Showing posts with label Sebelum Nikah. Show all posts
Showing posts with label Sebelum Nikah. Show all posts

Sunday, November 7, 2010

Siang : Happy Birthday!!! 7th Nov ** part 3

Matahari berselindung di sebalik tabir awan kelam..
Hati tertanya,
Mahu gugurkah titis air hujan itu ke Bumi?
Ada sejalur cahaya di balik awan kelam itu...

Itulah sedikit sinar harapan buat insan
yang dahagakan rasa kasih
Pepohonnan tegak, tidak bergerak...
Bayu,
ke mana perginya kau yang dingin itu?
Tiuplah Bumi ini yang panas akibat sengsara
Hilagnya rasa kasih sayang antara manusia...

Bergerak sedikit dedaunan hijau..
Buat restu dunia
berikan salam,
kepada penghuninya...




**Dia berlari-lari anak di sekitar pantai..
lencun kakinya,
bermain anak ombak kecil yang memukul pantai...
Masih adakah ombak ini esok hari??



Si gadis itu kemudiaannya meninggalkan tanah Arab, pulang ke Malaysia.
Sudah terlalu berat rasa hati mengingati kesan pedih yang pernah melukai hatinya.
Tidak ada jaluran kasih lagi dalam hati..
Melainkan dendam yang bersemi..
Akan terbalas semuanya.
SERI!


See ya' in the next entry!

Lovely Dream - Whole Night Birthday! 7th Nov

Ahhh...
Indahnya mimpi....
Rasanya mahu sambung tidur sepanjang hari,..
agar mimpi itu tidak berhenti...
sehingga sampainya hari
yang kita nanti-nanti...

Wahai mimipi,
bersambunglah malam ini,
aku mahu berada dalam dakapannya lagi.. :))


**Joyah menutup telinganya,
bingit,
jirannya yang menyambut hari raya sibuk memasang mercun pada subuh hari...
Sambil merengus....Joyah bangaun makan sarapan. Aikkk???? Tak gosok gigi nih????

Thanks For the Birthday Morning Kiss!! - 7th Nov

Aku terjaga daripada tidur,
sepanjang malamku indah.
Aku mimpikan dia, si penyambut hari lahir ...
Sepanjang malamku,
Nyaman,
disirami air hujan...
Berselimutkan cintanya,
berbantalkan kasih sayang dan impian bersama...

Mesti best kalau dapat tidur lagi....


**Joyah tarik selimut, masih awal, jam 6pagi di Malaysia :))

Happy Birthday!!! -7th November *Part 2

Aku buka Account Facebook malam ini.
Aduh....
apa yang aku nak buat?
kalau tak buka..Rasanya tak dapat nak wish...
Wish je la...
Its normal, kan...

By the way,
aku nak jadi orang pertama wish birthday untuk abg...
hopefully, that will makes abg feel easy with it...


Joyah duduk di dalam CC itu buat kesekian kalinya. Rasanya sudah 2-3 kali Joyah ulang alik ke cc...
bayaran untuk Joyah, murah.,...
Sebab Joyah dah jadi ahli CC..
Jadi jimat sikit...
(tapi yang peliknya, Joyah tak tahu Mak dia ada PC dalam bilik! Mati idup balik mak dia takkan bagtahu kat Joyah...Paham-paham je la...Mahunya Joyah tak keluar-keluar dari dalam bilik mak dia kalau Joyah tahu mak dia ada PC)

Auh....apa nak taip ni?
Joyah dah mulai pening...
Ah...Taip Happy Birthday je lah...
Lepas tu, tag satu gambar kek...
Sebab masa birthday aku dulu, abang ada tag gambar kek juga...

"kan bagus kalau aku dapat buat kek sendiri malam ni..."


