Friday, September 2, 2011

Raya Abah : Tanpa ADIK.

Kelmarin, saya mendail nombor telefon saya yang saya beri emak dan abah pakai. Sejak pagi, amat sukar untuk menembusi talian. Saya fikir, talian di Malaysia pada musim perayaan memang begitu. Jika malam raya, mesej yang kita hantar, sudah tentu akan diterima oleh penerima keesokan harinya!

Setelah berganjak petang, saya dail semula nombor itu. Ada bunyi, saya tunggu dengan sabar. Padahalnya, saya sudah tidak sabar. Sebab saya masih belum beraya dengan abah. Dengan emak, sudah, pada pagi raya di Malaysia yang lalu. Pada masa itu, abah sudah ke masjid. Jadi saya nanti kan hari ini.

Sebaik-baik telefon dijawab, kakak saya menanti ditalian. Sibuk, dia berseloroh dengan saya. Biasalah, dia memang begitu. Ada sahaja benda nak dilawakkan. RIndu pula dengannya.


Saya pinta dia segera panggilkan abah. Sebaik-baik saya bercakap dengan abah, sebak rasa hati, setelah mendengar suara abah yang agak perlahan di hujung talian. ENtah kenapa, pelik, sebab selalunya, suara abah, emang kuat dan selalunya sangat kuat!!

Setelah beraya dan mengucap ampun maaf, abah suarakan rasa hatinya. Raya tahun ini tidak meriah kerana tiada saya.

Sedih dan pilu hati saya terkenangkan hari raya abah yang sunyi. Abah juga cakap, raya tahun ini tiada laksa. Sebab saya tak ada. Banyak yang berbeza raya bagi abah tahun ini daripada tahun -tahun lalu.

Abah, kuatkanlah semangat. Tanpa kekuatan abah, adik lagilah tidak mampu kuat di sini. Apatah lagi, adik yang beraya sendiri di sini... Pilunya hati, tiada siapa yang tahu...


Mujurlah saat saya membuat panggilan itu, saya tidak menitiskan air mata. Tidak seperti kakak dan abang-abang saya yang lain, mereka selalu sahaja menangis jika menelefon emak dan abah pada hari raya jika tidak dapat pulang beraya bersama.. Hehehe....kiranya, saya sangat kuat!!!


Abah. Tunggu dan bersabarlah. Kita akan beraya semula bersama pada tahun 2013 nanti...

Ya Allah, sampaikan masa itu untuk kami sekeluarga beraya bersama-sama. AMIN!

No comments:

Post a Comment