Friday, March 25, 2011

HARI KIAMAT

Hari Kehancuran itu adalah PASTI
Posted: 01 Mar 2011 06:50 AM PST
Tazkirah Hari Selasa...

Terima Kasih kepada Hamba Allah yg telah menfowardkan saya tazkirah ini...
dan saya rase wajib saya mengsharekan dan memanjangkan pula kepada sahabat2 yg saya kasihi.....agar dapat kita sama-sama memperingati dan menginsafi asal usul kejadian kita....


Gambaran Hari Qiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

-Pemimpin yang adil.
-Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
-Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
-Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
-Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
-Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
-Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkanAllah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.

Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.


Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

-Sedekah/amal jariahnya.
-Doa anak yang soleh.
-Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


sumber: Amar Sufi

Thursday, March 24, 2011

BINA MINDA POSITIF: Henti cakap 'Padan muka'

Jika terkena pada diri kita sendiri?


BINA MINDA POSITIF: Henti cakap 'Padan muka': "Apabila seseorang menghadapi musibah atau suatu kegagalan, kita patut bersimpati dengan memberi kata2 yang meriangkan dan menggembirakan. K..."

Susahnya untuk Bangun Awal Pagi.

Seronoknya diulit mimpi.
Bahagianya apabila tidur tiada yang mengganggu.
Selimut tebal menutupi badan dan haba panas suam yang damai.
Tidur semakin lena, biarpun azan berkumandang nyaring dilaungkan oleh Bilal
di masjid-masjid (tiada azan bagi yang tinggal di Luar negara).

Terlalu banyak hikmah untuk bangun
pada awal pagi. Terlalu banyak rahsia Subuh yang telah Rasulullah SAW ceritakan. Hikmah mandi pada awal pagi, menyegarkan minda dan merangsang pemikiran.

PAda awal pagi, minda jadi tenang. Tiada hiruk pikuk manusia. Kerana apa?
Kerana semua insan tidak mahu bangun solat Subuh, bagi yang Islam. Bagi yang bukan Islam pula, betapa pagi itu sangat indan jika dihiasi dengan tidur yang lama dan 'sempurna!'.

Kekesalan sewaktu bangun lewat sering terjadi pada diri yang hina ini.
Menjadikan keluhan "Lewat lagi!" itu sebagai penghias
dan kata-kata pertama yang keluar dari mulut yang Allah SWT kurniaan. Betapa naifnya diri ini. Tiada ungkapan ALhamdulillah, "Aku masih hidup sehingga pagi ini!"

Sukarnya untuk bangun pagi dan menunaikan solat Subuh!
Biarpun jam sudah diset. Penggera telefon bimbit diset setiap lima minit!
Semuanya aku padam demi memastikan pagi tidurku tidak terganggu.
ENtah apa, manusia memang selalu rasa tidak cukup!
Biarpun sudah lebih enam jam tidurnya, masih belum merasa puas. Inilah manusia...
Inilah aku.

Entah bila diri ini mahu sedar,
bahawa dunia ini sementara.
Akan nanti tiba waktu tidur yang sangat lama,
dikejutkan oleh malaikat yang hadir untuk menyapa
betapa kufurnya diri sewaktu di dunia!

Bila sampai waktu tidur yang lama itu...
Pasti, rasa cukup juga masih belum ada!

BINA MINDA POSITIF: Parenting - Tak bersedia

BINA MINDA POSITIF: Parenting - Tak bersedia

Doa Untuk Memohon Zuriat

Baiklah, doa untuk dapat zuriat yang dimaksudkan ialah doa Nabi Zakaria yang maksudnya;


"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."

(Surah Maryam ayat 4-5)


Tolong Masukkan Doa dari Surah Al-Furqan : 74

Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.


Berikut adalah do’a-do’anya:

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا
أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.” (Al-Baqarah : 128)

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ
سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (Ali-Imran : 38)

رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ
أَنْ نَعْبُدَ الأصْنَامَِ
Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.” (Ibrahim : 35)

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
Bermaksud: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” (Ibrahim : 40)

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ
يَقُومُ الْحِسَابُ
Bermaksud: “Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Ibrahim : 41)

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ
أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Bermaksud: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Furqan : 74)

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي
أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ
صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي
إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Bermaksud: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Al-Ahqaf : 15)
Mudah-mudahan kita dapat beramal dengannya dan dikurniakan kita semua dengan zuriat yang soleh dan solehah, amin.


