Thursday, May 31, 2012

Berpantang secara sihat. Bukan berpantang , PANTANG NAMPAK!

Bercerita tentang pantang lepas bersalin. Banyak penyokong dan ada juga pembangkang. Seronok juga dijadikan debat.

Tapi bagi saya, hakikat berpantang sebenarnya ialah "menjaga pemakanan dan diet sihat."

Itu yang paling penting. Tak guna sekiranya betul-betul mengikut pantang orang tua, semua tak boleh makan, urat kembang dan sebagainya.


Logiknya ada, sesiapa pun, orang bersalin atau tidak, memang wajar kurangkan pengambilan air sejuk. Tak bagus untuk tulang. Jadi jangan hanya highlight pada orang lepas bersalin sahaja.


Tidak boleh makan makanan yang dimasak 2 kali contoh mi, mihun, laksa, spagethi, makaroni, pasta. Hakikatnya, semua berunsur karbo. Sama macam nasi. Berpantangkah kita dengan nasi?


Apa rasionalnya tidak boleh makan makanan yang dimasak 2 kali? Saya tidak tahu. Bagi saya, bukan berpantang itu yang perlu dijaga. Sebaliknya pemakanan diet sihat sejak sebelum kahwin lagi adalah hakikat sebenar yang semua umat manusia perlu tahu! Sejak pandai makan! Sejak pandai mengunyah!


Tidak ada gunanya berpantang itu ini, tapi selepas habis pantang, anda masih amalkan makanan bergoreng dengan minyak.


Tidak ada gunanya anda berpantang seandainya anda tidak mengawal tahap pengambilan kolestrol dalam diet. Semua makanan berlemak anda sebat!


Tidak ada gunanya anda berpantang kalau seandainya tahap pengambilan gula anda tidak kawal. Nah, air MILO mamak, susu lebih banyak dari air dan MILO! Teh susu, susu pekat manis, gula pasir putih dalam segelas air teh, 3-4 sudu!


Tidak ada gunanya kalau berpantang makan itu dan ini tapi tidak mangamalkan senaman bagi melancarkan peredaran darah.


Tidak ada gunanya kalau berpantang makan laksa setahun, tapi selepas setahun anda bedal laksa kuah santan + ikan (tak tahu laksa negeri mana) hari-hari tanpa jemu. Bagi saya, berpantang berpada-pada. Sampaikan makanan berkhasiat pun tak boleh di makan.


Berpantang tak makan buah, macam mana nak sihat? Buah apa? Buah yang menjamin penghadaman. Buah yang banyak kadar fibre.

Berpantang tak makan sayur. Tak semua sayur bersifat sejuk. Kalaupun sayur bersifat sejuk, masih boleh di makan semasa panas (selepas baru dimasak. Itu petua yang bagus. Makan semasa makanan masih suam. Sejuk tak elok, panas sangat pun tak elok.


Yang berpantang bagai nak rak, tak pula badan macam Mak Dara. Heee.. jangan terasa ye!

Apa pun, terpulanglah kepada penerimaan. Kalau 100 hari anda berpantang dan kemudian hari ke 101 dan seterusnya anda makan macam orang tak makan setahun, tak guna berpantang.


Yang paling penting, makanlah diet sihat.


Mesti ada yang tak boleh terima, kan? Sebab terikat dengan petua dulu-dulu. Saya tak kata berpantang itu salah. Saya juga tidak mengiakan tidak berpantang itu bagus. Yang saya tegaskan, AMALKAN DIET SIHAT!

SAY NO TO CHOLESTROL SAY NO TO SWEET AND TOO MUCH SUGAR SAY NO TO OILY FOOD


***Sebab itulah saya ada AIr-Fryer.. Ha ha.. Goreng tanpa minyak, the way I like, MOST!



MY LOVELY AIR-FRYER

No comments:

Post a Comment