Tuesday, October 26, 2010

Memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah

GOMBAK - Pelajar sewajarnya tidak menghadkan bacaan kepada buku akademik sahaja tetapi perlu diperluaskan dan dipelbagaikan supaya ilmu sedia ada dapat diperkasakan.

Guru Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Salleh Ismail berkata, budaya membaca perlu dimantapkan agar masa yang terluang sentiasa diisi dengan pengetahuan dan tidak dibazirkan.

"Negara yang bertamadun bermula dengan budaya membaca yang unggul," katanya memberi dorongan kepada para pelajar sekolah itu ketika merasmikan Majlis Penutupan Bulan Nilamku Serlah Bahasaku Megah 2010 di sini baru-baru ini.

Sepanjang program tersebut pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan bahas, pertandingan pidato, mencipta kain rentang dan pelajar yang membaca paling banyak buku serta Sudut Nilam antara kelas.

Program dianjurkan Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama pusat sumber sekolah.

Penyelaras Pusat Sumber, Durasni Abdullah memberitahu, program ini dirangka bagi menterjemahkan budaya membaca dalam kalangan pelajar di sekolah itu.

"Ilmu pengetahuan tidak akan berkembang selagi amalan budaya membaca tidak subur di hati pelajar," tegasnya.

Pelajar tingkatan empat, Nurul Nabihah Ahmad, 16, berpendapat, program yang diadakan berjaya meningkatkan keyakinan dirinya dan menjadi platform untuk menguji bakat serta kebolehannya.

"Hasilnya, saya berjaya menjadi Naib Johan dalam pertandingan Pidato Bestari 2010 anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini," katanya girang.

Bagi Pembahas Bahasa Melayu sekolah itu, Azman Kholid, 17, aktiviti ini merupakan satu mekanisme penting dalam mempertingkatkan penguasaan bahasa dengan fasih dan berucap secara matang.

Thursday, October 21, 2010

ISLAMIC FASHION SHOW

cuma sedikit bingkisan daripada akhbar tabloid, I LUV ISLAM,

Berpakaian Jarang Haram Bau Syurga.
NABI Muhammad SAW
pernah bersabda yang bermaksud,
"Dua golongan ahli nerakayang belum pernah aku lihat ialah ,
satu golongan memegang cemetiseperti
ekor lembu yang digunakan
bagi memukul manusia
dan satu golongan lagi
wanitayang memakai
pakaian tetapi telanjang
dan meliuk-liuk badannya
juga kepalanya seperti bonggol unta
yang sedang tunduk. Mereka tidak masuk suyrga,
dan tidak dapat mencium baunya
walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh."


HADIS RIWAYAT MUSLIM.


NOTE : Jadi, anda sendiri dapat tafsirkan, bukan?

Thursday, October 14, 2010

AMBIL TAHU - 9 tanggungjawab Suami

1) membayar mas kahwin kepada isteri
2) wajib memberi nafkah kepada siteri selagi siteri memberikan kesetiaan dan ketaatan
3) melayan isteri dengan penuh kemesraan dan kasih sayang
4) memberikan didikan dan bimbingan yang baik kepada isteri dengan didikan agama menerusi pengajaran sempurna
5) memberikan layanan yang baik sama ada menerusi perbuatan tingkah laku, ucapan dan menjadi contoh ikutan baik kepada isteri
6) menerusi nafkah zahir dan keperluan asasi seperti pendidikan, pakaian, tempat tinggal, dan makanan mengikut kadar kemapuan suami
7) melaksanakan dan memenuhi keperluan batin isteri
8) memberikan perlindungan sebaik dan sewajar mungkin kepada isteri daripada sebarang ancaman bahaya
9) berlaku adil kepada semua isteri jika suami beristeri lebih daripada seorang.

NOTE : I luv Islam

Saturday, October 2, 2010

As I am moving, I miss you all, damn much!






Sudah berakhir kehidupan di sebuah bandar yang pesat.
Segala keperitan and so on, everything I tried to be more mature.
Like I've said before,
there are so many exciting experiences and
a lot of the best moment in life while I was in KL, Selangor.

To Friends in BACA@,
Thanks becuse you all supported me in this community service,
untuk memandaikan bangsa,
harapan saya, semoga akan diadakan BACA@ sehingga di bahagian Utara Semenanjung.

Buat rakan di Pejabat PEP, Production Department,
Thanks to you all.
You all such a very good friends.
To kakak-kakak yang ada di Production House,
Thanks tunjuk ajar kalian.

Buat abang-abang,
they always make my day!
Asyik tersenyum saja dengan mereka
a lot of fun and happiness with them in PEP.

Buat Yana, Liza.
Aku sayang korang...

Buat Huda, Noyu,
Lyn wanna say sorry if I make mistake since we were friends
in BACA@ team.

Buat Teman serumah,
Thanks, and maaf salah silap.

Buat jiran-jiran di PKNS,
Thanks kak, akak selalu bagi saya makanan...
bila saya balik kerja lewat... :)


For those who are not listed here (forgotten or anything that my mistake)
So sorry,
and thanks,
anyway, I miss you all,
we'll still friends, rite?

Now, gimme five babe!

Last few months...I was an editor in PEP






After my final exam in USM, saya apply job as an editor di sebuah syarikat penerbitan di Kota Damansara.
Dan akhirnya, sehingga 4 Oktober, 2010, jawatan itu sudah berakhir.
Kini, saya sibuk mengemas dan mengemas setiap helaian kenangan yang ada untuk saya bawa pulang ke Perak.
Bercuti selama 2 bulan menjelang Disember.
Buat semua rakan di Kota Damansara,
semoga kita bertemu lagi suatu masa nanti.
Buat rakan lain di Kuala Lumpur dan Selangor,
kita pasti akan bertemu semula.
Maaf salah dan silap,
serta halalkan segala perbuatan dan segala barang, ilmu,
segalanya...
Rasa tak tahu nak senaraikan apa lagi..
tapi rasanya sangat banyak budi dan jasa kalian.


Bercuti selama dua bulan?
Ramai juga yang bertanya ,
mengapa saya mengambil masa selama 2 bulan untuk bercuti dan apa
plan saya selepas ini?
Maaf...
saya masih belum ada plan untuk saya kongsikan di sini.
Yang pasti, saya akan
mula berkerja semula pada Disember nanti.
Kerja yang baru...
InsyaAllah..
Doakan saya berjaya, okie?

:))