Hakcipta manusia dan segala2nya adalah hak Allah SWT , kita hanya berusaha untuk dapatkan sesuatu - anak mithalnya, kita perlu berdoa kepada Yang Maha Berkuasa dan Pencipta alam semesta. Apa yan Allah berikan adalah yang terbaik, hanya kita tak memahami hikmat disebalik sesuatu kejadian atau peristiwa.

Tuesday, March 15, 2011

How to make an icing

kpd yg nk kan resipi icing cupcake (kek biasa bole guna gak)

Chocolate Butter Cream Frosting

Ingredients
5 oz (150g) Butter - softened
8 oz (250g) confectioners (icing) sugar
2 tbls cocoa powder
2 tsp very hot water
Method
1. Beat together the butter and sugar with an electric beater.
2. Once well combined, add the combined cocoa powder and water. Beat until smooth and creamy.

ic cup cakes!

Basic Vanilla Cup Cake Recipe

Ingredients
5 oz (150g) Butter - softened
5 oz (150g) superfine (castor) sugar
6 oz (175g) self-raising flour
3 eggs
1 tsp vanilla extract
Method
1. Pre-heat the oven to 350oF (180oC).
2. Line a 12 cup cake pan, with cup cake papers.
3. Crack the eggs into a cup and beat lightly with a fork.
4. Place all the ingredients in a large bowl.
5. Beat with an electric mixer for 2 minutes, until light and creamy.
6. Divide the mixture evenly between the cake cases.
7. Bake for 18-20 minutes until risen and firm to touch.
8. Allow to cool for a few minutes and then transfer to a wire rack.
9. Allow to cool fully before icing.

Tuesday, March 8, 2011

Bersikap sensitif terhadap bahasa

Penulis ini bukanlah cemburu pada bahasa Mandarin. Sememangnya ditakdirkan bahawa Mandarin merupakan bahasa yang paling banyak penggunanya di dunia walaupun Inggeris masih menjadi bahasa paling luas difahami.

Ini kerana bilangan penduduk China adalah paling banyak di dunia berbanding bangsa lain. Sementara sejarah kekuatan penjajahan British dan kekuasaan besar Amerika Syarikat menjadikan bahasa Inggeris paling luas digunakan.

Tetapi cuma penulis berpendirian bahawa adalah wajar Bahasa Malaysia diutamakan dalam negaranya sendiri, Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Lanjutan daripada itu tentunya adalah wajar untuk menghendaki bahawa akhbar dalam Bahasa Malaysia merupakan akhbar utama di negara ini, baik dari segi edarannya mahupun pengaruhnya. Dan bukannya akhbar berbahasa Inggeris atau Mandarin.

Sememangnya sekarang Mingguan Malaysia merupakan akhbar mingguan tertinggi edarannya dan Mastika merupakan majalah tertinggi edarannya di negara ini. Tetapi itu tidak memadai. Sepatutnya akhbar harian dalam Bahasa Malaysia juga patut mempunyai edaran tertinggi. Hakikatnya tidak demikian. Akhbar berbahasa Inggeris dan Mandarin lebih tinggi edarannya.

Tidak mengapalah kerana negara ini mengamalkan sistem perniagaan bebas. Syarikat akhbar berbahasa Malaysia akan berusaha untuk meluaskan edarannya. Bukan semata-mata untuk tujuan komersial tetapi juga demi bahasa kebangsaan yang merupakan jati diri negara.

Maka sebab itu penulis berasa terkilan apabila ada pihak yang mahu memasang papan tanda nama jalan dalam empat bahasa. Untuk apa? Adakah semata-mata kerana pelancong atau sebenarnya merupakan usaha untuk memperkecilkan bahasa kebangsaan?

Kalau pun benar untuk memudahkan pelancong, tidakkah ia memberi mesej kepada rakyat bahawa kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang tidak sensitif terhadap soal mendaulatkan bahasa kebangsaan?

Banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang khususnya berhubung pembelaan rakyat susah dan membanteras penyelewengan seperti yang terkandung dalam manifesto pilihan raya mereka.

Tetapi mengapakah mereka mahu menyentuh soal-soal sensitif seperti mengenai bahasa kebangsaan? Adakah itu kehendak pengundi yang memilih mereka? Atau sememangnya mereka tidak sensitif dalam hal ini?

Sementara sebuah lagi kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang memberi biasiswa kepada pelajar Melayu dan India yang mahu belajar bahasa Mandarin. Tujuannya ialah untuk menjadikan warga negerinya lebih berdaya saing memandang bahawa bahasa Mandarin sudah menjadi penting di dunia ekoran kemunculan China sebagai kuasa ekonomi yang pesat berkembang.

Bahasa Mandarin

Hujah bahawa bahasa Mandarin menjadi lebih penting adalah benar. Begitu juga dengan hujah bahawa negeri-negeri wajar lebih berdaya saing dengan menguasai bahasa Mandarin. Tetapi dalam menyedari mengenai hakikat ini, seseorang warga Malaysia mesti bersikap sensitif terhadap soal bahasa di negara ini dengan kedudukan Bahasa Malaysia yang tidak begitu dihayati secara menyeluruh.

Penulis menerima hakikat bahawa Bahasa Malaysia tidaklah bernasib sebaik apa yang dialami oleh bahasa-bahasa kebangsaan di negara-negara lain. Apabila negara ini memperkenalkan sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Malaysia, sebahagian rakyat negara ini menghantar anak mereka ke sekolah bahasa bukan kebangsaan. Demi sensitiviti soal pendidikan dalam bahasa ibunda, rakyat negara ini menerimanya.

Tetapi janganlah bersikap tidak sensitif terhadap soal Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Kini sudah timbul persoalan apakah ada usaha untuk meminggirkan Bahasa Malaysia dengan menggunakan cara-cara terselindung atas hujah-hujah lain? Mungkin ini hanya perasaan yang terdetik apabila melihat perkembangan yang mencabar Bahasa Malaysia.

Mungkin tidak ada agenda apa-apa bagi pihak yang menganjurkan penggunaan pelbagai bahasa di negara ini. Tetapi itulah sensitiviti seorang Melayu yang melihat bahasanya dicabar.

Banyak pihak akan menuduh golongan yang mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai language purist, language chauvinist, language extremist atau language nationalist. Ada pula yang menyatakan pendokong Bahasa Malaysia sebagai kolot, provincialist atau ketinggalan zaman dan pelbagai macam kata-kata menghina.

Bagi negara ini, mempertahankan Bahasa Malaysia amat penting. Sebarang usaha untuk menghakiskan kehormatan Bahasa Malaysia akan mendatangkan tindak balas (backlash) yang besar. Untuk apa bertikai tentang bahasa. Tindakan memperkenalkan papan tanda jalan dalam empat bahasa menyinggung sensitiviti. Kemudian ada pihak pula membawanya ke mahkamah dan tentu akhirnya bahasa yang kegunaannya adalah untuk berbicara akan dibicarakan. Ia bukan tindakan yang membina.

Malaysia memerlukan banyak pembaharuan dalam ekonomi, politik dan budaya. Tetapi sedarlah tentang sensitiviti terhadap Bahasa Malaysia.

NOTE : Jaga bahasa dan jaga cara berbahasa. Ada dalam kalangan manusia yang tidak fasih berbahasa tetapi sangat berbahasa. Malangnya, manusia yang petah berbahasa, lancang lidahnya, tidak menjaga bahasa!

Friday, March 4, 2011

Azab bagi wanita

Azab bagi wanita

Peringatan yang berulang : Azab bagi wanita
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan

timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fat imah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

19 Keistimewaan Wanita

19 Keistimewaan Wanita


1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."

8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).

12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan

18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”


pinjam copy paste daripada lama http://jendelahikmah05.blogspot.com/2005/08/isteri-solehah-pasti-pelihara-10-sifat.html