Joyah kesal...dia kalau boleh, nak bake cake by herself,
tapi, dah malam kan..
mala spula nak buat kerja kat dapur...
Mahu terbangun jiran-jiran kalau dengar Joyah sibuk mesin tepung and so on...
tiba-tiba Joyah nak berpuisi...
Joyah bukak buku puisi yang pernah dibelinya suatu masa dahulu...



Hati,
mengapa terlalu bahagia?
Kerana hari ini hari yang snagat bahagia buat aku...

Tenanglah, semuanya bakal bersama tidak lama sahaja lagi...
Semoga semua desir akan akan bersatu dengan mentari yang memanas rembang terik
tatkala angin itu menampar pipi,
baru aku sedar,
kini aku tidak lama lagi akan bersatu dengan satu lagi jiwa...
Jiwa yang pada mulanya tidak pernah aku sandarkan walau satu titik pengharapan
Yang ada cuma doa...
saat aku di hadapan Kaabah,
Doa semoga jiwa yang dua menjadi satu,
jasad yang dua menjadi satu,
hati yang dua menjadi satu,

Kini, hanya masa dan ketentuannya,
Andai masih ada masa untuk aku bicara,
Kenalilah hati ini,
Hati yang lembut...
Halus dan mudah tersentuh,
Inilah hati gadis yang kau pernah rindui...

Kenalilah aku seadanya,
Jadikanlah aku pengubat jiwa duka laramu..
sepanjang zaman...


Nada cinta kita seirama,
Rentak tari kita sedansa...
apa lagi yang harus kita jalinkan supaya semuanya
jadi satu?
Kekalkanlah langkah mu sayang,
agar kita tidak sama rebah dalam tangisan...


Muzik itu semakin lama semakin lembut alunannya...
jiwa pula semakin rasa syahdu dan ghairah
akar hati semakin rasa kukuh memegang bumi cinta...

Ketahuilah sayang,
Saya sayang abg!






**Joyah kemudiannya men-copy paste puisi itu ke dalam Microsoft Word, lalu....

"Wei, Ai Ling, Aku nak print sehelai!"

"haa...kau tekan je print, Canon Pixma 1800i tu,"

"Wei, free boleh tak? sikit je ni...Aku tak cukup duit la..."

"Banyak kau punya cantik nak free!"

"Ala...kira kawan-kawan, half price la beb!"

"Xde! Xde!"

"Ala...kedekut la kau....aku tak nak datang dah CC ni temankan kau!"

"Yelah! gaji aku kat sini bukannya banyak! Kau lagi nak mencekik aku. Apa punya kawan ntah!"

"Ok...Tengkiu sayang!"

**Ai Ling?????? Watak baru kot....Belasah je lah!

Happy Birthday!!! -7th November *Part 2

Aku buka Account Facebook malam ini.
Aduh....
apa yang aku nak buat?
kalau tak buka..Rasanya tak dapat nak wish...
Wish je la...
Its normal, kan...

By the way,
aku nak jadi orang pertama wish birthday untuk abg...
hopefully, that will makes abg feel easy with it...


Joyah duduk di dalam CC itu buat kesekian kalinya. Rasanya sudah 2-3 kali Joyah ulang alik ke cc...
bayaran untuk Joyah, murah.,...
Sebab Joyah dah jadi ahli CC..
Jadi jimat sikit...
(tapi yang peliknya, Joyah tak tahu Mak dia ada PC dalam bilik! Mati idup balik mak dia takkan bagtahu kat Joyah...Paham-paham je la...Mahunya Joyah tak keluar-keluar dari dalam bilik mak dia kalau Joyah tahu mak dia ada PC)

Auh....apa nak taip ni?
Joyah dah mulai pening...
Ah...Taip Happy Birthday je lah...
Lepas tu, tag satu gambar kek...
Sebab masa birthday aku dulu, abang ada tag gambar kek juga...

"kan bagus kalau aku dapat buat kek sendiri malam ni..."


