Thursday, June 20, 2013

DISHWASHER - kenapa tidak popular di Malaysia?

Sudah menjadi kelaziman kita, sebagai rakyat Malaysia membasuh pinggan dengan air paip sahaja. Tidak perlukan mesin.

Basuh kain, sudah lama kita tinggalkan sejarah membasuh kain di pinggir sungai atau membasuh kain dengan tangan.

Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki saya dengan pembelian dishwasher second hand dari seseorang. Memang tidak dinafikan, nampak macam pemalas, kan?

Jujur, saya memang paling bosan, kerja basuh pinggan. Saya memang dari kecil suka mengelak daripada basuh pinggan. Suruhlah saya menyapu, basuh kain, atau yang lain.

Adat semasa masih kecil, memang liat buat kerja bila emak suruh. Dah kahwin, semuanya kena buat sendiri, automatis!!!

Sejak ada dishwasher, yang paling penting di sini, saya perlu jimat menggunakan bekalan air. Air di rumah kami, ejen rumah yang bayar. Pernah sekali, kami ditegur oleh ejen kerana terlebih limit memakai bekalan air. Jadi, dengan ada kemudahan dishwasher, saya sudah kurang guna air. Jimat. Penggunaan dishwasher hanya perlukan beberapa liter, air diputar di dalam mesin, sampailah pinggan kita bersih dan tidak berbau.

Nampak macam cool ke, mengada-ngada? Katalah apa sahaja, penggunaan dishwasher sama sahaja macam mana kita mahu ada mesin basuh kain. Tidak jauh berbeza.

Cuma, yang memeningkan kepala saya sekarang, adakah di Malaysia mudah untuk dapatkan sabunnya?

Sesiapa yang tahu, mohon emel saya, di norazlinkamarudin@yahoo.com.

Saya berterima kasih jika ada yang sudi berkongsi maklumat tentang dishwasher dan sabunnya di Malaysia.

Chiao!!!

No comments:

Post a Comment