Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Friday, September 2, 2011

Raya Abah : Tanpa ADIK.

Kelmarin, saya mendail nombor telefon saya yang saya beri emak dan abah pakai. Sejak pagi, amat sukar untuk menembusi talian. Saya fikir, talian di Malaysia pada musim perayaan memang begitu. Jika malam raya, mesej yang kita hantar, sudah tentu akan diterima oleh penerima keesokan harinya!

Setelah berganjak petang, saya dail semula nombor itu. Ada bunyi, saya tunggu dengan sabar. Padahalnya, saya sudah tidak sabar. Sebab saya masih belum beraya dengan abah. Dengan emak, sudah, pada pagi raya di Malaysia yang lalu. Pada masa itu, abah sudah ke masjid. Jadi saya nanti kan hari ini.

Sebaik-baik telefon dijawab, kakak saya menanti ditalian. Sibuk, dia berseloroh dengan saya. Biasalah, dia memang begitu. Ada sahaja benda nak dilawakkan. RIndu pula dengannya.


Saya pinta dia segera panggilkan abah. Sebaik-baik saya bercakap dengan abah, sebak rasa hati, setelah mendengar suara abah yang agak perlahan di hujung talian. ENtah kenapa, pelik, sebab selalunya, suara abah, emang kuat dan selalunya sangat kuat!!

Setelah beraya dan mengucap ampun maaf, abah suarakan rasa hatinya. Raya tahun ini tidak meriah kerana tiada saya.

Sedih dan pilu hati saya terkenangkan hari raya abah yang sunyi. Abah juga cakap, raya tahun ini tiada laksa. Sebab saya tak ada. Banyak yang berbeza raya bagi abah tahun ini daripada tahun -tahun lalu.

Abah, kuatkanlah semangat. Tanpa kekuatan abah, adik lagilah tidak mampu kuat di sini. Apatah lagi, adik yang beraya sendiri di sini... Pilunya hati, tiada siapa yang tahu...


Mujurlah saat saya membuat panggilan itu, saya tidak menitiskan air mata. Tidak seperti kakak dan abang-abang saya yang lain, mereka selalu sahaja menangis jika menelefon emak dan abah pada hari raya jika tidak dapat pulang beraya bersama.. Hehehe....kiranya, saya sangat kuat!!!


Abah. Tunggu dan bersabarlah. Kita akan beraya semula bersama pada tahun 2013 nanti...

Ya Allah, sampaikan masa itu untuk kami sekeluarga beraya bersama-sama. AMIN!

Hari Raya : PERTAMA., buat PERTAMA kalinya

1 Syawal. Pagi, saya dan suami bangun agak lewat untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. Walau bagaimanapun, kami berusaha agar kami cepat sampai ke Masjid. Dalam perjalanan menuju ke masjid, saya berfikir, jauh dan dalam. Batapa saya rindukan suasana raya dengan keluarga.


Bagaimana agaknya emak tanpa saya? Walaupun saya agak jarang membantu masak (kerana kami adik beradik suka akan masakan emak. Kami hanya bantu memotong. Bukan menambah perisa).


Bagaimana abah? Siapa yang gosokkan jubah abah pada Subuh 1 Syawal? Saya kembali sedih. Bergenang air mata yang masih belum menitis. Dalam kereta, saya masih belum teringat yang saya masih belum bersalam dengan suami tanda mengucap raya dan memohon ampun... :)

Maafkan saya, abg.. :)


Sebaik-baik sahaja sampai di masjid, jemaah lain sudah bersiap sedia untuk solat sunat aidilfitri. Solat dan ada sedikit jamuan di masjid. Kami berbual-bual dengan rakan-rakan Malaysia. Kemudian selepas selesai hal di masjid, kami bergerak ke rumah Kak Ramiza untuk acara open house raya Malaysian Toowoomba. Saya hanya masak kuah kacang sebagai menambah juadah... Itu sahaja yang saya mampu masak. Maklumlah, saya masih mabuk-mabuk walaupun sudah hilang 80%.


Ada yang bertanya mengapa saya tidak memakai baju yang sedondon dengan suami? Maaflah, saya tidak pathetic about dress up. Apa yang ada, saya akan pakai. Lagipun saya bukan peminat warna hijau. Hanya suami sahaja yang suka warna hijau. Saya rasa jika saya pakai warna hijau, saya akan nampak sangat hodoh, walaupun saya tahu, saya memang hodoh.:)


Suasana raya dengan rakan Malaysian Toowoomba sangat meriah. Semasa makan, saya termanung sambil melihat gerak langkah suami yang sangat gembira. Sejenak saya terfikir, adakah suami gembira dengan kehadiran saya di sisinya pada hari raya tahun ini?

Tahun ini merupakan hari raya yang PERTAMA kami sebagai suami isteri.
hari raya PERTAMA saya di luar negara.
Hari raya PERTAMA saya sebagai isteri.
Hari Raya PERTAMA saya buat biskut raya sendiri tanpa bantuan siapa-siapa.
Hari raya PERTAMA saya dengan janin yang hidup dalam rahim.
Hari raya PERTAMA saya ke solat sunat hari raya, sebab tahun-tahun yang lalu, saya perlu tinggal di rumah untuk mengemas rumah di kampung.
Hari raya PERTAMA saya tanpa mengucup tangan emak dan abah.



Hari Raya PERTAMA saya sebagai isteri sangat mengujakan. Tetapi saya masih tidak dapat rasa bagaimana rasanya beraya dengan keluarga mentua. Bagi saya, beraya di mana-mana pun tidak apa. Kerana rumah mentua dan rumah emak dan abah saya tidak jauh. Kami boleh balik dan ulang alik bila-bila sahaja.

Tahun ini sudah dapat saya rasakan betapa indahnya aidilfitri. Dengan adanya suami di sisi, amat bahagia!

Terima kasih, abang.