Thursday, May 31, 2012

KAEDAH MERAWAT ANAK MENANGIS MALAM

KAEDAH MERAWAT ANAK MENANGIS MALAM


Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan :

╭ ☆╯surah al-Fatihah,

╭ ☆╯ayat al-Kursi,

╭ ☆╯surah an-Nas

╭ ☆╯dan surah al-Falaq,


Kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak.
Lakukan sebanyak tiga kali.

Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.


Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya:


Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya.


Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat. Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.

Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku. Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.


Petikan soaljawab Dato' Amran Kasimin dalam Utusan Melayu.

♥ Jangan lupa tekan butang SHARE ye :) ♥ Dikongsi dari laman https://www.facebook.com/ibumudamuslim

Berpantang secara sihat. Bukan berpantang , PANTANG NAMPAK!

Bercerita tentang pantang lepas bersalin. Banyak penyokong dan ada juga pembangkang. Seronok juga dijadikan debat.

Tapi bagi saya, hakikat berpantang sebenarnya ialah "menjaga pemakanan dan diet sihat."

Itu yang paling penting. Tak guna sekiranya betul-betul mengikut pantang orang tua, semua tak boleh makan, urat kembang dan sebagainya.


Logiknya ada, sesiapa pun, orang bersalin atau tidak, memang wajar kurangkan pengambilan air sejuk. Tak bagus untuk tulang. Jadi jangan hanya highlight pada orang lepas bersalin sahaja.


Tidak boleh makan makanan yang dimasak 2 kali contoh mi, mihun, laksa, spagethi, makaroni, pasta. Hakikatnya, semua berunsur karbo. Sama macam nasi. Berpantangkah kita dengan nasi?


Apa rasionalnya tidak boleh makan makanan yang dimasak 2 kali? Saya tidak tahu. Bagi saya, bukan berpantang itu yang perlu dijaga. Sebaliknya pemakanan diet sihat sejak sebelum kahwin lagi adalah hakikat sebenar yang semua umat manusia perlu tahu! Sejak pandai makan! Sejak pandai mengunyah!


Tidak ada gunanya berpantang itu ini, tapi selepas habis pantang, anda masih amalkan makanan bergoreng dengan minyak.


Tidak ada gunanya anda berpantang seandainya anda tidak mengawal tahap pengambilan kolestrol dalam diet. Semua makanan berlemak anda sebat!


Tidak ada gunanya anda berpantang kalau seandainya tahap pengambilan gula anda tidak kawal. Nah, air MILO mamak, susu lebih banyak dari air dan MILO! Teh susu, susu pekat manis, gula pasir putih dalam segelas air teh, 3-4 sudu!


Tidak ada gunanya kalau berpantang makan itu dan ini tapi tidak mangamalkan senaman bagi melancarkan peredaran darah.


Tidak ada gunanya kalau berpantang makan laksa setahun, tapi selepas setahun anda bedal laksa kuah santan + ikan (tak tahu laksa negeri mana) hari-hari tanpa jemu. Bagi saya, berpantang berpada-pada. Sampaikan makanan berkhasiat pun tak boleh di makan.


Berpantang tak makan buah, macam mana nak sihat? Buah apa? Buah yang menjamin penghadaman. Buah yang banyak kadar fibre.

Berpantang tak makan sayur. Tak semua sayur bersifat sejuk. Kalaupun sayur bersifat sejuk, masih boleh di makan semasa panas (selepas baru dimasak. Itu petua yang bagus. Makan semasa makanan masih suam. Sejuk tak elok, panas sangat pun tak elok.


Yang berpantang bagai nak rak, tak pula badan macam Mak Dara. Heee.. jangan terasa ye!

Apa pun, terpulanglah kepada penerimaan. Kalau 100 hari anda berpantang dan kemudian hari ke 101 dan seterusnya anda makan macam orang tak makan setahun, tak guna berpantang.


Yang paling penting, makanlah diet sihat.


Mesti ada yang tak boleh terima, kan? Sebab terikat dengan petua dulu-dulu. Saya tak kata berpantang itu salah. Saya juga tidak mengiakan tidak berpantang itu bagus. Yang saya tegaskan, AMALKAN DIET SIHAT!

SAY NO TO CHOLESTROL SAY NO TO SWEET AND TOO MUCH SUGAR SAY NO TO OILY FOOD


***Sebab itulah saya ada AIr-Fryer.. Ha ha.. Goreng tanpa minyak, the way I like, MOST!



MY LOVELY AIR-FRYER

Tuesday, May 22, 2012

1st mother's day for me

Tahun ini adalah tahun pertama menjadi ibu.
Tiada kata yang dapat digambarkan selain daripada bahagia dan bahagia.
Aina sudah semakin bijak.
Daddy semakin bahagia dan gembira.


Hadiah? Biarlah rahsia...
Tak ternilai hadiah daddy buat mummy...
Mummy tak dapat nak balas..:(
What ever...

Daddy, Aina: Mummy loves you both!

Nur Aina : 100 hari

Alhamdulillah,

Nur Aina sudah pun 100 hari..

Semoga Aina jadi anak yang soleh dan bijak.

Hari ini mummy nak cap jari Aina, sebagai kenangan... Sebab Mummy dah beli hand print color!!



:)

isn't it's cute!!!??

Friday, May 18, 2012

Bantu aku, dia dan mereka. Allah!

Ya Allah..

Begitu lemah hambaMu ini dalam menangkis hasutan Syaitan .
Betapa rakus hambaMu ini lalai dalam keseronokan duniawi.
Ampunilah aku, Allah.
Bukakanlah hatiku untuk terus belajar menutup aurat.
Supaya hanya akulah bidadari suamiku.
Supaya akulah wanita tercantik untuknya.
Wahai Allah, Sedih dan pilunya aku melihat insan yang aku sayangi masih belum ditutup sepenuhnya. Sedih dan pilunya aku melihat suami yang tidak pernah ambil kisah dengan aurat isterinya yang dia sendiri dedahkan kepada khalayak. Bantu dia, Allah. Bukakan pintu hatinya. Mudahkan jalannya bertaubat.

Ya, Aku masih lagi jua leka. Aku juga masih belum sempurna. Aku masih lagi belajar. Dan mereka?
Masih belum sedar.
Masih tertinggal dibelakang Iblis yang mengkhianati.
Wahai Allah, Bantulah mereka. Tersekat dalam kerongkongku, Kering air mataku, Kumohon Kau terimalah taubatku...
Tunjukkan aku jalan, agar aku juga terbuka hati untuk terus menutup aurat.

Thursday, May 17, 2012

Abah : Angiogram

Abah bersedia untuk angiogram. Hospital Serdang. 17 Mei 2012