Tuesday, August 30, 2011

Lebaran 2011

Masih dalam tanda tanya.

Mengapa Malaysia raya dulu? Masih ada banyak negara yang belum raya. Huhuh...RIndnya nak beraya di kampung..:(( Tentu makanan sangat banyak.. Kalau tak banyak pun, makanan yang mak masak pada pagi hari raya, semuanya enak...

Friday, August 26, 2011

Pohonlah Rahmat dan Reda Allah


Ya Allah,
Demi 10 hari terakhir Ramadhan-Mu ini,
Kau berikanlah kami petunjuk dan hidayah.
Janganlah Kau tarik sekalian rezeki yang telah Kau beri
Pimpinlah kami Ya Allah ke jalan yang Kau redai.

Ya Allah,
demi Ramadhan 10 hari terkahir ini,
Kau lindungilah anak dalam kandunganku,
Kau sihatkanlah anakku
Kau sempurnakanlah kejadian anakku
Jadikanlah anakku anak yang sihat, sempurna dan bijak.

Ya Allah
Demi 10 hari terkahir Ramadhan ini,
Kau berikanlah suamiku ketenangan
Kau luaskanlah jalan rezeki kami
Kau permudahkanlah urusan suamiku dalam menguruskan rumah tangga kami
Kau pimpinlah suamiku dan aku demi menjadi insan muslim yang cemerlang

Ya Allah,
Kau berikanlah kami rezeki yang halal lagi barakah
Kau mudahkan rezeki untuk sampai kepada kami
Kau limpahkan rezeki yang bercukupan
Janganlah Kau tarik semula rezeki yang telah Kau beri ini.

Ya ALlah, demi Syawal hari kemenangan,
Kau permudahkan urusan belajar suamiku
Kau permudahkan urusan kami mencari kereta
Kau permudahkan urusan aku mengandung dan melhirkan.

Sesungguhnya, tidak ada tempat lain tempat kami bermohon dan bermunajat
selain kepada-Mu, Tuhan!

Allah, Tuhan sekalian alam, Allah tempat kami berserah diri
Demi Akhirat yang kekal Abadi.

AMIN

Teringin makan tapai



Ada lagi yang saya terlupa untuk makan ketika di kampung dua minggu lepas. Saya lupa untuk makan tapai. Semua yang manis-manis jadi hidangan idaman saya ketika mengandung ni. Saya tak mengidam yang susah-susah, cuma sebenarnya, susah nak cari di Australia. Yang ada semua makanan Malaysia. Susah juga tu!

Terima kasih suami sebab sangat memahami saya. Saya sangat bersyukur dengan kehadiran suami yang begini.

Ya Allah, Kau lindungilah suamiku walau di mana dia berada.
Kau tabahkan suami dalam mengharungi dunia dan likunya.
Kau bukakan pintu rezeki suamiku
Kau sihatkan suamiku
Kau suluhkan jalannya.

Kau pimpinlah suamiku ke jalan yang Kau redai.
Janganlah Kau tarik nikmat hidayah yang telah Kau berikan kepada kami.
Wahai Tuhan,
Demi RamadhanMu,
Berkatilah rumahtangga dan anak dalam kandunganku.

AMIN

Pregnancy Craving! Now, it's end [maybe]



Terima kasih buat suami tercinta. Sebab izinkan kita sekeluarga [+ baby in my tummy] untuk balik ke kampung.

Actually, nak renew passport. By then, we all pilih untuk renew di Malaysia supaya saya boleh hilangkan rindu dan mengidam teruk nak makan macam-macam yang ada kat Malaysia. Itupun masih ada yang terlupa nak makan. Maklumlah, bulan puasa. Dapat makan malam je. Masa yang pendek dan akhirnya balik semual ke Australia, baru teringat, saya belum makan cempedak goreng!!!

Aiyooo!! Kat manalah nak cari cempedak goreng di Oz ni. Alamatnya, tak makanlah. Tak apalah kalau macam itu. Mungkin ada kebaikannya kenapa saya benar-benar terlupa tentang cemepedak goreng tu.