Joyah kesal...dia kalau boleh, nak bake cake by herself,
tapi, dah malam kan..
mala spula nak buat kerja kat dapur...
Mahu terbangun jiran-jiran kalau dengar Joyah sibuk mesin tepung and so on...
tiba-tiba Joyah nak berpuisi...
Joyah bukak buku puisi yang pernah dibelinya suatu masa dahulu...



Hati,
mengapa terlalu bahagia?
Kerana hari ini hari yang snagat bahagia buat aku...

Tenanglah, semuanya bakal bersama tidak lama sahaja lagi...
Semoga semua desir akan akan bersatu dengan mentari yang memanas rembang terik
tatkala angin itu menampar pipi,
baru aku sedar,
kini aku tidak lama lagi akan bersatu dengan satu lagi jiwa...
Jiwa yang pada mulanya tidak pernah aku sandarkan walau satu titik pengharapan
Yang ada cuma doa...
saat aku di hadapan Kaabah,
Doa semoga jiwa yang dua menjadi satu,
jasad yang dua menjadi satu,
hati yang dua menjadi satu,

Kini, hanya masa dan ketentuannya,
Andai masih ada masa untuk aku bicara,
Kenalilah hati ini,
Hati yang lembut...
Halus dan mudah tersentuh,
Inilah hati gadis yang kau pernah rindui...

Kenalilah aku seadanya,
Jadikanlah aku pengubat jiwa duka laramu..
sepanjang zaman...


Nada cinta kita seirama,
Rentak tari kita sedansa...
apa lagi yang harus kita jalinkan supaya semuanya
jadi satu?
Kekalkanlah langkah mu sayang,
agar kita tidak sama rebah dalam tangisan...


Muzik itu semakin lama semakin lembut alunannya...
jiwa pula semakin rasa syahdu dan ghairah
akar hati semakin rasa kukuh memegang bumi cinta...

Ketahuilah sayang,
Saya sayang abg!






**Joyah kemudiannya men-copy paste puisi itu ke dalam Microsoft Word, lalu....

"Wei, Ai Ling, Aku nak print sehelai!"

"haa...kau tekan je print, Canon Pixma 1800i tu,"

"Wei, free boleh tak? sikit je ni...Aku tak cukup duit la..."

"Banyak kau punya cantik nak free!"

"Ala...kira kawan-kawan, half price la beb!"

"Xde! Xde!"

"Ala...kedekut la kau....aku tak nak datang dah CC ni temankan kau!"

"Yelah! gaji aku kat cni bukannya banyak! Kau lagi nak mencekik aku. Apa punya kawan ntah!"

"Ok...Tengkiu sayang!"

**Ai Ling?????? Watak baru kot....Belasah je lah!

Saturday, November 6, 2010

Happy Birthday!!! Part 1 -7th November

Hah! Ikut masa dah time dah ni...
kalau ikut masa negara lain lah kan..
kalau iku masa Malaysia, still baru jam 10 malam..

Wahhh...
rasa teruja inilah kali pertama aku nak sambut birthday orang yang tersayang...
Rasa macam mati hidup semula pula...:P


Abang,
pertama sekali, terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai teman hidup.
Bukan mudah membuat keputusan dalam jangka masa yang singkat untuk memulakan sesuatu demi jangka masa yang panjang...
Semoga abang sentiasa reda dengan apa yang telah Allah tetapkan buat kita...


Abang,
siapa sangka dalam perjalanan masa hampir sepuluh tahun lamanya,
telah terbuka pintu hati untuk mencari dan menerima...
Siapa sangka juga semuanya berlaku dalam sekelip mata...

Andai masa hari lahir saya dahulu,
cinta yang berputik merupakan hadiah untuk saya,
untuk abang pula,
semoga perkahwinan yang bakal kita tempuhi merupakan hadiah yang paling bermakna dalam hidup abang...


andai masih ada kekurangan dalam diri saya,
saya mohon, Abang terima seadanya..
saya bukan malaikat yang dijadikan daripada Nur...
Saya cuma manusia biasa yang dijadikan daripada
tanah dan hadirnya saya melalui air mani yang bercantum dengan telur benih ibu..


