Tuesday, August 31, 2010

Alunan Surah Yaasin pada pagi Ramadan

Rasanya telinga begitu sarat dengan pelbagai helah dunia.
apalah salahnya sekali sekala,
Telinga diberikan halwa yang sangat manis,
Bacaan SUrah Yaasin oleh Syeikh Saad Said Al-Ghamidi.

Rasanya teringat dan terimbau kenangan berteleku dan beriktikaf di dalam Masjid Nabawi dan juga Masjidil Haram.

Sayunya rasa hati. Betapa dai'fnya aku,
setelah pergi ke tempat itu,
aku masih lagi tidak reti bersyukur!

Perjalan yang memakan masa lebih kurang 8 jam, memberikan aku sedikit sebanyak
kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Tetapi, mengapa sebaik-baik sahaja sampai di Malaysia,
sikap masih belum berubah????

salah siapa???

malam 20 Ramadan - 1st counting!

Malam tadi malam ke 20 Ramadan.
Cuaca pada pagi ini, agak suram.
Adakah Malaikat telah turun untuk Malam Lailatul Qadr malam tadi?


Sesungguhnya malam lailatul Qadr sememangnya ditunggu-tunggu. Alangkah beruntungnya mereka yang dapat menanti kehadiran malam itu. Kuatkanlah hati dan jiwa untuk terus beribadat kepada Allah. Buakn hanya pada malam lailatul Qadr!

Hayati firman Allah dalam surah An-Nahl, ayat 78;
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati supaya kamu bersyukur.”


Pernahkah kita rasa bersyukur kita dibangunkan pada pagi ini?
Rasanya tidak ramai yang sedar, setiap kali bangun daripada tidur, perlunya kita bangun dengan rasa 1001 kesyukuran.
Setelah kita dimatikan seketika,
Lebih kurang 6-7 jam,
Lalu kita dihidupkan kembali dalam keadaan baik dan segar bugar.
Pernahkah kita bersyukur?

10 Malam terakhir Ramadan

Ramai orang yang bertanya kepada saya , "Lyn, start malam ni malam 10 terakhir Ramadan, kan?" lalu aku hanya menganggukkan kepala. Entah kenapa hatiku hancur luluh setelah mendengar persoalan mereka. mereka hanya menunggu 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan untuk terus memulakan ibadat. Padahalnya, ibadat yang perlu dilakukan 5 kali sehari semalam, mereka endah tidak endah sahaja.

10 malam terakhir Ramadan.


Entah kenapa aku juga turut menantikan 10 malam terakhir Ramadan. Tetapi aku menantinya khas untuk malam yang tenang supaya aku mudah menyiapkan kerja-kerjaku. Aku sangat berharap dengan kehadiran malam yang berkat itu, kerjaku terus menerus diterima. Aku dapat rasakan betapa semua orang menantikan 10 malam terakhir. Aku juga. Tetapi aku tidak mahu terlalu mengharapkan kerana aku tahu, bukan mudah bagi insan yang kurang imannya seperti aku ini untuk bertemu dengan malam itu. ternyata ibadat zikrullahku aku teruskan seperti biasa. Semoga dengan sebutan nama Allah pada saat-saat yang diperlukan itu akan terus diangkat malaikat dan dibawa bertemu Maha Pencipta.


Wahai Tuhan...,
hanya kau yang memahami apa perasaanku sekarang. terlalu dingin rasanya hati ini terhadap dunia. Benci!
Ya! Aku benci akan dunia yang selalu sahaja menipu manusia. Khayalannya indah. Tetapi tidak seindah yang aku sangka.


Allah telah merahsiakan malam lailatul Qadr. mengapalah ALlah rahsiakan. Kalau tidak tentu semua umat manusia akan berkejar-kejar mahu menanti malam itu. Malam itu tentu semua orang akan terus berdoa. Tetapi... dalam 365 hari hanya ada 1 malam sahaja malam lailatul Qadr...

sukar bukan? Malam itu juga malam yang berbeza bagi setiap negara di dunia ini. bukan semua dunia mengalami waktu malam yang sama. tentunya malaikat sedang bekerja keras menerima perintah Allah untuk turun ke Bumi dan mengangkat doa-doa kita yang lemah ini untuk diberikan kepada Allah SWT.