Balik ke kampung, mulanya, saya hilangkan mengidam makan masakan mak mentua, ikan salai masak lemak. Makanan orang Indonesia, mungkin. Ikan salai tu, macam ikan kering. Tapi tak masin. Sedap juga. Kena dengan tukang masaknya, maybe, Kalau orang melayu yang masak, tak sedap kot.

Suami ke bazar Ramadhan dengan saya di Tanjung Malim. Saya suka sangat kuih Seri Ayu dan Cara Manis. Beli untuk berbuka. Sedap. Hilang lagi mengidam saya untuk kuih.

Selesai masa di rumah mentua, saya dan suami berangkat ke rumah mak dan ayah saya pula. Saya sudah pesan awal-awal kepada kakak dan angah saya, bawaha saya mahu masakan mereka. Angah pandai masak sup, sebenarnya. Tapi saya cancelkan menu itu sebab saya masih belum boleh lihat daging. Mak mentua masak daging pun, saya jadi mual. Jadi cancel sup daging. Kakak pula sangat hebat masak tomyam. Disebabkan saya tak boleh makan daging dan ayam, saya minta kakak masakkan Tomyam Seafood untuk saya.

Saya nak yang pedas-pedas. Syukur, dapat juga. Saya rindukan masakan emak. Saya minta emak masak macam-macam. Niat saya bukan hendak susahkan emak. Tetapi kerinduan buat saya tidak mahu memasak. Saya mahu air tangan mereka. Kakak dan angah, sejak jam 12 tengah hari sudah masuk dapur! demi memasak untuk saya yang mengidam masakan mereka. Saya bersyukur ada adik beradik yang memahami dan saling menyayangi.

Khamis pula, abang saya pulang. Saya minta dia belikan air asam boi. Sedap dan masam. Tapi macam biasalah, kalau di bzar, air bukan sedap sangat. Maaf, ya peniaga air di bazar. :)

Khamis juga, saya ambil kesempatan dengan suami ke pekan terdekat untuk beli kuah rojak buah. Malangnya, tak dapat dan terlupa nak bawa ke Australia.

Saya ke rumah ibu angkat USM. Wak Som dan Wak Amat sihat-sihat sahaja. Rindu dengan bingka sawit, jadi saya minta ibu angkat saya buatkan bingka sawit untuk saya. Banyak! Saya cuma makan 2-3 potong sahaja. Saya sudah menyusahkan orang lain demi kehamilan ini! Mengada-ngada!!

Kesepian, Berfikir! DEMI ZURIAT


Alhamdulillah, genap sudah 13 minggu kehamilan saya. Alangkah mencabarnya dugaan dan rentetan masa untuk menjadi seorang ibu. Bukan mudah mengandung, melahirkan dan membesarkan. Agaknya beginilah yang dirasai oleh ibu-ibu lain.

Syukur, segala persiapan sudah sedia. Terima kasih, rakan yang telah berpindah ke Brisbane, kerana menjualkan semua kelengkapan bayi kepada kami. Walaupun masih awal, dan ada orang tua berpesan jangan bersiap awal-awal, tidak mematahkan semangat. Kerana saya yakin, Allah lebih mengerti. Jika ada rezeki saya, maka adalah.

Keperluan baby, tidak perlu lagi kami beli yang baru. Maafkan mummy dan daddy sayang. Mummy dan daddy terpaksa belikan barang-barang second hand untuk kamu buah hati sulung kami. Inilah suratan kehidupan yang anakanda perlu faham nanti. MUmmy yang tidak bekerja dan daddy yang sibuk belajar, menyebabkan perkara ini berlaku. Kita perlukan wang demi kelangsungan hidup sehingga daddy habis belajar, ya, sayang!

Sudah 13 minggu umur sayang dalam mummy's tummy. Jaga diri baik-baik. Makan banyak-banyak semua nutrien yang mummy beri. Lahir ke dunia nanti, jadi anak mummy yang sihat. Jangan nakal-nakal.. :)

Pada minggu ke-9, Allah telah berikan mummy satu perasaan bahagia yang tidak dapat mummy nyatakan dengan ungkapan kata-kata. Kali pertama mummy dapat lihat sayang, walau hanya dalam skrin scan radiologist. Mummy nampak sayang bergerak-gerak terkena pada bahan ultrasound itu. Seronok, ya, sayang? Mummy nampak sayang berenang dalam mummy's tummy..:) so sweet. I saw your daddy, he smile too when he look at you! :)

Syukur, pihak radiologist sangat cemerlang dalam kerja mereka. Di sini, Toowoomba, AUstralia, mummy telah diberikan injection for flu and after the ultrasound scanned, they gave mummy your picture in a CD. Mummy boleh simpan gambar sayang sampai sayang lahir. Mummy tunjukkan nanti, ya. So, no more kertas-kertas. Kalau kertas takut hilang. Insya-Allah, mummy akan buat project scrap book untuk sayang..:) Sweet sangat lagi, kan!

