari baby food processor, bolehlah consider setiap gadget yang saya cakap tadi (kalau nak yang one touch autolah)

Sebab selama ni saya buat pencarian hanya untuk team gadget one touch auto. So, untuk baby food processor yang lain saya tak tahu. Mungkin ada blog lain yang ceritakan pasal semua baby food processor.


And, try beli thru eBay. More cheaper kot. Saya tak pernah beli thru dealer yang buat online sale di Malaysia. Nama-nama online shop kat Malaysia pun saya tak pasti. Tapi, lepas balik Malaysia nanti, akan kuredah semua kedai online kat Msia untuk baby-baby seterusnya! ha ha ha ...


*Thru eBay rasanya even easy, cheaper. Tak tahulah pula dealer lain. Boleh juga check Gumtree, FishPOND, online appliances AUSTRALIA.

5 comments:

  1. Salam...maaf ye sy nak tanya walaupun awak x kenal sy. kalau kat malaysia, tahu x kat mane de jual? berapa ye harganya bila dah convert ke RM? sy pun macam awak, x suka buat kerja banyak2 kali & yes, i'm very busy woman. balik rumah pun bawa balik kerja sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ieda, maaf...saya xtahu klu d msia... saya rasa better awak search ebay atau amazon, on9 store worlwide.. saya pun beli dr ebay...

      Delete
    2. Maaf sgt saya reply lmbt. Bz sblm ni.

      Delete
  2. Amazing blog! Is your theme custom made or did you download it from somewhere?
    A theme like yours with a few simple adjustements would really make my blog stand
    out. Please let me know where you got your theme.

    Cheers

    Also visit my blog; Cooking Simple Vegetables

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there, i download the theme from blogger itself. :)

      Delete