Wednesday, September 14, 2011

Kisah Cinta Rahsia

Pada mulanya, hati tertanya-tanya.
Benarkah ada sayang?

Akhirnya, saya tahu saya salah. Suami bukanlah lelaki yang mudah mempamerkan rasa sayangnya melalui perkataan mahupun tulisan. Jarang benar saya dapat e-mel atau mesej FB yang panjang-panjang daripada suami. Pernah dulu sewaktu mula-mula berkenalan. Itupun untuk saling berkenalan sebab tak tahu siapa. :)

Hari ini, saya pergi membeli belah dengan suami. Jualan murah yang saya sangkakan sangat murah, adalah salah. Bukan semua barang dijual dengan harga murah. Hanya barang-barang terpilih sahaja. Kami bergerak menuju ke Pasaraya K-Mart hanya 1 kilometer dari rumah. Untung rumah di kawasan pekan.

Selepas makan tengah hari, memang sesuai sangat dibawa badan berjalan. Sebab adakalanya suami mengantuk dan tidak fokus study kalau mengantuk.

Kisah bermulanya kehamilan saya, pagi Subuh yang sangat sejuk, pada musim WINTER, saya sudah lewat haid selama seminggu. Dengan naluri yang masih was-was, saya cuba buat UPT sendiri di rumah setelah saya paksa suami belikan UPT kit itu. Tentulah saya guna yang terbaru, Clear Blue Digital Pregnancy Test. Tak perlu lagi lihat tanda garisan. Yang tertera hanya perkataan Pregnant atau Not Pregnant! :)

Mudah, kan!

Selepas beberapa minit saya uji, kit kehamilan itu menunjukkan perkataan Pregnant 3+ weeks.

Dengan segera saya tunjukkan kepada suami. Excited terlebih. Suami yang masih mamun bangun tidur, macam tak beri reaksi apa-apa. :P
Pada mulanya saya sedih. Seolah-olah bukan berita gembira. Tetapi saya maklum, suami sejak itu, asyik menjaga saya dengan lagak seorang doktor peribadi.

Itu tanda sayang yang hanya saya sahaja yang nampak! :) Untung, saya tidak perlu sebarkan kisah romantik itu sedalam-dalamnya kepada khalayak.

Setelah saya hamil beberapa bulan, suami masih juga belum tunjuk apa-apa reaksi, maksud saya, tidak seperti suami rakan-rakan yang lain. Hebahan kepada umum, rakan-rakan, ucapan Alhamdulillah lah kononnya nak bagi tahu orang.... Suami juga jarang sentuh perut saya kalau bukan saya yang tarik tangannya. :)) Mungkin juga dia masih takut, ragu-ragu dengan kehadiran bayi ini. Saya tahu, saya juga takut untuk sentuh perut saya sendiri. :P

Ketika saya mabuk, saya sudah nampak akan kasih dan sayang suami kepada saya, walaupun tanpa kata-kata ataupun bentuk tulisan.. :))

Apa sahaja yang saya mahu, akan diturutkan. Apa sahaja yang saya tidak boleh, dia akan lakukan tanpa sebarang alasan. Saya tahu, Inilah tand akasih sayang. Tidak perlu dengan kata-kata. Tindakannya sahaja sudah buat saya faham, SUAMI SAYA SAYANG AKAN SAYA.

Dan hari ini, menjelang perut yang semakin membesar, saya perlukan baju-baju yang baru juga kelengkapan seorang ibu. Maklumlah, baju sewaktu anak dara, semuanya ramping, pinggang semakin membesar, semua sudah hampir sendat. Tidak mampu untuk saya pakai.

Keluar shopping hari ini, saya masih nampak akan kasih sayang suami. Tidak perlu dengan kata-kata, suami yang bijak memilih setiap helai baju dan seluar serta maternity underwear yang saya perlukan. Biarpun barang yang dibelikan bukan barang-barang mahal (harga biasa) tetapi saya masih bersyukur, saya masih punya pakaian untuk menutup aurat.

Banyak yang suami lakukan yang ada kalanya para isteri tidak nampak. Jangan mengharapkan suami kita menjadi sama seperti suami orang lain, ungkapan I LOVE YOU dikhalayak, ciuman dan pelukan dikahlayak. Tidak semestinya itu tanda sayang. Kalau betul, tahniah.

Sebaliknya saya mula rasa selesa dengan cara suami, cinta dan kasih sayangnya adalah rahsia. Hanya saya sahaja yang tahu. :))

Terima kasih, abang...

Dalam hati saya, tidak perlu suami ungkapkan dengan kata-kata, kini saya amat mengerti, kasih sayang itu lahir daripada hati dan terungkap dengan tindakan.

dan lagu ini, untuk abang.. :)

No comments:

Post a Comment