Friday, June 21, 2013

homemade : play-doh. Murah dan tidak bahaya

malam ini secara sukarela, Mummy dan Aina buat play-doh. Aina dah tak ada mainan nak main. Semua dah masuk ke dalam kotak.

Jadi, Mummy pun bancuhlah doh sendiri.

Bahan-bahannya :
** tepung gandum
** garam
** cuka
** pewarna yang selamat

bancuh semua sampailah tak melekit. Perhatikan, main bersama-sama anak anda. Jangan biarkan mereka makan doh itu walaupun anda rasa selamat.

Letak garam banyak-banyak, kalau anak letak dalam mulut pun, dia akan rasa tak sedap, dan dia akan buang semula.

Doh ini murah, selamat. Daripada beli doh mahal-mahal, kan.. :)

Sekian. Kami sudah mencuba homemade play-doh. Semoga dengan perkongsian ini, akan buat anak-anak anda gembira dan bermain dengan selamat. 

Thursday, June 20, 2013

DISHWASHER - kenapa tidak popular di Malaysia?

Sudah menjadi kelaziman kita, sebagai rakyat Malaysia membasuh pinggan dengan air paip sahaja. Tidak perlukan mesin.

Basuh kain, sudah lama kita tinggalkan sejarah membasuh kain di pinggir sungai atau membasuh kain dengan tangan.

Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki saya dengan pembelian dishwasher second hand dari seseorang. Memang tidak dinafikan, nampak macam pemalas, kan?

Jujur, saya memang paling bosan, kerja basuh pinggan. Saya memang dari kecil suka mengelak daripada basuh pinggan. Suruhlah saya menyapu, basuh kain, atau yang lain.

Adat semasa masih kecil, memang liat buat kerja bila emak suruh. Dah kahwin, semuanya kena buat sendiri, automatis!!!

Sejak ada dishwasher, yang paling penting di sini, saya perlu jimat menggunakan bekalan air. Air di rumah kami, ejen rumah yang bayar. Pernah sekali, kami ditegur oleh ejen kerana terlebih limit memakai bekalan air. Jadi, dengan ada kemudahan dishwasher, saya sudah kurang guna air. Jimat. Penggunaan dishwasher hanya perlukan beberapa liter, air diputar di dalam mesin, sampailah pinggan kita bersih dan tidak berbau.

Nampak macam cool ke, mengada-ngada? Katalah apa sahaja, penggunaan dishwasher sama sahaja macam mana kita mahu ada mesin basuh kain. Tidak jauh berbeza.

Cuma, yang memeningkan kepala saya sekarang, adakah di Malaysia mudah untuk dapatkan sabunnya?

Sesiapa yang tahu, mohon emel saya, di norazlinkamarudin@yahoo.com.

Saya berterima kasih jika ada yang sudi berkongsi maklumat tentang dishwasher dan sabunnya di Malaysia.

Chiao!!!

KAWAN BAIK

Entah kenapa sejak kebelakangan ini, saya dapat rasakan saya bukan sahabat yang baik
saya bukan kawan yang baik.

Saya juga tidak ada kawan baik. Apatah lagi sahabat yang benar-benar saya boleh kongsikan segalanya.

Yang ada buat masa ini, hanyalah suami.
Di mana rakan lama saya.
Ke mana semuanya pergi.

Adakah ada kesilapan saya yang buat mereka semua menjauh?

Ya, saya muhasabah diri.

Buat adik, dan saudara yang lain. Muhasabahlah diri jika berlaku sebarang kesulitan.
Sesungguhnya, setiap yang berlaku, bersebab dan berpenyebab.

Wednesday, June 12, 2013

isteri, pakailah pakaian sopanmu, demi Syurga buat suami dan seluruh keluargamu

Salam sejahtera.

Assalamualaikum semua. Saya tak kisahlah siapa yang baca apa yang saya tulis. Cuma, saya terdetik mahu berkongsi, walaupun saya masih belum 100% menutupi keseluruhan aurah saya.

Sebagai isteri, kalau dapat suami yang suka menegur, sangatlah bahagia. Salah kita, silap kita yang kita terlupa, terabai, Alahmdulillah, ada suami untuk tegur.

Tapi kalau suami kita lupa, belajarlah daripada rakan rakan dan beranikanlah diri untuk berubah. Pernah suatu ketika, saya berasa malu untuk berubah. Semua orang akan tanya, kenapa? Mahu ke mana?

Bertudung, berstoking, memakai sarung lengan atau baju cantik dan tidak ketat, bukan semata mata untuk solat sahaja. Hakikatnya, jika kita solat tanpa memerlukan telekung, maka itulah maksudnya pakaian sebenar muslimah.

Tapi kita, berhabis duit beli baju peplum (Abaikan kesalahan ejaan) berhabis duit beli baju kebaya, berhabis duit beli tudung pendek yang harganya mencecah RM100 hingga RM600.

