Tuesday, July 31, 2012

30 Julai, tepat 0000hours.

Tak pernah sekalipun dalam hidup, perkara ngeri sebegitu dilalui oleh diri yang kerdil ini.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan, agar apa yang telah Engaku ambil, Kau gantikan dengan yang lebih baik.

Keseorangan, menghadapai saat getir hidup dan mati.

Ya Tuhan, berikanlah aku ketabahan agar aku redha akan ketentuan-Mu.

Ramadhan oh Ramadhan,
Bulan untuk kami,
Dalam bulan itu juga kami diuji,
Berikanlah kami sesuatu yang telah kami hilang,
Lebih baik daripada itu.

Bantulah aku Ya Rabb,
hapuskanlah air mataku ini.

Wednesday, July 25, 2012

Andy Allen, Australia's Masterchef 2012

Yeay! He win!

And the best thing for me, he win for his best mate, Benny!

Go Andy! I will wait for


your cookbook! :))

And this is his best mate! Benny! From Tasmania if I'm not mistaken.


And again, this is top 3! Julia, Audra and Andy.. :)


Monday, July 23, 2012

Aurat : tANGGUNGJAWAB AYAH DAN ANAK LELAKI


Kepada adik peremuan yang belum berkahwin, AURAT KAMU ADALAH TANGUNGJAWAB SAUDARA LELAKI KAMU. ABANG DAN ADIK LELAKI YANG SUDAH BALIGH. DAN YANG PALING UTAMA, AYAH!

*Maka, tutulah aurat kamu kalau kamu sayangkan abang, adik lelaki dan ayah kamu.

Kepada kakak yang masih belum berkahwn, aurat kamu juga adalah anggngjawab mereka tadi. Bersialah dengan ilmu. Jangan sia-siakan kecantikanmu dilihat oleh lelaki ajnabi.

Aurat seorang ibu : Adalah tangungjawa suaminya, anak lelakinya (sudah baligh) . Jadi tutuplah aurat. Selangkah siibu keluar tidak menutup aurat, selangkah juga suami(ayah) dan anak-anak lelakinya ke Neraka!

Sebagai kakak, aku memohon kepada adik-adikku, ibu-ibuku, kakak-kakakku, tutuplah aurat. Kerana auratmu adalah tanggungjawab suamiku. JANGAN SERET SUAMIKU KE NERAKA WAHAI SAUDARAKU!

Jom Jadi Isteri Baik dan Solehah!


Kepada semua isteri :

Berusahalah jadi isteri yang baik dan SOLEHAH juga. Ingat, setiap langkah kita keluar tanpa menutup aurat, selangkah juga suami ke Neraka!

Doa Hindari Sikap Panas Baran

Daripada Ustaz Zahazan Mohamed


Doa dapat mengawal diri daripada sifat panas baran:

'Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah, bersihkanlah hati ku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran'. Rwyt al-Tarmizi.


Friday, July 20, 2012

Berpuasa untuk ibu mengandung dan menyusukan :)

Ramadhan datang lagi!

Alhamdulillah. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu.

Rindunya berjemaah Terawikh di kampung dengan seluruh warga kampung..:) Dengan emak dan kakak2... (T____T)

__________________________________________________________________________________


Berpuasa untuk ibu mengandung, kalau sedang awal kehamilan, kalau mabuk-mabuk, banyakkan minum Halia Beer, bukan air arak tau, tapi Jus Halia.. Atau Ginger Bread.

Actually, orang yang kuat mabuk dan muntah masa awal kehamilan tu, dalam perutnya banyak angin.. Jadi banyakkan minum air halia. Dan semua yang berunsur halia..

Pesanan doktor dulu ..:) Saya pun ada juga ponteng puasa sebab pagi-pagi dah nak muntah-muntah. Habis juadah bersahur keluar semula.. Macam mana nak puasa kan.. Redha sahajalah. Tapi jangan lupa GANTI!


