Friday, July 6, 2012

Isteri Solehah

Bukan mudah untuk dapat title isteri solehah.

Bukan juga MUSTAHIL!

Kita wanita biasa. Tapi mampu untuk jadi luar biasa. Macam mana?

Saya beri contoh diri saya sendiri. Dahulu, saya seorang yang jahil. Buruk perangai dan sangat liar. Betul!

Akhirnya, saya diberikan kekuatan daripada Allah untuk meninggalkan yang haram dan menantikan yang halal.

Alhamdulillah, yang halal itu Rahmat dan kebahagiaan sehingga kini. Emak dan ayah juga sudah tidak risau tentang anaknya yang satu ini..

Wanita solehah bukan mustahil. Dan tahniah, masih ada pihak yang peka dengan info dan niat saya berkongsi hal-hal isteri dalam blog ini.

Blog ini bukan blog nak cerita hal kehidupan saya sahaja hari ke hari. Bukan juga nak cerita pasal anak dan suami 24-7. Tentu ramai yang jemu walaupun pembaca blog ini tidak seramai blog2 terkemuka lain... Tapi cukuplah sekadar, nasihat, ilmu dan info dari sini bermanfaat.. Yang negatif, tak payah la ambil. Kadang-kadang, saya emosi..:)

Alhamdulillah, masih ada rakan saya yang mahu berubah dan mahu upgrade diri jadi isteri solehah. Alhamdulillah!

Marilah kita bersama-sama menuju ke arah kejayaan.. Jangan berada pada tahap yang sama dan tiada perubahan dan jangan lakukan perubahan yang negatif!

Ciri-ciri wanita solehah, belum ada dalam diri saya. Saya juga masih belajar. Tapi ada sedikit infonya di sini :


Semoga bermanfaat!

**Kalau saya salah, saya akan minta maaf kepada suami! Berubah demi kebahagiaan dunia dan akhirat! Allahuakbar!

No comments:

Post a Comment