Tepat jam 0008 hr
Saya harap abang sudah berehat...
sudah lah..jangan difikirkan sangat tentang kerja...
Insya-Allah, hari esok masih ada untuk abg...


Abang...
Semoga hari yang bakal abang lalui merupakan hari yang terbaik untuk abang...
sempena kelahiran ulang tahun yang ke 26 ini,
saya doakan abang sentiasa berada dalam lindungan Allah dan terus terusan berjaya dalam hidup...

Jadikanlah saya isteri yang menempatkan syurga sebagai perjalanan terakhir kita bersama,
jadikanlah saya isteri abang sehingga akhir zaman...
Jadikanlah saya,
seorang isteri yang disayangi abang selama-lamanya...







**Pap!

"adoi!"

"Apa mak ni..."

"Apa yang kau merepek ni, Yah?"

"Merepek apa pula mak?"

"mak dengar kau berpuisi tadi, kau nak jadi isteri siapa pulak?"

"IShhh..mak ni....jadi isteri sapa-sapa je lah....Yah ni kan perempuan..sama macam mak la..."

"Abis, kalau tak jadi macam mak, mak nak ke anak mak ni Andalusia sampai bila-bila?"

"Ish...ke situ pula?"

"Ye lah..mak larang Yah berangan..."



Joyah muncung....dia tutup diari..

Lalu ambil tudung dan mengorak langkah keluar rumah.

"HAh, tu nak ke mana pula?"

"Nak pergi CC mak!"

"He....budak-budak zaman sekarang....Memanjang ngadap Facebook!"

Leter mak Joyah sambil membuka PC di dalam biliknya. Account Facebooknya di buka...



**Aik...mak joyah berleter tentang Facebook, tapi Joyah tak tahu mak dia ada PC dalam biliK?????

Pre- Birthday : LOVE is LOVE part 2




Aishhh....


Aku ambil telefon bimbitku.
Aku unlock keypad lalu aku menekan butang menu mencari setting SMS
Hmm..mulai terfikir, nak hantar SMS ke..nak send MMS ehhh???
SMS lah dulu..sebab ini baru Pre-wish birthday, kan...

Aku buka lalu menaip SMS berbunyi:
eh...bertulis :
Hai, Happy Pre-birthday, sayang!
Love you!


Haa...manja tak bunyinya?
Lalu aku mendapat balasan yang sama..
wahhh!
Indahnya dunia...
Rasa hidup kembali berseri apabila ada yang menyiram bunga-bunga dalam taman hati ini...
Berbaloi rasanya doa dan pengharapan kerana Allah semuanya aku sandarkan...

Well, this is just pre-wish entry,
we have to wait till midnight
to make a wish, Happy Birthday, my love...

I love you!
And I'm waiting to be yours!



**Hahaha...
Joyah, pandai juga kamu berbahasa inggeris ya?
Alangkah terkejutnya Joyah tatkala ibunya menghampirinya lalu membaca diari Joyah secara senyap-senyap.

"Mak! Mak ni kan...selalu curi-curi baca diari Yah!"

"Ala...emak bukan apa...takut kau tulis yang bukan-bukan je..."

"Bukan-bukan apa pulak mak... Yah bukan mengarut apa pun...Yah cuma tulis apa yang Yah nak tulis je..., tapi bukanlah sampai semua orang boleh baca..."

"Ye lah...mak tak baca dah lepas ni...mak eja je...senang sikit...:P"

Hahaha...joyah pon pening dengan mak dia
mak dia pandai pula tu Loyar buruk...aduhai...nasib la badan...