Kalau bagi ibu yang menyusu dan berpuasa, pastikan waktu sahur makan makanan yang berzat dan karbo yang tinggi. Pastikan juga makan makanan yang tinggi kandungan fibre... Sebab takut dehydrate dan kemudian sembelit pula!

Contoh makanan yang tinggi kandungan fibre ialah prune (Sunsweet tu) ataupun Figs (Buah Zaitun) So, selain kurma, amalkan buah yang dua ini ya!

Jangan skip makan sahur dan makan nasi. Minum minuman bertenaga dan pastikan malam sebelum tidur, minum air sebanyak yang mungkin. Dalam masa selepas berbuka tu, minumlah selalu.. Jangan risau perut buncit ye... Janji kandungan air dalam badan banyak dan tak kering badan tu bila baby kuat menyusu...


Makan seperti dalam piramid makana. Pastikan semua zat ada..:) Buah dan sayur hijau sangat penting!


Salam Ramadhan 2012

Alhamdulillah, usai sahaja Zuhur, saya sudah mulai rasa akan kehadiran Ramadhan. Suasana yang sunyi dan bunyi-bunyian unggas yang memenuhkan halwa telinga.

HAti sunyi lagi. Anak tidur, suami ke Uni. Mulalah teringat akan hal di kampung. Entah bagaimana emak dan abah menyambut Ramadhan kali ini. Dengan kesihatan yang tidak begitu baik, Ya Allah, Kau bantulah emak dan abah.

Kuatkan mereka. Berikan mereka 1001 kekuatan luar biasa Ramadhan kali ini.. Amin!


______________________________________________________________________________________

Puasa di sini ada yang jatuh pada hari Jumaat, ada juga esok, Sabtu.
Apa-apa pun, puasa tetap puasa. Jangan ada yang sengaja tak berpuasa, dengan alasan mengandung( walau tak ada apa-apa masalah), menyusu (tak ada apa-apa masalah) dan sakit gastrik!

Ingat, puasa itu wajib bagi umat Islam yang cukup syarat. Dan semalam, saya berpeluang bertanyakan hal puasa kepada pensyarah saya di USM, Dr Jasni Sulong.

Jawapan beliau sama dengan jawapan saya, biar apa pun, ibu yang mengandung dan menyusu perlu ganti puasa. Puasa itu wajib, tidak sekadar bayar fidyah sahaja. Biarpun setiap tahun mengandung dan menyusu...

Jangan ambil ringan bab ibadah wajib...

Kalau berganda tahun, tidak perlu berganda seperti orang yang sengaja tinggal puasa. Ibu mengandung dan menyusu, jika langkau tahun, perlu bayar kadar fidyah sama seperti puasa yang dia tinggalkan, tapi WAJIB ganti puasa.

Tapi masih ada yang kata, tidak perlu ganti... Saya keliru di situ. Tapi kali ini saya tidak keliru. Tinggal 13 hari, kalau langkau tahun, WAJIB ganti puasa 13 hari dan fidyah 13 cupak beras.

itu kaedahnya.

Bukan tak puasa dan terus bayar fidyah tanpa ganti. Masya'Allah, puasa itu wajib... Dan ada sebab-sebab tertentu kalau tak ganti puasa, mungkin? Nanti saya tanyakan lagi kepada orang2 yang betul2 belajar agama... Yang sumbernya boleh dipercayai..

Kalau setakat tanya kepada kawan-kawan, takut nak percaya, Ya kalau dia alimah sekalipun, masih boleh diragui jawapannya selagi dia tak beri sumber sebenar hadith dan sebagainya..

Kalau bercakap dari segi logik, Islam ada peraturan, tapi Islam tidak kejam. Lagipula, Islam itu indah.. Kan...

SELAMAT BERPUASA SEMUA!!

Friday, July 6, 2012

Isteri Solehah

Bukan mudah untuk dapat title isteri solehah.

Bukan juga MUSTAHIL!

Kita wanita biasa. Tapi mampu untuk jadi luar biasa. Macam mana?

Saya beri contoh diri saya sendiri. Dahulu, saya seorang yang jahil. Buruk perangai dan sangat liar. Betul!

