Thursday, September 8, 2011

Perkenalan Dengan Rakan Di Brisbane


Sejak saya mula-mula joint group yang ada dalam FB, saya sangat teruja dengan cerita tentang kelahiran seorang bayi, anak kepada kak Afrohah. Kakak ini tinggal di Brisbane, jarak perjalanan sejam lebih dari Toowoomba.

Nampaknya, saya baru sahaj tahu berita bahawa Kak Afrohah akan pulang ke Malaysia setelah tamat pengajiannya di UQ, BNE.

Walaupun saya tidak pernah bertemu 4 mata dengan Kak Afrohah ini, tetapi saya dapat rasakan betapa akrabnya beliau dengan saya, setelah saya mengajukan beberapa soalan tentang kelahiran bayinya, Aleesya Nour di Women Royal Hospital, BNE.

Agak terkilan, andainya saya dan suami tidak dapat ke acara majlis Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di rumah Kak Afrohah dan suami, maka, saya tidak akan berkesempatan untuk bertemu dengan beliau lagi di Australia, kerana khabarnya lagi 3 bulan, mereka sekeluarga akan pulang ke Malaysia.

Saya tidak memaksa suami untuk ke acara rumah terbuka itu, tetapi dengan harapan yang tinggi, saya berdoa supaya ada rezeki saya untuk bertemu dengan Kak Afrohah di BNE. Jika tidak, saya sangat berharap agar dapat bertemu di Malaysia, setelah kami pula pulang ke Malaysia, awal tahun 2013 nanti.

Banyak yang ingin saya tanyakan, dan banyak yang ingin saya kongsikan dengan Kak Afrohah, betapa saya takut untuk melahirkan bayi tanpa bantuan orang yang lebih berpengalaman di Australia ini.

Rasa takut, melebihi rasa bahagia dan teruja. Demi bayi dan suami, saya gagahkan diri, buat tak tahu sahaja dengan rasa hati ini.

Bukan saya tidak reda dengan keadaan saya berada jauh daripada orang tua, sebaliknya saya yang tdak punya 100% kekuatan untuk menghadapi saat dalam pantang seorang diri di sini.

Sesungguhnya, saya memerlukan doa dan kata-kata semngat daripada rakan-rakan yang pernah berasa bagaimana kelahiran di Oz membuatkan kelahiran lebih mudah berbanding di Malaysia!

No comments:

Post a Comment