**And then, we'll wait to next entry, the real wishing birthday for her lovely lover!

Pre- Birthday : LOVE is LOVE





Bosan sahaja aku duduk-duduk di rumah.
Rasanya tidak tertahan mahu terbang.
Dan dalam mimpi petang tadi,
Aku mimpikan seseorang.
Aku mimpi seorang putera kecil lahir dan menjadi pendampingku.
Awwwww....! Sweetnya!

Hmm....kelahirannya pada suatu masa dahulu lebih awal daripadaku.
Lahirnya tentu membawa perjanjian,
dengan siapa pendampingnya?

Wahh....
macam sebuah novel yang pernah aku baca,
cerita tentang seorang putera yang datang melamar wanita hodoh disebuah kampung..
wanita itu kemudiaannya bertukar menjadi seorang puteri yang snagat ayu,
kerana sebelum itu..
puteri itu telah di sumpah oleh seorang lelaki jahat..
yang hendakkan harta puteri tersebut...

Alangkah bahagianya kelahiran...
sebuah kelahiran yang dinantikan pasangan yang sangat bahagia...


Oh ya!
Kelahiran siapa yang bakal jatuh pada tanggal Pra -esok ini???
Moga semuanya baik-baik sahaja, ya!


Its only a pre birth...
Lets go, to take a bath and then we'll going for tomorrow!

Happy pre-birthday my love!

**Joyah menutup diarinya..
masih sempat, lalu dia mgucup diari itu..
Hati Joyah berbunga-bunga...
Macam lagu Misha Omar..
Bunga-bunga Cinta!

Okkay, sekarang., Penulis mahu berehat daripada memikirkan tentang Joyah's Life!


Erghhhh....
Malam ni tulis novel lagi ke ehhh????

HUjan la....xde mood :((

AISHAH kata nak jadi Housewife Yang Educated!

Hahaha...
Tahniah Aishah!
Rasanya tak ramai yang ada cita-cta macam Aishah!
Bukan senang tau nak dapat kerja amal macam tu...
Bukan nak kata lah...
Masa Joyah kerja dengan sebuah kompeni swasta dulu..
Banyak gaji Joyah semuanya gaji yang tak berkat...

Sebab mak Joyah cakap,
kalau kerja curi tulang...semuanya tak halal...
Gaji yang kita dapat, rm2500,
jadi RM2500 tu semuanya tak halal sebab kita curi tulang...
Kita tak kerja sunguh-sungguh....

Kalau Aishah nak jadi surirumah yang educated,
kena belajar sampai habis dan kena jaga adab sebagai isteri...
Walaupun Joyah belum kahwin, tapi Joyah tahu,
apa tanggungjawab seorang isteri...

Sebab itulah Kak Joyah nak ingatkan Aishah...
Jadi isteri muslimah sejati, Insya-Allah masuk syurga...
Tak ada gaji yang tak berkat...
Tak ada curi tulang...
Tak ada ampu bos...(Ampu suami sendiri, tak salahkan....???)

Adik Aishah,
Semoga cita-cita kita berjaya!
Kak Joyah pon tak sabar-sabar nak jadi Exec Wife!!!!!!

Friday, November 5, 2010

BENcinta part 3

ahhhhhh!

Memang benci betul hari ni!!!!!!!!
Rasa macam nak marah-marah.
Badan gatal-gatal ruam...
Huhuh~
Doktor cakap ruam panas....

Joyah keluar dari bilik doktor.
Joyah tunggu depan kaunter farmasi.
Joyan bangun bila nama Joyah dipanggil
Joyah ambil ubat.
Joyah bayar RM1.00

(Klinik kerajaan)

Joyah balik rumah.
Joyah tidur.
Joyah sakit hati.
Joyah jeles.

Tadi masa kat kelinik,
joyah tengok ada couple tu datang klinik...
Joyah datang sorang.
Joyah xde boyfren!