Tapi telekung kita, berapa ringgit? Berapa banyak corak bunga sulam pada telekung kita? Berapa kali sembur minyak wangi pada telekung kita? DAN PALING TERUK BERAPA BANYAK TAHI LALAT PADA TELEKUNG KITA?????

Kita lupa, setiap kali kita keluar rumah, kita hanya ambil berat pandangan orang, bukan pandangan ALLAH. Setiap kali mahu ke majlis makan makan, kita ambil berat baju nampak perut buncit atau tidak. Kita jarang sekali meletakkan ALLAH pada tempat teratas dalam fikiran kita. Kita asyik fikirkan pandangan manusia lain.

Saya belajar sejak saya duduk di Australia, pakailah apa sahaja asalkan saya lengkap menutup aurat. Tidak perlu kisahkan pandangan manusia dan ya, warga Inggeris memang tak kisah, apa yang kita pakai. Tak akan ada orang yang nak pandang. Lihat perbezaan warga bukan Islam dan Islam. Kita beriman kepada Allah tapi kita sangat sibuk fikirkan apa orang nak kata. Tapi warga belum Islam, mereka tidak kisah akan kata kata orang, asalkan mereka yakin dengan apa yang mereka buat, sudah bagus.

Maksud saya, warga Inggeris, pakai selipar masuk supermarket, hypermarket, sikit pun mereka tak kisah. Selipar pun sudah haus. Kalau kita? Kalau pakai selipar rasa malu sangat. Tapi tak pakai stoking, kita tak malu pun? Sedangkan Islam tak tetapkan pun jenis kasut, Islam terapkan penutupan aurat untuk wanita muslim.

Kalau pasal baju, orang sini baju diorang kadang kadang beli kedai bundle je. Kalau kita, selagi bukan NIKE, selagi bukan POLO, malu nak keluar. Macam macam kan...

Suami, timbalah ilmu, jadi imam sejati. Bawalah makmun masuk dan dekat dengan Syurga. Pujuk baik baik isteri supaya menutup auratnya.

Isteri tak tutup aurat, dosanya suami..
Anak perempuan tak tutup ayrat, abah dan abang abang jadi sasaran.
Buat adik adik perempuan yang masih belum bernikah, kasihanilah ayanandamu... Jangan jadikan ayahandamu bahan dimasukkan ke neraka kerana tidak menutup auratmu.

Saya masih dalam proses belajar. Saya tak malu berbaju kurung walau ke mana pun.
Dan kini, saya dalam proses menghapus semua seluar panjang yang saya ada.

Mohon doakan.

MENDUNG DAN CERAH

Sudah lama rasanya saya tidak menulis. Dan entah kenapa saya rasa saya tidak perlu menulis lagi.

Saya rasa bahagia hari ini sebabnya matahari mulai menunjukkan diri. Setelah seminggu lebih, hari mendung dan kelam.

Itulah dugaan tinggal di sini. Kadang kala, matahari tidak ada hampir 2 minggu. Bila ada, panasnya lebih panas daripada Malaysia, terutamanya apabila musim panas. Suhu panas mencecah 40degree, sesetngah tempat. Serasa saya, Malaysia masih belum ada suhu 40degree dalam sebulan...

Alhamdulillah, apa apa pun saya bersyukur kepada Allah yang memberi peluang saya tinggal di negara orang. Saya belajar ilmu baru yang sangat banyak. Tidak tersimpan rasanya.

Allah mengaturkan kehidupan kami dengan sangat baik. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Bagi rakan pembaca yang masih berasakan hidupnya belum ada bahagia dan belum ada masa hadapan yang cerah, bersabarlah dan teruskan berdoa.

Sesungguhnya yang kita rasakan baik untuk kita, belum tentu lagi...
Yang Allah sediakan itu, berjalanlah terus. InsyaAllah, di situlah kebahagiaannya.

Salam sayang,

Lyn
TOOWOOMBA

Saturday, June 1, 2013

Petua demam , cold, selesema, batuk untuk anak

Home remedy,

# buat sup ayam, letak baaaaaanyak onion dan garlic. seleri. ambil sikit minyak olive oil atau apa2 minyak bakar garlic dan tenyeh2 pada minyak. sapu minyak pada tapak kaki anak, dada, belakang badan. buat garlic socks. potong garlic nipis2, letak pada tapak kaki, pakaikan stokin. supaya garlic melekap pada kaki sepanjang malam, kalau tapak kaki anak merah xtahan garlic, boleh guna lemon.

ubat batuk, lemon dan madu. 

sewaktu anak tidur, potong bawang merah belah 4, letak sekeliling tempat tidur anak. kenapa guna bawang, mcm bomoh pula, seba bawang ialah antivirus. 

sup ayam, reneh lama2 sampai tulang pun lembut...

#   Pasal steaming, kalau bilik air ada tap panas, buka smpi berwap, duduk la dlm tu smpi rasa lega...

saya belajar daripada rakan rakan FB juga. mereka sahabat yang banyak membantu dari sudut kesihatan dan ilmu sebagai ibu...

Saya amat berterima kasih kepada mereka.