Mummy and daddy dah bawa sayang balik kampung jumpa atuk, opah dan nenek. Jadi, lepas ni, no more nausea, okay! Kena tolong mummy, makan banyak-banyak. Cepat besar ye sayang. Bila dah besar, tak ada lah mummy rasa pening-pening lagi.. Sekarang sayang tengah nak membesar, mummy pun jadi pening waktu sayang nak membesar.. Tak apa, kita kuat sama-sama, ya! Tengok daddy, kuat je. Sikit pun daddy tak merungut nak layan kehendak kita berdua. Sampai kita boleh balik kampung makan sedap-sedap. Nanti, dah lahir, jangan nakal-nakal dengan daddy, okay! Promise!

Thursday, August 4, 2011

Indahnya Cinta Selepas Pernikahan

Setelah sekian lama hidup dibelenggu rasa cinta nafsu, hidup sebagai remaja yang tidak ada hala tuju matlamat kehidupan. Saya disedarkan oleh Allah S.W.T dengan hidayah dan limpahan kasih-Nya.

Syukur kehadrat Allah Taala yang selalu mencintai kita dan mengasihi kita. Indahnya juga hidup yang penuh dengan syariat dan landasan hukum dan garisan keimanan. Entah bagaimana lagaknya hidup ini jika terus dilimpahi nafsu yang tidak berkesudahan.

Lumrah kehidupan ingin berkasih sayang. Lumrah sebagai remaja ingin ada pendamping. Tanyalah kepada siapapun, remaja utamanya, apa erti cinta?

Bagi mereka, cinta itu indah. Cinta itu lazat. Pelbagai tafsiran tentang cinta jika ditanya kepada para remaja di luar sana. Begitu da'if pendapat mereka tentang cinta. Saya, salah seorang daripada pencinta yang suatu ketika dahulu hanya memikirkan tentang keseronokan, kesunyian, hiburan dan teman-teman. Tidak ada cinta bersandarkan agama dalam jiwa. Jauh sekali mengingati dengan Dia yang memberikan rasa cinta itu.

Bukan mudah menerima tamparan dalam hidup bagi remaja yang putus cinta. Rasa mahu bunuh diri, menjauhkan diri dari kelompok manusia lain, sehingga terfikir mahu membunuh seseorang!

Inilah penyakit nafsu dan derita hati. Hati dan nafsu tidak bersandarkan akal. Allah S.W.T telah memberikan kita akal, iaitu salah satu kelebihan yang tidak ada pada hidupan lain. Sebagai manusia, kita sepatutnya menggunakan akal 100% dalam kehidupan. Allah S.W.T berfirman :

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan (pada) pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal." [Surah Ali 'Imran 3 : 190]

Saya sudah bernikah dengan seorang lelaki yang tidak saya kenali. Setelah putus cinta dengan lelaki yang dahulunya amat saya cintai (cinta yang tidak berlandaskan agama Allah). Saya membuat keputusan untuk bernikah kerana akal. Setelah berfikir dan menganalisis segala dosa dan kesalahan yang pernah saya lakukan, saya menunaikan umrah pada usia yang muda (25 tahun) dan pada waktu itu, tidak ada lain melainkan saya mencari reda Allah S.W.T dalam cinta yang terlalu saya inginkan. Setelah menunaikan solat hajat beberapa malam berturut-turut dan saya membaca Surah Yaasin beberapa malam berturut-turut (atas nasihat seorang ustaz di kampung halaman, imam masjid yang juga sahabat baik ayahanda tercinta).

