Thursday, May 30, 2013

UBAH DIRI UNTUK JADI YANG TERBAIK

Cari jalan untuk kehidupan yang lebih baik daripada semalam yang indah.
1. Jaga pemakanan
2. Jaga iman keseluruhan ibadah
3. Jaga badan, keseluruhan luar dan dalam.
4. Jaga hati
5. Jaga nafsu

Amalkan,
1. Quran
2. Senyum
3. Bersangka baik
4. Bercakap / menulis yang baik - baik /mendoakan

Jalani kehidupan dengan
1. Sabar.
2. Redha.
3. Bersangka baik.

Jaga kesihatan dengan
1. Amalkan pemakanan sunnah Rasul
2. Yang halal
3. Makanan organik tanpa bahan kimia, maksudnya.
4. Elakkan menzalimi diri sendiri dan poket.

Ada yang mahu ditambah? Silakan.

Monday, May 27, 2013

AUTUMN kembali lagi.

Walaupun sudah hampir Jun, musim gugur baru sahaja menjengah dan baru sahaja menunjukkan diri. Dedaun berguguran, kemerahan, kekuningan.

Cantik. Terima kasih Allah atas hadiah ini.

Friday, May 10, 2013

ULASAN UNTUK -kita tak apa.

Nor Azlin Itu kita. Kita tergolong dalam golongan sederhana. Dan kita ada alternatif lain, tapi kita lihat yang kebih susah darioada kita. Tak mampu bayar bil elektrik, bergelap malam, bertemankan sebatang lilin, anak anak siapkan kerja sekolah dalam lampu yang samar. Kita mampu mandi, 2-3 kali sehari, dan itu kita kira berjimat, apatah yang golongan papa kedana, nak mandi pun sehari sekali takut sebab anak ramai. Kita boleh anggap kita akan berjimat. Tapi sejimat jimat kita, kita tak rasa susahnya hidup jadi golongan miskin. Yang nak beli beras pun perlu bergadai itu ini. Kita boleh kata, kita makan roti kalau nak jimat, golongan miskin, sebuku roti, lama mana mampu bertahan. Anak anak perlukan zat membesar. Kita tak kisah pun sesiapa yang memerintah. Cuma kita mahu yang memerintah itu juga mengawal. Kawal harga barang supaya semua golongan dapat rasa kelebihannya. Kalau minyak kenderaan mahal, kita boleh naik motor. Tapi kalau golongan miskin ada motor sahaja, jauh pula dari pekan, tak ada pula bas yang lalu di hadapan rumah, ke mana pertolongannya? Setiap kali keluar mahu minta tolong orang. Bila minyak naik, semua barang akan naik. Kita tak apa... kita masih mampu tersenyum. Kita masih kata kita boleh berjimat. Tapi kita lupa, ada saudara kita yang nak berjimat pun tak boleh, kehidupan mereka sehabis habis jimat, berlapar untuk anak, nasi bersiram air garam, bilis pun mahal. Bilis murah, bilis yang keras. Bayi sudah disuap kopi, kerana apa, kerana ibu tidak ada ilmu penyusuan badan, sudah tidak berduit susu tepung juga mahal. Bayi menyusu lebih 20kali sehari. Berapa lama dapat bertahan, satu tin susu? Kita kata tak apa, boleh jalan kaki kalau minyak naik harga. Si ayah perlu berilang alik hantar anak ke sekolah kebangsaan, sekolah agama pagi dan petang. Nak biarkan anak berjalan sendiri, nah, jenayah kini berleluasa. Hendak atau tidak, perlukan juga motorsikal. Asalkan anak selamat oergi dan pulang. Kita tak apa, kita duduk dalam bandar. Kedai sekangkang kera dengan rumah. Nah, lapar? KFC kita cari, burger, paling murah, roti dan tuna. Orang lain? Kedai ber meter2 dari rumah. Berjalan kaki, ambil s3jam dua juga mahu sampai. Bercakap daripada pengalaman, Na. Kampung datuk nenek kami jauh diceruk kampung. Dalam kampung tu, sebuah kedai pun tak ada. Penduduk kampung, hanya ada 8buah keluarga. Semua warga emas. Yang ada anak tinggal bersama, bukannya bijak, sudah kahwin dengan penoreh getah. Cucu berkeliaran tak diendah. Asalkan selamat, sudah. Mahu kekedai, pergi ke kampung sebelah. Selama mana bertahan minyak motor, besar mana sangat peti ais atuk nenek nak beli bekalan makanan sebulan direct tanpa perlu berulang ke kedai selalu untuk jimatkan minyak kenderaan. Semuanya bersangkut paut, Na. Sedih. Kita sedihtengok orang miskin. TV pun tak ada. Kalau ada, jarang dibuka sebab jimat bekalan elektrik. Atuk nenek sudah bongkok, harapkan bantuan menantu si penoreh getah nak tanggung mak ayah, isteri dan anak anak. Kalau hujan, apalah oendapatan mereka. Sebesar mana sangat kebuh getahnya. Kita tak apa, Na. Sederhana kita, kita mampu melancong. Sederhana kita, kita mampu berselimut tebal kala malam sejuk dingin hujan. Sederhana kita, kita mampu beli payung teduh hujan dan panas. Pengalaman sebagai cucu oada datuk dan nenek yang tinggal di kampung nun jauh dari pekan waima bandar, ya, masih ada golongan yang kais pagi makan pagi, kais oetang makan oetang. Kalau tidak berkais, ibu bapa tak apa berlapar janji anak dapat sesuap nasi. Hanya Allah yang tahu. Kita tak apa. Kita sederhana dan kita ada banyak solusi lain unyuk rasa mewah dan masih mampu. Kita tak apa. Kita tak apa.