BENcinta part 2

Ah! Bosan betul. Joyan berjalan kaki menuju ke pasaraya Giant yang hampir sahaj dengan rumah sewanya.

Sambil berjalan Joyah melilaukan matanya memandang ke arah taman bunga yang terletak di sepanjang jalan raya menuju ke Giant.

Joyah meluat melihat beberapa pasangan yang dilamun cinta yang duduk melepak di celah-celah 'bedah' pokok bunga itu.

"Entah apalah kerja haram yang bebudak ni buat!" rengus Joyah dalam hatinya.

Tiba-tiba telefon bimbit Joyah aberbunyi nyaring!

Joyah ambil telefon bimbit dari dalam poket disebelah lutut kirinya. Pada petang itu Joyah memakai seluar banyak poket. Dalam poket sebelah kanan ada botol air. Poket belakang bontot ada payung. Memang itulah lumrah Joyan bila keluar ke Pasaraya Giant berjalan kaki. Semua benda itu harus dibawanya. Belum lagi charger telefon bimbitnya. Kot-kot Hp Joyah habis bateri, Joyah biasanya akan curi-curi cas dalam surau Giant. :))

Joyah unlock keypad telefon. Joyah tekan butang kanan untuk baca mesej yang sampai.

"Mesej Facebook," ujar Joyah, perlahan.

"Kehadapan JOyah. Ke mana tu?"

Joyah berasa amat pelik. Siapakah yang menghantar mesej Facebook kepada Joyah?
Macam mana si penghantar mesej itu tahu Joyah dalam perjalan ingin ke suatu destinasi?
Mengapakah orang itu menghantar mesej kepada Joyah tanpa memberi salam?



**Siapa nak jawab???

Jumpa dalam next entry ya, donk ahhhh!!!!!!!!!!!!!

BENcinta - Part 1

Aku kasihan melihat rakan serumahku.
Sudahlah umurnya 40-an,
tapi masih belum berumahtangga.
Emak bertanya kepadaku pada suatu hari ketika emak menghubungiku.

"adik, dah ok ke?"

aku terkedu. Tidak tahu apa jawapan yang harus aku berikan.
Lalu aku menjawab.

"ok je mak. Tapi tak boleh la ingat-ingat. Tak boleh tengok semua barang yang dia pernah bagi," jawab aku sambil mengesat air mata.

Begitulah alkisahnya ketika aku mula-mula putus cinta.
Rasanya setiap hari emak akan menghubungi aku untuk menganalisis perasaan aku pada waktu itu. Kadang-kadang nampak emak macam juruanalisis perasaan...

Pernah pada suatu hari ketika aku bersalam dengan emak, emak menangis sambil menasihati aku supaya menjaga diri dengan baik. Kenapalah emak pula yang beria-ia menangis sedangkan aku yang putus cinta...????

Kak Bedah yang tinggal disebelah rumah sewaku hairan melihat aku setiap kali pulang kerja akan menangis di hadapan rumah sewaku.

Kak Bedah datang lalu bertanya

"Joyah, kenapa akak bedah tengok, yah selalu je sedih-sedih setiap kali balik kerja?
ada apa-apa yang boleh kak bedah tolong ke?"

"Tak ada apa-apa lah kak Bedah. Yah penat. Lagipun, kalau balik ke rumah sewa ni, teringat pula kisah silam...,"

Kak Bedah menggeleng-gelengkan kepalanya. Mungkin Kak Bedah kasihan akan aku. Mungkin juga Kak Bedah bosan dengan aku kerana aku asyik menangis sebab lelaki!!!!!!!!!!!!


Ah!Lelaki!!!!!!!!!! Semuanya tak boleh dipercayai!!!!!!!!

**Kepada lelaki-lelaki yang membaca entry ini, mohon jangan sempitkan fikiran, ya! Ini hanya bait-bait tulisan yang bukan ilmiah!!!!!!

Daaaa......!!!

See you next entri!

