Wednesday, February 29, 2012

Pekerja TASKA yang kejam!

Ya Allah, sedih dan sayu bile saya sendiri lihat klip video yang memaparkan bagaimana anak-anak kecil diikat dan mulut ditampal supaya tidur dan diam.

Apalah yang anak kecil itu tahu akan hakikat diam dan jangan bising? Tidur juga sesuatu yang alami selagi mereka tidak mengantuk...

Ya Allah, bersyukurnya saya selagi saya masih belum bekerja, saya dapat menjaga Nur Aina sendiri, di rumah.

Terfikir juga, entah bila akan balik ke Malaysia, berapakah umur Nur Aina pada masa kami pulang dengan kejayaan suami? Mampukah saya meninggalkan Aina di rumah asuhan dan TASKA? Adakah nasib kami juga akan begitu?

Ya Allah, terdetik dalam jiwa dan hati ini, saya tidak mahu bekerja, atau mahu mencari peluang bekerja dari rumah sahaja. Saya tidak mahu Aina disakiti begitu.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku sebagai seorang ibu. Permudahkan urusan suamiku sebagai seorang ayah. Murah dan mudahkan rezeki kami.

Semoga kami dijauhkan daripada kejadian ngeri seperti itu. Ya Allah, lindungilah semua anak-anak di dalam dunia ini. Sayu rasa hati seorang ibu melihat keadaan yang sadis begitu. Kepada ibu anak-anak kecil itu, tabahlah, berdoalah semoga anak-anak kalian terus selamat.

**Manusia bertopengkan syaitan, ada di mana-mana.
Anak kecil anugerah Allah bukan sahaja kepada ibu dan ayah, tetapi kepada pengusaha dan pengasuh TASKA!

Amanah Allah itu jagalah sebaik-baiknya...

Dr Odi dan Nur Aina

Setelah sekian lama, barulah dengar berita daripada pensyarah yang yang banyak meninggalkan kesan rohani dan jasmani dalam diri ini.

Nur Aina, mommy kenalkan dengan Dr Odi, lecturer paling best kalau dalam bab kelas gila-gila..:)

Dr Radiah Yusof, semoga rahmat Allah SWT selalu mengiringi perjalanan hidupmu...

Amin...

Nur Aina : Cahaya Mata Pertama

Nur Aina,

masa Aina di hospital, mommy tak dapat rasa macam mana sukarnya berjaga malam bila Aina meragam. Barulah mommy dapat rasa bila balik, Aina tak mahu tidur. Aina nak main, 2jam selepas menyusu.

Alamak, mommy jarang-jarang tak tidur malam. Sejak kita tinggal di sini teman daddy sambung study, mommy kerjanya asyik tidur sahaja. Patutlah mommy rasa tension.. Heee..

Apa pun, kehadiran Aina tidak pernah mommy bayangkan betapa bahagianya. Malam tak tidur, memang mommy tension, tapi bila pagi, mommy tengok Aina, kasih dan sayang semakin bertambah.

Aina, bukti cinta dan kasih sayang daddy dan mommy.. Aina buah hati kami. Aina, mommy selalu biarkan Aina kalau Aina tak menangis, sebab nak jadikan Aina kuat. Tak nak biasakan Aina berpegang. Tapi mommy selalu cium Aina kalau Aina tidur.. Geram..

Aina dah semakin berisi. Berkat susu mommy, doa daddy, doa opah, atuk dan nenek. Doa makcik dan pakcik, semuanya Allah makbulkan untuk kita.

Mommy dan daddy sayang Aina. Mommy daddy nak Aina jadi anak yang kuat. Jangan kuat menangis. Aina jadi anak yang tabah, berdikari.

18 hari berlalu, Aina sentiasa jadi kesayangan mommy dan daddy.

**Ya Allah, berikan kesejahteraan buat kami bertiga di sini.. Jadikan Nur Aina anak yang solehah dan berjaya. Amin...

29 Feb : 4 Tahun sekali. Aina, kali pertama.

Hari ini tarikh 4 tahun sekali. Sesiapa yang menyambut hari ulang tahun, tahniah! Bertemu juga akhirnya..