Akhirnya, saya diberikan kekuatan daripada Allah untuk meninggalkan yang haram dan menantikan yang halal.

Alhamdulillah, yang halal itu Rahmat dan kebahagiaan sehingga kini. Emak dan ayah juga sudah tidak risau tentang anaknya yang satu ini..

Wanita solehah bukan mustahil. Dan tahniah, masih ada pihak yang peka dengan info dan niat saya berkongsi hal-hal isteri dalam blog ini.

Blog ini bukan blog nak cerita hal kehidupan saya sahaja hari ke hari. Bukan juga nak cerita pasal anak dan suami 24-7. Tentu ramai yang jemu walaupun pembaca blog ini tidak seramai blog2 terkemuka lain... Tapi cukuplah sekadar, nasihat, ilmu dan info dari sini bermanfaat.. Yang negatif, tak payah la ambil. Kadang-kadang, saya emosi..:)

Alhamdulillah, masih ada rakan saya yang mahu berubah dan mahu upgrade diri jadi isteri solehah. Alhamdulillah!

Marilah kita bersama-sama menuju ke arah kejayaan.. Jangan berada pada tahap yang sama dan tiada perubahan dan jangan lakukan perubahan yang negatif!

Ciri-ciri wanita solehah, belum ada dalam diri saya. Saya juga masih belajar. Tapi ada sedikit infonya di sini :


Semoga bermanfaat!

**Kalau saya salah, saya akan minta maaf kepada suami! Berubah demi kebahagiaan dunia dan akhirat! Allahuakbar!

Wednesday, July 4, 2012

winter trip : Toowoomba - Melbourne - Canberra - Sydney - Toowoomba

Masa untuk honeymoon!

Honeymoon dengan suami setelah berpindah ke Toowoomba, 2 minggu selepas bernikah. Dan kemudian, kami hanya duduk di rumah menjalankan aktiviti rutin.

Kemudian lahir Nur Aina, cahaya mata pengikat kasih sayang mummy and daddy. Alhamdulillah, hasrat suami untuk makan angin bersama tercapai, minggu lalu.

Bertolak dari rumah ke Melbourne, mengambil masa dalam 20jam dan jarak hampir 1400km, kami sampai di homestay Encik Badrul. Sejuk, dan memang sejuk. Tahankan sahaja dengan baju tebal dan heater yang kami bawa. Kasihan Aina. Mungkin dia kesejukan..

Di Melbourne:

Hari pertama sampai jam 10 malam. Kami hanya tidur dan recharged akibat keletihan memandu (bergilir) walaupun suami lebih banyak memandu daripada saya. :P

Kami berehat di homestay dan kemudian bertolak ke Mt Buller untuk main salji. Oh, Aina kesejukan semasa di salji Mt Buller.. Almaklumlah, baru 4 bulan di bawa ke salji, sudahnya dia meragam mahu dipeluk 24-7!

Dapat juga letakkan Aina berbaring di atas salji. Biar dia rasa. Nanti dah balik kampung, dapat salji ABC saja!

Hari seterusnya, kami habiskan masa di bandar Melbourne. Akhirnya tercapai juga nafsu muda remaja (agaklah muda remaja yang dah ada anak seorang!) Jalan-jalan dengan suami di bandar, dari pagi bawa ke malam, memang heaven! Itulah hikmah hubungan yang HALAL. Tak ada rasa takut dan tak ada rasa malu. Rasa selamat dengan suami.

Kami gunakan kenderaan awam sepenuhnya. Mudah jimat minyak kereta. Memang mudah naik kenderaan awam. Child (pram) safety and care. Mudah nak bawa pram, sebab semua orang akan bagi laluan dekat kita.

Satu sahaja keinginan suami, mahu naik Eureka Skydeck Melbourne yang saya tak penuhi. Ha ha. Takut! Gayat! 88 tingkat dan lihat surrounding Melbourne! Boleh pengsan wooo... Nanti-nantilah kita naik, ya!

Kami habiskan masa 2 hari berjalan-jalan sekitar bandar Melbourne dan beratus-ratus keping gambar kenangan diambil.