Hakikatnya, segala yang kita inginkan dalam dunia ciptaan-Nya ini perlu kita mohon daripada-Nya. Tidak ada kuasa lain yang Maha Memberi kecuali Dia. Saya berdoa bersungguh-sungguh, memohon sebuah cinta yang suci dan tidak berlandaskan nafsu. Kuasa Allah Taala tidak siapa yang tahu.

Saya berkenalan dengan seorang lelaki yang sedang menyambung pelajaran di Australia. Setelah tiga hari berbalas mesej, mesej yang hanya bertanya khabar dan bertanya tentang kerja-kerja dan pelajaran, timbul persoalan tentang perkahwinan. Jawab saya, hanya bonda dan ayahanda bisa menjawab tentang pernikahan. Lalu, dihantar kedua ibu dan bapanya merisik pada Jun 2010. Maka termetrailah ikatan janji pernikahan Disember 2010.

Sekelip mata, zat Yang Esa sangat saya kagumi. Tidak pernah terlintas dalam hati ingin bernikah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Dalam hati berniat, biarlah jalinan cinta terukir setelah ijab dan qabul diucap dan dibalas.

Tidak terkata betapa cerianya saya ketika hari berlangsungnya pernikahan. Tidak sedikitpun hati berdetak ragu dengan cinta dan kasih pemberian Allah Taala ini. Hakikatnya, cinta suci dan halal ini lebih indah untuk kita kecapi.

Saya sebagai insan yang lemah, pernah melakukan dosa dan diri masih dihinggapi noda silam. Saya ingin menyeru kepada semua remaja yang masih belum ada pasangan halal, ketahuilah, cinta sebelum bernikah, yang melanggar prinsip Allah S.W.T, merupakan jalan hidup yang sia-sia.

Tidak ada konsep cinta kekasih dalam Islam. Jika sahabat-sahabat sekalian seorang yang sangat beriman, dan dapat menjaga batas dalam pergaulan cinta lelaki dan perempuan, tahniah saya ucapkan! Jangan sekali-kali mendekati zina! Biarpun zina hati!

Jika tidak mampu mengikut sunnah dan ajaran Islam dalam memupuk cinta, berhentilah daripada menjalin cinta yang membawa dosa dan noda. Katahuilah, jodoh itu ada dalam tangan Allah S.W.T. Berdoalah, kerana doa itu senjata terakhir untuk mengubah takdir dan haluan hidup kecuali satu, iaitu mati.

Percayalah, cinta suci yang sepatutnya kita agungkan selain cinta Allah dan Rasul adalah cinta suami. Ia merupakan cinta agung buat semua wanita dan gadis. Tidak ada dosa, tidak ada haram dalam cinta itu selagi menjadi isteri yang solehah.

Sentuhlah tangannya, Pahala. Ciumlah pipinya, Pahala. Layani kehendaknya, Pahala. Ucapkan kata rindu dan kasih diiringi senyuman mesra, Pahala. Berlembut suara bermanja, Pahala! Apa lagi yang ingin kita cari dalam dunia yang semakin uzur ini, wahai sahabatku, para solehah di luar sana? Bukankah pahala yang kita kejar? Bukankah Syurga matlamat kita?

Tidak ada lain melainkan menjadi isteri yang sangat bahagia, itu idaman setiap insan. Bagi teruna soleh, gadis impian yang bakal menjadi suri hidup mereka, menjadi bidadari dalam setiap hembusan nafas zikrullah, subhanallah!

Carilah cinta suci dan cinta agung. Jauhilah cinta nafsu, sesungguhnya cinta nafsu itu melahirkan penzina. Ketahuilah, balasan Allah sangat dahsyat bagi dosa penzina.

"Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman. Dan orang-orang yang apabila membelanjakan(harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah(pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan(alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni)akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina." (Surah al-Furqaan : 66-69).

Dan kini, saya bahagia bercinta kali pertama setelah menjadi isteri kepada suami yang sangat memahami. Cinta suci yang kami bina bermatlamatkan Syurga. Indahnya bercinta selepas pernikahan. Segala yang dilakukan menjadi halal bagi kami dan pahala buat bekalan di 'sana' nanti. Syukur, sujud dan doa telah Allah kabulkan. Kuasa Allah S.W.T tidak dapat dilawan. Bercintalah, bercintalah, bercintalah! Bercintalah kerana Allah!