Aina, inilah kali pertama Aina bertemu dengan tarikh 29 Feb. Aina perlu tunggu 4 tahun lagi. Bagi saya, seronok juga kalau dapat tarikh begini... Unik! :)

**Aina meragam malam tadi, menandakan tarikh istimewa ini sangat istimewa. Mommy daddy tak boleh tidur malam tadi... huuu

Thursday, February 23, 2012

New mom, new parents : konflik?

Kehadiran cahaya mata pertama, adakalanya sesetengah orang akan mengalami konflik perasaan.

Suami?
Isteri?
Anak?

Isteri?
akan lebihkan masa dengan anak, tambahan, waktu berpantang adalah waktu menjauh antara suami dan isteri (tiada hubungan intim dalaman).

Pelik, menjaga seorang anak kecil, belajar dan terus belajar.


Suami?
Berasa tersisih dengan isteri yang sibuk dan tidak sihat.

Terfikir, mampukah jadi seorang ayah?

Mampukah menjadi rapat dengan anak? atau biarkan isteri menjalankan 100% kerja terhadap anak?



Anak?
Terasa disayangi.

Tidak perlu konflik andai reda dengan setiap perubahan hidup! :))


Mommy, daddy happy Aina sudah ada dengan kami, depan mata kami! :)))


Semoga Aina menjadi anak yang baik, berjasa kepada agama dan bangsa.

Breastfeeding : Nur Aina dan susu

Sejak lahirkan Nur Aina, susu banyak melimpah-limpah. Sampai sakit, early mastitis dan juga bengkak.

Akhirnya, untuk atasi masalah ini, saya dapatkan nasihat midwife di wad, Harbison Unit (maternity ward, Toowoomba Base Hospital)

Kata midwife, untuk elakkan supply berlebihan daripada demand, elakkan pump selepas baby hisap susu. Mungkin petua dan info ini tidak boleh digunakan oleh ibu-ibu yang bekerja sebab ibu-ibu bekerja perlukan susu yang banyak dan perlukan pp, pump every hour dan sebagainya.

Saya mahu berkongsi maklumat ini dengan ibu-ibu yang suri rumah dan tidak perlu pump untuk buat stock susu yang banyak.

Saya sudah cuba selama 3 hari selepas keluar hospital, Alhamdulillah, saya sudah tidak ras sakit, bengkak dan payudara mengeras.

Melahirkan Nur Aina : Pengalaman Terindah



Alhamdulillah, genap 12 hari melahirkan pengikat cinta dan kasih sayang saya dan suami. Nur Aina, Cahaya Mata yang Cantik. Secantik nama, saya berharap Aina menjadi anak secantik namanya.

Kronologi :

2 Feb : tanda darah coklat kehitaman keluar selama lebih seminggu, sehingga Jumaat 10 Feb.
10 Feb : tanda darah semakin cair dan berlendir.
10 Feb (4pm) : Menghubungi hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Dilated : 1/2cm only (midwife)

Balik rumah dan diminta supaya segera ke hospital jika sudah rasakan contraction yang kerap, 3 minit sekali dan sakit yang berlarutan selama 60saat.

10 Feb : Sampai di rumah waktu Maghrib hampir jam 7pm. Makan dan minum, FB seperti biasa.

10 Feb : 9pm, mula rasa contraction 10 minit sekali. Masuk bilik air dan bersedia untuk water birth. Konon-konon je... Just masuk dalam air panas untuk legakan kesakitan yang datang.

10 Feb : 11pm, contraction 5-3minit. Semakin sakit dan kerap. Belum keluar dari tub mandi.

11 Feb : 0000hrs, tepat sakit sangat, sangat yang berpanjangan. Terus ajak suami ke hospital.

11 Feb : 0030hrs, midwife checked, 4cm dilated. Terus saya dipakaikan gelang tanda nama, dan diberikan sebuah bilik bersalin yang penuh dengan gadget bersalin secara spontan dan natural.

* gym ball
* hot shower
* radio


Saya terus masuk ke hot shower, teruskan hot shower sama seperti yang lakukan di rumah. Memang, hot shower dapat soothed rasa sakit yang mengancam perut. Seolah-olah mahu buang air besar. Semakin lama, sakitnya semakin panjang. Sakittttt.. kemudian berhenti sakit. Kemudian sakitttttt....

0330hrs : darah keluar lagi, semakin sakit, saya minta suami panggilkan midwife : Alena Kirkman, saya seolah-olah ada tekanan untuk meneran.