Kami masuk ke NGV (National Gallery Victoria, yang mengumpulkan hasil seni aborigin Australia dan seni dunia. Pegawai keselamatan di situ sangatlah garang dan masam. Mungkin mereka perlu berwatak begitu, untuk menunjukkan bahawa mereka menjaga harga hasil seni yang bernilai berjuta-juta dollar, mungkin! Takutnya masuk NGV!

Suhu, sejuk giler!!!!!

Di Melbourne, kononnya kami nak hilangkan mengidam KFC! Ada KFC halal. Tapi Fried Chickennya tak sesedap KFC Malaysia. Memang totally 0... Sekadar nak lepaskan gian KFC je.. Hu hu hu...


Seterusnya, kami bertolak ke Sydney dan singgah di Canberra. Canberra merupakan Capital City Australia. Di situlah Parliament, Old Parliament House dan Cabinet.

Kami singgah di Canberra selama hampir 6 jam. Makan di Roti House, Canberra yang menyajikan makanan Malaysia. Akhirnya! Saya dapat makan Ais Kacang (walaupun cuaca musim sejuk) dan dapat makan nasi goreng kampung and ROTI CANAI TELUR!!

Alhamdulillah... Sedap sangat roti canai Canberra berbanding Roti Canai di MAMAK, Sydney. (Nanti saya ceritakan)

Di Canberra, kami masuk ke Parliament. Saya ketawa. Saya khabarkan kepada suami, di Malaysia, saya tidak pernah ambil tahu tentang Parliament Malaysia. Tangga bangunan Parliament pun saya tak pernah nampak. Tapi tinggal di Australia, saya sudah masuk ke bangunan Parliament dan lihat senarai ahli kabinet, menteri-menteri serta senatornya.

Bangunan Parliament Australia, mesra tetamu. Pegawai keselamatan mesra. Tersenyum sahaja.

Kami ke Cockington Garden, kawasan taman yang menghimpunkan replika kecil bangunan-bangunan bersejarah dunia dari beberapa negara lain. Gambarnya sudah diabdikan dalam kamera suami. :)

Seterusnya jam 2 petang, Khamis 28June, kami bertolak ke Sydney. Ambil masa 4 jam lagi. Kami akhirnya diberi rezeki oleh Allah untuk menginap di Malaysia Hall, Sydney. Kalau tidak, kami akan menumpang di rumah seorang kenalan baru.

Kami sampai di Malaysia Hall hampir jam 6 petang. Kami masuk ke bilik dan berehat. Penatnya! Saya penat duduk dan suami wajib penat memandu sebab kami tidak bergilir memandu. Kasihan suami saya!

Di Sydney, hari pertama, kami naik kereta untuk kenal bandar Sydney. Kami berjalan dari pagi sampai malam. Kami pergi Opera House, Harbour Bridge, Darling Harbour dan Circular Quay.

Hari kedua kami simpan kereta dan ke Sydney City dengan bas. Ya Allah, sangat mudah untuk dapatkan kenderaan awam di kawasan Sydney dan (Melbourne) . Tak perlu menunggu lama. Berdiri tak sampai 3 minit, berderet-deret bas sampai.

Kami ulang sekali lagi mengelilingi Sydney City. Kami naik feri dari Darling Harbour ke Circular Quay, merentas Harbour Bridge dan lalu di sebelah Opera House. Oh ya, Opera house cantik dipandang dari jauh. Kalau duduk di bawah bangunannya, tak nampak apa-apa, melainkan sebuah bangunan besar yang bumbungnya seperti rumah minang kabau. ha ha ha!

Sorry, saya tak pandai menghargai seninya. (walaupun saya bekas pelajar kejuruteraan awam):P

Makan di Sydney: Kami banyak makan di luar. Kami makan di kedai MAMAK, makan roti canai lagi! Tapi tak boleh lawan roti canai di Roti House di Canberra. Roti House lagi sedap.

