Wednesday, June 12, 2013

isteri, pakailah pakaian sopanmu, demi Syurga buat suami dan seluruh keluargamu

Salam sejahtera.

Assalamualaikum semua. Saya tak kisahlah siapa yang baca apa yang saya tulis. Cuma, saya terdetik mahu berkongsi, walaupun saya masih belum 100% menutupi keseluruhan aurah saya.

Sebagai isteri, kalau dapat suami yang suka menegur, sangatlah bahagia. Salah kita, silap kita yang kita terlupa, terabai, Alahmdulillah, ada suami untuk tegur.

Tapi kalau suami kita lupa, belajarlah daripada rakan rakan dan beranikanlah diri untuk berubah. Pernah suatu ketika, saya berasa malu untuk berubah. Semua orang akan tanya, kenapa? Mahu ke mana?

Bertudung, berstoking, memakai sarung lengan atau baju cantik dan tidak ketat, bukan semata mata untuk solat sahaja. Hakikatnya, jika kita solat tanpa memerlukan telekung, maka itulah maksudnya pakaian sebenar muslimah.

Tapi kita, berhabis duit beli baju peplum (Abaikan kesalahan ejaan) berhabis duit beli baju kebaya, berhabis duit beli tudung pendek yang harganya mencecah RM100 hingga RM600.

Tapi telekung kita, berapa ringgit? Berapa banyak corak bunga sulam pada telekung kita? Berapa kali sembur minyak wangi pada telekung kita? DAN PALING TERUK BERAPA BANYAK TAHI LALAT PADA TELEKUNG KITA?????

Kita lupa, setiap kali kita keluar rumah, kita hanya ambil berat pandangan orang, bukan pandangan ALLAH. Setiap kali mahu ke majlis makan makan, kita ambil berat baju nampak perut buncit atau tidak. Kita jarang sekali meletakkan ALLAH pada tempat teratas dalam fikiran kita. Kita asyik fikirkan pandangan manusia lain.

Saya belajar sejak saya duduk di Australia, pakailah apa sahaja asalkan saya lengkap menutup aurat. Tidak perlu kisahkan pandangan manusia dan ya, warga Inggeris memang tak kisah, apa yang kita pakai. Tak akan ada orang yang nak pandang. Lihat perbezaan warga bukan Islam dan Islam. Kita beriman kepada Allah tapi kita sangat sibuk fikirkan apa orang nak kata. Tapi warga belum Islam, mereka tidak kisah akan kata kata orang, asalkan mereka yakin dengan apa yang mereka buat, sudah bagus.

Maksud saya, warga Inggeris, pakai selipar masuk supermarket, hypermarket, sikit pun mereka tak kisah. Selipar pun sudah haus. Kalau kita? Kalau pakai selipar rasa malu sangat. Tapi tak pakai stoking, kita tak malu pun? Sedangkan Islam tak tetapkan pun jenis kasut, Islam terapkan penutupan aurat untuk wanita muslim.

Kalau pasal baju, orang sini baju diorang kadang kadang beli kedai bundle je. Kalau kita, selagi bukan NIKE, selagi bukan POLO, malu nak keluar. Macam macam kan...

Suami, timbalah ilmu, jadi imam sejati. Bawalah makmun masuk dan dekat dengan Syurga. Pujuk baik baik isteri supaya menutup auratnya.

Isteri tak tutup aurat, dosanya suami..
Anak perempuan tak tutup ayrat, abah dan abang abang jadi sasaran.
Buat adik adik perempuan yang masih belum bernikah, kasihanilah ayanandamu... Jangan jadikan ayahandamu bahan dimasukkan ke neraka kerana tidak menutup auratmu.

Saya masih dalam proses belajar. Saya tak malu berbaju kurung walau ke mana pun.
Dan kini, saya dalam proses menghapus semua seluar panjang yang saya ada.

Mohon doakan.

No comments:

Post a Comment