Alena minta saya naik ke atas katil untuk check bukaan, 5cm dilated. Saya meneran 3-4 kali di atas katil Alena memeriksa saya sekal lagi dengan sejenis alat, AJAIB, 10cm fully dilated dan Alena segera ambil barang-barangnya dan dia katakan kepada saya : "You will have your baby very soon, Azlin! "

Saya lihat kelibat Alena bersiap-siap untuk menyambut bayi. Suami masih di sisi, meneruskan doanya dan kata-kata semangat untuk saya.

Alena arahkan saya memegang kaki, dan meneran. Degan bantuan doa keluarga, suami dan bantuan Alena, dengan izin Allah, 3 kali teran, "AllahuAkbar!!!!!! splash!!!!!"

Darah memercik dan, Nur Aina sudah lahir ke dunia... tepat 0342hrs.. Syukur, Sakit bersalin hanya 3 jam. Tak lama seperti yang digembar-gemburkan oleh orang, 24 jam, berbelas jam dan sebagainya.

Nur Aina diletakkan atas dada saya. Skin to skin contact dan makanan pertama yang Aina makan ialah susu badan. Alhamdulillah...

Aina, cahaya mata yang cantik, buah hati mommy dan daddy. selama hampir 2 jam, saya, suami dan Aina mengambil peluang "bertiga-tiga-an" dalam suasana yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Sakit bersalin, hilang sekelip mata. Yang ada hanya kegembiraan dan ketakutan menjaga amanah Allah ini. Semoga diberikan kekuatan dan keadilan dalam mendidiknya menjadi anak yang solehah, berjasa kepada agama dan bangsa!

Amin...



Hadiah penghargaan untuk midwife, Alena Kirkman dan semua midwife yang membantu di wad.




Tempat tanam uri Aina. Daddy tanam. Nanti Aina mesti rindu Oz, sebab uri Aina ada di sini... :)

Thursday, February 9, 2012

Kelas Breastfeding

Hari ini saya ada kelas belajar tentang penyusuan. Teruja juga mahu ke hospital bermula jam 230pm - 430pm.

Suami akan menghantar say ke sana sebentar lagi. Tertanya-tanya sendiri, soalan apakah yang perlu saya tanya?

Hmmm...

1) Saya khuatir, bagaimana jika puting melecet? Krim apakah yang sesuai, atau gunakan cara natural sahaja? Saya pernah dengar krim jenama LANSINOH sangat bagus untuk kesan melecet kali pertama hisapan anak.




2) Selain itu say sangat risau akan keadaan bengkak susu. Buah dada menjadi besar, berkilat, bengkak dan mungkin bernanah? Apakah jalan terbaik untuk mengubatinya?


3) Bagaimana cara-cara bayi latch dengan betul? Ada pendapat mengatakan bahawa, mulut bayi sepenuhnya memenuhi kawasan aerola. Jangan biarkan anak menghisap puting sahaja. Itu cara yang salah. (Saya akan pastikan ketika di kelas penyusuan nanti, saya mencari jawapan bagi masalah ini)

Jadual Book Sale, Towoomba Library, 2012!!!



Book Sale at Toowoomba City Library, Victoria St.

Dates for 2012:

January : 28th & 29th

March: 17th & 18th

April : No book sale

May : 19th & 20th

June : No book sale

July : 21st & 22nd

August : No book sale

September : 15th & 16th

October : no book sale

November : 17th & 18th

December: No book sale


**Bersedialah mengumpul wang. Walaupun syiling.

Wahai suamiku, bacalah jadual ini.. hu hu hu..

Milk It!




According to the Australian Nutrition Survey, around 70% of children don't get their recommended dietry intake calcium. Kids aged between one and three years need 500mg per day - here's guide to help you out!

Bukan kanak-kanak di Australia sahaja. Anak-anak Malaysia juga perlukan susu dan calcium yang cukup!

Kita lihat senarai di bawah.