Malulah kita, wahai semua umat manusia. JIka apa tuntutan Allah tidak kita jalankan tetapi sebaliknya tiba-tiba pada malam itu kamu mahu meminta semuanya daripada Allah, fikirkanlah kembali, layakkah kita?

Allah minta, tidak pernah kita beri. Sebaliknya kita memaksa ALlah supaya memberikan apa yang kita kehendaki. Sememangnya Allah itu Maha Pemberi, tetapi Allah juga Maha Penyiksa, jika tidak menepati apa kehendakNYA tentulah sahaja akan mendapat siksa Allah di Akhirat kelak! "


Wallahu'alam...

wassalam!

Friday, August 20, 2010

DOA tidur dan bangun daripada tidur via http://agusw.penamedia.com/2005/04/07/doa-sebelum-tidur-dan-doa-sesudah-bangun-tidur/comment-page-1/

• Sebelum Tidur Membaca Doa :

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

bismikallahumma ahya wa amutu

Artinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

• Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa :

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur

Artinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

Keterangan :

Doa ini berdasarkan hadits nabi yang saya ambil dari Riadust Shalihin :

عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ : بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ

Artinya :
Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (Bukhari)

Sunday, August 15, 2010

Makcik itu sedang mencari Iman :(


Gambar inis aya ambil ketika saya berada di Multazam, sedang menunggu tibanya waktu solat asar, maghrib dan isyak. Kelihatan wanita itu sedang menangis sambil berdoa matanya memandang Kaabah. Saya hati walaupun saya tidak memahami apa doanya, saya tahu, doanya tentu menyesali setiap perbuatan selama ini. Lupa pada yang Hakiki!"






Ramadan sudah berlalu 4 hari!
MAlam ini ialah malam kelima Ramadan. Tak sangka, anda semua sudah menang sehingga hari yang kempat.

Rasanya, sudah ramai anak-anak yang diajar untuk berpuasa. Menunaikan antara rukun kehidupan sebagai umat Islam. Tetapi sedarkah kita, dalam emnunaikan puasa, masih ada lagi yang belum berpuasa?

Contohnya,
*mata
*hidung
*mulut

dan semua anggota badan yang lain, yang boleh berbicara sama ada secara monolog ataupun nyata.

Ketika saya dalam perjalanan ke ***** saya bertemu dengan seorang wanita, beragama Islam, kelihatannya sedang berjalan mencari seseorang.

Saya tersenyum kepadanya, walaupun ketika itu saya sedang membaca, masih saya luangkan sedikit masa memerhatikan wanita yang kelihatan mundar-mandir mencari seseorang. Setelah saya hulurkan senyuman, saya dibalas dengan senyuman juga.

Alhamdulillah, saya dan dia sudah bersedekah.

Lantas, wanita itu mendekati saya.

"Buku apa yang adik baca?" tanya wanita itu.
"Saya baca ini" lantas saya tunjukkan kepada wanita itu apa yang sedang saya baca.
"Wah..., bagusnya adik! Muda-muda lagi rajin membaca ini... Khatam berapa kali?" tanya nya.

"Saya tak ingat, cik...," jawab saya sambil tersenyum.
Lalu saya memberanikan diri bertanya kepada mak cik (mungkin kerana wajahnya kelihatan agak tua sama seperti ibu saya)

"Mak cik cari siapa? sejak tadi saya lihat mak cik mencari-cari seseorang"

Pada mulanya dia gusar untuk menjawab. Kelihatan sangat dan agak berat. Jadi saya hanya lemparkan senyuman sebagai tanda, tidak mengapa jika mak cik tidak mahu menjawab soalan saya. Saya tahu ia soalan yang agak klise.

"Oh, mak cik sedang tunggu suami mak cik,"
"Di mana janjinya hendak bertemu dengan pak cik?"
"Bukan hendak bertemu, dik! Mka cik nk perang!"
"Hmmm?????"

Agak terkejut setelah saya mendengar jawapan mak cik itu.

"Dik, dalam itu..., ada doa apa untuk suami tak?"
"Saya tak tahu, mak cik..."
"Mak cik dah serik dengan suami mak cik yang tak sudah-sudah nak kahwin lain!"