Thursday, November 4, 2010

Aku Sudah Jatuh Cinta- Part 1(a)

Penat!
Sakit hati!
semuanya bercampur-baur dengan jiwa yang kelam masih suram.
Tidak ada apa-apa yang bisa buat aku rasa hidup aku kembali waras!
Aku mulai kerja bagai nak gila, dan tidak ingat akan diri yang perlu rehat
dan sedikit udara bersih untuk bernafas!

Jiwa masih samar-samar bahagianya...
Yang jelas,
semakin nampak akan kekusutan.
Si ibu yang dahulu kandungkan aku selama 9 bulan,
asyik menitiskan air mata tatkala aku berdiam diri dan tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun!
Kerana gagalnya aku dalam bercinta.
Inilah kisah aku pada Januari 2010...

Kekusutan semakin ketara tatkala aku seorang diri nun di bandar metropolis sana..
jiwaku tidak pernah kenal akan bahagia,
seringkali aku ditemani air mata dan kesedihan...

Macam orang gila?????
yup!
Almost that the answers of what all of you think about me, in this few seconds...
and Januari,
it was the bad month in mylife!
I lost in my journey!

Aku Sudah Jatuh Cinta- Part 1

Wah....
jiwa rasa kosong hari ini. Rasanya sakit ..masih sakit setelah putus cinta.
Apa la....penat bercinta lima enam tahun
akhirnya tak de hasil apa pun!
Rugi masa tetapi menghasilkan suatu pengalaman yang sangat luas.

Ah, bekerja sambil membuang masa, baik juga, kan?
Rasanya tak ada kerja lain yang bisa buat aku
lupa akan hal dunawi...
kerja dan terus kerja...

Sampaikan aku sampai di rumah jam 9 malam, keluarnya pagi tadi jam 7am...
rasanya waktu aku mencari wang lebih lama daripada masa di rumah...:)

tak mengapalah! Asalkan jiwa tenang....
Cinta yang lama? ah, biarkan saja..Tidak ada apa-apa yang perlu difikirkan lagi.

Wednesday, November 3, 2010

Kepulangan yang dinanti....





Rasanya ada banyak kepulangan yang dinanti dalam dunia ni...
Kepulangan suami,
kepulangan anak,
kepulangan isteri
kepulangan ibu dan bapa...

Ada masanya kepulangan itu sangat dirindui...
meskipun kepualangan ke sana, ataupun pulang ke sini...


Hari ini, kakak saya pulang semula ke Sarawak...
Selepas ini, entah bila lagi saya akan bertemu dengannya..
Dia ke Sarawak mengikut suami yang bertugas sebagai Pegawai Jabatan Alama Sekitar Bahagian Kuching, Sarawak.

Dan saya, bertemu kakak dua minggu ini, kerana dia pulang ke Perak untuk meraikan perkahwinan saya pada Disember nanti.
Mereka tidak dapat pulang pada hari pernikahan saya. Jadi pulang lebih awal.

Saya akan bernikah dan mengikut bakal suami ke Australia, yang menyambung pelajarannya. Rasa sayu, sedih dan pilu menggegar dalam jiwa...

Entah bila, setelah saya berhijrah mengikut suami dan kakak juga berhijrah mengikut suami...Bila lagi akan bertemu, adalah suatu persoalan yang tidak dapat dijawab.

Hanya Allah SWT sahaja yang tahu, bila dan di mana kami akan bertemu semula...
Rasa rindu yang menebal pada anak saudara, Alif Najmi, semakin membara... Mungkin pertemuan sekali lagi selepas ini, sikecil itu sudah membesar dan sudah lupa akan saya...

Inilah putaran kehidupan...
Dahulu, saya membesar bersama-sama kakak...
Bersekolah dan bermain bersama..
Menjadi remaja bersama,
kini, mencari haluan kihidupan yang berbeza...

Walau darah mengepam daripada rahim yang sama...