* Cup of milk = 300mg
* 200g tub of yogurt = 300mg
* 200ml of calcium-fortified sy milk = 300mg
* 1/2 cup 0f canned salmon = 402mg
* cup of calcium-fortified breakky cereal (40g) = 200g
* 1/2 cup of calcium-fortified orange juice (100ml) = 80mg
* 2 slices of calcium fortified bread (30g)= 200mg

Resipi Kuih Cakoi

Hari ini pagi-pagi lagi saya sudah teringat kuih cakoi yang selalu emak saya beli di pasar sari, hari Khamis. Ya, hari ini hari Khamis, bukan? :)

Jadi dengan segera saya cari resipinya.

kuih cakoi:

Bahan-bahan

400gram tepun gandum
1 sudu besar butter (dicairkan)
2 sudu kecil yis kering
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
air 250ml (1 cup)
kuning telur 1 biji

cara-cara:

masukkan semua bahan kecuali tepung
gaulkan bahan-bahan itu sehingga larut dan sebati.

setelah sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit,
sampailah adunan tidak melekat.

Tingalkan setengah jam, kemudian uli lagi. tambah tepung jika masih melekat pada tangan. tapi tambah sikit-sikit, ya. Jangan terlebih keras pula.

Kemudian bolehlah bentukkan ikut bentuk yang puan-puan, adik-adik, kakak-kakak suka. Saya buat amcam-macam bentu.. :))

Tada! Siap dah!



Boleh lah makan dengan susu krim pekat, seri kaya, jem atau minum dengan kopi petang-petang.:)

Petua banyakkan susu badan


Petua 1
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

diambil dari laman https://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/doc/202322376461831/


Petua 2
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.

Petua 3
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air tersebut 2 hingga 3 kali sehari. Anda perlu minum air secukupnya kerana jika air kurang maka kuranglah susu anda.


*boleh dipraktikkan oleh semua mommies....tp jangan lupa yer concept utama dlm bf..always empty your breast....!*

~sharing is caring~

Tuesday, February 7, 2012

Lampin, CD, Pampers?




Semua ada pandangan masing-masing.

Bagi saya, saya prefer pakai kain. Sebabnya, bukanlah saya yakin yang anak yang bakal saya lahirkan kulitnya sensitif macam kulit saya.

Bukan juga saya mendoakan dia ada kulit yang sensitif.

Bukan juga kerana sayangkan Bumi (secara melampau), sayang juga kepada Bumi, tapi saya pun masih lagi buang sampah merata-rata. :)

1) Berniat ingin membantu meringin beban perbelanjaan suami dengan 2 cara.
*menyusu badan
*pakai cotton nappies

Memang kena rajin, membasuh. Lain kalau pakai disposal diapers, beli, pakai, kencing, buang air, buang! Senang, tak payah basuh, tak payan tunggu kering.

Cuma, perbelanjaan (di sini, sebagai yang masih bergelar pelajar yang menerima biasiswa kementerian yang cukup-cukup makan) rasanya, dengan doa dan harapan, saya dapat bantu suami.

Memang nampak amcam remeh, kan? Tapi, kalau ada orang boleh buat, kenapa saya tak boleh? Saya pun masih belum bekerja. Apa salahnya dengan masa yang saya ada, selain mengemas, memasak, jaga anak, saya luangkan sedikit masa lagi untuk mencuci lampin kain.

Memang orang pasti akan cakap, OLD SCHOOL! Tak apa. Insya-Allah dengan kerajinan yang bakal saya simpan dalam diri, akan pastikan baby tak ada ruam, jimatkan duit daddy, walaupun masa mommy perlu digunakan secara banyak sekaligus, agak penat.

CD

Ada juga saya beli CD, just nak mencuba dulu, sebab cuaca dekat sini pun tak berapa nak panas, memandangkan bakal bersalin dekat-dekat musim sejuk, so, guna 10 keping CD dan 20 insert jenama My Little Ripple, (Ausralia Brand).

Harap-harap semuanya berbaloi.



Semoga Allah permudahkan segala urusan kita sekeluarga! AMin!

**Blood show memang buat semangat mommy kejap ada, kejap tak ada. Huwaaa...

Appointment minggu ke 36



Wah! Sangat tragis kejadian semalam. Sepatutnya ada appointment dengan Ante Natal Clinic pukul 1pm. Dengan bersemangat, drive sendiri ke hospital. Dah nak dekat sampai, dapat pulak call dari pihak Ante Natal, appointment cancel due to emergency kat hospital. Tapi nak cek juga sebab ada bleeding!