Kami juga singgah makan di sebuah restaurant Thai. Saya dah lama tak makan Tom Yam Siam. Ah, cepat-cepat saya mengajak suami mencari kedai Thai yang halal. Alhamdulillah, Allah izinkan... Kalau tak salah nama kedai itu, Restaurant Than Thai. Waiternya Islam, kami masuk dia beri salam dan katanya inilah salah satu Thai Restaurant yang Halal Di Sydney. Don't know true or not! Tapi memang tak rugi. Masakannya sedap. Saya lihat tukang masaknya seorang lelaki siam, masih muda, anggaran umur dalam 20-an lagi. Sedap dan kami diberi dessert percuma, Roti Kaya Santan. Sedap!!!

Mulanya nak order stcky black rice (Bubur pulut hitam) sebab dah lama tak masak, tapi waiter tu cakap, tak sedap dan dia offer kami dengan Roti kata Santan, FREE.

Memang agak susah nak cari makanan halal. Dan kalau nak makan juga, memang kena ada budget yang banyak. BUkannya murah, makan berdua pun dah hampir 70Dollar (RM200++)...
untuk sekali makana. Tapi hidangannya besar. Kami boleh tapau dan jadikan lebihan tapau itu untuk makan malam. So, JIMAT!

Semoga Allah limpahkan lagi rezeki untuk suami saya yang baik hati. :)) TQ ABG!

Perkara yang saya suka tentang Melbourne : Keadaan bandarnya yang teratur dan kenderaan awam yang bersepah! Maksud saya, banyak! Dari bas, tram, free shuttle, semua ada dan boleh naik kalau nak ke mana-mana sahaja. Tidak perlu takut kalau ke Melbourne (untuk duit back-up sewa kereta) Naik sahaja kenderaan awam. Boleh sampai dan tidak sesat. Tak perlu tunggu lama.

Sydney : Di Sydney lebih banyak bas. dan jadualnya teratur. Tempat menunggu bas ada ABCD. Jadi baca sahaja jadualnya, kita akan tahu di hentian mana kita perlu tunggu.

Canberra : Bandar yang agak korporat. Orang yang melintas jalan semua berpakaian kemas. Mungkin sebab bandar korporat dan bandar kerajaan Australia. Agak sunyi. Tenang. Mungkin membosankan bagi orang yang sukakan keadaan bandar yang havoc.

Pengalaman terindah : Berlari-lari dengan suami dan anak. Menenangkan anak yang tantrum. dan juga meraikan hari-hari dengan anak dan suami depan mata. Tanpa perlu fikirkan kerja , masak dan lain-lain.

Suami ajak trip kali ini dengan driving. Memang jauh. Almost 4000km ulang alik and round city by city... Kasihan suami penat. Tapi enjoyed.

Susah juga kalau naik flight. Ada kereta sendiri, macam-macam boleh bawa dan lalu dari one district to the other district. Kereta memang PENUH! Dan paling menarik perhatian, sebelum sampai di Jelajahan Victoria, semua tourist DILARANG bawa masuk buah ke kawasan VIC. Semua kereta dan kenderaan yang lalu nak ikut VIC, perlu berhenti dan dispose buah yang dibawa dalam bin yang disediakan di tepi lebuh raya. Hebatkan. Memang strict gileerrr!! Siapa bawa buah, siap kena denda and saman lagi!


Saya tak baca kisah kenapa dilarang bawa buah tu. Yang pasti VIC nak elakkan daripada kawasan mereka ada lalat. Lalat yang membunuh. Ada dalam museum cerita pasal buah ni. Ha ha, tapi saya tak baca! Teruknya! Jalan-jalan tengok gambar sahaja. :P

Selesai jelajah Australia, kami akhirnya pulang ke rumah pada hari Ahad, 1 Julai dan sampai di rumah jam 1230 midnight.

AIna tidur lena. Semua orang penat dan Isnin, hari untuk recharged!

**Terima kasih suami sebab bawa mummy and Baby Aina jalan-jalan round Australia.. This is the most expensive experience for three of us..

LOVE US!

Mummy + Daddy + Aina = LOVE!