Saya terkesima.
tanpa soalan yang selanjutnya, mungkin , mak cik ini kelihatannya percaya kepada saya. Tanpa tanya, dia memuntahkan sedikit ceritanya kepada saya.

"Suami mak cik suka lihat perempuan muda. Hobinya melihat gambar yang lucah! Dan dia juga berniat ingin kahwin lagi. tetapi mak cik tidak benarkan kerana dia mahu mendirikan masjid dengan duit yang telah dia menang dengan perjudian nombor ekor! Mak cik tidak mahu menanggung smaa dosa yang dia lakukan. Malam tadi, dia tidak pulang ke rumah! Sudah puas mak cik mencari di mana suami mak cik. SUdah mak cik tanyakan kepada rakan serta kenalannya yang dapat mak cik jumpa, Jawapn mereka, mereka hanya tahu, malam pertama Ramadan, suami mak cik minum arak di sebuah kelab terkemuka. Walaupun miskin, suami mak cik ada wang untuk ke sana. MAk cik tidak sanggup tanggung dosa dik. Mak cik mahu bantu suami mak cik kembali ke pangkal jalan."



Denagn linangan air mata saya mendengar setiap butir penceritaan mak cik itu kepada saya. Saya tidak tahu apa jawapan yang patut saya tanya dan patut saya beri.

Akhirnya saya memberi cadangan,

"Berdoalah mak cik! Hanya dengan doa adalah selemah-lemah manusia untuk mengubah sesuatu kemungkaran. Saya juga masih muda. masih belum tahu apa itu kehidupan. "

Mak cik itu tersipu-sipu malu dengan saya. Saya hairan, mengapa?

"Doa itu bagaimana, dik"

"Macam-macam cara, mak cik. SOlat dan baca Quran selalu dalam solat, doalah agar suami mak cik berubah...,"

Kataku sambil tersenyum.

"Dik... mak cik tidak pernah solat dan tidak tahu baca Quran!"

Kali ini kali entah ke berapa saya terkesima dan terkedu!
Masha' ALlah...
masih ada umat Islam yang tidak pernah solat sepanjang hayatnya dan tidak pernah Iqra'.

Tidak ada yang lain dalam hati saya, melainkan saya berdoa supaya mak cik itu bebas daripada benteng kemudaratan ilmu agamanya. BUkanlah mahu menolak qadar Tuhan bahawa yang tua akan mati dahulu, Tetapi mak cik, yakinlah hayat mak cik sudah sampai ke penghujungnya, Bila lagi mahu menyembah Tuhan yang Esa?

Sampai bilakah mahu hidup bergelandangan menjadi hamba abdi kepada wang ringgit?
Wang tidak boleh dan tidak dapat kita gunakan untuk membeli iman...

Percayalah, Mak cik itu terus berlalu... wajahnya tidak memberi sebarang hiasan manis kepada saya. Adakah masih ada tempat untuk dia mengadu dan bertaubat kepada ALlah Ramadan ini???


" Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan Akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (57:20)

Saturday, August 14, 2010

My Mother(Ya Ummi) - English Subtitles



Mak...
kerinduan terhadapmu sungguh kuat,
hari demi hari...

Ya Allah,
lindungi ibu dan ayahku..
Syurgakan mereka....


Tuesday, August 10, 2010

PERTUNANGAN ITU PATUT DIRAHSIAKAN??

Salam buat semua
bak kata ustaz ketika saya menghadiri satu majlis minggu lepas,
tidak perlulah saya nyatakan majlis apa,
cuma adanya ceramah agama dan sebagainya yang significant ke arah itu...,

ustaz ada menerangkan tentang menjalani hidup berkeluarga..
keluarga ialah salah satu institusi yang sangat
besar pengaruh dan kesannya kepada diri seseorang

sebelum berkahwin akan adanya sesi bertunang.

Kata ustaz, pertunangan tidak perlu dihebahkan. Pertunangan hanyalah
di antara keluarga yang terdekat sahaja.
Tetapi mengapakah pada zaman ini,
pertunangan bukan lagi
suatu rahsia?
Adakah cara menghebahkan pertunangan itu sesuatu yang baik
atau tidak?
Dan adakah salah?
Apa kesannya jika pertunangan itu tidak dirahsiakan?
apa pula kesannya jika pertunangan itu dirahsiakan??

MAri, kita sama-sama mencari jawapannya!