So, Ante Natal minta call Birthing Suite, supaya boleh masuk dan cek kat sana sahaja. Sudah la tengah sibuk call, sibuk drive, sampai salah masuk lane, so, tak boleh nak keep left masuk main road to the hospital! Kena terus, sampai Clifford Garden! Tensionnya!

Keluar dari Clifford Garden, drive cepat-cepat sebab dah lambat. Sampai depan hospital, parking 4 jam dah tak ada. Orang pun ramai depan hospital. Lepak-lepak depan tasik.

Peliknya. Kenapa ada ramai orang depan hospital ni? Kenapa semua orang tak boleh masuk? Sebaik-baik sahaja sampai depan gate, minta dekat pegawai polis tu untuk masuk, kecemasan untuk Birthing Suite. Haishhhh....dia tak bagi masuk! Dia suruh tunggu. Alamak, parking dah la 2 jam je!

Minta belas ihsan daripada pegawai polis lagi seorang. Dia cakap minta dekat pegawai yang 1st tadi! Aihhh...hangin satu badan! Call Birthing Suite sekali lagi, Midwife kata just ask their permission to allow me to come in. Tapi yang pegawai ni tak faham-faham! Saya bleeding la! I need to go to the Birthing Suite, NOW!!!

Barulah dia faham! Aiyooo..lambatnya faham! Ke saya yang tak cakap tadi?

Masa tengah jalan masuk ke dalam sambil di- escort oleh pegawai polis, BOMMMM!!!! dengar bunyi Bom meletup!

What is that?
There is a bom in the hospital. That is because we can;t allowed you just now.
Oooo...ada bom!
Siapalah yang nak BOM hospitaln? Nak curi ubat ke? Apa punya kerja! Menyusahkan saya! Hangin juga dekat pengebom tu!

Jauhnya berjalan sampai ke Emma Building. Ikut jalan belakang. Tengok ada kereta masuk, la, ikut sini boleh masuk kereta rupanya! Baik masuk ikut sini tadi. Hu hu, menyesal sudah!

Sebaik-baik sahaja sampai depan lif, saya pun terus masuk naik ke tingkat 3. Tunggu sampai dekat 45 minit, kereta boleh parking sampai pukul 3 pm je. Sekarang dah 230pm. Macam mana? Kena saman? Aduh...

Minta permission nurse nak movekan kereta sekejap, dia pulak tak kasi sebab risaukan dengan keadaan ibu mengandung ni.

Suami pun cakap tak apa. So, 245pm, nurse panggil masuk wad. Baring punya baring, macam-macam soalan ditanya. Kena bagi urine 2-3 kali.

Pasang CTG macam dah nak bersalin. Tapi seronok, dapat dengar bunyi baby...lama! Rasa macam nak pinjam CTG tu bawa balik rumah! :)

Datang doktor lelaki, dia say Hi, alamak, doktor ni ke nak cek? Takutnya. Lepas tu dia pergi. Datang seorang doktor perempuan. Doktor muda lagi. Dia tanya macam-macam. Sampailah dia cakap, we need to see your **** to check.

Err....dalam hati tak enti-henti doa, harap-harap bukan doktor lelaki tu bos dia sebab dia cakap dia kena tungu Senior Doctor untuk buat check-up tu.

Dia datang balik, dia bagi selimut, suruh ready dalam masa 5 minit. 5 minit kemudian, datang la seorang doktor india, perempuan, pregnant juga. Dialah doktor senior tu. Fuhhh....Allah makbulkan doaku! Alhamdulillah! Dia pun pregnant. So, tak lah malu sangat.

Semua peralatan dah ready. Dengan kerelaan hati, mereka cek, darah tu maybe infection dan mereka bagi preskripsi ubat, Keflex, antibiotik berharga AUD 19.90.

**Pergi ke farmasi, beli sendiri. Budak farmasi tu pula tanya soalan pelik, nak antibiotik yang murah ke? Suami terpinga-pinga. Apa punya soalan la, tak nampak ke surat doktor tu tulis Keflex? Lagi nak tanya ubat lain! Ingat kami tak ada duit ke ape????

Cis!

Sunday, February 5, 2012

9 bulan





Sudah 9 bulan berlalu.
Semakin hampirkah kita masa untuk bertemu, wahai buah hati mommy dan daddy?

Rindukah kamu kepada kami?


Semakin yakin, aku bakal jadi ibu!