Saturday, June 26, 2010

10 Ciri-ciri Suami Pilihan


1) Kuat pegangan Agama

2) Akhlak yang Baik

3) Tegas Mempertahankan Maruah

4) mampu Menjaga Amanah

5) Tidak Boros

6) Menjaga Pandangan Mata

7) Pergaulannya terjaga dan Terbatas

8) Rakan pergaulannya yang Baik-baik

9) Bertanggungjawab

10) Tenang Wajahnya

LELAKI YANG BAIK: LELAKI YANG MENYEKAT PANDANGAN

saya membaca artikel dalam tabloid, Muslimah dan pendekatan dalam mempromosikan gambar. wah! sangat teruja. benar juga kata penulis, gambar merupakan sesuatu yang tersirat. daripada bahan itu, terdapat pelbagai konotasi yang bisa disampaikan. sama ada secara positif, mahupun negatif.

gamabr juga mempunyai impak yang sgt berat. bimbang jika menjadi bahan cacian dan bahan hinaan. begitu juga bimbang jadi bahan impian bagi lelaki yang kurang keimanannya kepada Allah dengan mengimpikan yang tidak-tidak melalui gambar anda. saya juga.

penulis membicarakan tentang keperluan menutup aurat. katanya wajah juga sebahagian daripada aurat yang perlu kita tutup dan hiasi hanya semata-mata kerana Allah dan kepada yang berhak. Ah, saya terpukul di situ...saya sudah "mendelete" beberapa album yang saya paparkan dipaparan web-blog dan facebook.

terdetik dalam hati,
wahai Tuhan,
kalau itu satu dosa untukku,
Ampunilah aku...
jika aku sudah membuatkan hati-hati makhlukMu yang lain
berdosa,
ampunilah aku dan dia..
Wahai Tuhan..
kurniakan aku kejelitaan yang hanya akan ditatapi oleh insan yang layak untukku..
suamiku dan mahramku...

aku cintakan dia!

Firman Allah: dalam surah An-Nur "katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya menyekat pandnagan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian lebih suci bagi mereka"

SAYA SUKA LELAKI YANG CACAT ITU



Gadis itu sukakan lelaki yang buta.
buta daripada memandang aurat wanita serta memandang wanita yang tidak halal baginya.

gadis itu sukakan lelaki yang kudung kakinya.
Kakinya tidak melangkah ke tempat-tempat maksiat.
kakinya bersih daripada kisah menendang hamba yang lemah

gadis itu cintakan lelaki yang patah tangannya.
tangannya tidak meyentuh sesuatu yang bukan hak-nya
tidak menyentuh wanita yang haram baginya
tidak mengambil yang bukan miliknya
tidak memukul dadanya dengan megah dan bongkak

Gadis itu sayangkan lelaki yang bisu
mulutnya tidak mencium sesuatu yang tidak sepatutnya
mulutnya tidak makan makanan yang haram baginya
mulutnya tidak mengucapkan kata-kata nista.

aku,
mencari lelaki yang cacat ini..
buat bekal aku sendiri di syurga nanti..
selamanya tidak mati..
jiwa dan hati...
dan kamu...terus berada dalam hati ini
sampai syurga..
ya..sampai syurga~!

MARAH ITU MENDEKATKAN DIRI KITA DENGAN SYAITAN

sabar.
mudahkan menyebut perkataan sabar. sesungguhnya sabar itu dituntut dalam Islam. Janganlah sekali-kali kita membuang sikap yang baik itu. Dalam I LUV ISLAM, saya terbaca tentang sahabat Nabi yang pada ketika itu bangun kerana mahu membalas cacian orang lain. Kesekian kalinya dia mahu menjawab, Rasulullah terus bagun daripada duduknya. Maka sabahat bertanya,

"Wahai Rasul, kenapa kamu bangun dari tempat duduk kamu, Ya Nabi Allah?"

Rasul Allah menjawab

"Sesungguhnya, ketika seorang umat Islam sedang berada dalam keadaan marah dan dia membalas kemarahannya itu, maka dia tergolong dalam sahabat syaitan dan syaitan sedang duduk bersamanya. Sesungguhnya aku tidak mahu duduk sekali dengan Syaitan!"

Thursday, June 24, 2010

LUPA PADA YANG HAQ


Aku terjaga ketika malam sunyi
Aku mendengar suara katak
Memanggil aku untuk menjenguk ke luar kawasan bilikku

Kuselak langsir tingkap
Terbau langsir itu masam..
Kulihat malam kelam
Aku mendongak
melihatkan
Bintang-bintang
Bintang itu kelam...

Aku kembali ke katil
Aku mahu lenakan mataku
Tetapi agak sukar...
Aku tidak tahu mengapa...
Kurasakan muka, tangana dan kakiku
Kekeringan,
Aku menggaru ketiak..
Barulah aku sedar, aku belum solat Isyak!
Dan kekeringan kulitku...
Kerana aku belum berwuduk
kerana aku lupa pada yang Haq!

Sunday, June 6, 2010

http://solhisharif.wordpress.com/

http://solhisharif.wordpress.com/

jejaki laman saudara islam kita ini dan dapatkan banyak ilmu dari situ. Saya juga masih meneruskan pembacaan dalam blog beliau yang sememangnya terdapat ilmu-ilmu yang bermanfaat. Layangkan tetikus anda apabila berhadapan dengan komputer untuk selalu mencari ilmu. Apalah sangat menghadap facebook, twitter,(untuk acara ilmu dibenarkan) dan pelbagai lagi jaluran sosial yang kurang memberi ilmu itu jika dibandingkan dengan mencari blog-blog saudara islam kita yang mengembangkan ilmu!

jangan fikir lagi! Jalan menjelajahi islam ada pada hujung anda sendiri!