Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 2012

Alhamdulillah, usai sahaja Zuhur, saya sudah mulai rasa akan kehadiran Ramadhan. Suasana yang sunyi dan bunyi-bunyian unggas yang memenuhkan halwa telinga.

HAti sunyi lagi. Anak tidur, suami ke Uni. Mulalah teringat akan hal di kampung. Entah bagaimana emak dan abah menyambut Ramadhan kali ini. Dengan kesihatan yang tidak begitu baik, Ya Allah, Kau bantulah emak dan abah.

Kuatkan mereka. Berikan mereka 1001 kekuatan luar biasa Ramadhan kali ini.. Amin!


______________________________________________________________________________________

Puasa di sini ada yang jatuh pada hari Jumaat, ada juga esok, Sabtu.
Apa-apa pun, puasa tetap puasa. Jangan ada yang sengaja tak berpuasa, dengan alasan mengandung( walau tak ada apa-apa masalah), menyusu (tak ada apa-apa masalah) dan sakit gastrik!

Ingat, puasa itu wajib bagi umat Islam yang cukup syarat. Dan semalam, saya berpeluang bertanyakan hal puasa kepada pensyarah saya di USM, Dr Jasni Sulong.

Jawapan beliau sama dengan jawapan saya, biar apa pun, ibu yang mengandung dan menyusu perlu ganti puasa. Puasa itu wajib, tidak sekadar bayar fidyah sahaja. Biarpun setiap tahun mengandung dan menyusu...

Jangan ambil ringan bab ibadah wajib...

Kalau berganda tahun, tidak perlu berganda seperti orang yang sengaja tinggal puasa. Ibu mengandung dan menyusu, jika langkau tahun, perlu bayar kadar fidyah sama seperti puasa yang dia tinggalkan, tapi WAJIB ganti puasa.

Tapi masih ada yang kata, tidak perlu ganti... Saya keliru di situ. Tapi kali ini saya tidak keliru. Tinggal 13 hari, kalau langkau tahun, WAJIB ganti puasa 13 hari dan fidyah 13 cupak beras.

itu kaedahnya.

Bukan tak puasa dan terus bayar fidyah tanpa ganti. Masya'Allah, puasa itu wajib... Dan ada sebab-sebab tertentu kalau tak ganti puasa, mungkin? Nanti saya tanyakan lagi kepada orang2 yang betul2 belajar agama... Yang sumbernya boleh dipercayai..

Kalau setakat tanya kepada kawan-kawan, takut nak percaya, Ya kalau dia alimah sekalipun, masih boleh diragui jawapannya selagi dia tak beri sumber sebenar hadith dan sebagainya..

Kalau bercakap dari segi logik, Islam ada peraturan, tapi Islam tidak kejam. Lagipula, Islam itu indah.. Kan...

SELAMAT BERPUASA SEMUA!!

No comments:

Post a Comment